COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

REFLEK KEPUTUSAN SAINS DAN MATEMATIK

KUALA LUMPUR, 22 Dis — Pelajar Malaysia akan terus tergelincir dalam Matematik dan Sains jika dasar pendidikan semasa tidak berubah, sebuah kumpulan lobi pendidikan memberi amaran.

Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia memberi respon selepas keputusan terkini pada Rabu mendedahkan Malaysia terus membimbangkan akibat penurunan dalam ranking penilaian Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) selama bertahun-tahun.

“Kami sudah jangka keputusan akan jadi begitu.. Jika kita teruskan apa yang kita lakukan sekarang, kita akan terus merosot,” kata Pengerusi Datin Noor Azimah Abdul Rahim kepada The Malaysian Insider.

Menurut Azimah, sistem pendidikan Malaysia hanya mengajar kandungan pengetahuan, mengingat pengetahuan dan pembelajaran hafalan, yang malangnya hanya membentuk sebahagian kecil TIMSS, tidak seperti mempersoalkan dan penyelesaian masalah. “Kita tidak melakukan apa-apa untuk mempersiapkan anak-anak kita untuk TIMSS ... Lebih baik kita tidak ambil ujian, ini sangat memalukan,” katanya.

TIMSS menilai pelajar gred empat dan lapan (bersamaan Darjah Empat dan pelajar Tingkatan Dua di Malaysia) lebih daripada 63 negara dalam empat penanda aras antarabangsa sejak tahun 1995.

Malaysia hanya menghantar pelajar Tingkatan Dua untuk mengambil bahagian dalam kajian ini, dan 5773 orang pelajar dari 180 buah sekolah mengambil bahagian tahun lepas. Untuk kajian terbaru pada tahun 2011, Malaysia mendapat 440 mata dalam Matematik dan 426 mata dalam Sains, di bawah Skala pertengahan TIMSS sebanyak 500 mata.

Pada tahun 2007, Malaysia mendapat 474 mata dalam Matematik dan 471 mata bagi Sains. Markah yang didapati adalah 519 mata dan 492 mata masing-masing pada tahun 1999, apabila kali pertama Malaysia menyertainya.

Azimah sinis terhadap rancangan kerajaan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Baru untuk peperiksaan penanda aras Malaysia bagi TIMSS, dan mencapai kedudukan ketiga teratas menjelang 2025.

“Jika kita serius melakukan dengan baik, berubahlah,” tegas Azimah yang memperjuangkan Malaysia untuk meneruskan pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.

Putrajaya memutuskan untuk membatalkan dasar yang dimulakan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad walaupun terdapat keputusan yang menggalakkan. “Jangan hanya beri retorik, kita perlu duduk mengubah kurikulum ... supaya ia lebih cenderung ke arah penyelesaian masalah dan pemikiran mempersoalkan. Kita perlukan rombakan besar.

“Persoalannya sekarang … bagaimana kita akan kesana?” tanya Azimah.

Pengerusi mengakui kekurangan pemikiran mempersoalkan dan penyelesaian masalah adalah akibat malang pendidikan konservatif berpaksikan guru.

“Kanak-kanak harus digalakkan untuk bercakap dan bertanya soalan,” beliau mencadangkan.

“Mereka tidak melakukannya kerana guru akan menegur jika mereka bertanya soalan yang salah.

“Mereka takut untuk membuat kesilapan, mereka malu dan mereka tidak mahu diejek oleh rakan-rakan, jadi jalan terbaik adalah untuk berdiam diri.”

Penyelesaiannya, Azimah menjelaskan, adalah untuk kembali ke akar masalah dan baik pulih latihan guru untuk bergerak ke arah menjadikan pendidikan berpaksikan pelajar. “Tumpuan harus diberikan kepada kanak-kanak itu, bukan kepada guru.

“Guru perlu menjadi lebih menarik, mereka harus menggalakkan pelajar, agar mereka mempunyai pandangan,” tambah Azimah.

TIMMS dijalankan setiap empat tahun oleh Pusat Kajian Antarabangsa Sekolah Pendidikan Lynch, Kolej Boston.

Selain peperiksaan, TIMSS juga mengumpul maklumat kontekstual di persekitaran sekolah dan lokasi, bahasa ibunda, guru dan latar belakang keluarga pelajar, guru dan pengetua.

Pada tahun 2011, Korea Selatan, Singapura, Taiwan, Hong Kong dan Jepun mendahului kedua-dua mata pelajaran Matematik dan ranking Sains dengan margin yang besar. Negara-negara yang merosot dalam Sains selain Malaysia termasuk Hungary, Macedonia, Norway, Sweden dan Thailand.

Negara-negara yang sama juga merosot dalam mata pelajaran Matematik, dengan tambahan Jepun, Jordan, Romania dan Tunisia.

PUNCA PERUT BUNCIT

Perut buncit memang tidak menyelesakan. Ia bukan sahaja membuatkan kita berasa cepat letih apabila melakukan pergerakan walaupun sekadar berjalan, perut yang buncit juga menjejaskan penampilan seseorang lantaran bentuk tubuh kelihatan tidak seimbang. Apakah sebab perut menjadi buncit?

Pakar kesihatan Dr. Selfie C. Rijal menjelaskan ada banyak faktor yang boleh menyebabkan perut menjadi buncit. Pertama, faktor keturunan. “Faktor keturunan yang diwarisi daripada orang tua secara umumnya sukar dielakkan,” ujar Selfie.

Kedua ialah faktor penuaan. Dengan bertambahnya usia, penghasilan hormon dehidroepiandrosteron (DHEA) mulai berkurangan. Hasil kajian oleh Harvard Women's Health Watch mendapati wujudnya kaitan antara penurunan hormon ini dengan peningkatan pengumpulan lemak di perut.

Faktor ketiga ialah makanan dan minuman tertentu. Doktor lulusan Universiti Padjajaran itu menjelaskan gula dan alkohol terutamanya yang terkandung dalam bir, adalah musuh utama kerana ia boleh membuatkan otot menjadi kendur.

Daripada segi pemakanan, katanya alkohol amat berbahaya bagi tubuh. Ini kerana alkohol mengandungi kalori yang tinggi, sama seperti kalori dalam makanan berlemak. Selain itu, meminum alkohol akan memaksa hati bekerja lebih keras untuk menyingkirkan alkohol dan pada masa sama proses menyaring gula akan tertangguh.

“Gula itu kemudiannya terpaksa disimpan dalam tubuh sebagai lemak. Pada masa sama, alkohol juga dapat meningkatkan nafsu makan,” ujar doktrr yang bertugas di Hospital Sari Asih, Tangerang, Banten itu.

Menurut Selfie, makanan segera juga boleh mengakibatkan perut menjadi buncit berikutan jumlah kalori dan lemaknya yang sangat tinggi. Tidak ketinggalan, susu. Jika yang diminum itu ialah susu berkalori tinggi, maka ia boleh menyumbang kepada kebuncitan perut. “Justeru sebaik- sebaiknya minumlah susu rendah kalori,” tegas beliau.

Penyebab keempat bagi perut buncit ialah tembakau. Ia boleh menjejaskan aktiviti penghadaman. Selfie berkata biasanya ketika merokok selepas makan, perut akan berasa kembung kerana penghadaman terganggu.

