اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

ANAK MAYA DI SUSUKAN ANAK REALITI MATI KEHAUSAN

Sepasang suami isteri yang ketagih komputer membiarkan anak kandung mereka mati ketika asyik membesarkan anak maya dalam talian.

Polis berkata, pasangan itu begitu taksub menjalani kehidupan di alam maya dalam talian dan membesarkan ‘seorang anak’ menerusi profile mereka dalam permainan gaya Hidup Kedua yang dikenali sebagai Prius.



Permainan itu membenarkan pengguna memilih pekerjaan, berinteraksi dengan masyarakat di dunia maya dan memperoleh anak untuk dibesarkan apabila mencapai satu peringkat. Kim Yoo-chul, 41, dan isteri, Chooi Mi-sun, 25, menelefon polis apabila mereka pulang selepas sesi 12 jam di kafe Internet dan mendapati anak sebenar mereka mati.

Pegawai bagaimanapun mengesyaki sesuatu apabila melihat keadaan mayat bayi itu.

Bedah siasat yang dijalankan mengesahkan dia mati akibat kekurangan zat.Kim dan isteri ditahan atas tuduhan mendera dan cuai.

Polis berkata, pasangan itu terlalu taksub dengan anak perempuan yang dibesarkannya dalam talian hingga tidak mempedulikan anak sebenar mereka.

Mereka mengaku memberi anak itu susu tepung yang sudah tamat tempoh dan sering memukulnya.Kim dan Chooi berkenalan menerusi laman sembang Internet pada 2008.

Permainan online amat popular di Korea Selatan. Peserta profesional permainan Internet itu disambut bagai selebriti menerusi pertandingan yang disiarkan secara langsung oleh televisyen Korea Selatan. Bagaimanapun, pengkritik berkata, populariti yang membolehkan syarikat komputer meraih keuntungan besar, perlu dibayar dengan harga mahal dengan beberapa kejadian pelik yang menjadi tajuk akhbar.

Seorang lelaki berusia 28 tahun mati baru-baru ini selepas bermain permainan kegemarannya, Starcraft selama 50 jam tanpa berhenti makan atau minum.

Dalam kejadian lain, seorang pemain yang marah kerana penentangnya membunuh karektor yang sekian lama diwujudkannya, mencari alamat musuhnya, mengambil teksi dan menikam mangsanya. 


 Sumber : Agensi

Reactions:

1 comments:

  1. Polis berkata, pasangan itu terlalu taksub dengan anak perempuan yang dibesarkannya dalam talian hingga tidak mempedulikan anak sebenar mereka.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.