اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

POSTING AWAL 2012 JOM IMBAS KEMBALI

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bismillahirahman nirahhimmm..
Dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyayang..

Ini merupakan artikel pertama dalam tahun 2011. 01.01.2012 adalah hari pertama dalam tahun 2012. Kita telahpun meninggalkan sejarah hitam dan manis kita pada 2012 dan kini kita hendaklah bersedia mencipta lakaran sejarah baru.

2011 memberi banyak pengalaman kepada kita untuk meneruskan kelansungan hidup pada 2012. Apa yang berlaku pada tahun 2011 jadikanlah ianya pelajaran dan bukannya menjadikannya sempadan kepada kemajuan kita.

Pelbagai perkara yang berlaku pada tahun 2011 dan ada antaranya kita terlepas pandang. Mari kita pandang semua perkara yang terjadi pada 2011 sebagai pengajaran kepada kita. Dengan pelajaran itu, kita akan jadi lebih tabah pada masa hadapan. Tidak perlulah mengunkit apa yang sudah berlaku. Apa yang berlaku sudahpun menjadi sejarah. Di ungkit sekali pun ianya tidak akan pernah berubah.



Apakah anda sudah terlalu dewasa dengan pengalaman yang anda cedok pada 2011. Cara untuk mengetahuinya adalah dengan menempuh rintangan pada 2012. Apa sahaja ilmu dan pengalaman pada 2011 hendaklah dipraktikkan pada 2012. Di sini kita dapat mengetahui sejauh mana kekuatan mental dan fizikal kita dalam menempuhi liku-liku 2012. Ingatlah bahawa 2012 akan menjadi sejarah kepada kita dan ianya juga akan berlalu seperti 2011.

Lalu apakah pengisian yang kita rancang pada 2012. Adakah perkara yang sama akan kita buat semasa 2011. Lakukan perubahan untuk kebaikkan, anda boleh melakukkannnya. Pengisian yang kita ingin lakukan pada 2012 hendaklah disertai dengan perlaksanaan yang maksima. Jangan lalai dengan cabaran dan rintangan yang pernah kita lalui pada 2011.

Di sini, saya bercakap mengenai percapaian diri. Percapaian diri dalam 2011 dan percapaian diri dalam 2012. Apakah anda ingin perkara ini sama dan tidak pernah berubah untuk kehadapan. Jangan biarkan masa mengubah kita sebaliknya kita terus berubah mendahului arus masa. Gunakan kebijaksanaan sebaik mungkin.

Bagi remaja-remaja yang masih mamai dan lalai di luar sana serta membiarkan diri sendiri di mamah kelalaian. Bangunlah.. dan sedarlah bahawa anda bukan siapa-siapa. Sekalipun anda bangga mendukung pedang samurai, bermegah dengan botol arak, riak dengan kelajuan motosikal, melaungkan kemerdekaan di kala lepak tanpa tahu arah tujuan dan pelbagai lagi perkara negatif yang sedia anda ketahui tetapi anda masih mahu melakukannya.. Maka berubahlah.. Jangan jadi nanah dalam bangsa sendiri. Tiada kebaikkan yang anda perolehi melainkan anda akan menyaksikan keruntuhan bangsa sendiri.. anak cucu anda dipijak oleh bangsa lain.. anak cucu anda di perhamba oleh orang lain.. atas sebab anda mamai dan sombong dengan cogan kata nista yang tidak ada rasionalnya.

Cinta adalah perkara lumrah dalam manusia dan kebanyakkannya telah melaluinya apabila hati mula tertarik dengan pasangan lawan jantina. 2011 merupakan sejarah anda dan anda bersyukurlah kerana anda dikurniakan oleh tuhan dengan hati yang boleh merasa cinta. Jangan pula mengeluh kerana tidak mampu memiliki cinta kerana cinta itu bukan untuk dimiliki tetapi hanya untuk dirasai. Hati tidak dapat dipaksa untuk mencintai dan tidak dapat di arah untuk mencintai. Jadi hormatilah apa sahaja keputusan orang yang anda cintai sekiranya dia tidak mampu mencintai anda. Cinta sememangnya tidak dapat dipaksa dan jika dipaksa maka ianya akan membebankan dia. Setiap orang memiliki hati dan kita hendaklah menghormatinya. Perpisahan bukanlah pengakhiran dalam hidup kita tetapi ianya sebenarnya permulaan dalam perjalanan kita seterusnya. Maka teruslah melangkah.

Karier dan perniagaan menjadi taruhan kepada darjat di muka bumi. Di sini wujud perasaan mengeluh dan putus asa apabila tidak mampu mencapai kemuncaknya. Ingatlah bahawa tuhan tidak pernah putus membantu hambanya yang sentiasa kental berusaha. Jika anda jatuh maka bangkitlah keraja kejatuhan kita adalah untuk bangkit dan bukan terlopong terjelapok tanpa berbuat apa-apa. Redha dengan apa yang berlaku dan lakukan yang terbaik pada masa-masa akan datang dengan ikhlas. Dengan perasaan ikhlas maka hati kita akan jadi kental dan tidak mudah kecewa. Bagi yang berjaya, lakukanlah segala tindak-tanduk dengan beralas dan bukan dengan cara membuta-tuli. Ingatlah bahawa bangunan semegah pencakar langit juga mampu runtuh dalam sekelip mata seperti kejadian 11 September.

Apa yang saya kongsikan diharap dapat memberi menafaat kepada pembaca. Kongsikanlah dengan rakan-rakan anda dan semoga anda juga beroleh menafaat darinya. Belajarlah untuk mengenali erti hidup sebenar bukan fantasi.









Reactions:

1 comments:

  1. Pelbagai perkara yang berlaku pada tahun 2011 dan ada antaranya kita terlepas pandang. Mari kita pandang semua perkara yang terjadi pada 2011 sebagai pengajaran kepada kita. Dengan pelajaran itu, kita akan jadi lebih tabah pada masa hadapan. Tidak perlulah mengunkit apa yang sudah berlaku. Apa yang berlaku sudahpun menjadi sejarah. Di ungkit sekali pun ianya tidak akan pernah berubah.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.