Penyebab kelima, stres. Menurut Selfie, keadaan psikologi seseorang mampu mengganggu aktiviti semula jadi tubuh termasuklah sistem penghadamannya. Stres juga boleh mencetuskan rasa kenyang dan menimbulkan masalah pada keupayaan tubuh menyimpan lemak. Akibatnya, perut kelihatan lebih mengembang. “Untuk mengatasinya, belajarlah untuk lebih relaks serta bernafas secara perlahan dan mendalam,” jelas beliau. Dalam pada itu Selfie mengingatkan bahawa golongan wanita yang biasanya lebih mudah dilanda stress, cenderung memiliki lemak berlebihan di perut, meski pun berat badannya normal. Keadaan ini mungkin diakibatkan oleh kesan hormon stres kortisol yang membuatkan lemak terkumpul di sekitar perut.

Penyebab keenam mempunyai kaitan dengan perubahan hormon, terutamanya ketika menopaus. Keadaan ini menyebabkan pengeluaran hormon seks estrogen berkurangan sekali gus membawa kepada pengumpulan lemak pada perut.

Tumpukan lemak yang tidak sekata boleh membuatkan orang yang bertubuh kecil, buncit perutnya. Sememangnya ia kelihatan amat tidak selesa. Jelas Selfie, keadaan ini berpunca daripada pengambilan karbohidrat secara berlebihan seperti nasi dan makanan berasaskan tepung seperti mi, bihun dan ladu, dalam kuantiti yang banyak. Akibatya, karbohidrat yang berlebihan akan disimpan dalam bentuk lemak terutamanya di perut, atau lebih tepatnya di rongga-rongga di antara organ dalam perut.

“Penumpukan lemak di perut juga menjadi petunjuk bahawa kurangnya aktiviti fizikal dan penurunan kadar metabolisme tubuh,” jelas Selfie. Jelas beliau, “Faktor utama yang membawa kepada kebuncitan perut adalah gaya hidup dan iklan yang berleluasa di pelbagai media.”

Benarkah perut akan buncit apabila seseorang terus tidur selepas makan? “Ya, benar. Perut akan menjadi buncit kerana proses penghadaman tidak dapat berfungsi dengan baik,” ujarnya.

Begitu juga dengan minuman bersoda. Minuman jenis ini boleh membuatkan perut menjadi kembung dan akhirnya membuncit. “Gelembung-gelembung udara dalam minuman berkarbonat boleh mengakibatkan perut buncit,” jelas Selfie.

IMPAK BERITA KIAMAT

Desas desus mesas mesus artikel yang kononnya dari Nasa atau dari siapa sahaja yang bergelar makhluk tuhan mentafsir bahawa kiamat akan berlaku pada 21 Disember lepas atau 23 hingga 25 Disember ini. Kebanyakkan kita mengetahui bahawa berita 21 Disember itu tersebar dengan tafsiran daripada kalendar kaum maya dan berita bumi bergelap pada 23 hingga 25 Disember tersebut diterima akibat daripada awan galaxy yang menutupi cahaya matahari untuk sampai ke bumi atau bumi dan plenet lain dalam keadaan sejajar.

Pelbagai spekulasi yang berlaku dan menerima pelbagai reaksi dari pengguna laman maya. Lebih lucu lagi ada yang membina rumah atau tempat untuk menyelamatkan diri daripada malapetaka kiamat. Reaksi yang boleh dilihat dari berita itu ialah kemarahan, sindiran dan ketakutan daripada pelbagai lapisan masyarakat dunia.

Apa yang dikesali ialah ada antara kita yang mendabik dada yang hampir kepada riak dan sombong kiamat atau malapetaka tidak berlaku pada hari tersebut. Pada pandangan saya cukuplah sekadar besyukur sebab kita masih boleh bernafas. Sekalipun benar malapetaka tersebut tidak berlaku tetapi kita hendaklah sentiasa mengingatinya kerana dengan mengingatinya kita adalah antara orang-orang yang beruntung.

Berita lain pula ialah terdapat individu yang menghabiskan wang untuk menyediakan tempat bagi menghadapi malapetaka tersebut. Teringat saya mengenai amaran yang dibuat oleh Nabi Noh a.s mengenai berlakunya banjir besar dan terdapat sebilangan umatnya memperlekehkannya dan beliau sendiri mempersiapkan bahtera bagi menyelamatkan diri dan umatnya yang setia. Bukanlah maksud saya kita harus mempercayai berita tersebut tetapi kita perlu mengambil sikap berhati-hati. Sikap tersebut memang di ajar sekalipun ramalan tersebut tidak disebar. Sikap yang saya maksudnya ialah sikap zuhud.

Suatu masa dahulu juga pernah berlaku ramalan-ramalan seperti ini dan ianya tidak berlaku sehingga ke hari ini. Natdramus seorang peramal masa depan kononnya telah membuat beberapa ramalan mengenai pelbagai perkara yang akan berlaku pada masa hadapan. Mengikut penganalisis dan berita sampingan menyatakan beliau membuat ramalan tersebut dengan membuat kajian ke atas al-quran. Anda kajilah sendiri fenomena ini.

Segala yang berlaku di sekeliling kita mempunyai hikmah tersendiri dan jangan kita terperangkap dengan ujian-ujian yang diturunkan oleh yang esa. Ambil langkah bijak.. Bernafas, mendengar, berfikir, melihat dan barulah berkata-kata... insyaallah..

JANTUNG PERNIAGAAN

Dalam dunia pernigaan terdapat pelbagai perkara penting bagi memastikan kejayaan sesuatu perniagaan. 

Apakah matlamat menjalankan pernigaan?.. 
Pastinya untuk mendapatkan pendapatan dan meningkatkan taraf kehidupan. 

Apakah ciri-ciri manusia yang boleh menjadi seorang ahli perniagaan?.. 
Bergantung kepada jawapan dan persepsi setiap individu. Namun bagi saya, seorang peniagaan adalah individu yang tidak lokek berkongsi ilmu dan menimba ilmu serta berfikiran terbuka.

Apabila kita sebut sahaja perniagaan pasti setiap orang membayangkan menjual barang dan memberi perkhidmatan. Kebanyakkannya dipengaruhi oleh iklim perniagaan di sekeliling. Akan ada mencari perniagaan yang ada persamaan dengan pernigaan yang sedia ada. Setiap perniagaan yang wujud di sekeliling kita sebenarnya memerlu sokongan  dan dorongan dari pembekal atau pemborang. Di situ sebenarnya wujud satu peluang perniagaan akibat daripada pertumbuhan pernigaan yang berlaku di sekeliling kita.

Saya tertarik dengan pernigaan yang menjurus kepada kreativiti dan modal insan yang tulen. Contohnya pengeluaran produk tani, produk separuh siap dan produk siap. Produk-produk yang dikeluarkan menggunakan sumber-sumber sekeliling yang sedia ada. Dengan sumber mentah di sekeliling maka perniagaan dapat dijalankan dengan adanya transaksi jual beli dengan pelanggan.

Di Malaysia terdapat banyak bahan mentah yang boleh dijadikan barang separuh siap dan barang siap. Kita hanya memerlukan idea yang bernas untuk menjadikan produk tersebut digemari ramai.

Berbalik kepada tajuk asal artikel ini, iaitu jantung perniagaan. Perniagaan adalah merujuk kepada rangkaian pelanggan. Jika terdapat banyak pelanggan maka perniagaan tersebut mampu untuk hidup dan memiliki survival yang tinggi. Jantung perniagaan adalah promosi atau dengan kata lain umpama "ayam telur sebiji riuh sekampung". Biar semua orang tahu apa yang kita buat bagi memastikan perniagaan kita dan maklumat perniagaan kita sampai kepada orang yang memerlukan.

Jika perniagaan kita tidak diketahui orang ramai maka itu adalah petanda bahawa perniagaan kita tidak dapat bertahan lama. Bagaimanakah cara memastikan maklumat perniagaan kita sampai kepada pelanggan. Caranya adalah dengan menggunakan media iklan yang wujud di pasaran seperti surat khabar, radio, televisyen, risalah, poster, banner dan sebagainya. Anda boleh pilih teknik menyampaikan maklumat tersebut berdasarkan modal yang anda miliki.

