اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

SURAH AL-FATIHAH DI HINA OLEH ARTIS TERKENAL DI BARAT

Agak kurang ajar lagu ini dengan grafik video serta penyampaian ayat yang digunakan merupakan ayat dari surah al-fatihah. Ayat yang di sebut oleh artis-artis tersebut ialah ayat pertama dalam surah Al-Fatihah.



A001
Bismillah hirahman nirahhim
"Dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyayang"

A002
Alhamdulillah hirabbil alamin
"Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam"

Kalung yang digunakan oleh artis tersebut menunjukkan artis tersebut bukanlah orang islam tetapi mereka mempersendakan ayat Al-Quran. Antara artis yang terlibat ialah :

  1. Busta Rhymes. 
  2. Ron Browz, 
  3. Diddy, 
  4. Swizz Beats, 
  5. T-Pain, 
  6. Akon, 
  7. Lil Wayne

Selain ucapan salam mereka masukkan dalam video tersebut. Apakah mereka ini sengaja menyemarakkan lagi kemarahan orang islam. Mengikut sumber yang perolehi Busta Rhymes adalah seorang muslim. Mungkin Busta Rhymes jahil dengan ajaran islam dan disebabkan itu video dan lagu ini digubah.

Demi tuhan yang mencipta langit dan bumi. Dialah yang mengetahui segala isi bumi dan langit. Sesungguhnya mereka telah membuat seluruh umat Nabi Muhammad s.a.w bersedih. Bantulah mereka mengenal ajaran Islam sebenar.

Inilah bahana sikap orang arab yang tidak bersatu. Mereka diperlekehkan. Siapa yang nak dipersalahkan? Mereke berperang sesama sendiri. Dunia arab kini amat menyedihkan.

Saya mengajak saudara saudari BOIKOT artis-artis yang terlibat.. Sebenarnya saya dah boikot dia orang sejak dulu atas sebab kepercayaan saya tentang sesuatu...  Mampukkah???!!!

PERUBAHAN WARNA SOLAT 5 WAKTU & PERUBATAN TINGKAH LAKU

Sesiapa yang pernah membaca peradaban Atlantis yang dicerita dan digambarkan oleh Pluto. Tamadun pada waktu tersebut membuat penyembuhan atau teknologi perubatannya hanyalah menggunakan tenaga daripada kristial yang dikawal oleh hati selain menggunakan warga dari bunga-bungaan. Di sini saya berfikir sejenak mengenai perubatan menggunakan warna.

Warna banyak mempengaruhi kehidupan. Kewujudan warna adalah disebabkan oleh pantulan cahaya dan diterima oleh mata dan diproses oleh otak. Seperti amal makruf nahi mungkar, melarang umatnya melihat perkara-perkara yang dilarang. Mata merupakan pancaindera yang mampu mengubah tingkah-laku manusia melalui imej-imej yang dirakam kemudiannya membentuk imejinasi yang boleh membuat manusia lalai sekiranya ianya memberi keseronokkan yang akan di zahirkan melalui perbuatan.

Di bawah ini menceritakan mengenai warna yang berubah setiap waktu mengikut waktu Solat. Apakah hikmahnya di sini anda yang tentukan. Fikir-fikirkanlah. Bergurulah sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut.

_________________________________________

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Waktu Subuh
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.



Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan… Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.



Sumber :visi-sufi

KAMI HANYA RAKYAT BIASA - PEMBELAAN MANGSA DI LAMPU ISYARAT TAMAN KOPODIM

Al-fatihah kepada arwah Termizzi Bin Senak

Simpang lebuh raya Kopodim kini menjadi igauan kami sekeluarga. Kematian adik saya Termizzi Bin Senak perlu dibela mengikut saksi yang tinggal di Taman Kopodim. Bukan sahaja kematian adik saya perlu dibela tetapi ada lebih kurang 5 mangsa lain yang menemui ajal di simpang yang sama perlu dibela. Terdapat punca lain yang menyumbang pada kemalangan berlaku di situ. Bukanlah tempat itu keras seperti yang dilaporkan oleh pihak tertentu tetapi kerana kecuaian manusia yang mementingkan keuntungan tanpa menghiraukan pengguna jalan tersebut.

Ya!! kami tahu kami rakyat biasa, bukan orang-orang VVIP yang mungkin dibela walaupun hanya akibat calar di badan. Nyawa saudara-saudara kami di ragut kerana kecuaian demi mengejar keuntungan. Apakah nyawa kami sebagai rakyat biasa tidak penting dan kami di biar menangisi pemergian saudara-saudara kami akibat kecuaian pihak-pihak tertentu. Projek perjuta-juta tetapi kami rakyat biasa di abaikan..



Mungkin ini hanyalah secebis kisah dari berpuluh ribu kisah dan mungkin kisah kami kisah terpencil yang jarang di ambil perhatian kerana untuk memberi perhatian kepada kami tidak mendatangkan KEUNTUNGAN. Tetapi kami juga punya perasaan. Nah!!! di bawah ini saya sertakan link di mana antara mangsa-mangsa yang menjadi habuan atas kecuaian orang lain.


Lampu isyarat di persimpangan antara Taman Kopodim, lebuh raya menuju Telaga Air dan Simpang menuju ke SMK Matang Hilir tidak berfungsi. Malah papan tanda amaran juga tidak di letak pada tempat di sepatutnya selain lampu jalan tidak menyala menyebabkan banyak pemandu keliru melalui jalan tersebut.

Saya bertemu beberapa rakan salah seorangnya Guru Silat saya Hasnol yang menetap di Kampung Kudei menyatakan sebelum kejadian tersebut beliau telah melalui jalan tersebut. Apa yang berlaku ialah semasa beliau keluar dari Taman Kopodim menuju ke Jalan Matang utama, beliau tidak sedar kereta yang dipandunya sudah berada di tengah-tengah simpang akibat lokasi tersebut terlalu gelap.

Jika anda amati laporan akhbar berkaitan dengan kemalangan tersebut didapati ramai antara penduduk di situ mengadu mengenai masalah yang sama. Klik SINI untuk melihat apa yang saya katakan. Mereka juga mengadu bahawa lampu isyarat tidak menyala dan lokasi gelap menyebabkan mereka keliru apabila melalui jalan tersebut selain mereka bimbang dengan keselamatan mereka sendiri.

Berapa orang lagi yang diperlukan untuk pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakkan memastikan lokasi selamat dilalui? Perlukah melihat satu lagi insiden yang meragut nyawa barulah tindakkan di ambil? Apakah kerana kami bukan orang VVIP maka kami di abaikan?

Banyak pengguna yang melalui jalan tersebut. Mereka terdedah kepada bahaya!! Antara pengguna jalan tersebut ialah penduduk dari Taman Kopodim, Pelajar Politeknik, Peduduk Kampung Telaga air atau penduduk kampung sepanjang jalan matang menuju ke lundu, Pelaja SMK Matang Hilir dan beberapa pengguna lain yang ingin pergi ke Telaga Air dan Lundu.

Kematian adik saya Temizzi Bin Senak tidak akan saya sia-siakan sama sekali. Dengan kematiannya saya akan membela pengguna lain dan berharap lokasi tersebut selamat digunakan. Jutaan pampasan sekalipun tidak akan mampu mengembalikan nyawanya. KAMI MAHU PEMBELAAN kerana kecuaian pihak yang bertanggungjawab. KAMI TIDAK MAHU nyawa lain diragut lagi akibat keserakahan mengejar keuntungan. CUKUPLAH keluarga kami bersedih akibat daripada kecuian pihak yang mengendalikan jalan tersebut.

Kalau diberi kudrat saya akan mengumpul tandatangan dari pelbagai pihak yang menggunakan jalan tersebut dan saya akan serahkan kepa BIRO yang boleh membantu kami demi keadilan akibat kami di abaikan.

Berikut adalah gambar lokasi dimana bukti menunjukkan tiada papan tanda serta amaran bagi mengelak kemalangan




kami bukan orang berada yang punya harta untuk mengupah peguam yang mampu membela nasib adik saya. antara tindakkan yang perlu dibuat adalah :
  1. saman pihak bertanggungjawab atas kelalaian mereka
  2. arahkan pihak bertanggungjawab membaiki lampu jalan dan lampu isyarat
  3. arahkan pihak bertanggungjawab meletakkan papan tanda di setiap jalan menuju ke lampu isyarat

KAMI BANYAK PERSOALAN DARI JAWAPAN ATAS KES ARWAH TERMIZZI BIN SENAK

Hari ini merupakan hari yang ke-6 makan tahlil yang kami langsungkan bagi bersedekah dengan orang kampung dan semoga sedekah tahlil dan memberi makan kepada orang kampung dapat menempatkan arwah di kalangan orang yang beriman selain memberi ketenangan kepada arwah di alam barzakh sana. Saya berharap pembaca bersedekah al-fatihah kepada arwah.

