COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

CINTA : APABILA SATU PINTU TERTUTUP ADAKAH ANDA TAHU YANG SATU LAGI TERBUKA

Ungkapan ini diambil dari ‎"When one door is closed, don't you know, another is open." Bob Marley. Ini merupakan ungkapan positif dalam cinta dan tidak semestinya dalam cinta sahaja. Sebaliknya kita boleh lihat ianya dalam kehidupan kita. Dengan erti kata lain, Jangan berputus asa.

Percaya pada diri sendiri, itu adalah perkara peting sekali. Mari kita lihat dari persepsi cinta. Cinta banyak memberi impak negatif dan positif kepada individu yang pernah melaluinya. Cinta menyebabkan sesetengah orang menderita malah ada yang membunuh diri. Mereka seakan buta oleh cinta ataupun cinta itu buta. Mereka lupa bahawa ada yang lain yang menunggu bersedia untuk mencintai mereka. Itulah yang saya maksudkan dengan "When one door is closed, don't you know, another is open".



Ungkapan ini bagaimanapun kalau diguna pakai dengan cara yang salah boleh menyebabkan seseorang itu sombong dan lupa untuk menghargai. Jadi, bersederhanalah apabila melakukan sesuatu. Sekalipun kita percaya bahawa "satu pintu tertutup pasti yang satu lagi terbuka" jangan pula kita tidak menghargai apa yang kita ada. Jangan sesekali mengabaikannya. Itu merupakan kata-kata positif dan kita tidak tahu, apakah yang berlaku esok. Jika sang pencipta mengatakan kamu tidak akan memilikinya untuk kali kedua maka kamu tidak dapat berkata apa-apa. Apa yang penting di sini ialah jangan bersikap sombong.

Seterusnya mari kita lihat ungkapan tersebut dalam ruang kehidupan seharian kita. Setiap hari kita melakukan sesuatu kerana untuk mendapatkan sesuatu. Seperti bekerja untuk mendapatkan gaji, berniaga untuk mendapat wang, berhibur untuk melegakan stress dan pelbagai lagi perkara yang kita lakukan dalam ruang hidup seharian. Kegagalan adalah perkara yang mungkin akan menggangu apa yang di inginkan. Di sini, ungkapan ini di guna pakai. Jika anda gagal, seolah-olah pintu untuk kejayaan anda tertutup. Tetapi percayalah bahawa terdapat pintu lain dibuka untuk anda. Berfikiran positiflah dalam menghadapi apa-apa dugaan.

Seperti juga ulasan cinta.. Dalam kehidupan seharian jangan terlalu berpegang kepada ungkapan tersebut kerana ia boleh menyebabkan kita lalai atau hilang fokus dalam mendapatkan apa yang di inginkan. Sombong kerana percaya bahawa jika jalan yang pertama gagal pasti ada jalan yang kedua. Apa yang penting di sini ialah anda hendaklah melakukan sesuatu dengan terbaik walaupun pada akhirnya anda gagal.

Saya hanya berkongsi pendapat dan pengalaman. Jika terdapat silap dan salah silalah tegur saya dengan berhikmah. Kita sama-sama belajar dan mengajar. Ianya tidak pernah berhenti sehingga kita menghebus nafas yang terakhir. Renung-renungkan dan selamat beramal.




Reactions:

1 comments:

  1. Ungkapan ini diambil dari ‎"When one door is closed, don't you know, another is open." Bob Marley. Ini merupakan ungkapan positif dalam cinta dan tidak semestinya dalam cinta sahaja. Sebaliknya kita boleh lihat ianya dalam kehidupan kita. Dengan erti kata lain, Jangan berputus asa.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.