اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

DEBAT POLITIK ATAU POLITIK DEBAT

Oleh: Dr Awang Azman Awang Pawi

Mukanya kelihatan berpeluh, matanya meliar melihat kiri dan kanan, sekali sekala kelihatan beliau menyapu peluh di mukanya. Suasana tegang kelihatan membaluti dirinya apabila menjawab soalan dan mengemukakan hujah. Demikian Nixon dalam debat politik berhadapan dengan Kennedy dalam debat pemilihan presiden. Selebihnya adalah sejarah.

Bagi kebanyakan generasi lama, sudah pasti perdebatan antara John F. Kennedy dan Richard Nixon yang disiarkan seluruh stesen televisyen dan radio di Amerika Syarikat dan hampir 70 juta rakyat negara itu mengikuti debat tersebut.

Debat tersebut memaparkan imej kepimpinan dan citra serta pendirian antara pemilihan presiden calon Demokrat dan Republik. Debat yang diadakan pada tahun 26 September 1960 ini memberikan kesan kepada persepsi kepimpinan dan parti yang diwakili. Ternyata Nixon dianggap tidak menonjol dalam perdebatan tersebut kerana bukan sahaja dihujani dengan idea-idea segar Kennedy akan tetapi dikaburi oleh penampilan diri. Dengan latar belakang studio dan televisyen hitam putih ditambah dengan pemakaian baju kot warna kelabu oleh Nixon mengurangkan lagi impak penampilan.

Di Indonesia, debat capres (calon presiden) yang diadakan pada 2009 bagi yang tersiar secara langsung di stesen televisyen memberikan peluang kepada rakyat Indonesia melihat idea, sikap dan pandangan bakal calon mereka, iaitu Megawati Sukarno Puteri, Susilo Bambang Yudhono (SBY), dan Jussuf Kalla. Daripada debat politik ini kelihatan Megawati menyentuh isu memperjuangkan golongan wong cilik, membawa konsep ekonomi kerakyatan manakala Jussuf Kalla yang banyak menekankan kepimpinan yang memerlukan ketokohan, program dan menyarankan agar demokrasi bebas dari sudut pandangan wang sebagai penentuan. Susilo pula kelihatan mempunyai wibawa, penampilan dan menegaskan agenda membanteras rasuah, komisen gelap dan agenda membina citra bangsa Indonesia. Sedikit seperti Nixon Jusuf Kalla kelihatan kaku kerana suasana sekitarnya. Namun enam pertanyaan oleh Jussuf Kalla sebenarnya merupakan enam kegagalan Susilo dalam pemerintahan sebelum ini.

Perdebatan tersebut membuka ruang kritikan dan idea secara membina antara satu sama lain. Secara keseluruhan kesemua pemimpin tersebut mencerminkan kebaikan nilai yang akan dilaksanakan sekiranya memenangi pemilihan presiden. Namun rakyat pasti mahu akan yang terbaik sebagai pemimpin mereka berdasarkan persepsi dalam perdebatan tersebut.

Politik Debat

Debat merupakan salah satu cara seseorang pemimpin politik itu menempatkan diri dalam kelompok yang dihormati. Debat juga berupaya meningkatkan imej dan reputasi seseorang ahli politik. Debat antara Anwar Ibrahim dan Sabery Cheek bukan sahaja menonjolkan penampilan diri Anwar Ibrahim sebagai pemidato yang hebat daripada Parti Keadilan Rakyat, namun menonjolkan kemampuan Sabery Cheek yang juga tidak kurang kehebatannya dalam memberikan hujah.

Selama ini generasi baru kurang mengetahui kehebatan Shabery Cheek sebagai pendebat yang hebat terutama ketika beliau menjadi ahli parti kumpulan Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah.

Dalam debat tersebut rakyat diberitahu oleh Shabery bahawa Anwar semasa dalam kerajaan pernah menyatakan bahawa “kalau boleh dipintal awam di langit , akan kupintal nama Dr Mahathir dan Siti Asmah”.

Anwar Ibrahim pula dalam hujahnya memberitahu rakyat menyatakan tuduhan beliau sebagai penyokong dasar IMF adalah fitnah dan beliau sedia berdebat mengenai krisis ekonomi 1997-1998 pada masa hadapan.

Selebihnya adalah rakyat adalah hakim penentu dan penilai hujah yang dikemukakan oleh kedua-dua tokoh tersebut. Rakyat bukan lagi ingin dihidupkan dengan retorik, sebaliknya dengan fakta dan hakikat kehidupan yang mereka alami.

Menyanggah Persepsi Semasa

Selama ini persepsi ramai terhadap MCA begitu rendah bukan sahaja dalam kalangan masyarakat Cina akan tetapi dalam kalangan bukan masyarakat Cina. Bagaimana pun, debat antara Chua Soi Lek dengan Lim Guan Eng mampu meningkat persepsi baik terhadap keupayaan parti politik yang dianggap yang dikatakan kurang mempunyai harapan tinggi untuk meraih kemenangan besar dalam pilihan raya akan datang.