Bersabit kes kemalangan arwah di jalan matang di lampu isyarat simpang kopodim sehingga hari ini masih menemui jalan buntu bagaimana kes tersebut terjadi. Pelbagai andaian dan teori mengenai kes tersebut. Saya sendiri telah membuat siasatan seperti yang dibuat dalam filem-filem siasatan yang pernah saya tonton di mana saya mengambil beberapa maklumat daripada rakan-rakan arwah selain mengambil gambar di lokasi.



Teori-teori yang dicanangkan dalam kes arwah ialah :

  1. Arwah berlanggar dengan Faiz dari arah bertentangan iaitu dari arah kopodim dan arwah dari arah telaga air. (siasatan awal melalui ayah Faiz)
  2. Arwah melanggar Faiz dari arah belakang (Mengikut saksi Kelana tetapi diragui)
  3. Arwah dilanggar dengan kereta pacuan empat roda dari arah telaga air dan arwah dari arah kopodim.


Semasa awal siasatan saya seperti yang dicerita oleh ayah Faiz menyatakan bahawa arwah dari arah telaga air dan Faiz dari arah kopodim dan mereka bertembung di lampu isyarat Taman Kopodim. Apa yang diceritakan bagaimanapun di sanggah oleh saya kerana ayah Faiz tidak berada di lokasi dan sumber saksi tidak jelas. Selain beliau menyatakan arwah tidak menggunakan helmet padahal laporan pegawai perubatan menyatakan arwah menggunakan helmet.

Siasatan seterusnya mencari saksi yang berada di tempat kejadian iaitu Kelana. Kelana menyatakan bahawa arwah melanggar Faiz dari belakang dari arah yang sama iaitu dari Kopodim. Kenyataan tersebut bagaimanapun tidak jelas berikutan penerangan awal Kelana menyatakan beliau berada di hadapan dan hanya menyedari kemalangan apabila mendengar bunyi pelanggaran. Apabila Kelana menoleh belakang dia hanya mendapati dua kujur tubuh bergelimpangan di atas jalan raya. Kenyataan Kelana menyatakan keadaan perlanggaran tersebut tidak jelas apabila beliau hanya mendengar bunyi dentuman perlanggaran dan hanya melihat 2 kujur tubuh bergelimpangan selain kenyataan awal polis menyebut perlanggaran tersebut dari arah sisi seperti keadaan motosikal arwah.

Situasi kes seperti ada motif apabila didapati motosikal yang ditunggang oleh Faiz dibawa balik ke rumah tanpa menunggu polis sampai untuk membuat siasatan manakala motosikal arwah masih di tempat kejadian. Persoalannya di sini ialah apa tujuan motosikal di bawa balik ke rumah? Di sini terdapat pelbagai andaian seperti untuk mengelak disoal siasat polis ataupun untuk menyembunyikan kes atau bukti penting tentang kes. kemalangan ini bermotif disokong oleh kenyataan dari rakan-rakan arwah menyatakan arwah sempat berpesan kepada rakan-rakannya bahawa ajalnya sudah dekat selain arwah sempat memohon maaf kepada beberapa orang. Keadaan ini seolah-olah arwah berdepan dengan bahaya. Saya cuba untuk mencari apakah perkara tersebut namun tidak mendapat sebarang klu.

Pada hari ke-2 saya pergi ke tempat kejadian untuk melihat sendiri kesan calar dan lokasi arwah terbaring dan saya mendapati terdapat kesan tayar kereta pacuan empat roda dimana terdapat calar atas jalan raya menunjukkan motosikal jatuh dan terheret. Kesan tayar dan calar heretan motosikal selari. Pada masa yang sama muncul 2 orang awam datang di lokasi dan menyatakan teori mereka bahawa arwah dilanggar lari oleh kereta pacuan empat roda. Teori ini bagaimanapun tidak menunjukkan apa-apa bukti jelas kerana hayat kesan tayar kereta tidak saya ketahui selain saya hanya mendengar andaian sahaja. Pada masa yang sama saya sempat mengambil gambar kesan calar heretan motosikal, kesan tayar kereta dan serpihan kereta yang tidak diketahui di mana asalnya.

Buat masa sekarang saya hanya menunggu laporan dari pihak polis mengenai kes tersebut kerana segalanya kabur dan tidak jelas kerana tiada saksi. Lokasi kemalangan juga gelap dan lampu isyarat tidak berfungsi yang juga telah meragut nyawa lain selain nyawa arwah. Motosikal arwah di bawa ke Puspakom untuk ujian kimia sekiranya terdapat klu lain yang boleh memberi petunjuk kepada kes.


MENGENAI MIMPI DAN KEPERCAYAAN TENTANG MIMPI

Definisi mimpi
Menurut Freud, mimpi adalah penghubung antara keadaan bangun dan tidur. Mimpi adalah ekspresi yang terdistorsi atau yang sebenarnya dari keinginan-keinginan yang terlarang diungkapkan dalam keadaan terjaga

Pada pendapat saya pula mimpi adalah sesuatu yang ghaib hasil dari imej-imej yang kita rakam semasa kita sedar selain imejinasi kita semasa kita terjaga. Namun mimpi juga merupakan perkara ghaib yang datang dari alam ghaib bergantung kepada keadaan seseorang. Mimpi di olah dari perasaan semasa tidur. Semasa kita tidur semua anggota badan kita dalam keadaan delta kecuali otak. Sikiranya anda pernah membaca ilmu tentang matrik, anda pasti mengetahui bagaimana mimpi terjadi selain dari andaian yang saya kemukakan di atas.

Antara kepercayaan masyarakat mengenai mimpi ialah, ianya hanyalah sekadar mainan tidur, ianya adalah alamat tentang masa depan, ianya adalah petunjuk tentang kejadian sebelum dan selepas, ianya adalah hubungan kita dengan alam ghaib, ianya adalah fitnah syaitan dan kasih sayang sang pencipta kepada hambanya untuk menunjukkan kebenaran.



Adakah mimpi itu perlu diceritakan

....................
Riwayat Imam Muslim no. 4200 dari hadits Abu Hurairah radhiallahu anhu secara marfu’:

Apabila hari kiamat telah dekat, maka jarang sekali mimpi seorang muslim yang tidak benar. Dan orang yang paling benar mimpinya di antara kalian adalah yang paling benar ucapannya. Mimpi seorang muslim adalah sebagian dari 45 macam nubuwwah (wahyu). Mimpi itu ada tiga macam:
Mimpi yang baik sebagai khabar gembira dari Allah.
Mimpi yang menakutkan atau menyedihkan, datangnya dari syetan.
Mimpi yang timbul karena ilusi angan-angan, atau khayal seseorang.Karena itu, jika kamu bermimpi yang tidak kamu senangi, bangunlah, kemudian shalatlah, dan jangan menceritakannya kepada orang lain.”
....................

Dari Jabir, ada seorang arab badui datang menemui Nabi lantas berkata, “Ya rasulullah, aku bermimpi kepalaku dipenggal lalu menggelinding kemudian aku berlari kencang mengejarnya”. Nabi lantas bersabda kepada orang tersebut, “Janganlah kau ceritakan kepada orang lain olahan syaitan yang mempermainkan dirimu di alam mimpi”. Setelah kejadian itu, aku mendengar Nabi menyampaikan dalam salah satu khutbahnya, “Janganlah salah satu kalian menceritakan olahan syaitan yang mempermainkan dirinya dalam alam mimpi” [HR Muslim no 6063].

....................

Hadis di atas jelas melarang kita menceritakan mimpi buruk kita dengan orang lain kerana dikhuatiri akan membahayakan selain memudaratkan. Kita rujuk pula hadis di bawah ini bagi pemahaman yang lebih jelas

....................

Dari Abu Sa’id Al Khudriy ra. Bahwasannya ia mendengar Rasulullah SAW bersabda: ”Apabila salah seorang diantara kamu bermimpi dengan impian yang disukainya, maka sesungguhnya impian itu dari Allah Ta’ala, oleh kerana itu hendaknya ia memuji kepada Allah dan menceritakannya kepada orang lain.”

Dan di dalam riwayat lain dikatakan:”Janganlah ia menceritakan impian itu kecuali kepada orang-orang yang disukainya.” Dan apabila ia bermimpi dengan impian yang tidak disukainya maka sesungguhnya impian itu dari setan, maka hendaklah ia berlindung diri dari kejelekan impiannya dan janganlah ia menceritakan impian itu kepada siapapun juga, karena impian itu tidak akan membahayakan dirinya.” (HR Bukhari dan Muslim)

....................

Dejavu.. Pernahkah anda mendengar perkataan tersebut? Dejavu ada kaitan dengan mimpi. Seperti yang saya katakan di atas mimpi merupakan alamat awal mengenai kejadian akan datang. Dejavu merupakan keadaan di mana kita pernah melaluinya. Keadaan di mana kita melaluinya sebelum ini kadang-kadang ianya berasal dari mimpi. Di alam manakah kita dapat melihat dan merasa keadaan pada masa hadapan? anda carilah jawapan sendiri.. he he.. ingat.. jangan taksub sangat..

