اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

MAKAN MALAM MENGGEMUK DAN CARA ATASINYA

Jam sudah berganjak ke jam 11.30 malam, tetapi anda masih mempunyai keinginan untuk makan. Bagai terpandang-pandang hidangan yang ada di atas meja makan.

Tidak dapat yang ‘berat’, makanan yang ringan seperti keropok atau kerepek pun jadilah. Lebih enak kalau hidangan lewat malam itu dilengkapi secawan kopi panas.

Adakah perasaan ini yang anda alami setiap malam? Jika ya, anda bukan bersendirian kerana ramai yang ada masalah sedemikian.

Malah, ada yang sanggup keluar tengah malam semata-mata mahu makan nasi lemak panas, walaupun waktu itu sepatutnya mereka di bilik tidur.

Gejala makan lewat malam seolah-olah menjadi budaya masyarakat kita. Ramai tahu makan pada lewat malam boleh menyebabkan kegemukan, tetapi ia bukan penghalang. Ramai berfikir, sekali sekala apa salahnya dan kita tidak akan menjadi gemuk dengan sekali makan.

Memang benar. Kita tidak akan gemuk semalaman, tetapi jika keinginan makan pada lewat malam tidak dibendung, ia boleh menjadi ‘budaya’ yang sukar ditinggalkan.

Kesannya bukan saja pada peningkatan berat badan, tetapi ia boleh mendekatkan kita dengan pelbagai penyakit seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, paras kolesterol tinggi dan sakit jantung.

Malah, anda juga akan kehilangan bentuk badan menawan tanpa disedari (kerana penambahan berat badan berlaku secara senyap dan perlahan-lahan).

Untuk menurunkan berat badan pula bukan mudah, khususnya bagi individu berusia 30 tahun ke atas.

Bagi lelaki, pengumpulan lemak di bahagian pinggang boleh meningkatkan risiko mendapat pelbagai masalah kesihatan kerana di sinilah terletaknya banyak organ penting. Kehadiran lemak viseral (pada organ) menjejaskan kebolehan organ untuk berfungsi dengan sempurna.

Ketua Perunding Diet Pusat Perubatan Sunway, Teng Yu Yuet, berkata beberapa faktor boleh menyumbang kepada tabiat suka makan lewat malam, iaitu:

# Orang yang makan bila ada masa — Ini disebabkan kesibukan kerja (kerja dalam tempoh yang panjang), pekerjaan mengambil masa lama untuk disiapkan atau lambat balik ke rumah.

# Orang yang makan atas pengaruh emosi — Bagi individu ini, mereka akan makan tidak kira masa, termasuk sejurus sebelum tidur. Bukan kerana lapar, tetapi atas desakan emosi yang sentiasa berasakan mereka lapar.

Selain itu, seseorang juga mungkin mempunyai keinginan kuat untuk makan apabila tertekan seperti mengalami masalah cinta, perkahwinan atau bosan.

# Tabiat suka makan makanan ringan pada tengah malam — Ini termasuk aktiviti sosial (parti, berjumpa kawan atau rakan niaga), menonton televisyen beramai-ramai, sama ada di gerai atau rumah, atau bersembang dengan ahli keluarga di meja makan sebelum masuk tidur.

# Orang yang berdiet — Biasanya keinginan untuk makan pada tengah malam menjadi semakin tinggi di kalangan individu yang mahu menguruskan badan.

Malah, budaya kita yang mesti menyediakan makanan untuk sesuatu acara juga boleh menyumbang kepada masalah ini.

Memang tidak lengkap rasanya jika sesuatu pertemuan tidak disertai dengan aktiviti makan-minum. Ia tidak salah, tetapi lebih baik jika makanan dihidangkan awal.

“Dalam keadaan gembira, kita tidak sedar makan berlebihan. Pengambilan berlebihan kalori menyebabkan penambahan berat badan, tambahan pula aktiviti fizikal dan kadar metabolisme kita rendah pada waktu malam.

“Keadaan menjadi lebih buruk di kalangan individu yang menghidap penyakit, walaupun pesakit kencing manis mungkin memerlukan snek ringan sebelum tidur bagi mengelak masalah hipoglisemia (kekurangan gula dalam darah). Bagaimanapun, ini bukan bermakna mereka boleh makan sepuas hati kerana ia boleh menjejaskan kawalan paras gula darah dan merangsang peningkatan simpanan lemak di badan,” katanya.

Adakah makan lewat makan turut memberi kesan pada kanak-kanak? Ya, kanak-kanak dan remaja akan menerima kesan sama seperti orang dewasa.

Justeru, ibu bapa perlu menanamkan tabiat makan secara bersederhana, mempunyai jadual makan yang teratur dan elak makan sebelum tidur.

Selain itu, tabiat makan pada lewat malam boleh menyebabkan kita sukar tidur. Maknanya, waktu tidur kita akan dilewatkan hinggalah kita berasa selesa.

Namun, ada juga kajian menunjukkan tabiat makan pada lewat malam banyak berlaku pada individu yang mengalami masalah insomnia (sukar tidur).

Sindrom makan lewat malam juga dikaitkan dengan tekanan dan kemurungan.