Bagi kebanyakan penyokong MCA, debat tersebut adalah kemenangan moral parti tersebut yang selama ini dipersepsi kurang berani berdebat secara terbuka dan langsung. Hujah yang bernas, persembahan yang bertenaga, riak keyakinan yang tinggi walaupun menempuhi hari-hari yang sukar bagi MCA bagaikan mengembalikan keyakinan diri kalangan penyokong MCA. Parti MCA seolah-olah mati hidup kembali dan ternyata hujah dikemukakan oleh Chua Soi Lek tidak mudah untuk dijawab oleh Lim Guan Eng. Selama ini terdapat persepsi bahawa MCA tidak mampu berhujah dengan DAP. Walaupun diakui oleh Chua Soi Lek tidak ada yang menang atau kalah dalam debat tersebut, Chua Soi Lek seolah-olah pembawa sinar dan harapan baru kepada MCA yang pernah tewas dalam perang persepsi selama ini.

Di sini dapat dilihat sikap dan pendirian DAP. Antara lain beliau Guan Eng menyatakan DAP tidak mengiktiraf ketuanan Melayu yang diiktiraf ialah ketuanan rakyat. Guan Eng juga bertanya pandangan MCA apabila pemimpin mereka ditangkap dan bukannya pemimpin UMNO dalam isu PKFZ (Zon Bebas Pelabuhan Kelang). So Lek anggap Guan Eng hanya melihat isu tersebut daripada kaca mata perkauman. Soi Lek juga menyuarakan kebimbangan akan parti PAS kerana bimbang penubuhan negara Islam.

Imej Chua Soi Lek sebagai pemimpin berjiwa besar dan merendah diri berjaya ditonjolkan apabila memuji Guan Eng sebagai pemidato yang hebat dan berpengalaman ketika diwawancara oleh wartawan. Beliau turut menegaskan yang menang adalah rakyat yang akan dapat membuat pertimbangan lebih seimbang dan jelas selepas mendengar perdebatan tersebut.

Dalam debat politik kita boleh bersetuju untuk tidak bersetuju secara terbuka tanpa balutan emosi. Yang penting dapat dijadikan wadah menyampaikan pandangan secara ikhlas dan jujur. Debat tersebut lebih kepada debat berkenaan masa depan orang cina dan politik semasa. Sewajarnya debat seumpama itu, harus melangkaui sifat kepartian dan banyak fokus kepada isu pembinaan sebuah negara bangsa. Walaupun ada kekurangan seperti Chua Soi Lek tidak menyentuh isu ETP dan transformasi oleh kepimpinan negara, agenda perpaduan negara yang dilihat semakin meruncing dan sebagainya namun ini merupakan langkah kecil kepada langkah yang lebih besar lagi.

Apakah yang dapat dipelajari daripada debat tersebut? Yang pertama, penyuburan debat politik perlu digalakkan bukan sahaja di peringkat parti tertinggi akan tetapi di peringkat bahagian atau cawangan. Hanya dengan saluran tersebut maka komunikasi politik dapat mengakar kalangan rakyat bawahan. Wakil rakyat perlu berani turun ke padang berdebat dengan lawan politik secara terbuka. Sekiranya debat politik diperluaskan di seluruh kawasan di negara ini, maka Barisan Nasional akan dapat menyelesaikan isu dan masalah persepsi kalangan rakyat akar umbi.

Di sinilah dapat dilihat wakil rakyat yang benar-benar berpengetahuan luas, berpengalaman, bijaksana dapat dinilai oleh rakyat. Debat bukanlah penyelesaian masalah serta-merta. Akan tetapi, ia dapat memberikan pemahaman, idea baru dan segar kepada rakyat untuk menilainya. Sikap, pendirian dan penonjolan imej dan penampilan juga dapat diukur rakyat secara langsung. Ternyata, persepsi politik diukur juga daripada debat politik.

Apakah debat Ketua Unit Media BN Sarawak dengan ketua Unit Media Pakatan Rakyat Sarawak akan dapat kita saksikan sebelum pilihan raya umum ini? Apakah Anwar Ibrahim akan berdebat dengan Dato Sri Najib Tun Razak atau Ketua Menteri Sarawak akan berdebat dengan Baru Bian? Kesemua ini ditentukan komitmen dan keazaman politik masing-masing.

*Penulis ialah pensyarah kanan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Dalam dunia kesarjanaan beliau pernah mendapat biayai Southeast Asian Studies Regional Exchange Program (SEASREP), Toyota Foundation selain daripada Mardjani Foundation Russia, ahli European Association for South East Asian Studies (EuroSEAS), dan anggota Scientific and Technical Committee & Editorial Review Board on Human and Social Sciences, di Paris


Sumber : sarawakupdate

Reactions:

1 comments:

  1. Di sini dapat dilihat sikap dan pendirian DAP. Antara lain beliau Guan Eng menyatakan DAP tidak mengiktiraf ketuanan Melayu yang diiktiraf ialah ketuanan rakyat. Guan Eng juga bertanya pandangan MCA apabila pemimpin mereka ditangkap dan bukannya pemimpin UMNO dalam isu PKFZ (Zon Bebas Pelabuhan Kelang).

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.