اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

PENGKHIANATAN PARTI

Sebagai satu perjuangan sepatutnya rahsia negara tetap menjadi rahsia negara.



Namun ada manusia durjana yang bila keluar dari parti BN namun tidak berpuas hati maka rahsia negara menjadi pertaruhan untuk menaikkan nama sendiri. Beginikah caranya untuk berkhidmat untuk negara?
Menikam dari belakang / menusuk dari belakang dan bermuka dua adalah sebuah idiom yang digunakan untuk menggambarkan pengkhianatan seorang ahli kongsi kerja, rakan, teman,  sahabat dan saudara. Ciri-ciri seorang pengkhianat seperti ini biasanya di depan kita dia terlihat seperti baik-baik saja, bersikap sopan, hormat, menghargai, membela dan menyayangi kita. Tetapi di belakang ternyata mencaci-maki, mengolok-olok, memfitnah bahkan menjatuhkan maruah kita.
Dalam menjalani hidup ternyata kejadian seperti ini sering terjadi baik yang dilakukan perseorangan atau kelompok. Pengkhianatan, istilah menusuk dari belakang atau teman bermuka dua adalah berdasarkan tindakan pengkhianatan yang dilakukannya antara lain.
Di dalam SPDP kini ramai yang menjadi pengkhianat. Dahulunya semua bersatu dan bernaung di bawah satu bumbung namun kerana sedikit salah faham maka timbul pelbagai isu dan juga tohmahan pada Presiden Parti iaitu Tan Sri William Mawan. Kenapa lupa pada kebaikkan dan sengaja mencaci Presiden sedangkan selama ini dengan Parti SPDP lah kita bersama susah dan senang.
Jikalau semua Parti pun ada masalah dan juga yang tidak baik, bagaimana hendak bernaung di sesebuah Parti? Pergi ke mana saja pasti ada sahaja masalahnya. Tiada sesebuah Parti yang lengkap dan tiada kelemahan. Sepatutnya kelemahan itu ditangani bersama untuk mengukuhkan lagi pertahan Parti dan juga berkhidmat untuk negara. Bukan sekadar nak jaga nama baik sendiri.
Wahai sesiapa saja yang nak bersaing, bersainglah cara sihat. Jangan asyik nak kutuk Parti dan tak nampak kekurangan sendiri. 
Kepada mereka yang tak suka pada SPDP, PRS, SUPP dan juga PBB…fikirkanlah. Dan pada yang ingin menyertai Kelab BN silakan. Kami mengalukan kedatangan anda!! Kita lihat apa akan jadi seterusnya. Adakah pembabitan terbaru mereka ini dalam Kelab BN akan membantu atau menjahanamkan lagi Parti lain…WELCOME TO THE CLUB!!!!
Jikalau anda itu amat berkaliber gunakanlah kebolehan anda untuk mencari rezeki yang halal tetapi bukanlah untuk menjatuhkan orang lain. Apa kelas nak jatuhkan orang jika diri sendiri tercicir dari segala aspek tak kira kerjaya atau dalam bidang politik?
Tidak perlu berbicara atau berhujah untuk memastikan orang ramai percaya kepada anda. Jika anda boleh dipercayai maka orang ramai akan mempercayai tanpa perlu kita menabik dada dan memikirkan pelbagai alasan serta cerita untuk menarik perhatian orang ramai
Bacaan selanjutnya di : whizzekid

Reactions:

1 comments:

  1. Jikalau anda itu amat berkaliber gunakanlah kebolehan anda untuk mencari rezeki yang halal tetapi bukanlah untuk menjatuhkan orang lain. Apa kelas nak jatuhkan orang jika diri sendiri tercicir dari segala aspek tak kira kerjaya atau dalam bidang politik?

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.