COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

KAMI BANYAK PERSOALAN DARI JAWAPAN ATAS KES ARWAH TERMIZZI BIN SENAK

Hari ini merupakan hari yang ke-6 makan tahlil yang kami langsungkan bagi bersedekah dengan orang kampung dan semoga sedekah tahlil dan memberi makan kepada orang kampung dapat menempatkan arwah di kalangan orang yang beriman selain memberi ketenangan kepada arwah di alam barzakh sana. Saya berharap pembaca bersedekah al-fatihah kepada arwah.

Bersabit kes kemalangan arwah di jalan matang di lampu isyarat simpang kopodim sehingga hari ini masih menemui jalan buntu bagaimana kes tersebut terjadi. Pelbagai andaian dan teori mengenai kes tersebut. Saya sendiri telah membuat siasatan seperti yang dibuat dalam filem-filem siasatan yang pernah saya tonton di mana saya mengambil beberapa maklumat daripada rakan-rakan arwah selain mengambil gambar di lokasi.



Teori-teori yang dicanangkan dalam kes arwah ialah :

  1. Arwah berlanggar dengan Faiz dari arah bertentangan iaitu dari arah kopodim dan arwah dari arah telaga air. (siasatan awal melalui ayah Faiz)
  2. Arwah melanggar Faiz dari arah belakang (Mengikut saksi Kelana tetapi diragui)
  3. Arwah dilanggar dengan kereta pacuan empat roda dari arah telaga air dan arwah dari arah kopodim.


Semasa awal siasatan saya seperti yang dicerita oleh ayah Faiz menyatakan bahawa arwah dari arah telaga air dan Faiz dari arah kopodim dan mereka bertembung di lampu isyarat Taman Kopodim. Apa yang diceritakan bagaimanapun di sanggah oleh saya kerana ayah Faiz tidak berada di lokasi dan sumber saksi tidak jelas. Selain beliau menyatakan arwah tidak menggunakan helmet padahal laporan pegawai perubatan menyatakan arwah menggunakan helmet.

Siasatan seterusnya mencari saksi yang berada di tempat kejadian iaitu Kelana. Kelana menyatakan bahawa arwah melanggar Faiz dari belakang dari arah yang sama iaitu dari Kopodim. Kenyataan tersebut bagaimanapun tidak jelas berikutan penerangan awal Kelana menyatakan beliau berada di hadapan dan hanya menyedari kemalangan apabila mendengar bunyi pelanggaran. Apabila Kelana menoleh belakang dia hanya mendapati dua kujur tubuh bergelimpangan di atas jalan raya. Kenyataan Kelana menyatakan keadaan perlanggaran tersebut tidak jelas apabila beliau hanya mendengar bunyi dentuman perlanggaran dan hanya melihat 2 kujur tubuh bergelimpangan selain kenyataan awal polis menyebut perlanggaran tersebut dari arah sisi seperti keadaan motosikal arwah.

Situasi kes seperti ada motif apabila didapati motosikal yang ditunggang oleh Faiz dibawa balik ke rumah tanpa menunggu polis sampai untuk membuat siasatan manakala motosikal arwah masih di tempat kejadian. Persoalannya di sini ialah apa tujuan motosikal di bawa balik ke rumah? Di sini terdapat pelbagai andaian seperti untuk mengelak disoal siasat polis ataupun untuk menyembunyikan kes atau bukti penting tentang kes. kemalangan ini bermotif disokong oleh kenyataan dari rakan-rakan arwah menyatakan arwah sempat berpesan kepada rakan-rakannya bahawa ajalnya sudah dekat selain arwah sempat memohon maaf kepada beberapa orang. Keadaan ini seolah-olah arwah berdepan dengan bahaya. Saya cuba untuk mencari apakah perkara tersebut namun tidak mendapat sebarang klu.

Pada hari ke-2 saya pergi ke tempat kejadian untuk melihat sendiri kesan calar dan lokasi arwah terbaring dan saya mendapati terdapat kesan tayar kereta pacuan empat roda dimana terdapat calar atas jalan raya menunjukkan motosikal jatuh dan terheret. Kesan tayar dan calar heretan motosikal selari. Pada masa yang sama muncul 2 orang awam datang di lokasi dan menyatakan teori mereka bahawa arwah dilanggar lari oleh kereta pacuan empat roda. Teori ini bagaimanapun tidak menunjukkan apa-apa bukti jelas kerana hayat kesan tayar kereta tidak saya ketahui selain saya hanya mendengar andaian sahaja. Pada masa yang sama saya sempat mengambil gambar kesan calar heretan motosikal, kesan tayar kereta dan serpihan kereta yang tidak diketahui di mana asalnya.

Buat masa sekarang saya hanya menunggu laporan dari pihak polis mengenai kes tersebut kerana segalanya kabur dan tidak jelas kerana tiada saksi. Lokasi kemalangan juga gelap dan lampu isyarat tidak berfungsi yang juga telah meragut nyawa lain selain nyawa arwah. Motosikal arwah di bawa ke Puspakom untuk ujian kimia sekiranya terdapat klu lain yang boleh memberi petunjuk kepada kes.


Reactions:

1 comments:

  1. Situasi kes seperti ada motif apabila didapati motosikal yang ditunggang oleh Faiz dibawa balik ke rumah tanpa menunggu polis sampai untuk membuat siasatan manakala motosikal arwah masih di tempat kejadian. Persoalannya di sini ialah apa tujuan motosikal di bawah balik ke rumah?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.