اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

TAMAN TUMBINA BINTULU MENGECEWAKAN

Indah khabar dari rupa, itulah yang paling tepat menggambarkan Taman Tumbina Bintulu yang terletak di Tanjong Batu, kira-kira 5 kilometer dari pusat bandar Bintulu. Suatu ketika dulu, taman ini begitu terkenal dan gah dengan pelbagai hidupan liar dan hutan menghijau.

Mempunyai keluasan 57 hektar, taman yang terletak di atas bukit menghadap Laut China Selatan ini buka sahaja menjadi tumpuan warga Bintulu, malah menjadi destinasi ‘wajib’ kepada pelawat dari luar.



Dengan konsep integrasi taman botanikal dan zoologikal, ia menempatkan pelbagai spesies hidupan liar yang boleh ditemui di Borneo seperti burung kakak tua dan enggang, rusa, buaya dan ular. Selain itu, dari bukit taman tersebut, pengunjung boleh melihat pemandangan di seluruh Bintulu dan panorama indah semasa matahari terbenam di Laut China Selatan.

Namun, kehebatan taman ini tidak seperti yang digambarkan oleh laman web taman itu yang menyifatkan taman itu sebagai unik dan mesti dikunjungi jika ke Bintulu. Ini kerana taman yang sepatutnya dapat menarik minat pelawat dan pelancong ini seolah-olah tidak diselenggara dan diurus dengan baik.

Begitu hampa, kerana kebersihan tandas di atas Bukit Rusa langsung tidak ditikberatkan, menyebabkan sesiapa sahaja pasti berasa jijik untuk menggunakan kemudahan itu. Bahagian dinding tandas berlumut manakala di luar tandas, rumput liar dan pokok tidak ditebang menyebabkan pengunjung berasa tidak selesa.

BACA SELANJUTNYA DI : sarawakupdate








Reactions:

1 comments:

  1. Namun, kehebatan taman ini tidak seperti yang digambarkan oleh laman web taman itu yang menyifatkan taman itu sebagai unik dan mesti dikunjungi jika ke Bintulu. Ini kerana taman yang sepatutnya dapat menarik minat pelawat dan pelancong ini seolah-olah tidak diselenggara dan diurus dengan baik.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.