Apa yang saya faham, mimpi sebenarnya tidak boleh ditakwilkan kerana ia lebih dekat kepada menilik nasib. Namun begitu, kerana sifat manusia yang ingin tahu, beberapa hadis dan cerita mengenai mimpi di telaah bagi memahaminya. Di bawah ini saya sertakan link mengeni mimpi dan takhwilnya.


Semasa era Nabi Yusuf a.s yang diceritakan dalam al-quran selain kitab lama injil dimana Nabi Yusuf bermimpi. Kisah Nabi Yusuf mendapat keistimewaan dalam Al-Quran. Berikut beberapa tafsiran mimpi yang dibuat oleh ayahda Nabi Yusuf a.s mengenai mimpi iaitu Nabi Ya'kub dan kisahnya:

....................

"(Ingatlah), Ketika Yusuf berkata kepada ayahnya: 'Wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku."' (QS. Yusuf: 4)

"Ayahnya berkata: 'Hai anakku, janganlah kamu ceritakan mimpimu itu kepada saudara-saudaramu, maka mereka membuat makar (untuk membinasakan)mu. Sesungguhnya setan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia.'" (QS. Yusuf: 5)

"Dan demikianlah Tuhanmu, memilih kamu (untuk menjadi nabi) dan di ajarkan-Nya kepadamu sebahagian dari tabir mimpi-mimpi." (QS. Yusuf: 6)
....................

Begitulah beberapa kisah tentang mimpi. Sekiranya terdapat kekeliruan mengenainya saya memohon maaf dan sekiranya terdapat kesilapan maka tegurlah saya dengan berhikmah supaya dapat saya memperbetulkannya. Jangan terlalu taksub dengan mimpi dan berserahlah kepada yang esa segala kemungkinan akan datang ataupun masa lalu. Terima kadaq dan kadar yang telah ditetapkan olehnya kerana segala yang berlaku di langit dan dibumi ada hikmatnya tersendiri. Hanya yang esa sahaja tahu mengenai zat-zatnya.

KEJADIAN SELEPAS KEMATIAN

Kejadian selepas kematian ialah arwah berada di alam barzakh atau di alam perkuburan. Di manakah roh si mati selepas ianya terpisah dari jasad? Pelbagai andaian dan kepercayaan dari pelbagai lapisan masyarakat. Apa yang saya dengar ialah roh si mati akan berlegar di sekitar rumahnya selama 7 hari dan ada pula yang menyatakan bahawa roh akan berada di bumi selama 44 hari. Kepercayaan ini pada pendapat saya adalah kepercayaan turun-temurun.

Saya akan membawa pembaca dari pengalaman saya beberapa selepas adik saya meninggal dunia. Kejadian pertama adalah apabila mak saudara saya yang menginap di rumah saya mengadu bahawa terdengar bunyi seseorang sedang bermain game lumba kereta dan bercakap lama melalui telefon lebih kurang tengah malam sehinggal pukul 3 pagi. Mak saudara saya mengadu kepada keluarga saya dan menyatakan bahawa saya membuat bising pada jam tersebut namun sebenarnya pada ketika itu saya tidur nyenyak. Arwah semasa hidupnya memang gemar bermain game lumba kereta dan seringkali bercakap lama melalui telefon lalu kebanyakkan saudara saya mendengar perkabaran tersebut memberi beberapa nasihat dan menyatakan arwah berada di sekitar rumah dalam masa 7 hari malah ada yang menyatakan 44 hari.



Kejadian lain pula ialah di rumah saudara saya di mana arwah selalu berborak bersama rakan-rakannya. Dikatakan saudara saya terdengar suara arwah sedang berborak dan saudara saya menjadi ketakutan apabila mendengar suaranya dari luar rumah. Kejadian lain pula ialah salah seorang dari saudara saya melihat bayangannya sedang berjalan-jalan tidak jauh dari rumah kami.

Kejadian paling aneh yang terjadi selepas kematian arwah ialah, kawan arwah berjumpa dengan arwah seperti tiada apa-apa yang terjadi. Kawan arwah yang juga dikenali sebagai nor pada malam tersebut tidak mengetahui arwah sudah meninggal dunia lebih kurang 3 hari. Nor bagaimanapun mengakui dia berborak dengan arwah di luar rumahnya lebih kurang 10 minit sekitar jam 11 malam. Bagaimanapun pada sebelah siangnya apabila Nor turun ke sekolah, barulah dia menerima berita bahawa arwah sudah meninggal dunia 3 hari. Bergetar suara Nor apabila saya menyatakan kebenaran arwah sudah meninggal dunia 3 hari.

Begitulah beberapa kejadian selepas kematian yang mungkin hampir semua orang mengalaminya. Dari sini saya mendapati bahawa terdapat beberapa kepercayaan masih di amalkan selepas kematian iaitu, menyediakan tempat tidur arwah seperti tilam di mana arwah selalu tidur dan meletakkan lilin di sekeliling tilam serta menyalakan setangi. Ini membolehkan arwah tidur di tempatnya apabila tiba waktu malam. Kepercayaan lain pula ialah menyediakan makanan kegemaran arwah dan meletakkannya di dalam dulang serta letakkan di hadapan pintu rumah apabila tiba pada waktu malam. Kepercayaan ini adalah kerana mereka percaya roh masih berada di rumah.

Saya bukanlah orang yang cerdik pandai, namun saya bertindak merujuk kepada al-quran dan hadis. Pada pendapat saya, apa yang didengar, dilihat dan dirasai arwah masih di sekitar rumah ialah Qarin iaitu jin pedamping sejak arwah lahir. Qarin mampu menunjukkan diri dalam bentuk, suara dan keadaan seperti arwah. Gangguan tersebut tidak lain tidak bukan hanyalah untuk mengelirukan manusia dan menakut-nakutkan manusia selain membawa manusia kepada kesesatan.

Di sini saya senaraikan beberapa kepercayaan kepercayaan ulama mengenai alam roh:

  1. Abu Hurairah Abdullah bin Umar : Roh-roh bernaung di sisi Allah SWT
  2. Di perkarangan syurga.
  3. Di perkarangan kubur masing-masing.
  4. Imam Malik : Bebas ke mana-mana.
  5. Imam Ahmad : Roh mukmin di syurga, roh kafir di neraka.
  6. Roh mukmin di Jabiyah, roh kafir di perigi besar di Hadramaut, Yaman.
  7. Di bumi.
  8. Roh mukmin di Illiyin di Langit Ketujuh, roh kafir di Sijjin di Bumi Ketujuh.
  9. Roh mukmin di perigi Zamzam, roh kafir di perigi Barahut.
  10. Roh mukmin berada di alam barzakh (satu alam antara alam dunia dengan alam akhirat) dan bebas bergerak ke mana-mana. Roh kafir di Neraka Sijjin.
  11. Roh mukmin di kanan Nabi Adam, roh kafir di kirinya (sebagaimana gambaran dalam peristiwa Isra’ Mi’raaj)
  12. Ibnu Hazm : Berada di tempat roh-roh itu diciptakan sebelum dimasukkan ke dalam jasad. Allah menciptakan semua roh sekaligus di sana.
  13. Abu Umar bin Abdul Bar : Roh para syuhada’ di syurga, roh mukmin di perkarangan kubur masing-masing.
  14. Abdullah bin Mubarak : Tidak berada di dalam syurga tetapi boleh mengecap buah-buahan syurga dan mencium bau syurga.
  15. Roh para syuhada’ berada dalam perut burung hijau yang bergantungan di ‘Arasy, pergi balik ke taman-taman syurga.
  16. Mujahid : Berada di kubur masing-masing pada 7 hari pertama dikebumikan.

Pandangan yang sesat mengatakan:

  1. Roh terhapus selepas kematian
  2. Roh bertempat pada binatang yang sesuai dengan perlakuan roh tersebut.

Sumber : Kitab Ar-Ruh susunan Ibnu Qayyim

Barzakh penghalang antara dunia dan akhirat.Dalam firman Allah Ta’ala, “Dan di hadapan mereka ada dinding sampai hari mereka dibangkitkan”.Jadi, penghuni dunia dan penghuni kubur tidak dapat bertemu hingga hari kiamat. Namun, ada dikalangan ulama pecaya roh dapat menunjukkan dirinya melalui mimpi tetapi tidak mampu untuk bercakap dan hanya mampu tersenyum.

Diriwayatkan dari Al-Bara’ bin ‘Azib r.a katanya: Kami telah keluar bersama-sama Nabi s.a.w, mengiringi jenazah seorang lelaki dari kaum Ansar, lalu kami sampai ke kuburnya yang disediakan. Rasulullah s.a.w pun duduk lalu kami duduk disekelilingnya dengan keadaan tidak bergerak dan membisu; manakala Baginda s.a.w pula mencucuk-cucuk tanah dengan seranting kayu yang ada di tangannya. Setelah itu Baginda s.a.w mengangkat kepalanya lalu bersabda: “Mintalah kamu perlindungan kepada Allah dari azab kubur”, (diulanginya sabdanya itu) dua atau tiga kali.