Ini adalah perkongsian ringkas saya mengenai perniagaan dan moga ianya mendapat mafaat kepada setiap pembaca.. amin.. 

SEDIH TERMENGANDONG

"Apa salah aku?" "Apa dosa aku ditinggalkan begini?" "Rasa nak bunuh diri" "aku dah tiada nilai" aku dah rosak".. Itulah ungkapan gadis-gadis yang termengandung sebelum melalui alam perkahwinan ataupun tiada yang menjadi pak sanggup ke atas ketermengandungannya. Bagaikan putus asa dan kehilangan punca segala. Rasa tertekan berhadapan dengan masa depan. Mengapa ini semua terjadi.

Terdapat pelbagai sebab mengapa gadis-gadis ini terjerumus masalah termengandung. Antaranya ialah kerana terlalu bergaul bebas tanpa batasan, dirogol oleh orang yang dipercayainya ataupun orang yang baru dikenalinya, kejutan budaya yang mengasikkan dan pelbagai lagi punca. Setiap puncanya adalah dari manusia-manusia itu sendiri iaitu sistem kehidupan yang diciptanya.

Adakah anda terlibat dalam punca ini? persoalan ini jarang sekali difikirkan oleh kebanyakkan kita. Bermula dari institusi keluarga, masyarakat dan kerajaan yang memerintah. Ianya bagaikan pusingan tanggungjawab dan setiapnya ada fungsi sendiri untuk mengawal keadaan ini. Episod tunding-menunding ini tidak pernah akan berakhir sampai bila-bila kerana undang-undang fitrah tidak dilaksanakan.

Ada antara gadis-gadis ini mengambil jalan pintas dengan membuang kandungannya dan antaranya melihat bayinya sendiri sudah cukup sifat. Ada antaranya bertindak di luar kewarasan dengan membunuh diri dengan kata lain menempat tiket percuma masuk neraka. Memang kita manusia tidak layak menjadi hakim sama ada seseorang itu masuk syurga atau neraka tetapi ketahuilah bahawa membunuh diri itu adalah dosa besar. Membunuh kandungan itu persamaannya membunuh darah daging sendiri.

Di suatu sudut dunia terdapat manusia-manusia tercari-cari dengan zuriat dan antaranya sanggup menghabiskan puluhan ribu ringgit untuk mendapat zuriat sama ada dari diri sendiri ataupun dari orang lain. Saya sendiri telah menyaksikan hampir 7 kes berkaitan gadis termengandung. 5/7 darinya berakhir dengan si lelaki mengahwini si perempuan. Saya membantu mereka untuk menyelesaikan perkara ini dengan berjumpa rakan saya di majlis islam dan mengetengahkan mereka yang bermasalah ini kepada pihak yang bertanggungjawab. 2/7 daripadanya mengambil jalan membunuh darah daging sendiri dan saya tidak mahu masuk campur urusan itu tetapi rasa bersalah kerana tidak mampu menghalangnya.

Perkahwinan itu mudah tetapi di susahkan oleh adat istiadat yang membazir dan bermegah-megah. Disebahkan itu, maka maksiat itu mudah dan berkahwin itu susah. Namun begitu, terdapat ibu bapa menitik berat maruah anak perempuannya dengan memudahkan perkahwinan dan ada antara tidak begitu maka mereka adalah punca kepada maksiat itu mudah dan berkahwin itu susah.

Gimik di alam maya menyatakan bahawa ada antara orang tua ataupun ibu bapa yang menilai hantaran anak mereka berdasarkan akademik. Semakin tinggi pelajarannya maka semakin mahal nilai hantarannya dan semakin bagus pekerjaannya maka semakin tinggi nilai hantarannya. Akhir sekali, terkapai-kapailah si gadis itu.

Lelaki apabila berfikir mendahului akal dan di ikuti emosi manakala perempuan apabila berfikir mendahului emosi dan di ikuti akal. Carilah ilmu dan pimpinlah serta bertanggungjawablah.

MAKSIMA KESEDARAN (GAZA)

Kepincangan hujah dan pendapat mengenai boikot product rejim zionis sememangnya tidak dapat di elakkan. Perbezaan pendapat memang berlaku. Tetapi itu perlu dipandang sebagai rahmat seperti yang telah dicatatkan sebelum ini mengikut sunnah.

Setiap individu perlu mengambil sikap berhati-hati dalam mengutarakan produk yang perlu di boikot. Saya sendiri berhati-hati dalam memilih barangan yang di boikot. Antara barangan yang di iklankan untuk diboikot adalah barangan bukan milik rejim zionis. Saya lebih suka highlight barangan utama sahaja supaya tidak tersasar dari matlamat dan tidak pula memberi tekanan kepada yang tidak sepatutnya menerima tekanan.

Saya berpegang kepada "Senjata makan tuan" maka saya menggunakan sebahagian produk online dan offline yang boleh membantu dalam menyedarkan umat manusia apa yang berlaku di Gaza. Dalam menyalurkan maklumat apa yang berlaku di Gaza, saya juga terpaksa menyalurkan maklumat rasional setiap tindakkan supaya tidak di salah ertikan. Apapun maklum balas dari masyarakat saya terima dengan tangan terbuka.

Setiap info yang saya kongsikan mungkin memberi impak 10% sahaja. Tetapi sekurang-kurangnya usaha saya sekecil itu membuahkan hasil kesedaran. Saya tahu, bukan mudah untuk mengubah persepsi orang lain tentang sesuatu. Saya berpegang kepada "Mencuba maka kita boleh duga ia menjadi, tidak mencuba maka janganlah di duga ianya akan menjadi". Oleh itu, saya akan terus mencuba walau sekecil zarah.

Dalam kemaruk kempen kesedaran apa yang berlaku di Gaza, saya melihat tindakkan wajar dan rasional yang boleh dilakukan ialah dengan memboikot beberapa barangan rejim zionis. Impaknya mungkin 0.00000001% ke atas rejim zionis. Tetapi jika 100% yang mengamalnya apakah peratusan impak itu tidak berubah?.

Saya amati, masih banyak lagi masyarakat dunia amnya dan masyarakat Malaysia khasnya masih belum sedar dengan apa yang berlaku di Gaza. Hati saya meruntun setelah melihat video yang bertajuk "19 November 2012" dan pada masa yang sama saya kesal melihat barisan individu yang mengambil barangan McD semasa barangan tersebut diberi percuma beberapa hari lalu. Kekesalan itu bukanlah ejekan tetapi kerana saya merasakan maklumat tidak sampai kepada mereka. Apakah usaha kita hanya 0.0000000001% sahaja? 

Disebabkan itu, saya sarankan banner atau banting harus di naikkan bagi menyalurkan maklumat offline. Maklumat online boleh dikatakan banyak dan saya bersyukur kerana banyak yang membuat grafik yang boleh memberi impak kesedaran. Tetapi, saluran maklumat secara offline iaitu dengan menggantung banner, banting atau mengedar risalah tiada langsung di kawasan saya dan saya berharap di kawasan lain tidak begitu. Andaikata maklumat menggunakan medium offline juga tidak berlaku di kawasan lain. Maka, mari kita semua rapatkan saf dan cari idea dan alternatif untuk memperkasakannya.

Kepada pembaca yang belum mendaftar menjadi salah seorang sukarelawan selamatkan al-aqsa. Bolehlah melakukannya dengan mengisi borang berdasarkan pautan yang saya berikan di bawah. Carilah perkara yang boleh anda lakukan. Cuba dan jangan berpeluk tubuh.