Tekanan dan kemurungan membuatkan seseorang sukar melelapkan mata dan sebagai langkah untuk menenangkan fikiran, individu ini mengalihkan perhatian kepada makanan tanpa menyedari tindakan ini memberi lebih banyak masalah di kemudian hari.

Bagaimana makan lewat malam boleh menyebabkan kita menjadi gemuk? Apabila kita makan, badan menghasilkan insulin untuk membawa gula ke dalam darah supaya ia boleh digunakan sebagai tenaga. Bagaimanapun, sensitiviti insulin ini berkurang ketika kita tidur.

Jadi jika makan sebelum tidur, tenaga yang diperoleh daripadanya kurang digunakan dan sukar dibakar. Sumber tenaga yang berlebihan ini disimpan sebagai lemak. Jika tabiat ini berterusan, lama kelamaan simpanan lemak bertambah dan berat badan meningkat.

Sebenarnya, boleh dikatakan semua orang tahu makan lewat malam boleh menyebabkan kita gemuk, tetapi tabiat ini sukar dihentikan.

Beberapa langkah boleh diambil untuk mengatasi masalah ini, iaitu:



# Makan malam awal. Walaupun anda sibuk atau masih di tempat kerja, luangkan masa untuk makan malam tepat pada waktunya (jam tujuh atau lapan malam).

Ada juga hadis menyarankan kita makan sebelum waktu Maghrib dan saranan ini ada rahsia di sebaliknya.

Jika kita makan sebelum jam tujuh malam, badan mempunyai waktu yang cukup antara tiga hingga empat jam untuk menggunakan tenaga daripada makanan sebelum kita tidur. Jadi, kita terhindar daripada masalah penambahan berat badan dan risiko penyakit yang berkaitan dengannya.

# Jika anda ada keinginan untuk makan pada tengah malam, cuba minum dua cawan air atau satu gelas minuman panas rendah kalori seperti teh herba tanpa gula atau susu suam yang boleh mententeramkan perasaan serta mengurangkan keinginan makan.

# Untuk individu yang cuba mengurangkan berat badan, mereka dinasihatkan makan mengikut jadual, tetapi pada kuantiti kecil. Sentiasa ingatkan diri sendiri bahawa lapar pada tengah malam adalah normal dan anda tidak perlu ‘mengisi’ keinginan untuk makan. Lagi pula, makan pada tengah malam hanya merosakkan program diet anda.

# Jangan simpan banyak makanan ringan di rumah, terutama yang boleh dinikmati sambil menonton televisyen. Pada masa sama kurangkan masa menonton televisyen, sebaliknya alihkan perhatian pada aktiviti atau hobi, sama ada membaca, menulis, mencuba permainan yang mencabar minda seperti teka silang kata atau sudoku mahupun bermain catur bersama ahli keluarga. Iklan di televisyen secara tidak sedar merangsang keinginan anda untuk makan.

# Langkah paling senang ialah berus gigi sejurus selepas makan malam.

# Senaraikan makanan yang anda ambil sepanjang hari. Cara ini membolehkan anda melihat kuantiti kalori secara kasar yang masuk ke dalam badan dan bandingkan pula dengan aktiviti fizikal.

“Cara terbaik untuk mengelak terjebak dalam sindrom makan lewat malam ialah mengamalkan gaya makanan sihat, iaitu sarapan, makan tengah hari dan malam secara teratur.

“Banyakkan minum air kerana kadangkala kita silap mentafsir keperluan badan untuk air dengan makanan. Cara ini bukan saja membekalkan cukup cecair pada badan, tetapi mampu mengelak masalah kegemukan,” katanya.

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN


Sumber : anizyn.

PETUA ELAK SIHIR MELALUI GAMBAR

Sekiranya korang upload gambar di FB, Blog @ mana2 laman sosial jangan sekali-kali mempamerkan keseluruhan tubuh badan. Hanya separuh sahaja kerana, gambar keseluruhan akan menampakkan kelima-lima pancaindera kita dan memudahkan sihir dihantar. Sebagaimana hadis Rasulullah SAW: "Sesungguhnya Syaitan (Jin) itu berjalan di dalam tubuh anak Adam sebagaimana darah yang mengalir di tubuhnya". 



Andaikata korang terpaksa bagi gambar full (gambar yang mempamirkan seluruh badan) lubangkan sedikit mana-mana bahagian pancaindera contohnya lubangkan di bahagian kaki supaya sihir tersebut sukar dihantar. 

Amalkam membaca doa ini yang mana Rasulullah ajar jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut : 



Percaya ke tidak terpulang kepada anda dan pada pendapat saya lebih baik kita berjaga-jaga. Lagipun ada kebaikan lain yang kita boleh dapat dari petua ini..

SIHIR DAN GAMBAR PENUH DI LAMAN SOSIAL

CERITA UNTUK DIJADIKAN IKHTIBAR


Disihir menggunakan gambar yang terdapat dalam laman sosial Facebook (FB). Itu yang didakwa berlaku kepada seorang pelajar institusi pengajian tinggi, dikenali sebagai Ira apabila gambar dari laman sosialnya dijadikan sebagai senjata pemujaan sihir.