Kemudian Baginda s.a.w bersabda lagi: “Sesungguhnya hamba Allah yang mukmin (ketika hendak mati) apabila ia berada dalam keadaan terputus dari dunia dan sedang menghadapi akhirat, akan turunlah kepadanya Malaikat-malaikat dari langit, putih bersih wajah mereka seolah-olah matahari, dengan membawa kain kafan bersama mereka dari kain-kain kapan syurga, dan Hanut (Pachai iaitu serbuk campuran dari benda-benda yang harum yang ditabur kepada mayat semasa dikapankan) dari yang ada di syurga, sehingga mereka duduk jarak daripadanya sejauh mata memandang.

Begitulah huraian saya mengenai kejadian selepas kematian. Janganlah kita mudah percaya dengan tipu daya jin dan syaitan sehingga membawa kita kepada kesesatan. Kita dilarang sama sekali berhubung atau mendampingi jin untuk memudahkan urusan dunia kerana ianya akan menyebabkan jin-jin itu semakin sombong. Cukuplah bersedekah al-fatihah, membaca yasin atau tahlil untuk bersedekah dengan si mati dan itu merupakan sewajarnya dan tuntutan kepada yang masih hidup

Bacaan tahlil selama 7 hari ataupun dibuat pada hari ke 100 bergantung kepada kemampuan kita dan ianya tidak ada kaitan dengan menenangkan roh di mana kita tidak dapat menggapainya kerana mereka sudah berada di sempadan dan kita tidak mampu untuk berkomunikasi dengan mereka. Kepada yang masih hidup carilah hutang piutang si mati dan selesaikanlah dan menjadi wakil kepada si mati memohon maaf kepada orang yang pernah disakitinya moga roh si mati mudah berdepan dengan hari kiamat kelak.

allahualam

TAK SUSAH MEMOHON MAAF

Melafazkan maaf pada fikiran semua orang adalah perlu jika kita menyedari kesilapan kita. Namun untuk mengucapkannya bergantung kepada cara berfikir dan keberanian setiap orang. Selain, kadang-kadang antara kita lupa untuk melafazkan maaf selepas melakukan kesilapan dan ada buat-buat lupa serta mengabaikannya kerana memikirkannya tidak penting atau berharap orang lain faham melalui perbuatan.

Maaf adalah perkataan yang membawa maksud rendah diri. Maaf sering kali juga dilafazkan jika kita melakukan kesalahan. Namun sering kali manusia sukar untuk melafazkan perkataan maaf ini walaupun hanya sesingkat ayat. kita semua hanya insan biasa, makhluk Tuhan yang lemah.

Antara sebab lain seseorang sukar untuk melafazkan maaf adalah :
  1. Memiliki ego yang tinggi
  2. Tidak mahu dipandang lemah atau mengalah
  3. Tidak suka mengaku kesalahan
  4. Tindakkan adalah perkataan maaf
  5. Bimbang maaf tidak diterima
Seseorang yang sukar melafazkan maaf boleh dikategorikan sebagai orang yang sombong dan sukar untuk orang lain mentafsir sama ada golongan ini sedar atau tidak sedar dengan kesilapan sendiri. Jika kita tahu golongan ini sedar kesilapan sendiri mudahlah bagi kita untuk mencari jalan damai. Kesukaran golongan yang sukar melafazkan maaf ini sememangnya dipandang sombong dikalangan masyarakat.



Meminta maaf melalui perbuatan adalah perkara yang perlu dibuat dengan serius dang bersungguh-sungguh. Jika sambil lewa maka ianya nampak tidak ikhlas malah dipandang jijik oleh masyarakat. Setiap orang boleh merasakan jika golongan yang memohon maaf dengan perbuatan samada ikhlas atau tidak. Ingatlah bahawa untuk seseorang merasai keikhlasan memohon kemaafan dari perbuatan ataupun lisan bukan sehari dua ataupun seminggu dua malah mungkin bukan sebulan dua.

Pohonlah maaf kepada yang teraniaya akibat perbuatan kita selagi masih ada kesempatan dan melafaznya hanya perlu sedikit keberanian. Letakkan niat memohon kemaafan untuk mengeratkan silaturahim. Ianya hanyalah 2 perkataan yang mudah "Maafkan saya". Memohon kemaafan memberi keselesaan orang sekeliling terhadap kita selain menjadikan kita semakin disayangi oleh orang sekeliling kita.

Allah SWT telah mewajibkan seorang muslim menerima permintaan maaf saudaranya, menjaga rahasianya, dan menasihatinya. Dalil tentang kewajiban menerima permintaan maaf dari saudaranya adalah hadits yang diriwayatkan Ibnu Majah dengan dua isnad yang baik sebagaimana dikatakan al-Mundziri dari Zudan, ia berkata, Rasulullah saw. bersabda:
"Barangsiapa yang mengajukan permintaan maaf kepada saudaranya dengan suatu alasan tapi dia tidak menerimanya, maka ia akan mendapat kesalahan seperti kesalahan pemungut pajak"








DEBAT POLITIK ATAU POLITIK DEBAT

Oleh: Dr Awang Azman Awang Pawi

Mukanya kelihatan berpeluh, matanya meliar melihat kiri dan kanan, sekali sekala kelihatan beliau menyapu peluh di mukanya. Suasana tegang kelihatan membaluti dirinya apabila menjawab soalan dan mengemukakan hujah. Demikian Nixon dalam debat politik berhadapan dengan Kennedy dalam debat pemilihan presiden. Selebihnya adalah sejarah.

Bagi kebanyakan generasi lama, sudah pasti perdebatan antara John F. Kennedy dan Richard Nixon yang disiarkan seluruh stesen televisyen dan radio di Amerika Syarikat dan hampir 70 juta rakyat negara itu mengikuti debat tersebut.

Debat tersebut memaparkan imej kepimpinan dan citra serta pendirian antara pemilihan presiden calon Demokrat dan Republik. Debat yang diadakan pada tahun 26 September 1960 ini memberikan kesan kepada persepsi kepimpinan dan parti yang diwakili. Ternyata Nixon dianggap tidak menonjol dalam perdebatan tersebut kerana bukan sahaja dihujani dengan idea-idea segar Kennedy akan tetapi dikaburi oleh penampilan diri. Dengan latar belakang studio dan televisyen hitam putih ditambah dengan pemakaian baju kot warna kelabu oleh Nixon mengurangkan lagi impak penampilan.

Di Indonesia, debat capres (calon presiden) yang diadakan pada 2009 bagi yang tersiar secara langsung di stesen televisyen memberikan peluang kepada rakyat Indonesia melihat idea, sikap dan pandangan bakal calon mereka, iaitu Megawati Sukarno Puteri, Susilo Bambang Yudhono (SBY), dan Jussuf Kalla. Daripada debat politik ini kelihatan Megawati menyentuh isu memperjuangkan golongan wong cilik, membawa konsep ekonomi kerakyatan manakala Jussuf Kalla yang banyak menekankan kepimpinan yang memerlukan ketokohan, program dan menyarankan agar demokrasi bebas dari sudut pandangan wang sebagai penentuan. Susilo pula kelihatan mempunyai wibawa, penampilan dan menegaskan agenda membanteras rasuah, komisen gelap dan agenda membina citra bangsa Indonesia. Sedikit seperti Nixon Jusuf Kalla kelihatan kaku kerana suasana sekitarnya. Namun enam pertanyaan oleh Jussuf Kalla sebenarnya merupakan enam kegagalan Susilo dalam pemerintahan sebelum ini.

Perdebatan tersebut membuka ruang kritikan dan idea secara membina antara satu sama lain. Secara keseluruhan kesemua pemimpin tersebut mencerminkan kebaikan nilai yang akan dilaksanakan sekiranya memenangi pemilihan presiden. Namun rakyat pasti mahu akan yang terbaik sebagai pemimpin mereka berdasarkan persepsi dalam perdebatan tersebut.

Politik Debat

Debat merupakan salah satu cara seseorang pemimpin politik itu menempatkan diri dalam kelompok yang dihormati. Debat juga berupaya meningkatkan imej dan reputasi seseorang ahli politik. Debat antara Anwar Ibrahim dan Sabery Cheek bukan sahaja menonjolkan penampilan diri Anwar Ibrahim sebagai pemidato yang hebat daripada Parti Keadilan Rakyat, namun menonjolkan kemampuan Sabery Cheek yang juga tidak kurang kehebatannya dalam memberikan hujah.

Selama ini generasi baru kurang mengetahui kehebatan Shabery Cheek sebagai pendebat yang hebat terutama ketika beliau menjadi ahli parti kumpulan Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah.

Dalam debat tersebut rakyat diberitahu oleh Shabery bahawa Anwar semasa dalam kerajaan pernah menyatakan bahawa “kalau boleh dipintal awam di langit , akan kupintal nama Dr Mahathir dan Siti Asmah”.

