اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

LAPORAN BANJIR 5 JAN 2012 DI KUCHING

Credit Gambar dari :

Hujan siang malam tanpa henti telah menyebabkan beberapa bahagian di Kuching di tenggelami air. Warga Kuching begitu bernasib baik kerana dalam tempoh tersebut hujan yang berterusan ini tidak bertembung dengan kenaikkan air sungai yang besar. Namun begitu, sikap berjaga-jaga harus di beri perhatian kerana situasi seperti banjir kilat sukar di jangka.

Banjir kali ini melibatkan kawasan yang jarang dinaiki air di tengah-tengah bandaraya Kuching. Manakala, perumahan dan perkampungan di persisir sungai Sarawak dikatakan tidak banjir dan hanya sesetangah kawasan dalam beberapa jam sahaja air naik paras bersedia.

Akibat daripada hujan tanpa henti dalam masa 24 jam, air longkang mula naik dan menghasilkan arus yang deras. Akibat daripada itu, 2 mangsa dikatakan tekorban di batu lintang yang melibatkan seorang budak sekolah dan seorang pekerja Shell Station yang cuba menyelamatkan pelajar tersebut. Pada hari yang sama, mayat pekerja Shell Station telah dijumpai dan pencarian pelajar yang dikhuatiri lemas juga masih dijalankan.

Pencarian pelajar tersebut bermula dari Batu Lintang ke Jalan Tun Ahmad Zaidi Idruce telah menyebabkan kesesakkan lalu-lintas kerana banyak kenderaan dipandu dengan perlahan apabila berdekatan dengan tempat kejadian.

Pesanan yang dirakamkan dari Laman Muka buku dari salah seorang rakan:
___________________________________________________
"nang heavy chain (kata Loudness) hujan d Kuching aritok... jalan jam, sri kaya etc. anyway the message that I would like to share is .... walau apa pun keadaan kita sebagai dreba (driver) kenak menunjukkan akhlak yang termulia di atas jalan raya... sebab terdapat dreba2 mbak moto antar anak ke sekolah macam #^*&@*!!!... sedangkan kita antar anak ke sekolah utk menjadikan sidaknya insan yang berguna... ndak kah malang sekali anak2 dlm kereta nangar mak or bapak nya mbak moto dgn akhalah yang burooook... sekali... sik congruent dgn niat yang baik...

lagikpun Rasulullah di utuskan ke atas muka bumi untuk membetulkan AKHLAK manusia supaya berakhlak mulia dan bukannya berakhak #^*&@*!!!

mun Rasulullah sik di ikut kita sapa gik... ????!!!!!"

via :  Moslem Anoar's status

___________________________________________________
Info Banjir²
Desa Wira
Bahaya: Air sungai melebihi paras bahaya.
Kawasan sekitar dikhuatiri dinaiki air. Penduduk diminta berjaga-jaga.
Paras Air: 4.57 (m)

Via : Fa St
___________________________________________________

Berikut adalah PUSAT INFO BANJIR:

Banjir Kilat di kawasan rendah Kuching. Air deras di Kampung Bumbok bahaya kepada kenderaan kecil. Kalau tiada keperluan, tunggu sebentar. Hujan mulai reda. Sekolah-sekolah juga ada yg ditutup. PUSAT KAWALAN OPERASI PEGAWAI PERTAHANAN AWAM TALIAN KECEMASAN/BENCANA :
  1. SARAWAK Lt.Kol (PA) Mat Zin Bin Bujang 082-256685
  2. KUCHING Kpt (PA) Mohd Johari Bin Mohd Taufik 082-252940/941
  3. SIBU SM (PA) Hafizul Bin Samah 084-340455
  4. MIRI Lt (PA) Madihi Bin Habib 085-430389
  5. BINTULU Lt. Muda (PA) Shaiful Azril Bin Zainal 086-339781
  6. SAMARAHAN Lt. Muda (PA) Jostan Ringin 082-827010
  7. SRI AMAN SK (PA) Nurfikry Bin Usop 083-323813
  8. MUKAH Lt. Muda (PA) Mohd. Noor Bin Ini 084-871255
  9. BETONG SK (PA) Samasuddin Bin Kambade 083-472861
  10. SARIKEI SM (PA) Mohamad Noor Bin Amit 084-659958
  11. LIMBANG Lt. Muda (PA) Subuh Bin Posa 04-4698221


Reactions:

1 comments:

  1. Banjir kali ini melibatkan kawasan yang jarang dinaiki air di tengah-tengah bandaraya Kuching. Manakala, perumahan dan perkampungan di persisir sungai Sarawak dikatakan tidak banjir dan hanya sesetengah kawasan dalam beberapa jam sahaja air naik paras bersedia.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.