Ira, 22, mendakwa, dia telah disihir oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Maria kerana cemburu akan hubungan bersama teman lelakinya serta mahu memutuskan hubungan mereka.



“Maria adalah bekas teman wanita kekasih saya tetapi hubungan mereka telah lama putus. Sebab itu dia menyihir saya kerana ingin melihat hubungan kami hancur. Kami tidak mengenali antara satu sama lain. Dia hadir menghulurkan tangan sebagai rakan dan saya sambut kerana ingat dia jujur namun sebaliknya,” dakwanya ketika ditemui baru-baru ini.
Jelas Ira lagi, dia mengetahui disihir oleh Maria melalui sekeping gambar setelah menerima rawatan daripada penaung Pusat Rawatan Islam At Tobibi di Bandar Baru Nilai, Shamsuri Safie pada Jun lalu. Menurutnya, semasa rawatan, dia mendapati gambar mata Maria seolah-olah bersinar setiap kali dia merenungnya. Ketika itu, dia merasakan Maria terlalu baik dan dia menurut segala kemahuannya termasuk berhenti kerja.
“Bagaimanapun setelah berubat, baru saya tahu bahawa saya bukan sahaja terkena sihir tetapi disantau oleh Maria,” ceritanya. Menurutnya lagi, Shamsuri memberitahunya bahawa Maria telah meletakkan abu mayat di dalam makanannya. Petikan Kosmo!Online.

JANGAN MENJANGKA YANG BAIK SAHAJA

Dunia ini penuh dengan kejutan dan keajaiban yang kadang-kadang mengembirakan dan ada kalanya mendukakan. Setiap orang yang bernafas sentiasa merancang untuk kebaikan dirinya. Adakah antara pembaca merancang untuk keburukkan diri?.  Jika anda berbuat demikian maka fikir-fikirkan lah bahawa keburukan untuk diri anda sebenarnya memberi impak kepada orang lain. Fikirkanlah susah orang lain.

Apa yang saya nak bincangkan di sini ialah mengenai perancangan dan sesuatu tanpa sedar apa yang kita harapkan. Perasankah anda bahawa setiap kali anda melakukan sesuatu anda hanya memikirkan sesuatu yang baik akan berlaku dengan anda akhirnya. Seperti juga anda bekerja untuk mendapatkan gaji pada hujung bulan. Itulah yang anda buat setiap bulan dan berharap dan menjangka akan mendapat gaji setiap bulan. Bagaimana pula yang melakukan perniagaan? Bagi mereka yang baru bergelar usahawan dan berniaga selalunya sentiasa menjangka sesuatu yang baik sahaja. Bagaimana pula tentang percintaan? pasti juga ada yang menjangka Happy Ending pada hujung cerita. Padahal ianya belum tentu memberi kegembiraan.



Di sini saya ingin berkongsi bahawa setiap perancangan anda janganlah anda menyusun sesuatu yang baik yang akan berlaku pada masa-masa akan datang sebaliknya anda perlu menyusun sama sesuatu perkara yang buruk yang mungkin terjadi.

Dari segi kewangan yang berkait rapat dengan perniagaan ataupun urusan harian kita. Adakalanya di kalangan kita menjangka yang baik sahaja di hadapan kita contohnya seperti kejadian di bawah ini :

"Si Polan membeli sesuatu yang mahal menggunakan wang simpanannya kerana dia menjangka dia akan menerima komisyen yang banyak pada bulan depan hasil dari jualannya. Tetapi pada bulan berikutnya komisennya tidak masuk ke dalam akaunnya kerana syarikat yang memberi komisen menghadapi krisis kewangan yang tidak dijangka. Si Polan menghadapi masalah kerana dia telah membelanjakan wang simpanannya"

Apa yang berlaku di atas adalah salah satu contoh individu yang hanya menjangka kebaikkan. Perkara inilah yang saya nak kongsikan supaya pembaca sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan. Sepatutnya Si Polan terus membuat jualan dan menunggu sehingga komisennya keluar untuk membeli barang yang di inginkannya. Kalaupun Si Polan terlalu memerlukan barang tersebut, dia hendaklah memilih alternatif lain yang lebih baik.

Bagaimana pula dengan percintaan? Kemaruk cinta membawa seseorang bekorban apa sahaja sehingga membawa kepada pembaziran. Setiap orang melalui alam percintaan pasti tahu tentang mengharap. Mengharap cinta dibalas dan ianya berkekalan ke jinjang pelamin adalah silap kerana jangkaan seperti itu adalah perkara yang tidak jelas. Kepada yang bercinta dinasihatkan bercintalah berpada-pada dan jangan lupa tujuan asal anda sebagai manusia. Jangan kemaruk sehingga menjangka sesuatu yang baik-baik sahaja.

Apa yang saya kongsikan di sini diharap dapat memberi menafaat kepada pembaca beloya2u.com dan sebarkan kepada rakan-rakan lain sekiranya ianya bererti. Anda dibenarkan copy & paste artikel ini tanpa meletakkan kredit. Saya sesekali tidak akan kesal malah saya bersyukur kerana ilmu yang di ajar akan membawa ke mati. Sekiranya anda meletak kredit, saya juga bersyukur kerana mampu membawa pembaca ke laman ini. Ya sudahlah.. aiman tak kisah.. 