Anwar Ibrahim pula dalam hujahnya memberitahu rakyat menyatakan tuduhan beliau sebagai penyokong dasar IMF adalah fitnah dan beliau sedia berdebat mengenai krisis ekonomi 1997-1998 pada masa hadapan.

Selebihnya adalah rakyat adalah hakim penentu dan penilai hujah yang dikemukakan oleh kedua-dua tokoh tersebut. Rakyat bukan lagi ingin dihidupkan dengan retorik, sebaliknya dengan fakta dan hakikat kehidupan yang mereka alami.

Menyanggah Persepsi Semasa

Selama ini persepsi ramai terhadap MCA begitu rendah bukan sahaja dalam kalangan masyarakat Cina akan tetapi dalam kalangan bukan masyarakat Cina. Bagaimana pun, debat antara Chua Soi Lek dengan Lim Guan Eng mampu meningkat persepsi baik terhadap keupayaan parti politik yang dianggap yang dikatakan kurang mempunyai harapan tinggi untuk meraih kemenangan besar dalam pilihan raya akan datang.

Bagi kebanyakan penyokong MCA, debat tersebut adalah kemenangan moral parti tersebut yang selama ini dipersepsi kurang berani berdebat secara terbuka dan langsung. Hujah yang bernas, persembahan yang bertenaga, riak keyakinan yang tinggi walaupun menempuhi hari-hari yang sukar bagi MCA bagaikan mengembalikan keyakinan diri kalangan penyokong MCA. Parti MCA seolah-olah mati hidup kembali dan ternyata hujah dikemukakan oleh Chua Soi Lek tidak mudah untuk dijawab oleh Lim Guan Eng. Selama ini terdapat persepsi bahawa MCA tidak mampu berhujah dengan DAP. Walaupun diakui oleh Chua Soi Lek tidak ada yang menang atau kalah dalam debat tersebut, Chua Soi Lek seolah-olah pembawa sinar dan harapan baru kepada MCA yang pernah tewas dalam perang persepsi selama ini.

Di sini dapat dilihat sikap dan pendirian DAP. Antara lain beliau Guan Eng menyatakan DAP tidak mengiktiraf ketuanan Melayu yang diiktiraf ialah ketuanan rakyat. Guan Eng juga bertanya pandangan MCA apabila pemimpin mereka ditangkap dan bukannya pemimpin UMNO dalam isu PKFZ (Zon Bebas Pelabuhan Kelang). So Lek anggap Guan Eng hanya melihat isu tersebut daripada kaca mata perkauman. Soi Lek juga menyuarakan kebimbangan akan parti PAS kerana bimbang penubuhan negara Islam.

Imej Chua Soi Lek sebagai pemimpin berjiwa besar dan merendah diri berjaya ditonjolkan apabila memuji Guan Eng sebagai pemidato yang hebat dan berpengalaman ketika diwawancara oleh wartawan. Beliau turut menegaskan yang menang adalah rakyat yang akan dapat membuat pertimbangan lebih seimbang dan jelas selepas mendengar perdebatan tersebut.

Dalam debat politik kita boleh bersetuju untuk tidak bersetuju secara terbuka tanpa balutan emosi. Yang penting dapat dijadikan wadah menyampaikan pandangan secara ikhlas dan jujur. Debat tersebut lebih kepada debat berkenaan masa depan orang cina dan politik semasa. Sewajarnya debat seumpama itu, harus melangkaui sifat kepartian dan banyak fokus kepada isu pembinaan sebuah negara bangsa. Walaupun ada kekurangan seperti Chua Soi Lek tidak menyentuh isu ETP dan transformasi oleh kepimpinan negara, agenda perpaduan negara yang dilihat semakin meruncing dan sebagainya namun ini merupakan langkah kecil kepada langkah yang lebih besar lagi.

Apakah yang dapat dipelajari daripada debat tersebut? Yang pertama, penyuburan debat politik perlu digalakkan bukan sahaja di peringkat parti tertinggi akan tetapi di peringkat bahagian atau cawangan. Hanya dengan saluran tersebut maka komunikasi politik dapat mengakar kalangan rakyat bawahan. Wakil rakyat perlu berani turun ke padang berdebat dengan lawan politik secara terbuka. Sekiranya debat politik diperluaskan di seluruh kawasan di negara ini, maka Barisan Nasional akan dapat menyelesaikan isu dan masalah persepsi kalangan rakyat akar umbi.

Di sinilah dapat dilihat wakil rakyat yang benar-benar berpengetahuan luas, berpengalaman, bijaksana dapat dinilai oleh rakyat. Debat bukanlah penyelesaian masalah serta-merta. Akan tetapi, ia dapat memberikan pemahaman, idea baru dan segar kepada rakyat untuk menilainya. Sikap, pendirian dan penonjolan imej dan penampilan juga dapat diukur rakyat secara langsung. Ternyata, persepsi politik diukur juga daripada debat politik.

Apakah debat Ketua Unit Media BN Sarawak dengan ketua Unit Media Pakatan Rakyat Sarawak akan dapat kita saksikan sebelum pilihan raya umum ini? Apakah Anwar Ibrahim akan berdebat dengan Dato Sri Najib Tun Razak atau Ketua Menteri Sarawak akan berdebat dengan Baru Bian? Kesemua ini ditentukan komitmen dan keazaman politik masing-masing.

*Penulis ialah pensyarah kanan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Dalam dunia kesarjanaan beliau pernah mendapat biayai Southeast Asian Studies Regional Exchange Program (SEASREP), Toyota Foundation selain daripada Mardjani Foundation Russia, ahli European Association for South East Asian Studies (EuroSEAS), dan anggota Scientific and Technical Committee & Editorial Review Board on Human and Social Sciences, di Paris


Sumber : sarawakupdate

KEMALANGAN DI TAMAN KOPODIM MERAGUT NYAWA TERMIZZI BIN SENAK

Seorang pelajar dari institusi pengajian tinggi telah terbunuh di tempat kejadian dengan kecederaan di kepala selepas motosikal berlanggar dengan penunggang motosikal lain di lampu isyarat di Taman Kopodim, Matang pada pukul 8 malam pada hari Khamis ..

Si mati telah dikenalpasti sebagai Termizzi Senak berusia 19 tahun dari Kampung Trusan Jaya, Tanah Hitam, Sematan.

Mangsa yang lain, Mohd Faiz telah menuju ke arah rumahnya di Semariang apabila kedua-dua berlanggar.

Beliau bagaimanapun mengalami kecederaan di muka dan rakannya berjaya menghubungi saudaranya dan bergegas ke hospital Umum Sarawak.

Polis trafik yang tiba di tempat kejadian menghubungi kakak Termizzi yang berkata dia tidak tahu di mana adiknya ketika itu.

Beliau berkata si mati merupakan anak keempat daripada enam beradik. Jenazah beliau telah dibawa ke rumah mayat untuk bedah siasat.

Sementara itu, penduduk memberitahu pemberita bahawa lampu isyarat merupakan punca kemalangan yang sudah tidak berfungsi dua tahun yang lalu.

Seorang suri rumah dari Taman Kopodim, Matang berkata beliau telah tinggal di kawasan itu selama bertahun-tahun dan kerap melihat kemalangan berlaku di tempat tersebut.

Beliau berkata, terdapat kemalangan maut September lalu di kawasan yang sama.

"Tempat ini sangat gelap pada waktu malam dan pengguna jalan raya hampir-hampir tidak dapat melihat apa-apa," tambah beliau.

sumber : sarawakupdate

Arwah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Tanah Hitam Sematan pada Hari Jumaat lebih kurang selepas sembahyang jumaat 17 Februari 2012. Arwah sepatutnya menyambut harijadi bersama keluarga pada hari arwah dikuburkan seperti hasrat arwah yang berpesan kepada ayahnya, saudaranya Arduan dan Saptuyah. Arwah sebelum meninggal dunia menyatakan hasrat untuk bekerja dengan saudaranya Saptuyah untuk mendapatkan sedikit wang bagi meraikan harijadinya bersama keluarga.

Arwah dilahirkan di Klinik Desa Sematan dan berpindah ke Kuching dan pernah menetap di SM Teknik Matang. Bersekolah di SRK Matang, SMK Matang Hilir, SM Teknik Matang dan melanjutkan pengajian di Politeknik Kuching Sarawak.

Sebelum arwah meninggal dunia arwah sempat memohon maaf kepada beberapa rakan-rakannya seperti yang dikhabar oleh kawan-kawannya kepada saya. Apa yang menyedihkan saya adalah arwah mencari saya untuk menyatakan hasrat menyambut hari jadinya yang ke-20 bersama arwah selain jangkaan saya arwah ingin memohon maaf dari saya atas apa yang telah berlaku sebelum ini. 

Beberapa rakan arwah menyatakan sebelum hari kejadian, arwah memberitahu beberapa kenalannya dia sudah demam beberapa hari dan mungkin ajalnya sudah hampir. Rakan-rakannya amat terkejut apabila mendengar khabar arwah sudah kembali ke warahmatullah.

