COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

KAMU DIHINA DAN DIA HINA BALIK AKHIRNYA DUA-DUA HINA

Mengucap aku tengok laporan berita dua tiga hari ni. Macam-macam perkara berlaku, aku tak berani nak komen panjang pasal gambar, video atau artikel yang memaparkan pelbagai ragam dan rencah kehidupan. Lebih-lebih lagi perkara yang menyerang kredibiliti individu, bangsa dan agama. Banyak yang jadi lancang mulut apabila melihat data yang disalurkan melalui laman sosial yang belum tentu betul dan kebenarannya.

Mungkin juga aku termasuk dalam kategori yang hina jika aku terus membalas dengan hinaan yang belum tentu kesahihannya. Semua isu ini boleh dijumpai di Facebook yang merupakan media utama dalam dunia maya. Selain blog-blog dan video yang menghiasi laman muka buku.

Nanti saya paparkan gambar-gambar yang menghina bangsa lain. Dalam artikel ini saya tidak akan medabik dada saya adalah melayu ataupun mungkin saya kacukan. Saya tidak akan sesekali menyerang bangsa lain hanya disebabkan segelintir individu dari bangsa mereka menghina bangsa saya. Kadang-kadang perkara ini lucu apabila budak-budak hingusan yang mencetuskan kemarahan seluruh bangsa tertentu di Malaysia.

Ini menunjukkan betapa rapuhnya perpaduan yang selalu dilaungkan oleh pemimpin. Perpaduan yang hanya nampak pada kulit buku dan di dalamnya penuh dengan contengan lucah dan tidak senonoh. Kemarahan demi kemarahan yang dicetuskan dalam laman muka buku sedikit sebanyak menjarakkan perpaduan kaum. Apakah ini dikatakan kebebasan. Kebebasan yang dilaungkan segelintir pihak. Kebebasan mutlak untuk berfikir mengikut keperluan nafsu?



Impak kebebasan ini sudah menunjukkan taringnya. Lihatlah sendiri di laman muka buku. Apa yang berlaku?. Ada juga perkara yang baik dan tidak semuanya buruk. Namun, pendidikan ataupun daya pemikiran segelintir rakyat Malaysia terhadap beberapa cobaan penghinaan terhadap satu-satu kaum memberi ukuran bahawa mereka ini tidak terpelajar. Sukar untuk membuat keputusan yang terbaik apabila menghadapi masalah yang dicetuskan oleh seorang individu. Mereka yang berfikiran cetek akan terus menyerang satu bangsa atau agama secara keseluruhannya.

Sebelum ini saya ada membuat artikel mengenai serangan dan penghinaan terhadap rakyat pribumi Sarawak. Bagaimana saya membuat siasatan asal usul penghinaan tersebut yang menimbulkan ketegangan antara Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Akhirnya, apa yang saya jumpa ialah ia merupakan propaganda orang luar untuk memecah belah kaum di Sarawak. Saya sendiri menyebarkan link artikel tersebut di semua laman-laman dalam muka buku bagi menyedarkan rakyat Sarawak mengenai ancaman dari luar dan jangan terlalu cepat melatah menghina orang yang tidak bersalah malah menyerang mejoriti bangsa lain sedangkan ia merupakan tindak tanduk hanya segelintir individu.

Apabila menghadapi hinaan dari bangsa lain, bukan bangsa itu yang kamu kecam sebaliknya kamu kecam individu tersebut. Jika bangsa atau agama yang kamu hina, itu bermakna kamu lebih hina kerana  kamu menghina mejoriti dan bukan individu. Inilah saya katakan otak diletak di kepala lutut. Bertindak bijak dengan mengecam individu tersebut sahaja.

Banyak artikel dan video yang disebarkan di internet yang menyerang kredibiliti individu, bangsa dan agama yang mungkin hanyalah fitnah. Jika kamu sebarkan juga apa yang tertera bermakna kamu bersubahat memfitnah. Kesahihan data yang menyerang kredibiliti amat rapuh sekali sekalipun kamu berkata ianya dari sumber yang boleh dipercayai. Apakah sebenarnya perjuangan kamu??!!! berjuang untuk membangunkan negara atau menyebarkan fitnah demi fitnah. Inilah kelemahan negara demokrasi.. Fitnah perlu disebarkan untuk mengubah undi.

SAYA AMAT TIDAK BERSETUJU APABILA KAMU MENGHINA MEJORITI KERANA KESILAPAN MENORITI ATAUPUN INDIVIDU. LETAKKAN KAMU DI TEMPAT MEREKA, RAKAN KAMU MEMBUAT KESILAPAN TETAPI KAMU DIHINA KERANA KESALAHAN RAKAN KAMU. KAMU DAPAT TERIMA!!!!!!

Saya bercakap bukan untuk satu-satu bangsa sahaja. Saya juga mengecam Melayu yang menghina bangsa lain dan juga sebaliknya. Artikel ini tidak akan mampu mengubah semua pemikiran rakyat Malaysia dan mungkin juga ada yang tidak faham apa yang dimaksudkan oleh saya. Namun saya berpuas hati kerana dapat mengetengahkan pendapat saya.

Laman sosial kini begitu berkuasa dan mampu meruntuhkan empayar satu-satu negara dalam beberapa hari sahaja tanpa perlu musuh mengankat senjata.

Penyelesaian terakhir adalah rusuhan dan perhimpunan yang menjanjikan dalam situasi aman tetapi akan bertukar ganas kerana satu percikkan fitnah. Tiada siapa boleh menjangka. Fitnah kini berada di mana sahaja dan saya berlindung dari sang pencipta daripada fitnah-fitnah di muka bumi ini umpama SEMUT HITAM DI ATAS BATU HITAM DI WAKTU MALAM.

Di bawah ini merupakan gambarajah penghinaan yang dibuat individu yang mampu merapuhkan perpaduan rakyat Malaysia dan ianya senjata maya untuk meruntuhkan institusi Maya. Siapakah dalang itu semua...? jawapannya adalah terlalu misteri kerana terlalu kompleks untuk diterangkan. Melalui gambar tersebut. Kebanyakkan individu bertindak balas menyerang mejoriti. JANGAN JADI KURANG AJAR!!!!

Gambar di bawah ini sementara dan akan hilang apabila data dibuang dari laman asalnya













Reactions:

1 comments:

  1. Mengucap aku tengok laporan berita dua tiga hari ni. Macam-macam perkara berlaku, aku tak berani nak komen panjang pasal gambar, video atau artikel yang memaparkan pelbagai ragam dan rencah kehidupan. Lebih-lebih lagi perkara yang menyerang kredibiliti individu, bangsa dan agama. Banyak yang jadi lancang mulut apabila melihat data yang disalurkan melalui laman sosial yang belum tentu betul dan kebenarannya.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.