PRAMUGARI KOMA DI TANAH SUCI

Untuk renungan bersama .......

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah sambil menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik.

Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an. Kejadian itu berlaku semasa saya menguruskan satu rombongan haji.

Ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.




Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah.

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit.

Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri.

Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. "Jemaah ni sakit” kata saya pada jemaah-jemaah yang lain.

Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas.
Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.

"Badan dia panas dan menggigil. Jemaah ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia ke hospital," kata saya.

Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ.

Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.

Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal.

Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma.

Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan.

Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut.

Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri.

Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu.

Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital Madinah.

Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.

Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah.

Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma.

Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya.

Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak.

Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan mahramnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??

Saya bertanya kepada wanita tersebut, "Kenapa Puan menangis?"

“Ustaz….saya taubat dah Ustaz. Saya menyesal, saya takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Saya bertaubat, betul-betul taubat."

"Kenapa pulak ni puan tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga.

Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu.

Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua.

Katanya, "Ustaz, saya ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi saya silap. Saya ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja.

Ibadat satu apa pun saya tak buat. Saya tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat saya dan suami saya tak buat.

Rumah saya penuh dengan botol arak. Suami saya tu saya sepak terajang, saya pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.

"Habis yang puan pergi haji ini?"

"Yalah...saya tengok orang lain pergi haji, saya pun teringin juga nak pergi."

"Jadi apa sebab yang puan menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang puan alami semasa sakit?" tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan,

"Ustaz...Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, saya telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah saya buat selama ini.

"Betul ke puan?" tanya saya, terkejut.

"Betul Ustaz. Semasa koma itu saya telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada saya. Balasan azab Ustaz, bukan balasan syurga.

Saya rasa seperti diazab di neraka. Saya ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut saya ditarik dengan bara api.

Sakitnya tak boleh nak saya ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit saya minta ampun minta maaf kepada Allah."

"Bukan itu saja, buah dada saya pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini...putus, jatuh ke dalam api neraka.

Buah dada saya rentung terbakar, panasnya bukan main. Saya menjerit, menangis kesakitan. Saya masukkan tangan ke dalam api itu dan saya ambil buah dada tu balik."

Tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.

Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari.

Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.

Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya,

"Hari-hari saya diseksa. Bila rambut saya ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak saya terasa seperti menggelegak.

Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan."

Sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.

Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya.

Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar.

"Ustaz...saya ni nama saja Islam, tapi saya minum arak, saya main judi dan segala macam dosa besar.

Kerana saya suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu saya telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam.

Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja, tapi saya perlu makan buah-buah itu sebab saya betul-betul lapar.

"Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong saya dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut saya.

Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita.

Habis saja buah-buah itu saya makan, saya diberi pula makan bara-bara api.

Bila saya masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan saya rasa seperti terbakar hangus.

Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya.

Selepas habis bara api, saya minta minuman, tapi...saya dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah.

Baunya cukup busuk. Tapi saya terpaksa minum sebab saya sangat dahaga. Semua terpaksa saya lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah saya alami sepanjang saya hidup di dunia ini."

Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah.

"Masa diazab itu, saya merayu mohon kepada Allah supaya berilah saya nyawa sekali lagi, berilah saya peluang untuk hidup sekali lagi.

Tak berhenti-henti saya memohon. Saya kata saya akan buktikan bahawa saya tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu.

Saya berjanji tak akan ingkar perintah Allah dan akan jadi umat yg soleh.

Saya berjanji kalau saya dihidupkan semula, saya akan tampung segala kekurangan dan kesilapan saya dahulu, saya akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini saya tinggalkan."

Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.

Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak.

Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.

"Ini bukan mimpi ustaz. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali.

Saya bertaubat Ustaz, saya tak akan ulangi lagi kesilapan saya dahulu. Saya bertaubat... saya taubat Nasuha," katanya sambil menangis-nangis.

Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak.

Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.

"Puan...yang puan sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Puan kena jaga juga kesihatan diri puan. Lepas sembahyang Isyak tu puan baliklah, makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.

"Tak apalah Ustaz. saya ada bawa buah kurma. Bolehlah saya makan semasa saya lapar."

Menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu.

Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula.

Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.

"Tak boleh Ustaz. Saya takut...saya dah merasai pedihnya azab tuhan. Ustaz tak rasa, Ustaz tak tau. Kalau Ustaz dah merasai azab itu, Ustaz juga akan jadi macam saya. Saya betul- betul bertaubat."

Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Ustaz, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Ustaz ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung.

Cukuplah saya seorang saja yang merasai seksaan itu, saya tak mau wanita lain pula jadi macam saya.

Semasa diazab, saya tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan mahramnya, maka dia diberikan satu dosa.

Kalau 10 orang lelaki bukan mahram tengok sehelai rambut saya ini, bermakna saya mendapat 10 dosa."

"Tapi Ustaz, rambut saya ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut saya, ini bermakna beribu-ribu dosa yang saya dapat.

Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam saya ni??? Allah..."

"Saya berazam, balik saja dari haji ini, saya akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami saya sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat.