Saya memohon kepada rakan-rakannya supaya sedekah al-fatihah kepada arwah sudah memadai daripada bersungut melalui sms. Telefon bimbit arwah di simpan oleh saya untuk mencari jika ada rakan dan taulannya ingin berpesan sesuatu supaya saya boleh tunaikan hasratnya.

Kemalangan tersebut bagaimanapun melibatkan 3 orang penunggang motosikal selepas saya berjumpa dengan saksi sebentar tadi di Kampung Telaga Air. Seorang daripadanya sempat mengelak daripada bertembung yang juga merupakan saksi. Seorang lagi cedara di muka dan adik saya parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian. Mereka sebelum kejadian telah singgah di rumah rakannya syafik di Taman Kopodim yang juga merupakan jiran kami semasa menetap di Teknik Matang kira-kira 8.00pm menurut Sofi adik kepada Syafik.  Mengikut saksi pertembungan tersebut melalui arah yang sama melalui belakang. Namun, saya sangsi dengan saksi kerana ianya masih kabur. Kes ini bagaimanapun saya serah kepada pihak polis untuk menentukan statusnya kerana motosikal dari kedua belah pihak berada di Simpang tiga dan di situlah bukti yang dapat menentukan bagaimana pertembungan itu terjadi.

Sesungguhnya mati itu benar, kepada rakan-rakan arwah dan pembaca. Ingatlah bahawa laman sosial yang anda guna sekarang merupakan saham neraka jika anda memasukkan gambar yang tidak menutup aurat selain kata-kata kesat yang anda masukkan dalam status anda. Sesungguhnya mati itu tidak dilambatkan dan tidak dicepatkan. Setiap orang sudah ditetapkan takdir kematiannya dan tiada sesiapa yang tahu melainkan  pencipta kita. Jika esok sampainya masa kita maka tiada siapa yang dapat membantu dan tiada pula sempat kita berpesan atau mewariskan harta yang kita cari di dunia. Gunalah laman sosial dengan seadanya dan berdakwahlah atas jalan yang benar sebelum anda dicabut nyawa bila-bila masa dalam keadaan apa sekalipun.

Akhir sekali, saya memohon kepada rakan dan taulan sedekah al-fatihah kepada arwah dan janganlah bersungut atas ketiadaannya. Jika ada hutang atau arwah menyakitkan hati sesiapa ampunkanlah arwah dan halalkan makan minum arwah. Jika ada hutang yang belum dilangsaikan sila inbox FB saya. Sekiranya arwah mempunyai laman sosial lain dan antara kalian tahu kata laluannya mohon padamkan semua gambarnya.

PERSONALITI DAN RAHSIA GERAK TARI JARI

Memicit Atau Memegang Hidung
Tidak mudah tertipu dan sangat berwaspada dalam apa juga tindakan yang dilakukan.Seorang yang pemalu dan sukar untuk berkongsi rahsia besar degan orang lain kecuali orang yang benar-benar dipercayai.

Meletak Tangan Pada Bahu Kawan
Suka ikut kepala sendiri Pentingkan diri sendiri Teman yang sangat mengambil berat dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh teman-teman rapat

Bermain Dengan Tangannya
Mempunyai tahap humor yang tinggi Pandai berjenaka Bersikap terbuka dan dapat menerima kritikan atau pandangan orang lain tanpa ambil hati Jenis open minded

Mematahkan Jari Jemarinya
Seorang yang gugup dan kurang yakin untuk berbicara degan orang lain Baik hati dan sedia membantu sesiapa saja



Menggigit Kuku
Gugup dan gementar bila berbicara Agak tertutup dalam membicrakan rahsia hati

Memintal Hujung Rambut
Suka berkhayal Sukar diperdayakan Keras kepala

Menongkat Dagu
Pendengar yang setia dan rahsia akan selamat ditangannya Suka mendengar masalah teman-teman Setia dalam persahabatan

Suka Letakkan Tangan Atas Meja
Happy go lucky dan pandai menyesuaikan diri Peramah Suka bergantung pada orang lain

Menggosok-gosok Telapak Tangan
Ramah dan berfikiran matang Suka berterus terang dan tidak suka cakap berbelit-belit Mudah memahami perasaan orang lain dan suka membantu

Memutar Cincin
Sangat menepati janji Berhati-hati dalam tutur kata Gemar hidup yang teratur..


DOWNLOAD DOKUMEN INI DAN PRINT SERTA SEBARKAN JIKA KAMU RASA IANYA MENAFAAT
KLIK =SINI= UNTUK MUAT TURUN DOKUMEN


TEKA TEKI KEHIDUPAN DAN SEJARAH SERTA KEBENARANNYA

Teka teki yang pernah ditanya oleh orang yang menyembunyikan kebenaran tentang kehidupan:

“Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, lapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.”

“Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai roh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah Dan ibu!”

“Siapakah yang tercipta dari api,siapakah yang diazab dengan api Dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu Dan siapakah yang terpelihara dari batu?”

“Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah Dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan Dan dua di bawah sinaran matahari?”



Jawapan yang di utarakan oleh orang yang berkata benar dan tidak menyembunyikan kebenaran:

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyayang
  1. Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..
  2. Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. Berfirman, “Dan Kami jadikan malam Dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).” (Al-Isra’: 12).
  3. Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil Dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
  4. Empat yang tiada limanya adalah Taurat,Injil, Zabur Dan al-Qur’an.
  5. Lima yang tiada enamnya ialah Solatlima waktu.
  6. Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlahHari ketika Allah s.w.t. Menciptakan makhluk.
  7. Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. Berfirman, “Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.” (Al-Mulk: 3).
  8. Lapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy AR-Rahman. Allah s.w.t. Berfirman, “Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada Hari itu delapan orang malaikat men-junjung ‘Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.” (Al-Haqah: 17).
  9. Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu’jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu Dan belalang.*
  10. Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. Berfirman, “Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.” (Al-An’am: 160).
  11. Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .
  12. Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu’jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, “Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, ‘Pukullah batu itu dengan tongkatmu.’ Lalu memancarlah daripadanya dua belas Mata air.” (Al-Baqarah: 60).
  13. Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah Dan ibunya.
  14. Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. ber-firman, “Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. ” (At-Takwir: 18).
  15. Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.
  16. Mereka yang berdusta namun masuk kedalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, “Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barangkami, lalu dia dimakan serigala. ” Setelah kedustaan terungkap,Yusuf berkata kepada mereka, ” tak ada cercaan terhadap kamu semua.” Dan ayah mereka Ya’qub berkata, “Aku akan memohonkan ampun bagi muka pada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang .” (Yusuf:98)
  17. Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, “Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai.” (Luqman: 19).
  18. Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.
  19. Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, “Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.” (Al-Anbiya’: 69).
  20. Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).
  21. Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? “Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.” (Yusuf: 28).
  22. Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

orang yang berkata benar dan tidak menyembunyikan kebenaran kemudian memberi satu soalan yang mudah:

 “Apakah kunci syurga itu?”

mendengar pertanyaan itu lidah penyembunyi kebenaran menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kebimbangannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di situ terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, “Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! ”

Penyembunyi kebenaran tersebut berkata, “Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.”
Mereka menjawab, “Kami akan jamin keselamatan anda. ”

Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah, Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. ”

"Tiada tuhan yang ku sembah melain kan Allah, Nabi Muhammad pesuruh Allah"



DOWNLOAD DOKUMEN INI DAN PRINT SERTA SEBARKAN JIKA KAMU RASA IANYA MENAFAAT
KLIK =SINI= UNTUK MUAT TURUN DOKUMEN

KEKARUTAN & FAKTA TENTANG MAKANAN

Namun tidak semua kepercayaan yang berasaskan saintifik itu betul kerana kepercayaan yang sangat relevan adalah maklumat yang mempengaruhi kesempurnaan pemakanan termasuk kandungan zat makanan, jenama dan sifatnya.

Kebanyakan kepercayaan dan idea ini adalah tentang sesuatu makanan itu sama ada ia baik, tidak baik atau lebih baik. Bagaimanapun, kepercayaan ini berbeza dan berubah-ubah mengikut keadaan dan masa.

Antara fakta dan kekarutan mengenai makanan adalah:

Karut: Makanan yang kurang karbohidrat sangat baik untuk mengurangkan berat badan.

Fakta: Memang benar makanan yang kurang karbohidrat pada akhirnya boleh mengurangkan berat badan. Bagaimanapun, penurunan berat badan tersebut adalah disebabkan oleh kehilangan cecair yang akan digantikan semula selepas individu itu mengambil balik makanannya yang biasa.

Karbohidrat adalah mustahak dibekalkan dalam badan untuk mengurangkan kelesuan, tekanan darah rendah dan sebagainya.

Di samping itu, makanan yang mengandungi serat secukupnya penting untuk usus berfungsi dengan baik.

Karut: Sekeping roti bakar mempunyai kalori yang rendah berbanding sekeping roti biasa.

Fakta: Kandungan kalori roti bakar dan tidak bakar adalah sama walaupun beratnya berbeza.