Insyaallah...

AIR MATA KU MENGALIR KERANA GAZA PALESTIN

Pelbagai cara dan teknik setiap yang memandang dan mendengar apa yang berlaku di Palestin. Ada yang mengalir air mata melihat pembunuhan ke atas kanak-kanak dan wanita. Menangis kerana si anak kehilangan ibu. Menangis kerana si Ibu kehilangan anak. Menangis kerana si ayah kehilangan anak dan isteri. Semua rakyat Malaysia seolah-olah dapat merasa. Tetapi tidak semua begitu kerana setiap kita ada yang mati hatinya.

Ada yang berusaha untuk membantu dengan cara berdoa dan ada juga yang mengambil alternatif memboikot. Ada juga yang menyebarkan kekejaman yang dilakukan pihak yahudi. TIDAK KURANG JUGA ADA YANG MENKRITIK USAHA-USAHA BANTUAN SEKECIL ZARAH INI. Memang ada yang akan melemparkan kata-kata sinis atas usaha-usaha sekecil zarah itu. Tetapi jangan pula yang putus asa dengan kata-kata sinis tersebut. Biarlah apa orang kata, yang penting kita terus menyuarakan dengan pelbagai cara bahawa kita tidak setuju dengan kekejaman tersebut.

Mengapa ada yang buat kempen boikot? Ekonomi merupakan asas kepada senjata yang dipegang oleh pihak Yahudi pada masa sekarang. Memanglah kita tidak mampu untuk meruntuhkan ekonomi mereka kerana di kalangan mereka adalah pemilik bank dunia. Tetapi sekurang-kurangnya kita dapat mengurangkan pendapatan royalti mereka. Itulah sekurang-kurangnya yang kita boleh buat daripada tidak melakukan langsung tindakkan sekecil itu seolah-olah kita menghalalkan apa yang mereka lakukan.

Mengapa kita perlu berdemo cara aman "Free Palestin". Tujuannya adalah untuk menyuarakan perasaan kita yang tidak setuju dengan apa yang dilakukan oleh pihak rejim zionis. Sekurang-kurangnya mereka tahu bahawa kita tidak setuju dengan tindakkan tersebut daripada kita diam sahaja seolah-olah kita menghalalkan apa yang mereka lakukan.

Mengapa kita perlu berdoa?. Doa adalah senjata tajam seorang mukmin. Tidak kira cara dan bagaimana kita berdoa. Tuhan dekat dengan kita. Teruslah berdoa dan bedoalah dengan penuh keikhlasan. Mungkin ada yang kritik doa dalam facebook tetapi sekurang-kurangnya orang lain dapat membaca dan berdoa sama-sama. Percayalah tuhan mendengar rintihan kita.

Biarlah suara-suara sumbang yang cuba membunuh kasih kita terhadap saudara kita. Kita akan lakukan apa sahaja yang kita mampu buat. Kita tidak duduk diam. Kita tidak dapat pergi ke sana mengankat senjata. Kita juga punya tanggungjawab di sini. Kita kena jaga negara kita. Ingalah bahawa tuhan sedang memberi alamat kepada kita tentang sesuatu.

Biarlah orang lain kritik!! kita tetap lakukan dan kita percaya bahawa ianya dapat memberi impak sekecil zarah tetapi jika semua orang islam begitu maka kumpullah satu zarah itu menjadi jutaan zarah. Pastilah ianya akan menjadi impak yang besar.

LAGU KAMEK ORANG SARAWAK





artise:FLEEQS feat Faz
produce by:FATTY RECORD 
recorded at: FATTY RECORD & FAZ HOME STUDIO 

DIKUASA OLEH


LIRIK:
FAZ:
sarawak, tanah, tumpah, darah,
Tempat pertama kali ku mukak mata encelang besar,
bok ku ngga tok duhal rupa dunia,
indah nya x terkata coba dikpun coba rasa,
embak kata sidak mana nok kuat dengki,
sarawak belom membangun maseh dibuai mimpi,
gambaran tipikal dasar iri hati,
pemikiran kolot suka ngesak ati,
tangga kerek tangga kanan macam2 ada,
variasi makanan, kraftangan, kakya Bangsa,
tersimpan seribu rahsia hikayat lagenda,
gunong santubong ngn sejinjang jadi simbolik nya,
coba tak pegi sitok,
singgah sekejap bah,
ngga ikan terubok,
dengan kek lapis bah, yahhh, baruk ckit aku merik,
tang best jak bunyi nak apa tggu lagik
chorus:
kitak org cney ayy??
mek org sarawak,
sebut nyerin2???
mek org sarawak,
xda kmk malu tapi bangga lagik ada,
jadi anak sarawak tanah bumi tercinta
kitak org cne ayy??
mek org sarawak,
sebut nyerin2??
mek org sarawak,
yeah kenak ktk nisik suka kah,
mun sik suka x nya da hal ada mek kesah
FLEEQS:
yah,aku da madah
sik perlu ko kecoh
aku bangga jadi anak sarawak
lagik kamek orang smua ada SWAG yo
dah terlampau lamak ku merantau negeri orang
2 tahun,3 tahun,susah ku nak ngira
bukan ku nak eksen jadi nigger kat barat nun
nang camtok lah gaya hip hop ku
ku nang sik pndai menanyi
tapi ku boleh rap,ko ada tek?
jom ramai2 turun padang,
dengan bangga nya mengibar bendera bumi kenyalang
yang mudak smua lambai tangan ke udara
sik ku kisah mun ko sik mok ngikut
sik ku kisah mun ko sik bangga
apa ku madah smua ya fakta
apa gik,juh kita rami-rami nanyi lagu tok
apa nak di malu dengan bahasa bangsa kita
biar sidak nun tauk apa ada dalam sarawak
chorus:
kitak org cney ayy??
mek org sarawak,
sebut nyerin2???
mek org sarawak,
xda kmk malu tapi bangga lagik ada,
jadi anak sarawak tanah bumi tercinta
kitak org cne ayy??
mek org sarawak,
sebut nyerin2??
mek org sarawak,
yeah kenak ktk nisik suka kah,
mun sik suka x nya da hal ada mek kesah
bridge:
dari kuching kita pusing ke sibu
dari sibu kita pusing ke bintulu
dari bintulu kita pusing ke miri
lepas ya,ku embak kau pusing satu bumi kenyalang
chorus:
kitak org cney ayy??
mek org sarawak,
sebut nyerin2???
mek org sarawak,
xda kmk malu tapi bangga lagik ada,
jadi anak sarawak tanah bumi tercinta
kitak org cne ayy??
mek org sarawak,
sebut nyerin2??
mek org sarawak,
yeah kenak ktk nisik suka kah,
mun sik suka x nya da hal ada mek kesah

YA RABB!! PENGEMIS BUKAN HAIWAN (DI CHINA)

Menurut blog penpatah menyatakan bahawa di china pengemis di masukkan di dalam sangkar khas agar tidak mengganggu sambutan yang berlangsung di kawasan mereka.


Negara China adalah salah satu negara termaju dan penguasa ekonomi terbesar di asia malah boleh menggengam dunia. Dasar sosiologi dan ideologi China bagaimanapun kelihatan usang kerana hilang sifat-sifat keperimanusiaan hilang di mamah kerakusan mengejar dunia semata-mata.

Model ini boleh di ambil contoh sebagai model yang gagal membentuk sosiologi yang tidak seimbang. Masyarakat di bentuk oleh sistem yang disediakan oleh pemerintahnya. Apa yang berlaku di sini, pemerintahnya mengajar masyarakatnya memandang jijik terhadap pengemis. Apakah tiada jalan lain membantu pengemis ini selain daripada memasukkan mereka di dalam kandang diperlaku seperti binatang?.