Saya nak ajak suami pergi haji. Seperti mana saya, suami saya tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan saya.

Saya sudah bawa dia masuk Islam, tapi saya tak bimbing dia. Bukan itu saja, saya pula yang jadi seperti orang bukan Islam."

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut.

Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma?

Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat Nasuha?

Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadith. Adakah ia bercanggah?

Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib?

Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal..." Itu dah terlambat.

REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN

WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

SUMBER : Mtq Nadzmi

SUAMI DAN FACEBOOK ISTERI

Soalan; Salam ustaz, Saya seorang suami. Saya amat berbesar hati sekiranya ustaz dapat memberikan saya jawapan dan penjelasan atas soalan-soalan saya dibawah: -
1. Sekiranya seorang isteri mempunyai akaun jaringan sosial seperti facebook, yahoo messenger, email peribadi dan seumpamanya, patutkah seorang isteri tersebut memberikan akses kepada akaun akaun tersebut kepada suaminya agar dapat berkongsi sama melihat kandungan, rakan, gamabr, nota, korespondences yang terdapat di dalamnya?
2. Haruskah seorang isteri berkongsi alamat email peribadi kepada lelaki lain yang bukan muhrim walaupun atas dasar berkawan?
3. Haruskah seorang isteri menerima tawaran atau panggilan untuk mejadi kawan/sahabat dari lelaki yang bukan muhrim melalui jaringan social atau email seperti diatas?.
4. Salahkah seorang suami meminta seorang isteri meberitahu suaminya sekiranya si isteri ada menerima panggilan atau tawaran dari lelaki lain untuk menjadi sahabat atau rakan dari jaringan social atau email?
5. Sekiranya si isteri tidak bersetuju dengan nasihat dan pandangan suami atas perkara-perkara diatas, apakah yang patut dilakukan oleh si suami?
6. Adakah seorang suami itu bersikap terlalu cemburu kepada isterinya sekiranya si suami berpandangan sedemikian?
Wassalam



Jawapan;
1. Wajib suami menjaga ahli keluarga (isteri dan anak-anak) dari perkara yang boleh memabawa mereka kepada dosa yang akhirnya membawa ke neraka. Firman Allah; “Wahai orang-orang beriman, selamatkanlah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka” (Surah at-Tahrim, ayat 6). Di antara yang dipesan oleh Rasululllah ialah berhati-hati dalam memilih kawan sebagaimana sabda baginda ; “Seseorang itu berada di atas agama kawannya, maka hendaklah setiap dari kamu memerhati dengan siapa dia berkawan” (HR Imam Abu Daud dan at-Tirmizi dari Abu Hurairah. Menurut at-Tirmizi; hadis ini hasan). Facebook adalah jaringan kawan-kawan dan kenalan, maka suami mempunyai hak untuk memantau dengan siapa isteri dan anak-anaknya berhubungan demi membolehkannya melaksanakan kehendak ayat dan hadis tadi.
2. Suami tidak boleh terlalu menyekat isteri dari bergaul dengan orang sekeliling terutama berhubungan dengan keluarga dan rakan-rakan wanita yang solehah. Namun suami wajib menegah isteri dari terlibat dengan hubungan yang dilarang agama seperti hubungan dengan lelaki yang bukan mahram tanpa ada keperluan, bergaul denagn wanita-wanita fasik (yang tidak menjaga agama), bertandang ke tempat maksiat atau yang mendorong kepada maksiat. Suami mempunyai hak untuk menegah isteri dari terlibat dalam pergaulan sedemikian dan ia termasuk dalam kewajipan mencegah munkar (atau menutup ruang kepada mungkar) dengan kuasa yang dimiliki. Sabda Nabi; “Sesiapa dari kamu melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika tidak mampu, dengan lidah. Jika tidak mampu, dengan hati dan ia adalah selemah-lemah iman” (HR Imam Muslim dari Abi Sa’id al-Khudri). Menurut ulamak; antara maksud mencegah dengan tangan ialah menggunakan kuasa yang ada untuk mengubah kemungkaran. Dinisbah kepada keluarga, bapa atau suami adalah orang yang berkuasa ke atas ahli-ahli keluarga.
3. Syariat Islam amat mengambil berat hubungan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi (yakni yang tiada hubungan mahram atau hubungan suami-isteri) di mana ia menyempitkan hubungan dan pergaulan antara keduanya hanya kepada keperluan sahaja (bukan kebebasan). Ini kerana kebebasan akan mendorong kepada zina. Ini sebagaimana kata Nabi; “Tidak berduaan seorang lelaki dan seorang wanita melainkan syaitan akan menjadi orang ketiga” (HR Imam at-Tirmizi dari Ibnu ‘Umar). Jadi, apabila seorang lelaki dan wanita bebas berhubung dan bercating, syaitan akan membisikkan kepada setiap mereka dan menimbulkan ghairah dan seronok, lalu ingin bertemu dan akhirnya terjerumuslah ke dalam maksiat sekalipun telah bersuami. Kejadian ini tidaklah asing lagi hari ini.
4. Islam tidaklah menyekat kebebasan umatnya, namun Islam memberi peringatan; kebebasan yang terlalu luas akan menjahanamkan. Oleh itu suami perlu mengimbangi kehidupan keluarganya antara kebebasan dan sekatan. Jangan memberi kebebasan tanpa batasan dan jangan pula terlalu mengongkong. Terbaik ialah pertengahan. Suami boleh membenarkan, tetapi pada masa yang sama perlu bertegas dalam perkara tertentu. Sebagai contoh, bila isteri minta nak berlaman sosial, suami menjawab; “Boleh, tetapi saya hanya benarkan dengan wanita sahaja dan jika lelaki, saya hanya benarkan dengan keluarga sahaja”.
5. Sikap cemburu suami jika berasas, itu adalah tanda iman. Namun cemburu tanpa berasas, itu adalah tanda penyakit hati. Sabda Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-; “Cemburu ada dua; satunya disukai Allah dan satu lagi dibenci Allah. Cemburu jika berpunca dari keraguan/kegusaran, ia disukai Allah. Namun jika tidak datang dari sebarang keraguan, ia dibenci Allah” (HR Imam Ahmad, at-Thabrani dan al-Hakim dari ‘Uqbah bin ‘Amir. Menurut as-Suyuti; hadis ini soleh. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 5783). Menurut ulamak; maksud cermburu tanpa keraguan ialah cemburu buta, yang timbul dalam hati tanpa sebarang sebab iaitu semata-mata buruk sangka dari suami terhadap isteri atau dari isteri terhadap suami (Faidhul-Qadier).
Di dalam hadis, Rasulullah bersabda; “Tidak akan masuk syurga lelaki yang dayus” (HR Imam at-Tayalisi dari ‘Ammar). Maksud dayus ialah; lelaki yang hilang perasaan cemburu terhadap nilai dirinya di mana ia tidak kesah siapa lelaki yang bersama dengan isteri atau anak perempuannya, dengan siapa mereka keluar dan ia tidak mengambil berat akhlak dan tingkah laku mereka (al-Fiqh ‘Ala al-Mazahib al-Arba’ah). Sabda Nabi juga; “Tiga manusia akan diharamkan Allah dari Syurga;
1. Orang yang ketagih arak
2. Orang yang menderhakai dua ibu-bapanya
3. Lelaki yang dayus, iaitu yang berdiam diri atau menyetujui perbuatan zina yang di kalangan ahli keluarganya.
(HR Imam Ahmad dari Ibnu ‘Umar. Hadis Soheh. Al-Jami’ as-Saghier, no. 3503)
Wallahu a'lam.
Rujukan;
1. Faidhul-Qadier, Imam an-Minawi, Syarah hadis no. 5783.
2. Fatawa Dar al-Ifta’ al-Misriyyah, 10/172.
3. Al-Fiqh ‘Ala al-Mazahib al-Arba’ah, Syeikh Abd Rahman al-Jazairi, juz. 5.