Karut: Makanan berkanji seperti roti, bijirin dan kentang boleh 'menggemukkan'.

Fakta: Roti, bijirin dan kentang adalah murah dan ia mengandungi protein dan beberapa jenis vitamin dan mineral.

Makanan, tidak kira apa jenisnya jika dimakan secara berlebihan akan menambahkan berat badan. Untuk mencapai pemakanan yang seimbang, jumlah roti dan bijirin yang cukup perlu diambil setiap hari.

Karut: Limau gedung atau grapefruit adalah makanan yang boleh melangsingkan badan kerana ia dapat membantu membakar lemak dalam badan.

Fakta: Tidak ada makanan yang boleh disebut dapat 'melangsingkan' badan. Walaupun limau gedung mengandungi nilai rendah kalori, ia tidak boleh membakar lemak atau memiliki kesan positif untuk melangsingkan badan. Sebarang makanan yang rendah tenaga akan menyebabkan lemak dalam badan dibakar bagi mencukupi permintaan tenaga yang diperlukan.

Karut: Lebih baik menggunakan madu berbanding gula.

Fakta: Tidak banyak bezanya menggunakan madu ataupun gula. Kedua-duanya mempunyai kandungan karbohidrat yang tinggi (4 kalori/ 17kJ setiap gram).

Terdapat sedikit zat di dalam madu tetapi jika jumlah yang diambil tidak banyak, ia juga tidak memberi kesan yang maksium.

Karut: Pisang ''menggemukkan'' dan tidak boleh dimakan apabila kita mengamalkan makanan rendah kalori.

Fakta: Pisang tidak mengandungi lemak tetapi mempunyai karbohidrat yang tinggi. Sedikit pisang adalah bersamaan dengan satu sajian buah-buahan lain.

Karut: Buah-buahan dan jusnya tidak 'menggemukkan' dan boleh diambil tanpa had sebagai makanan yang dapat menguruskan badan.

Fakta: Walaupun buahan adalah sumber bagi vitamin dan serat, satu sajian buah-buahan atau segelas perahan buah sebanyak 120ml mengandungi karbohidrat yang sama dengan sekeping roti. Oleh itu, seperti roti, buah-buahan juga tidak boleh diambil terlalu berlebihan ketika mengamalkan makanan berkalori rendah.

Karut: Mengambil sarapan pagi adalah tidak penting.

Fakta: Kajian-kajian yang dijalankan mendapati sarapan pagi merupakan makanan yang membuka puasa semalaman.

Malah ia juga banyak menujukkan bahawa individu yang melangkau sarapan pagi memiliki prestasi yang lemah setelah menghampiri waktu tengah hari berbanding mereka yang mengambil sarapan.

Karut: Biskut kering kosong tidak menggemukkan dan boleh diambil tanpa had.

Fakta: Makanan ini bukannya tidak mempunyai kalori langsung dan adalah disarankan mengehadkan pengambilannya.

Meskipun begitu, ia boleh diambil menggantikan roti dan dinasihatkan supaya tidak menambah bahan lain seperti marjerin, daging, keju dan sebagainya pada biskut tersebut.

Karut: Santan mengandungi kolesterol.

Fakta: Santan, seperti juga sumber minyak sayuran lain tidak mengandungi kolesterol. Bagaimanapun, ia adalah lemak tepu dan jika diambil terlalu banyak boleh meningkatkan kolesterol darah.

Demikianlah beberapa kekarutan tentang pemakanan yang seharusnya diperbetulkan oleh setiap individu sebelum sesuatu makanan itu diambil.

Ia tidak seharusnya terus membelenggu individu berkenaan sehingga menjadikannya satu garis panduan yang perlu diikuti.

KEPALA DAN TANGAN HANCUR TERSANGKUT DI MESIN

KUCHING: Seorang pekerja kilang keluli mati dalam keadaan mengerikan apabila kepala dan tangan kirinya hancur akibat terperosok dalam mesin melentur logam di sebuah kilang di Jalan Datuk Stephen Yong, di sini, semalam.

Mayat Hamid Bujang, 32, dari Kampung Tanah Putih, Serian, ditemui rakan sekerjanya yang curiga apabila ternampak satu ‘objek’ melekat pada mesin berkenaan ketika mahu memulakan kerja, kira-kira jam 6 pagi.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa dipercayai cuba membengkok besi tanpa menyedari kepala serta tangannya terlalu dekat dengan mesin berkenaan.

Rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, selepas ternampak mangsa tersangkut pada mesin dalam keadaan tidak sedarkan diri, dia segera menutup suis mesin berkenaan, namun usahanya terlambat kerana mangsa sudah meninggal dunia.

“Dia (Hamid) berpengalaman lebih 10 tahun bekerja dan mengendalikan mesin di kilang ini. Kebiasaannya, ada beberapa pekerja lain ditugaskan mengendali mesin di kilang ini, tetapi pada hari kejadian, hanya dia seorang saja yang bekerja.


“Terkejut dengan kejadian itu, saya kemudian menghubungi Hospital Umum Sarawak (HUS) bagi mendapatkan bantuan,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Sepasukan anggota polis turut bergegas ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu bagi menjalankan siasatan.



Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian itu.

Beliau berkata, mangsa yang sudah berkahwin disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke HUS untuk bedah siasat.

“Keluarga mangsa sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Sumber : hmetro

SOLAT MENCEGAH KEMUNGKARAN TAPI MASIH MUNGKAR LALU BAGAIMANA?

Salam sejahtera kepada pembaca beloya2u.com. Terima kasih kerana membaca dan membaca itu sememangnya dituntut tetapi bijaksanalah dalam memilih dan menghayati bahan bacaan. Artikel kali ini adalah mengenai Solat lima waktu yang kita kerjakan setiap hari dan mungkin juga kadang-kadang, jarang-jarang ataupun langsung tidak pada orang tertentu dan mungkin mereka tidak melakukannya kerana sebab dan asbab tertentu yang mungkin kita tidak ketahui dan bagaimana kita boleh bantu mereka.

Artikel ini ditulis oleh saya kerana saya menyedari salah satu sebab mengapa solat menjadi susah pada individu tertentu dan timbul pula idea saya untuk berkongsi mengenai. Saya berharap perkongsian saya tidaklah bercanggah dengan syariat atau hukum yang terdapat dalam al-quran.

Menurut hadis yang saya pernah baca dan ianya selalu sahaja disebut dalam tazkirah dan ceramah-ceramah dalam majlis ilmu. "Solat itu mencegah kemungkaran" disebabkan itu apabila seseorang melakukan solat tetapi masih melakukan kemungkaran, ustaz atau penceramah selalu sahaja menyatakan "Cek solat kamu kerana solat yang kamu lakukan tidak mampu mencegah kamu melakukan kemungkaran" kenyataan ini seolah-olah solat yang dilakukan sia-sia ataupun solat tersebut ada kekurangan.



Akibat daripada itu, ada yang putus asa dan tidak mahu melakukan solat kerana merasakan solat itu sia-sia dan mungkin juga mereka merasakan solat mereka tidak lengkap atau terdapat kekurangan. Sikap putus asa ini mengundang kepada tidak mahu melakukan solat (allahualam).

Di sini saya akan buat pusingan 360 darjah mengenai solat. Kepada yang memikirkan solat mereka tidak lengkap ataupun sia-sia, ubahlah cara pemikiran. Ambil kenyataan ini "Solat itu ubat kepada kemungkaran". Dengan cara ini, sekiranya anda ingin menjauhi kemungkaran atau mengubati sikap anda maka bersolatlah. Untuk mengubati sesuatu penyakit kita hendaklah terus berikhtiar untuk berubat. Solat itu sendiri adalah ubat, terus mengamalnya dan terus belajar mengenainya.

Di sini, saya membawa pembaca untuk menghayati solat itu sebagai ubat dan ingatlah bahawa sekalipun solat yang anda lakukan sia-sia ataupun terdapat kekurangan yang mungkin tidak diterima yang esa, anda tetap wajib melakukannya. Seperti artikel-artikel saya yang lalu, Orang yang minum arak tidak diterima ibadatnya selama 40 hari. Walaupun tidak diterima, kewajiban untuk bersolat masih kekal dan tidak jatuh.

Apa yang saya kongsikan di sini diharap dapat memberi menafaat kepada pembaca yang beragama islam dan kepada yang bukan beragama islam yang suka membaca mengenai islam terima kasih juga saya ucapkan. akhir kata "Jangan menilai Islam itu dari sikap Individu sebaliknya lihatlah apa yang diajarnya". Sekian.


