COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

BERSEDIA DENGAN GELOMBANG KE 2 BANJIR DI KUCHING

KUCHING: Sarawak kini diletakkan dalam keadaan bersiap-sedia untuk menghadapi banjir gelombang kedua bermula bulan ini hingga April akan datang, kata Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Beliau berkata berdasarkan kepada pengalaman lalu, Sarawak biasanya menerima taburan hujan yang tinggi sehingga April dan kawasan rendah kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga untuk berhadapan banjir.

"Keadaan sukar diramal dan berdasarkan pengalaman lalu, kita biasanya menerima taburan hujan tinggi pada bulan Januari hingga April," katanya kepada pemberita selepas menerima sumbangan Petronas berjumlah RM50,000 untuk Tabung Bantuan Bencana Negeri.

Jabu, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak dan Bencana Negeri, berkata kerajaan negeri memohon tambahan bot daripada Majlis Keselamatan Negara kerana 20 buah bot termasuk enjin sangkut 40 kuasa kuda yang diluluskan tidak mencukupi jika berlaku banjir besar di negeri ini.



Sarawak memohon tambahan 44 buah bot dan enjin untuk ditempatkan di beberapa kawasan strategik termasuk di kawasan pedalaman dan hulu sungai yang sukar dihubungi menggunakan jalan darat, katanya.

Mengenai bantuan kepada mangsa banjir, Jabu berkata kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat akan mengenal pasti mangsa yang layak untuk mendapat bantuan ganti rugi.

"Kita juga akan mengajukan cadangan kepada agensi berkaitan untuk memberi sumbangan kepada keluarga mangsa banjir yang terkorban termasuk seorang yang masih hilang pada kejadian banjir kilat di Kuching 5 Januari lalu," katanya.

- Bernama

Reactions:

1 comments:

  1. KUCHING: Sarawak kini diletakkan dalam keadaan bersiap-sedia untuk menghadapi banjir gelombang kedua bermula bulan ini hingga April akan datang, kata Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.