BUDAK & PENYAKIT KETAWA

Ketawa merupakan ekspresi kegembiraan dan kebahagiaan. Tapi apa yang akan terjadi jika semua perasaan, kesedihan yang baik, belas kasih, sukacita, dan mengejutkan diungkapkan oleh ketawa?

Inilah yang berlaku kepada Pinghui Xu, seorang remaja berusia 13 tahun penduduk Chongqing, China.

Selama 12 tahun Pinghui tidak boleh berhenti ketawa. Bahkan, kerana dia tidak boleh bercakap,hanya berkomunikasi dengan ekspresi ketawa sahaja.

Namun demikian, keadaan yang dialami oleh Pinghui hanya tidak membuat orang tuanya bahagia. Ayahnya, Xu Weiming dan ibunya, Yang Longying cuba mencari ubat untuknya, walaupun sampai sekarang belum dijumpai. Sekarang Weiming dan Longying merasa putus asa, kerana duit yang diperolehi sebagai pekerja pembinaan habis gara-gara mencari ubat untuk anaknya itu..



Longying kata, anaknya bermula ketawa sejak dia mengalami demam kuat pada usia lapan bulan. Puluhan doktor telah dikunjungi, dan kebanyakan dari mereka gagal mengubati penyakit aneh yang dialami oleh Pinghui ini.

Keadaan Pinghui bertambah buruk ketika dia berumur dua tahun. Dia kehilangan kemampuannya untuk berbicara dan hanya boleh ketawa. “Kami tidak bahagia. Melihat dia ketawa membuat kita lebih sedih. Lebih dari ketika dia menangis,” kata Longying .

Beberapa doktor mengesyaki Pinghui menderita kerosakan otak di bahagian depan akibat demam kuat.
Secebis harapan muncul, ketika seorang pakar saraf Chongqing Medical College telah mencadangkan untuk melakukan scan otak terhadap Pinghui untuk mengetahui penyebab penyakit misterinya tu. Dengan ini orang tua Pinghui berharap anaknya tidak akan lagi ketawa ketika bersedih.