DOWNLOAD DOKUMEN INI DAN PRINT SERTA SEBARKAN JIKA KAMU RASA IANYA MENAFAAT
KLIK =SINI= UNTUK MUAT TURUN DOKUMEN

POLITIK BARU TAPI PEMIKIRAN LAMA DAN SEMPIT

Oleh: Dr Awang Azman Awang Pawi

Kelihatan beberapa orang mahasiswa begitu asyik dengan membaca sesuatu daripada Ipad. Suasana agak santai. Tetapi wajahnya agak kurang ceria. Beberapa laman maya yang dilayari menyentuh isu semasa berkenaan gelora politik negeri Sarawak. Isu atau kandungan berita yang begitu menggamit perasaan pengundi muda tersebut? Yang pasti, selain mencari bahan lanjutan kuliah, membaca pelbagai cerita dan berita politik menjadi pengisi waktu mereka apabila penat menelaah.

“Sangat kolokial, bermain sentimen, kurang daya selidik dan fakta. Gemar mengutip berita akhbar arus perdana untuk dikomen. Berita cerita hal politik 24 jam. Berita berkenaan masalah rakyat kurang mendapat tempat.” Demikian luah seorang anak muda apabila ditanya berkenaan sebuah laman politik yang dibacanya. Sepertimana anak muda tersebut, seorang temannya mahasiswa sains sosial memberikan pandangan lain pula.

“Kami membaca semua laman politik tanpa mengira pembangkang dan kerajaan. Yang kami ingin tahu, apakah segala isu yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak menunjukkan ketinggian daya berfikir, menggunakan fakta dan data yang konkrit. Tulisan yang merendahkan pemikiran kami sebagai pembaca akan lenyap secara automatik. Jangan merendahkan kemampuan kami sebagai pembaca” Sambil itu, anak muda itu menunjukkan kepada penulis beberapa akhbar dalam talian seperti The Nation yang berpusat di Bangkok, Jakarta Post di Jakarta, The Daily Telegraph di London yang turut merupakan rutin bahan bacaan hariannya.

Ternyata, generasi pasca PRU 2008 semakin celik politik. Bukan sahaja politik desa, bahagian atau negeri. Tetapi juga politik national dan internasional. Dengan apakah dibandingkan keupayaan teknologi masa kini dengan teknologi 15 tahun dahulu dari segi kemajuan dalam penulisan laporan politik semasa? Sudah pasti, blogger tanpa mengira ideologi politik perlu mengambil pertimbangan serius betapa khalayaknya barangkali lebih berpengetahuan dan lebih kritis daripada blogger sendiri.



Justeru, bagaimanakah menangani segala isu kritikal yang dihadapi oleh parti-parti tersebut? Yang pertama sejauh manakah keikhlasan mereka memperjuangkan isu parti? Adakah mereka dibelenggu oleh jiwa feudal atau berjiwa rakyat? Yang diperjuangkan adalah parti politik. Namun apalah erti perjuangan politik tanpa mengutamakan perjuangan atau masalah rakyat. Sejarah politik di Sarawak atau negara-negara lain di dunia membuktikan jangka hayat parti politik boleh pendek tanpa talian hayat. Tetapi masalah semasa rakyat terus relevan sepanjang zaman.

Tidak salah golongan blogger khususnya ahli parti pembangkang atau kerajaan mendapat bayaran khidmat professional mereka. Menjadi blogger bukan mencari ilham di langit dan berhujah dengan hati dan mainan emosi. Tidak mendapat bayaran melalui sumbangan sebagai blogger atau seumpamanya bukanlah sesuatu yang mulia dalam zaman kapitalis global ini. Janganlah terlalu suci hendak menjadikan Anwar Ibrahim penasihat ekonomi Selangor yang dikatakan dibayar RM1 setahun sebagai idola. Anwar Ibrahim sudah cukup dengan pendapatan dengan gaji sebagai ahli Parlimen, penasihat dan perunding antarabangsa selain barangkali pencen bulanan semasa menjawat jawatan sebagai menteri atau timbalan menteri.

Di Sarawak, terdapat wujudnya blogger pro pembangkang dan pemerintah. Namun sejauh manakah kerjasama antara blogger tersebut. Sudah tentu, blogger pro pembangkang semacam senada dengan isu dan masalah yang dibangkitkan. Hal ini menunjukkan kesepaduan dalam kalangan mereka. Bagaimanakah pula blogger pro pemerintah di Sarawak. Selain, dilihat mewakili parti-parti komponen BN Sarawak, blogger yang neutral dari segi politik kepartian terus diragui akan kemunculan mereka. Bagaimanakah blogger pro BN Sarawak berhadapan dengan laman seperti sarawakreport. Adakah dengan membuka dan meniru atau mengodam merupakan jawapan terbaik? Adakah mereka sudah berjaya menangkis hujah dalam laman yang dianggap begitu kritikal terhadap kerajaan negeri?

Blogger pro BN amat intim dengan parti komponen yang mereka wakili. Situasi ini merupakan sumber terbaik kepada mereka untuk mendapat data dan fakta untuk menangkis segala dakwaan yang menyebabkan kredibiliti bukan sahaja Negeri, parti Barisan Nasional akan tetapi blogger yang pro turut tercalit hitam. Inilah dikatakan sebagai perang media yang merupakan istilah yang sering diungkapkan golongan blogger. Kaedah menangani tidak lain daripada melawan semula. Kaedahnya ialah melawan fakta dengan fakta, perlawanan hujah dengan hujah, kredibiliti dengan kredibiliti, malah kalau perlu debat dengan debat.

Sekiranya Khairy Jamaludin boleh berdebat dengan Rafizi Ramli dengan menggunakan kaedah yang disebutkan di atas, mengapa tidak ada kalangan blogger ataupun kalangan ahli politik kedua-dua pihak di Sarawak berdebat secara terbuka. Dengan ini, rakyat akan dapat menilai hujah kedua-dua pihak dan merumuskannya sendiri. Didapati, tidak jatuh imej Khairy sebagai pendebat. Begitu juga reputasi Rafizi yang tidak merosot akan persepsi rakyat terhadap mereka berdua kerana berhujah secara akademik dan masing-masing menunjukkan budaya penyelidikan yang tinggi. Kita perlu mencontohi debat bersih seumpama ini dan bukannya hanya berdebat dan wacana sesama sendiri di Bimper atau di Kopi O Corner sahaja.

Isu Persepsi

Sejauh manakah BN negeri Sarawak serius menangani isu persepsi dalam kalangan rakyat di Negeri Sarawak hasil daripada perang alam maya. Sejauh manakah unit media yang tidak berbayar demi sumbangan kepada parti ini sudah teruji dengan kejayaan menangani isu-isu yang diketengahkan oleh laman pro pembangkang? Makna di sini, indeks pencapaian perlu ada kayu pengukur agar tidak terawang kabur. Bukan sahaja proses kerja yang lebih sistematik, proses pemantauan dan penilaian dari semasa ke semasa perlu dikemas kini. Walaupun kerja ini tidak berbayar tetapi ahli-ahli parti amat mengharapkan sumbangan golongan blogger ini dapat memberikan nama baik kepada parti dan kerajaan yang sedia ada. Di jari-jari blogger-blogger dan pengendali laman maya inilah terletak amanah dan tanggungjawab parti bagi memberikan perspektif yang menyeluruh kepada isu hangat semasa.

Apakah yang dapat diperoleh selepas membaca artikel politik? Kalau dalam puisi, seorang penyair terkenal pernah berkata puisi yang baik ialah puisi selepas dibaca akan memberikan kebijaksanaan kepada pembacanya. Sama juga dengan sebuah penulisan yang baik sama ada penulisan politik atau langgam tulisan yang lain. Laman maya berkenaan politik semasa yang baik, dapat diketahui akan besar manfaatnya apabila dapat memberikan kebijaksanaan sesiapa sahaja yang membacanya. Jadi, pengendali laman perlu lebih berhati-hati agar laman yang dibina popular kerana kredibiliti yang tinggi bukannya terkenal sebagai laman yang suka membuat label, tidak berkemampuan berhujah secara jitu dan sekadar memaparkan berita wakil rakyat mereka memotong reben semata-mata.

Juga, sudah pasti sebagai pembaca yang bijaksana tidak akan mudah terjebak dengan sentimen perkauman yang sempit dan gelojak emosi yang belum masak pemikiran. Data konkrit dan idea yang lebih segar dapat lebih meyakinkan pembaca. Keterbalikan ini, pasti bukan meningkatkan pengaruh, sebaliknya menjunamkan sokongan kepada parti politik yang ditunjangi.

Jadi, sebelum memasuki era perang dalam dunia maya, ada baiknya pihak blogger atau pengendali laman maya sama ada pembangkang dan pemerintah merenungi beberapa aspek seumpama ini. Pilihan raya yang dijangka pertengahan tahun ini dan ke atas perlu dilihat sebagai pertandingan di padang yang sama rata! Sudahkah mereka ini bersedia?

*Penulis ialah pensyarah kanan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Dalam dunia kesarjanaan beliau pernah mendapat biayai Southeast Asian Studies Regional Exchange Program (SEASREP), Toyota Foundation selain daripada Mardjani Foundation Russia, ahli European Association for South East Asian Studies (EuroSEAS), dan anggota Scientific and Technical Committee & Editorial Review Board on Human and Social Sciences, di Paris.

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.