Mereka juga punya hati dan punya harga diri. Mungkin mereka tidak ada kekuatan jati diri dan ilmu yang cukup menempuh kerakusan dan desakkan hidup di China.  Sekali lagi saya nyatakan bahawa KEPIMPINAN CHINA MEWUJUDKAN SISTEM YANG MEMBENTUK MASYARAKAT.

Kita juga boleh memandang kisah sebelum ini di mana anak kecil di biarkan mati dan dilenyek tanpa belas kasihan. Anda nilailah sendiri



PENGALAMAN BERJAYA DAN GAGAL DALAM PERNIAGAAN

Saya sering memberi peringatan kepada sesiapa sahaja mengenai jatuh bangun dalam perniagaan. Saya sering berkata bahawa "kita jatuh adalah untuk kita bangkit" dan bukan untuk kita jatuh selama-lamanya. Rentetan dari kehidupan yang lalu. Saya pernah melihat rakan niaga jatuh dalam dunia perniagaan beberapa kali dan dari situ saya sedar fenomena yang berlaku dalam dunia perniagaan dalam masyarakat kita.

Kejayaan dalam perniagaan di ukur dengan kuasa membeli di mana si pemilik perniagaan mampu membeli apa yang dikehendakkinya. Kejayaan tersebut juga di ertikan pada pengalaman saya yang lalu ialah mampu bercakap besar. Contohnya "Kau mahu aku buat pesanan berapa besar?!" "Aku ambil semua stok yang engkau ada!!". Kuasa beli memberi pengertian yang tinggi kepada pemilik perniagaan. Adakalanya kesetiaan dibeli dengan kuasa beli. Memang tidak dinafikan pada masa sekarang ada antara rangkaian peniaga dapat dibeli dengan wang. Malah maruah juga mampu dibeli.

Pada ketika kejayaan di tempa.. tiada langsung kesedaran ketidak stabilan perniagaan. Tiada langsung kesedaran berlaku inflasi.. Kuasa belian diberi keutamaan dan penghasilan perniagaan masih di takuk yang sama. Akibat daripada itu tiada kesedaran langsung mengenai keadaan perniagaan umpama menara condong pisa. Perbelanjaan demi perbelanjaan di lakukan tanpa menyedari inflasi memakan keutuhan perniagaan.

Suasana kejayaan memberi seribu pengertian apabila mampu menunjukkan kuasa beli kepada sesiapa sahaja yang berada di sekeliling. Tidak kira rakan taulan, sanak saudara dan rakan niaga yang lain. Begitu banyak rakan-rakan mendekati. Berbondong-bondong memuji.

Pada suatu ketika, apabila kuasa beli itu ditarik tuhan. Mulalah menarik muka mencari siapakah boleh dituduh atas ketelanjuran pada masa lalu. Pastinya intipati diri sudah bersedia untuk mempertahankan kebolehan diri dengan menunding jari kepada orang lain mengenai kegagalannya. Dalam hatinya berkata "kegagalan itu bukan kerana aku tetapi kerana dia yang melakukan onar dalam perniagaan aku". Kata-kata itu menempias orang lain bersalah atas keruntuhan empayarnya. Memang begitulah sikap bagi yang buta kepada kepimpinan dalam perniagaan.

Setiap perniagaan yang dijalankan mempunyai kepimpinannya sendiri dan kepimpinan itulah yang menentukan perniagaan tersebut berjaya ataupun tersungkur. Apakah perlu menunding jari kepada orang lain dan berkata dialah punca segala kegagalan aku. Akibat dari desakan nafsu, maka fitnah mula di cipta dan kata-kata nista mula di sebarkan bagi mengelak kesalah tanggapan orang lain terhadap kebolehan dirinya.

Ada antara rakan niaga yang lain pasti bersimpati namun akan bersikap acuh tak acuh dengan kegagalan yang dihadapi. Ambillah pelajaran dari kegagalan tersebut dan janganlah bersikap menunding jari kepada orang lain. Apakah sikap itu mampu memberi impak yang baik dalam hubungan dan apakah sikap tunding-menunding bererti pihak yang di tunding berdiam diri sahaja. Bukankah setiap manusia itu di beri urat dan hormon pertahanan diri. Sudah pasti ada tindak balasnya.

Apa yang berlaku di atas adalah kisah benar yang berlaku pada suatu masa dahulu. Fitnah dan sikap tunding-menunding menjadi asam garam dalam dunia perniagaan. Sedikit keberanian saya mampu menentang hentaman fitnah yang melanda.

Saya adalah sebahagian orang yang ditunding dari epilog kecundangnya sebuah empayar perniagaan. Fitnah bukanlah perkara luar biasa bagi saya tetapi ianya sudah menjadi biasa. Saya mengambil pelajaran daripadanya dan kerana itu saya mencari jalan untuk bangkit semula. Kesan itu dapat dirasai sehingga sekarang. Biarlah fitnah itu mengikut arus air hingga ke lautan sehingga tidak tahu lagi ke mana arahnya. Apa yang pasti ketenangan dalam kejayaan harus diburu dan bukanlah kejayaan semata-mata.

Malam ini, tiba-tiba terdetik di hati saya mencoret kisah lalu bagi pedoman rakan-rakan yang lain supaya tunding jari ke arah diri sendiri terlebih dahulu sebelum menunding jari kepada orang lain. Ingatlah bahawa "Terlalu percaya kepada orang lain adalah sikap yang tidak bertanggungjawab".

Pengertian "Terlalu percaya kepada orang lain adalah sikap yang tidak bertanggungjawab" adalah sikap lepas tangan di mana segala urusan dari A hingga ke Z diberi kepada rakan niaga atau orang bawahan. Di sebabkan itu perjanjian dan skop tugasan adalah penting dalam rancangan perniagaan. Jangan lalai tanggungjawab sendiri dan janganlah anda menjadi sebahagian daripada individu yang melakukan fitnah di muka bumi ini. Elakkan sikap tunding-menunding. Sedarilah bahawa kesefahaman awal perlu dipupuk sebelum ketidakfahaman akan datang.

Apa-apa pun.. saya redha dengan ketentuan yang berlaku pada masa lalu dan ianya pelajaran yang paling berharga bagi yang berakal. w.salamu...

BENARKAH BUMI BERGELAP 3 HARI DISEMBER INI??

Saya berasa amat berat untuk menulis artikel ini, kerana secara asasnya memang tidak perlu susah payah pun. Ia hanya satu daripada berpuluh-puluh artikel 'hentam kromo' yang ditulis di internet dan disebar menerusi laman sosial samada secara sengaja atau tidak sengaja.

Namun, ramai juga yang bertanya mengenainya, dan soalan-soalan yang ditanya adalah hampir sama. Saya ada menjawabnya, mungkin kadang-kadang dalam keadaan yang agak 'emosi', terutama menerusi wall facebook saya beberapa hari lepas. Jika ada yang terasa hati, saya mohon maaf.


Oleh itu, bagi memberi sedikit pencerahan terhadap 'isu' ini, saya sediakan sebuah penerangan yang ringkas beserta dengan sumber dan nota kaki yang berkaitan. Jika ada yang tidak bersetuju, tidak mengapa kerana mungkin ada kesilapan dan datang dari kelemahan saya. Cuma saya harapkan respon atau teguran itu dibuat secara ilmiah dan dibawa berbincang secara matang, InsyaAllah.

Baiklah, isu ini semuanya bermula dengan artikel yang saya terima di facebook seperti di bawah:

Pihak NASA menjangkakan akan berlaku fenomena bumi akan gelap selama 3 hari iaitu bermula pada 23, 24 dan 25 Disember 2012. Apakah ini satu bencana atau anugerah? Entah benar atau ke tidak hanyalah jangkaan manusia sahaja.