SUMBER : thesun.co.uk

PERBEZAAN WANITA DAN LELAKI

  1. Rata-rata wanita tidur lebih lama 1 jam daripada lelaki pada waktu malam.
  2. Sperma lelaki yang menentukan jenis kelamin bayi.
  3. Bayi perempuan cenderung lebih cepat berjalan dan bercakap, bayi lelaki 2 bulan lebih lambat.
  4. Lebih banyak kehamilan dan kelahiran dengan komplikasi ketika mengandung bayi lelaki daripada bayi perempuan.
  5. Wanita mempunyai sel darah 1 juta lebih sedikit daripada laki- laki dan rata-rata berat otak lelaki lebih 1.4 Kg, wanita kurang dari itu.
  6. Pengubahan kelamin lebih banyak dilakukan lelaki.
  7. Basikal lelaki mempunyai setang/palang di tengah basikal.
  8. Wanita sangat memikirkan masalah dan perubahan sehari-hari ( contoh: penggunaan alat baru ).
  9. Pada tulang punggung manusia, wanita lebih lebar dan besar, mengikuti perkembangan tulang pinggul untuk proses persalinan. Lebih banyak timbunan lemak pada punggong, Lelaki lebih banyak timbunan lemak pada perut.
  10. Wanita kurang mampu menahan sejok disebabkan permukaan kulit yang lebih besar, sehingga lebih suka pada suhu ruang yang lebih hangat.
  11. Lelaki lebih suka bercakap secara terus sesuai dengan tujuannya, sementara percakapan wanita terputus-putus dengan keraguan dan perasaan. Disebabkan serabut penghubung antara belahan otak kanan ( intuisi ) dan kiri ( logika ) lebih sedikit pada wanita. Sehingga ekspresi perasaan lebih mudah terjadi pada wanita.
  12. Wanita lebih pakar dalam jurus bercium disebabkan tingginya hormon estrogen yang diketahui sebagai aktivator reseptor penciuman.
  13. Wanita mempunyai 75 % lebih banyak kelenjar keringat/peluh ( yang menghasilkan bau badan ) daripada lelaki.
  14. Kemampuan pancaindera lelaki untuk merasa rasa masam, manis dan masin lebih rendah pada wanita.
  15. Hubungan yang rapat/intim diluar pernikahan, lelaki dua kali lebih banyak.
  16. Wanita dua kali ganda cenderung homoseksual pada usia 45 tahun daripada lelaki.
  17. Semasa usia tua wanita mengalami kekurangan rambut, pada usia yang sama sebahagian besar lelaki mengalami kebotakan. Kebotakan disebabkan aktiviti berlebihan dari hormon androgen ( hormon laki- laki ).
  18. Mata lelaki rata-rata lebih besar daripada wanita, mata wanita lebih banyak bahagian yang berwarna putih.
  19. Lebih banyak wanita menggunakan kacamata dan lensa kontak, antara berumur 16 – 44 tahun.
  20. Secara umum hidung lelaki lebih besar daripada wanita. Sedangkan wanita rata-rata mempunyai bibir lebih besar dibanding lelaki.
  21. Rata-rata pendengaran lelaki menurun sekitar usia 32, wanita usia 37.
  22. Lebih banyak wanita dapat bernyanyi tanpa suara sumbang dibanding lelaki. Pita suara lelaki lebih panjang dan saluran napasnya 30 % lebih besar.
  23. Bagi Lelaki, jika berkomunikasi dengan sesama jenis saling berjauhan dengan ada ruang antara diantara mereka dan bereaksi negatif jika seseorang masuk di antara ruang jarak pembicaraan. Laki- laki lebih mudah tertekan pada kemurungan yang membatasi ruang geraknya.
  24. Berpasangan dengan wanita dan berjalan di khalayak ramai, lelaki menghadapkan tubuhnya menghadap wanita yang dilalintasnya. Wanita cenderung membalikkan badan, sering secara tidak sadar menempatkan tangan di depan badannya untuk melindungi dada.
  25. Wanita memproduk dua juta sel telur selama hidupnya mulai usia 4 bulan ketika masih dikandung, lelaki terus memproduksi sperma hingga usia tua.
  26. Kekuatan meramas tangan lelaki dua kali lebih kuat daripada wanita.
  27. Kira-kira 48 % lelaki mendengkur ketika tidur, hanya 22 % pada wanita.
  28. Wanita rata-rata 153 saat berada di toilet, lelaki 113 saat.
  29. Hubungan keluarga yang baik meninggikan kualiti hidup: 62 % wanita, 49 % lelaki.
  30. 1/4 wanita dibanding lelaki yang berbicara gagap.
  31. 30 % wanita secara sekual lebih aktif pada saat bulan purnama.
  32. Lebih banyak wanita menggunakan cincin kawin.
  33. Ketika terjadi krisis antara sesama jenis, lelaki langsung menemui, wanita menjauhi.
  34. Rata-rata lelaki membaca lebih lama daripada wanita, tetapi lebih banyak dua kali wanita yang membaca daripada lelaki.
  35. Lebih dari dua kali ganda wanita yang hidup sendiri dibanding lelaki setelah usia 65 tahun.
  36. Memilih warna Merah atau Biru: Lelaki lebih banyak memilih merah, wanita warna biru.
  37. Semua rekod Olimpik untuk kecepatan berenang, lari, lompat tinggi, lompat jauh dipegang atlet lelaki.
  38. Wanita lebih banyak menggunakan kataganti diri “Saya” dibanding lelaki.
  39. Lelaki lebih baik dalam membaca peta dan dalam ilmu ukur ruang. Lelaki cenderung lebih mudah melakukan dua pekerjaan ( abstrak dan logika ) pada waktu bersamaan.
  40. Dalam 99 % pereputan tulang terjadi pada wanita setelah menopause, setelah hormon estrogen menurun. tetapi wanita lebih sedikit mengalami pengerasan pembuluh darah, karena estrogen menjaga pembuluh darah lebih lentur dan menolong mencegah naiknya kholestrerol.
  41. Kajian di Amerika, wanita menggunakan waktu hampir dua kali lebih banyak untuk berbelanja dibanding lelaki.
  42. Perkahwinan yang memuaskan lebih banyak terjadi pada lelaki dengan usia lebih tua, dibanding pada wanita pada usia sama.
  43. Lebih banyak wanita yang menyatakan dirinya sakit kronik daripada lelaki.
  44. Kajian di Australia, tiga kali ganda lelaki dibanding wanita yang meninggal karena kanker paru-paru dan penyakit jantung.
  45. Tetapi 2446 wanita berbanding 16 lelaki yang meninggal karena kanser payudara pada tahun 1990.
  46. Dalam status perkawinan, lelaki meningkatkan usia harapan hidup. Tetapi bagi wanita pula, usia harapan hidup lebih tinggi jika hidup sendiri.
  47. Penelitian di Australia, pembunuhan dilakukan 86 % oleh laki- laki, 95 % penghuni penjara adalah lelaki.
  48. Penelitian di England, anak lelaki lebih mudah dibohongi /dipedaya daripada anak perempuan.
  49. Wanita lebih berani, lebih dari 55 % wanita memeriksakan giginya secara rutin dibanding 40 % pada lelaki.
  50. Wanita secara umum yang lebih menentukan corak dan gaya pakaian yang dipakai.

