COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

SUARA ANEH MEMBINGUNGKAN DUNIA

Bunyi aneh yang dikatakan seperti suara rasaksa yang berdengkur menjadi bualan hangat dalam beberapa minggu ini menarik saya untuk membuat sedikit kajian mengenainya. Pelbagai andaian yang dibuat oleh masyarakat dunia. Saya juga mendengar bunyi aneh tersebut dan bunyi tersebut agak menggerunkan. Apa yang ada di fikiran saya ialah bunyi tersebut datang dari seekor binatang yang besar dan menggerunkan.

Bunyi tersebut dikatakan berskala 6 - 7 Mhz dan ianya dapat didengari di beberapa tempat di Samarahan dan ada individu dari Santubong menyatakan beliau juga terdengar bunyi tersebut di daerah itu. Jarak jangkauan bunyi tersebut terlalu luas dan punca bunyi tersebut sukar untuk dikesan.

Daerah Samarahan kini menjadi bualan masyarakat di dunia kerana kehadiran bunyi tersebut pada 11 januari dan 12 januari 2012 kira-kira pukul 3 pagi dan berakhir sebelum pukul 5 pagi. Pelbagai komen dan andaian yang dibuat oleh masyarakat tempatan yang mendengar bunyi tersebut. Ada yang mengatakan bunyi tersebut datang dari mesin-mesin pemprosesan kelapa Sawit dan ada juga yang menyatakan ianya datang dari mesin-mesin jenteri membuat bangunan. Namun, andaian tersebut meleset apabila dikatakan pada waktu tersebut mesin-mesin itu ditutup.



Andaian lain ialah, ianya adalah projek senjata biologi dari pihak US. Adakah ini bermakna pihak US sedang menggunakan bumi Sarawak untuk menguji senjatanya? Tiada siapa dapat menjawabnya. HAARP adalah program penyelidikan berkaitan ionosfera dan dinaungi sepenuh oleh US Air Force, US Navy, University of Alaska dan Defense Advanced Research Projects Agency(DARPA). DARPA adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk membina pelbagai senjata berteknologi tinggi untuk kegunaan ketenteraan Amerika Syarikat. Peralatan yang dinamakan IRI yang dimiliki pihak US adalah sebuah instrumen yang menghasilkan frekuensi radio berdefinisi tinggi sekitar 2.7MHz sehingga 10MHz.

Mari kita lihat dari prospektif Agama Islam. Sebelum Nabi Muhammad S.a.w wafat, beliau pernah memberitahu umatnya bahawa akan datang beberapa perkara sebelum kiamat. Perkara yang berkemungkinan berkaitan dengan kejadian ini ialah seperti kata-kata beliau "Akan datang seekor binatang dari perut bumi yang akan membuat kacau di muka bumi sebelum kiamat. Binatang tersebut digelar Dabbatul Ardhi. Namun begitu, kehadiran bunyi tersebut masih belum terungkai sehingga kini.

Seterusnya kita lihat pula dari pengalaman saya di bumi Sarawak. Pada tahun 1997 di sekitar Matang terutamanya di Sekolah Menengah Teknik Matang. Tanpa di ketahui penduduk di sana terdapat sekumpulan binatang yang muncul dan bunyinya agak pelik sehingga ada di antara orang luar yang bertandang di sana memikirkan ianya adalah bunyi lembu padahal bunyi tersebut di keluarkan oleh binatang yang kecil iaitu Katak. Katak tersebut tidak tahu dari mana asal usulnya dan ianya menghasilkan bunyi yang kuat seperti lembu. Adakah ini revolusi binatang di sekeliling kita? dan adakah kejadian ini berkaitan dengan apa yang berlaku di Samarahan?.

Di dunia barat, mereka bagaimanapun membuat beberapa penyelidikkan mengenai bunyi tersebut dan dikatakan terdapat sebuah tempat yang bernama Pulau Zug yang terletak di Kanada. Dikatakan bunyi yang muncul di pulau tersebut telah lama dan bertahun-tahun dan jika anda tinggal di sana pasti anda akan memikirkan bunyi tersebut datang dari bunyi keretapi yang melintas.  Datuk Bandar yang berdekatan dengan Pulau tersebut telah mewujudkan satu pasukan Khas untuk mengesan bunyi tersebut.

Mari kita lihat pula kesan-kesan bunyi tersebut. Beberapa penduduk bandar seperti Denmark, Rusia, Urkein, Kadana, Poland, Brazil dan beberapa tempat lain yang tidak dikenal pasti mengatakan terdapat beberapa kesan dan semasa bunyi tersebut muncul. Dikatakan, Ekses internet mereka hilang dan terganggu malah ada antara mereka mengalami masalah kesihatan seperti sakit pada bahagian tertentu pada anggota badan. Ada juga antara mereka melaporkan melihat satu cahaya terang di langit semasa mendengar bunyi tersebut selain menlihat cahaya yang berbentuk tangan. Laporan lain pula menyebut, berlaku gempa bumi di beberapa kawasan lain selepas kemunculan bunyi tersebut. Namun begitu, di Kota Samarahan tidak terdapat aduan kesihatan dan fenomena yang dapat dilihat melalui mata kasar.

Hanya ini sahaja yang dapat saya rungkaikan setakat ini dan kita tunggu lokasi di mana lagi suara itu akan bergema.


















Reactions:

3 comments:

  1. Bunyi tersebut dikatakan berskala 6 - 7 Mhz dan ianya dapat didengari di beberapa tempat di Samarahan dan ada individu dari Santubong menyatakan beliau juga terdengar bunyi tersebut di daerah itu | Akan datang seekor binatang dari perut bumi yang akan membuat kacau di muka bumi sebelum kiamat | Pada tahun 1997 di sekitar Matang terutamanya di Sekolah Menengah Teknik Matang. Tanpa di ketahui penduduk di sana terdapat sekumpulan binatang yang muncul

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  3. HAARP adalah program penyelidikan berkaitan ionosfera dan dinaungi sepenuh oleh US Air Force, US Navy, University of Alaska dan Defense Advanced Research Projects Agency (DARPA).

    DARPA adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk membina pelbagai senjata berteknologi tinggi untuk kegunaan ketenteraan Amerika Syarikat.

    HAARP berselindung dengan aktiviti penyelidikan saintifik yang kononnya menyelidik lapisan ionosfera bagi meningkatkan lagi penggunaan sistem komunikasi dan pemantauan cuaca.

    Tapak penyelidikan HAARP yang berada di Gakona, Alaska menempatkan peralatan berteknologi tinggi iaitu Ionospheric Research Instrument (IRI).

    IRI adalah sebuah instrumen yang menghasilkan frekuensi radio berdefinisi tinggi sekitar 2.7MHz sehingga 10MHz.

    IRI mampu memancarkan frekuensi ke lapisan yang terhad untuk dicapai iaitu di lapisan Ionosfera dan menghantar kembali isyaratnya ke bumi.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.