Para Saintis NASA menjangkakan perubahan alam semesta dengan kegelapan penuh pada bumi selama 3 hari bermula pada 23 Disember 2012 bukanlah akan berakhirnya usia dunia, tapi ini adalah “Penyejajaran Alam Semesta“, di mana matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya. Bumi akan bertukar tempat dari dimensi ke 3 ke dimensi 0, lalu bertukar lagi ke dimensi ke 4.

Semasa proses pertukaran ini, seluruh alam akan menghadapi perubahan besar, dan kita akan melihat dunia yang baru (Dark of the Earth). Dunia gelap tanpa sinar, tanpa cahaya matahari.

Semasa kejadian ini berlaku, bersedialah, ketenangan amatlah diperlukan, saling berhubung antara satu sama lain, berdoa, dan terus berdoa. Beristirehatlah di rumah selama 3 hari tu

Banyak perbahasan tentang apa yang akan terjadi 3 hari tersebut tapi ramai yang tidak percaya. Gini je lah!, kita tunggu dan lihat je lah nanti pada 23, 24 dan 24 Disember 2012 tu, ni hanyalah jangkaan atau ramalan manusia je, tak pasti. Tapi kalau benar-benar terjadi, sekurang-kurang kita dah tahu dan bersedia menghadapi dunia baru selama 3 hari tu nanti.
Hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya, wallahu ‘alam.

Teks #2
As posted on Facebook, Aug. 4, 2012:

NASA predicts total blackout on 23-25 Dec 2012 during alignment of Universe.

US scientists predict Universe change, total blackout of planet for 3 days from Dec 23 2012.

It is not the end of the world, it is an alignment of the Universe, where the Sun and the earth will align for the first time. The earth will shift from the current third dimension to zero dimension, then shift to the forth dimension. During this transition, the entire Universe will face a big change, and we will see a entire brand new world.

The 3 days blackout is predicted to happen on Dec 23, 24, 25....during this time, staying calm is most important, hug each other, pray pray pray, sleep for 3 nights...and those who survive will face a brand new world....for those not prepared, many will die because of fear. Be happy, enjoy every moment now. Don't worry, pray to God everyday. There is a lot of talk about what will happen in 2012, but many people don't believe it, and don't want to talk about it for fear of creating fear and panic.

We don't know what will happen, but it is worth listening to USA's NASA talk about preparation. Whether it's true or not, better be prepared. No panic, stay calm, just prays. Remember to smile more, love more and forgive more...every day. Better avoid traveling during December.
Teks #3
As posted on Facebook, Sep. 14, 2012:


NASA America predicts total blackout on Earth from 22-25 Dec 2012 during alignment of Universe.

If possible, please avoid traveling during the third week of December 2012 as all modes of communication may fail.

US scientists predict total darkness on planet earth for 3 days from Dec 22 2012. It is NOT the end of the world, it is just an alignment of the Universe, where the Sun and the earth will align for the first time. All planets are expected to align in a straight line as a result of which there could be some natural calamities on Earth. The earth will shift from the current third dimension to zero dimension, then shift to the 4th dimension. During this transition, the entire Universe will face a big change, and we will see an entire brand new world. The 3 days blackout is predicted to happen on Dec 22, 23, 24, 2012.... So do good be good live for the present enjoy life.


Analisis

Merujuk kembali ke Teks #1.

Pihak NASA menjangkakan akan berlaku fenomena bumi akan gelap selama 3 hari iaitu bermula pada 23, 24 dan 25 Disember 2012. Apakah ini satu bencana atau anugerah? Entah benar atau ke tidak hanyalah jangkaan manusia sahaja.

Perenggan di atas menyatakan pihak NASA yang mengeluarkan kenyataan tersebut. Jika kita menggunakan sebuah utiliti di internet yang dipanggil sebagai Google, dan cuba buat carian, kita akan dapati rupa-rupanya isu '3 days of darkness' (apabila diterjemah ke bahasa inggeris) ini dikaitkan dengan sebuah komet bernama Komet Elenin yang dijangka berlaku pada TAHUN LEPAS…. LAST YEAR…. bukan 2012.

Sila rujuk informasi berkenaan dengan Komet Elenin di sini


Maknanya, isu ini pernah pun muncul di internet pada tahun 2011 lepas, tetapi dikaitkan dengan kemuncul Komet Elenin.

SILA RUJUK LINK BERIKUT UNTUK LEBIH ANALISIS

SI KECIL INSPIRASI KU (KHAALISH NAZHAN BIN NURULEIN)

Sepanjang Oktober 2012, tiada satu pun artikel yang saya kongsikan dengan pembaca akibat kesibukkan yang memanjang. Setiap urusan bukan sekadar memerlukan kemahiran tetapi idea dan enovasi mengikut arus peredaran zaman.

Si kecil yang diberi nama Khaalish Nazhan lahir pada 3 Ogos 2012 persamaan 13 Ramadhan 1433H di Hospital Umum Sarawak. Hari pertama kelahirannya saya hanya sempat menjenguk seketika kerana waktu melawat sudah tamat. Pada hari kedua saya disajikan dengan rengekkannya akibat daripada lampinnya sudah berisi dengan buangan. Si ibunya pula iaitu adik saya tidak mampu untuk bergerak kerana masih berasa sakit-sakit di badan. Di sebabkan itu, dengan kemahiran hidup yang ada saya menukar lampin tersebut. Rasa bangga kerana aku mampu lakukannya. he he..

Khaalishhhhhhhhhhhhhh

Si kecil itu memberi inspirasi kepada saya apabila memandang wajahnya bahawa suatu hari nanti dia akan membesar dan saya adalah salah seorang yang akan memimpinnya setelah ibu dan ayahnya. Si kecil yang lahir ke dunia umpama kain putih yang sedia untuk dicorakkan. Orang sekelilingnya bersedia melindunginya dan menyayanginya.

Inspirasi yang dirasai bersama-sama aura hikmah yang hanya boleh dirasai orang yang paling dekat dengannya. Bila saya perhatikan saya sendiri mempunyai perubahan yang ketara dari segi pandangan tentang kehidupan. Apatah lagi orang yang memandangnya setiap hari. Pasti mengalami berbezaan ketara sebelum dan selepas kelahirannya. 

Semua si kecil memberi bermacam hikmah kepada pendapingnya. Cuma untuk merasainya adalah kasih sayang yang ikhlas. Rahmah yang di ajar kepada kita lebih 1400 tahun dahulu dapat di nilai melalui si kecil. Kiranya rahmah itu wujud maka akan hadir sesuatu yang lain memberi banyak kebaikan kepada kita.

Saya bukan bercakap kosong, tetapi setiap orang yang dijumpai mempraktikkan rahmah pasti melalui pintu perbezaan kehidupan sebelum dan selepas. Cuma, kadang-kadang di antara mereka tidak menyedari keadaan seperti itu andai langsung tidak meluangkan masa memikirkan tentang kehidupan.

Ingatlah ramah atau kasih sayang yang ikhlas itu memberi seribu kebaikkan daripada dendam dan kebencian. Dampingi si kecil dengan kasih sayang. Saya teringat dengan kata-kata ini, "Bergaul dengan orang tua dari kita akan rasa hormat dalam diri, Bergaul dengan orang muda akan rasa kasih sayang dan bergaul sama umur akan rasa bebas". Dari situ carilah jalan kasih sayang.