SERBA SALAH ANTARA MENJADI JURUWANG DAN PEGANG BABI


SAYA adalah salah seorang juruwang (cashier) yang bekerja di sebuah pasar raya di Kamunting, Taiping. Pada tarikh 11.01.2012, lebih kurang pukul 3 petang, pihak pengurusan telah membuat mesyuarat di antara semua juruwang. Di dalam mesyuarat tersebut, pengurus kami menyatakan ada seorang pelanggan bukan Islam telah membuat aduan kepada pihak atasan mempertikaikan mengapa juruwang Melayu Islam memegang daging babi beralaskan plastik seolah-olah menghina makanannya.
Apa yang membuat kami semua terkejut, pengurus kami telah berkata, "Kenapa perlu berlapik? Jijik sangatkah? Geli sangatkah? Jangan terlalu ikutkan adat sangat. Yang bermasalah ini adalah juruwang Melayu. Kalau sudah tak boleh nak pegang, lebih baik saya mengambil pekerja bukan Melayu. Selepas ini, saya tak mahu lagi kamu semua pegang barang-barang itu beralaskan pelastik. Saya mahu kamu semua pegang dengan tangan sahaja. Jika saya dapati kamu semua buat sekali lagi, saya akan tukarkan kamu semua ke bahagian lain."

Bukan niat kami hendak menghina makanan orang bukan Islam. Menurut ajaran dan hukum Islam, daging itu adalah haram disisi agama Islam bukan setakat memakanya, malah menyentuhnya pun tak boleh. Jika tersentuh biarpun bekasnya sekali pun, ia perlu disamak.
Pengurus kami dan orang atasan kami bukan Islam. Tidakkah mereka tahu orang Islam amat sensitif dengan daging babi. Bahasanya seolah-olah mempersendakan agama Islam dan berbau perkauman. Mentang-mentanglah kami ini semuanya perempuan, tidak pandai hendak memberontak, senang benar mereka hendak mempersendakannya.



Saya cuba untuk berpakat dengan rakan-rakan kerja Melayu saya untuk melaporkan perkara ini di pejabat agama atau pihak berkuasa yang lain, tetapi mereka enggan untuk berpakat kerana takut ditukarkan atau kehilangan kerja. Inilah sifat kakitangan Melayu yang beragama Islam di sini. Hanya dengan ugutan mereka sangup menggadaikan agama demi wang.
Kita sebagai orang Islam sepatutnya mempertahankan kesucian agama kita. Tahukah mereka perkara ini tidak boleh dipandang remeh kerana membabitkan kesucian diri untuk beribadat kepada Allah SWT. Saya kecewa dengan sikap segelintir bangsa Melayu yang beragama Islam ini.
Sepatutnya pihak pengurusan pasar raya tempat saya bekerja mengadakan kaunter 'Tidak Halal' untuk scan barang-barang tidak halal dan dijaga oleh juruwang bukan Islam. Kadangkala saya terfikir, bekas diletakkan barang tidak halal di kaunter ini, kemudiannya diletakkan pula barang-barang yang dibeli pelanggan lain beragama Islam. Bagaimana tahap kesuciannya?
BACA SELANJUTNYA DI : azizbos.com

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.