KOMUNIS FAHMI REZA DIHARAM MASUK SARAWAK

FAHMI REZA MENGADU DOMBA DAN KOMEN ORANG SARAWAK.. HAK DIA MANA.. HAK TUI...
LINK INI :  KLIK SINI

FAHMI MENUNJUKKAN SURAT ARAHAN TIDAK MEMBENARKAN BELIAU MASUK SARAWAK...
LINIK INI : KLIK SINI

SEMUA LINK YANG DIBERI ATAS ADALAH PROVOKASI BAGI MERENGGANGKAN PENYATUAN NEGARA.

Soalan 1 : 
Benarkah Fahmi Reza ini komunis atau pro komunis ?

Blog Jalan Juang telah menulis tentangnya di sini jalanjuang 

Melalui pengamatan dari jauh, cuma dengan melompat-lompat dari satu website ke website yang lain, dari satu blog ke blog yang lain, dapat dilihat dengan ketara, Fahmi Reza yang berbakat ini agak pro-komunis. Atau mungkin pro-Marxism. Atau pro-sosialis. Atau yang seangkatan dengannya.

Projek-projek yang dibuat setakat ini menampakkan seolah-olah Fahmi Reza cuba menjaja ideologi Marxism dengan memanipulasi elemen perjuangan penyokong parti alternatif Malaysia dan semangat kebangkitan mahasiswa. Dia sepertinya cuba menghidupkan pengaruh Marxism dengan me’revive’ kembali perjuangan pra-kemerdekaan dan era komunis zaman darurat.
Seperti mana Faisal Tehrani cuba menampakkan keunggulan syiah dalam karya-karya sastera beliau, begitu jugalah nampaknya Fahmi Reza cuba mengiklankan Marxism-Communism dalam projek-projeknya. Sasarannya sama iaitu anak-anak muda yang penuh dengan aspirasi.  Kerana sesungguhnya,  kebangkitan sentiasa bermula dengan anak muda.
Memang menjadi fitrah manusia, bila mana sistem sedia ada dilihat telah kecundang dalam mengurus masyarakat, dengan kebobrokan sosio-ekonomi dan politik yang penuh dengan korupsi-nepotisme, masyarakat akan mencari-cari alternatif dalam mentaghyir status quo tersebut. Golongan yang paling berkelayakan untuk melakukan taghyir ini tak lain tak bukan, anak muda.
Jelas sistem sedia ada kini sudah tidak relevan. Masyarakat mencari-cari alternatif untuk menggantikan sistem sedia ada. Antara yang terlihat adalah Marxism-Communism. Sebuah ideologi yang pernah ‘menyelamatkan’ manusia dari sistem monarki-autokrasi-hagemoni kurun ke 20. Hari ini, setelah neo-kapitalisme gagal, Marxism-Communism mungkin menjadi pilihan.
Bagi kita yang meyakini sistem Islam adalah yang terbaik, kita yakin Islam mesti menjadi pengganti. Tapi bagi anak-anak muda yang penuh dengan aspirasi, dijolokkan lagi dengan semangat revolusi, mereka hanya memandang sistem Islam sebagai alternatif celah gigi. Ditambah dengan puak-puak ‘Islamist’ yang tak habis-habis berbalah, approach yang tradisionalis, mentaliti yang ortodox – maka Islam tidak menjadi pilihan.
Siapa pun Fahmi Reza, jika idelologi Marxism-Communism-Maoism yang dibawa, dia harus ditentang. Bukan dengan kuasa, tapi dengan hujah. “Ideas are bullet proof”, kata V. Para pendokong dakwah Islam perlu lebih peka dengan keinginan masyarakat dan perlu bijak mendekati mereka. Tawassul ijtimaei’ harus lebih mantap – dengan approach yang super duper youth-friendly.
Seterusnya mari kita tengok hasil buah tangan beliau :




Mana gambar Fahmi Reza ?


Menurut blog kerispusakamelayu bertarikh 19 Oktober 2010

si Fahmi Reza ini mempunyai agenda pemikiran selari Chin Peng. Fahmi Reza yang kini berusia lingkungan 30 tahun ini popular sebagai penghasil filem bebas iaitu “10 Tahun Sebelum Merdeka” dan “Revolusi48″. filem “dokumentari” bebas katanya itu lebih menjurus mencari dan menemubual mereka dari aliran Komunis.  sudah tentu ‘status-quo’ garapannya ‘bias’ ke arah komunisme. bagi hamba, ini semua kerana anak pascamerdeka ini tidak jujur dan tulus dalam pembacaan dan kajian sejarahnya. lihatlah sendiri promo-poster filemnya. terang-terangan menonjolkan imej2 

Fahmi Reza dipercayai dibiayai oleh Pusat Komas.

 


Pada 16 dan 17 Oktober 2010, KOMAS dan kerajaan negeri Selangor telah menganjurkan Freedom Film Festival di PKNS. Rodziah Ismail (Exco Kerajaan Negeri Selangor) telah datang merasmikan festival tersebut. Turut hadir dalam festival itu adalah beberapa aktivis hak asasi dari Amnesty International serta Hishamuddin Rais. Festival ini sebenarnya ditaja oleh Kondrad Adenauer Stiftung (KAF), sebuah yayasan Yahudi yang beribu pejabat di Berlin, Jerman. 

Baca artikel ini tentang bahaya KAF. Filem yang dipertontonkan banyak berat sebelah dengan hanya menuduh kerajaan pusat sebagai autokratik. "

Seterusnya anda boleh baca kupasan bagaimana gerakan diketuai Fahmi Reza ini cuba membawa fahaman liberal mengikut Barat dengan bantuan Khalid Ismath yang jelas ada kaitan dengan Syiah. Mereka ini juga dipercayai mendapat bantuan kuasa asing.




Baca pula kupasan dari AIDC di sini anwaraidc.com

Occupy Dataran : Simbol Mahasiswa Diperalat Pengaruh Asing


Mahasiswa umumnya diketahui sebagai seorang yang mempunyai idealisme yang tinggi seiring dengan ketinggian ilmu yang tertanam didalam jiwa mereka. Mereka adalah satu kelompok yang berjiwa besar, prihatin dan merupakan aset berharga kepada pembangunan negara di masa hadapan. Ini dibuktikan lagi dengan kepelbagaian gerakan mahasiswa diwujudkan bagi mencapai aspirasi yang digalas oleh mereka.
Zaman bergerak pantas menyebabkan pelbagai ideologi timbul dan menyebabkan pelbagai kekeliruan kepada mahasiswa khususnya mahasiswa Islam dan pada masa kini, ideologi liberal yang dipelopori barat telah mula menampakkan kesannya kepada gerakan mahasiswa di dalam negara.
Secara ringkas, liberalisme adalah seruan yang menuntut kebebasan manusia dan memperjuangkan kefahaman egalitarian atau dalam bahasa yang lebih mudah; seruan kesamarataan. Seseorang yang liberal juga mendokong hak kebebasan beragama serta mengamalkan apa yang dipercayai selaras dengan prinsip rasional seseorang.
Berada di alam kampus membolehkan saya membuat pemerhatian terhadap realiti yang melanda mahasiswa semasa,membimbangkan apabila melihat berkembangnya kefahaman-kefahaman bercorak negatif bersarang dijiwa segelintir mahasiswa. Kewujudan laman sosial seperti ‘facebook’ dan ‘twitter’memburukkan lagi keadaan apabila ia menjadi medium utama penyebaran fahaman-fahaman ini.
Tiada apa yang mampu saya lakukan melainkan terpaksa berterus-terang.
Salah satu platform atau gerakan yang semakin menapak di kalangan mahasiswa yang boleh saya jadikan contoh di sini adalah ‘OccupyDataran’ yang berakar-umbikan ideologi liberal, telah mencetuskan satu ‘pandemic’ baru dalam kalangan mahasiswa.
Secara ringkas, Occupy Dataran adalah satu kesinambungan Occupy Movement yang terinspirasi daripada protest di Tahrir Square.Terkenal dengan cara pemakaian topeng Guy Fawkes, mereka adalah generasi yang mengimpikan demokrasi dalam konteks yang lebih luas. Seruan yang dilaungkan gerakan ini supaya mencetuskan satu budaya politik melebihi bangsa, ideologi, kepercayaan, jantina serta afiliasi politik.
Menurut sumber, Occupy Dataran bukanlah satu bentuk organisasi tetapi sebuah platform yang tidak punya pemimpin dan ahli, tiada siapa punya autoriti kepada yang lain. Kesemuanya sama rata, duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi. Masing-masing bebas meluahkan rasa dan bebas membuat keputusan ketika sesi persidangan berlangsung.
Apa yang parahnya adalah apabila terdapat unsur liberalisasi dalam banyak hal. Kata mereka sebagai contoh, keputusan yang diputuskan pada sesi persidangan adalah hasil perbincangan yang punya hujah yang konkrit. Namun begitu, keputusan yang dibuat melalui hujah konkrit tetapi tanpa dasar ilmu yang kuat bukanlah suatu keputusan yang benar dan haq.
Selama persidangan, keputusan yang dibuat hanya berdasarkan logik akal semata, emosi dan perasaan, pembacaan yang tiada kesahihan sumber, dan hanya berasaskan suara majoriti. Semakin bahaya apabila keputusan yang dibuat tanpa mereka perlu bertanggungjawab ke atasnya kerana ahli “syuro” boleh daripada sesiapa sahaja yang hadir serta boleh keluar dan berlepas tangan daripada menjadi ahli “syuro” tanpa ada apa-apa kebertanggungjawaban daripada dirinya. Kesemua ini adalah LIBERAL!!
Bahkan ia tidak terlepas daripada kecelaruan yang sangat serius, iaitu ia merupakan satu platform yang tiada kejelasan agenda. Masing-masing boleh mengisi agenda tanpa ada saringan fikrah dan kredibiliti. Andai yang menetapkan agenda adalah mereka yang ingin memusnahkan islam, yang ingin menghancurkan ummat, membawa fikiran dan aqidah yang salah malahan sesat, adakah ummat islam akan membiarkan sahaja perkara begini? Analogi mudah, seperti membiarkan “butang” melancarkan bom nukleur yang diletakkan di dataran merdeka yang bebas untuk ditekan oleh sesiapa sahaja.
Pada penglihatan saya adalah sesuatu yang membahayakan jika arus ini dibiarkan begitu sahaja. Setelah umum mengetahui terdapat gerakan mahasiswa yang diketuai oleh individu yang berkefahaman syiah, mampukah gerakan mahasiswa arus liberal yang dibawa oleh ‘Occupy Dataran’ ditangani oleh mahasiswa Islam?
Adakah mahasiswa Islam kini mahu menoleh kebelakang dengan mendokong kefahaman sekular yang dibawanya dengan menjemputnya dipelbagai demostrasi dan forum mahasiswa? 

Bahkan, penglibatan Fahmi Reza (pendokong kuat gerakkan ‘Occupy Dataran’) dalam ‘Punk Forum :Apakah Peranan Punk Dalam Masyarakat’ dan tayangan filem ‘Taqwa Core: The Birth of Punk Islam’, menimbulkan lagi persoalan, adakah Fahmi mahu mendidik masyarakat mengikut acuan barat? Fahmi merupakan seorang designer yang dahulunya menuntut di USA. 
Tidak peliklah Blog Angin Perubahan menyiar gambar (kanan) peserta Occupy memakai topi komunis anginperubahan


Sebelum beredar jom tengok video Fahmi Reza berdemo di Dataran Merdeka yang memaparkan peserta mahasiswa lelaki bercampur perempuan tengah malam termasuklah yang memakai purdah :





Opss sebelum terlupa soalan terakhir mana bukti Fahmi Reza ada di Dataran Merdeka ? 

Klik link ini anwaribrahimblog




Terima kasih atas membaca dan lebih lagi jika menyebarkannya...
DI  ubah sikit serta dan sumber DARI : penembak-tepat.com

SHILA AMZAH GONCANG GELOMBANG ASIA

PROFIL

Nama Sebenar: :
Nur Shahila Binti Amir Amzah

Nama Komersial:
Shila

Nama Lain-Lain:
Shila Tekno (nama ketika kanak-kanak), Sha-Hila (nama ketika remaja), Sheila Amzah(nama paling latest)

Tarikh Lahir:
13 Ogos 1990

Umur:
22 Tahun pada Tahun 2012

Asal:
Kuala Lumpur, Malaysia

Alat Muzik:
Gitar & Key Board

Pencapaian:
Naib Juara One In A Million (OAIM) musim ke-2

Album:
Sha-hila (EMI, 2005), Ost 5 Jingga (EMI, 2008), Bebaskanlah (Monkey Bone, 2009), 3 Suara (bergandingan dengan Ning Baizura dan Jaclyn Victor-2011)

Di bawah ini merupakan video shila hamzah sepanjang beliau menyanyi dalam Asian Wave 2012 di mana beliau menjadi Juara dan membanggakan seluruh rakyat Malaysia.



Lagu mengikut urutan persembahan :
  1. Set Fire To The Rain - Adele
  2. Forever Love - Leehom Wang
  3. Gemilang - Jaclyn Victor
  4. Grenade - Bruno Mars
  5. ( Singer ) Zheng Fu - Na Ying ( Singer )
Simplified Translation ( In English ) :-
1st judge commented :
I'm not ready to comment as my heart still sinking into Shila's song. As for Hua Zhong - U need to learn from both of them because they are already beyond love for music. As for Chan, he's uniquely deliver it beautifully by portraying in unisex way. As for Shila, she's amazingly related herself into her song even though she doesn't know Chinese. She's truly won our hearts. Thanks to both of u. As for Chan, I've been in music industry for 20 yrs, I still need to learn from u. Thank You.

2nd judge commented :
Sorry, I forgot to stand up. I'm having headache after the great shows. As for Hua Zhong, I listen to your amazing unique voice so many times and I like it so much. U should be handsomely rewarded. As for Shila, u have all the WOW factors that most extraordinary singer has such as Ah Mei and u are the 2nd best singer that I've ever met in Asia. As for Chan, u are a risk taker and capable of changing any song including Lady Gaga song. U have so much talents and creativity inside u.



FENOMENA GEDIK "SORE EYES" BERJANKIT (AWAS!!)


Ini adalah video asal yang menyebab fenomena pelik dalam alam youtube. Jumlah penonton melebihi 300 ribu. Mula-mula tengok memang gedik giler tapi lama-lama ketawa. Lucu giler. mak ai..

Video ini pula adalah prodogy ataupun balasan video di atas. Memang boleh blah la pelakon dia. Terbahak-bahak dibuatnya. ini bukan sore eyes tetapi soreketiak..

Ini pula versi karton. Video ni dibuat khas untuk Nur Feetri yang macam itit. Video ni cakap.. bukan saya yang cakap.

Video ni pulak memang hantu giler. Bayangkan lelaki buat bersungguh-sungguh sore eyes. Melampau.. ha ha..

Video ini pula biasa-biasa jer.. tetapi memang melampau.. ha ha

Video ini entah apa entah. Sukati dia jer. Tak ekot protokol sore eyes langsung. ha ha.. memang  lawak..

Video ni pun boleh blah la.. melampau.. terbahak-bahak aku dibuatnya.. dengan efek suara yang seram...

Video ini menggunakan kesan khas. tengok lah sendiri ekkkkk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.