اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

TERUNGKAI MISTERI BURUNG CENDERAWASIH/SYURGA/PHEONIX

Terdapat pihak tertentu yang mempercayai burung cenderawasih kononnya berasal dari kayangan…malah ia tidak pernah menjejakkan kaki ke bumi sepanjang hidupnya melainkan untuk mati. Pelbagai cerita mistik dan misteri diceritakan mengenai cenderawasih dan ia disebarkan menerusi lisan sehingga ramai berasa taksub apabila mendengar keajaiban burung tersebut.

Lebih membingungkan adalah bangkai burung itu dipercayai tidak akan reput…malah bulu pelepahnya dapat dijadikan pelaris menyebabkan ramai pihak sanggup membayar ribuan ringgit untuk memdapatkan bangkai hidupan itu…malah burung phoenix yang tertera dalam lagenda China dan Bird of Paradise dalam masyarakat juga dipercayai sebagai burung cenderawasih. Ada yang mempercayai bahawa burung tersebut bukan berasal dari alam dunia ini…malah memiliki pelbagai khasiat…sudah melewati zaman berzaman tetapi persoalannya…betul ke?

Misteri burung cenderawasih dipercayai mula wujud dalam kepercayaan bangsa melayu selepas diceritakan dalam sebuah kitab kuno Tajul Muluk. Nak jadi cerita…berpandukan kitab kuno tersebut…satu artikel mengenai keajaiban burung cenderawasih mula tersebar meluas ke seluruh negara majalah, surat, dan flyers…tidak dapat dipastikan siapekah penulis asal artikel tersebut…tetapi infonye berbunyi seperti berikut :

“Sahibul hikayat diriwayatkan Kitab Tajul Muluk…mengisahkan seekor burung bergelar cenderawasih. Ada pun asal usulnya bermula dari kayangan. Amatlah jarang sekali orang memiliki cenderawasih kerana burung ini bukanlah berasal dari bumi. Dinyatakan lagi dalam beberapa kitab melayu lama sekiranya cenderawasih turun ke bumi nescaya berakhirlah hayatnya. Ia akan mati sekiranya menjejak kaki ke bumi.”

“Namun yang peliknye cenderawasih tidak reput seperti bangkai binatang lain kerana ia dikatakan hanya makan embun syurga. Ia mengeluarkan wangian yang sukar digambarkan. Cenderawasih mati dalam pelbagai keadaan. Ada yang mati dalam keadaan terbang, istirehat dan tidur.” “Burung ini terkenal di nusantara dengan panggilan cenderawasihbagi masyarakat cina pula…in dipanggil Phoenix dan penduduk eropah mengenalinye sebagai Bird of Paradise.”

“Dinyatakan lagi bahawa cenderawasih memiliki pelbagai kelebihan…seluruh badanya termasuk isi perut dan bulunye mempunyai khasiat misteri dan kebanyakanya digunakan untuk perubatan.” “Namun…ramai memburunye kerana ‘tuah’ cenderawasih digunekan sebagai pelaris. Mengikut mereka yang ditemui memakainya menyatakan bulu cenderawasih ini pelaris paling besar…hanya orang yang memilikinya yang akan tahu akan kelebihanya.”

Teori
Setelah mendengar kisah2 misteri seperti diatas…penyelidik mula melakukan kajian bagi merungkai segala auta seperti diatas…selepas beberapa lame melakukan kajian…didapati hampir semua dakwaan seperti diatas adalah auta dan tidak berasas.



Dakwaan kononye cenderawasih berasal dari kayangan dan hanya turun ke dunia untuk mati sebenarnya tidak betul..kerana burung tersebut memang wujud didunia ni…kajian penyelidik mendapati cenderawasih boleh dijumpai dikawasan hutan tropika di Australia Timur, Irian Jaya, Papua New Guinea dan kepulauan Maluku. Malah kat Taman Burung KL pun ada dipamerkan 3 ekor cenderawasih dari spesies Paradise Apoda tahun 2001.

Kajian juga mendapati cenderawasih dikelaskan kepade 43 jenis spesies yang berbeza mengikut beberapa ciri…antaranya saiz dan warna bulunya…spesies cenderawasih paling besar berukuran 44 sentimeter panjang manakala paling kecik 16 sentimeter panjang.

Cenderawasih jantan didapati lebih cantik kerana memiliki warna bulu yang lebih menarik dan kembang…mereka juga akan melakukan satu gerakan tertentu bagi memikat burng betina dalam tempoh mengawan…ia mampu bertelur antara 1 hingga 3 biji sebelum mengeramnya dalam tempoh 14-16 hari.

Dakwaan bahawa cenderawasih memakan embun syurga juge didapati auta! kerana burung itu hidup dengan memakan buah, telur semut, cengkerik dan labah-labah. Dakwaan mengatakan cenderawasih yang mati tidak reput pun auta!!!! gak kerana bangkai haiwan itu didapati diawet sebelum dipamerkan dimana-mana pameran.

Justeru macam mane kisah dongeng ini bermula??
Ia berlaku sekitar abad ke 18 dan 19…iaitu ketika zaman penjajahan British dibeberapa pelusuk dunia…bangsa barat itu tiba disuatu kawasan dan mendapati masyarakat peribuminye memakai hiasan kepala yang cantik dan menarik…hiasan kepala itu diperbuat daripada bulu cenderawasih jantan…lantaran tertarik dengan kecantikan bulu burung tu gamaknya…maka masyarakat peribumi berkenaan pun menghadiahkanlah seekor cenderawasih yang dah mati tetapi diawet terlebih dahulu kepada penjajah British…kaki burung tersebut turut dipotong.

Selepas beberape lama…penjajah British itu hairan melihat burung tersebut kerana mendapati bangkai burung itu tidak langsung mereput…maka mereka mule menganggap bahawa burung itu ajaib dan berasal dari kayangan..seterusnya…fahaman sonsang barat itu merebak ke tanah melayu. Macam mana pulak dakwaan bahawa burung cenderawasih mampu menjadi pelaris dan membawa keuntungan berlipat kali ganda??

Bangkai burung itu mungkin digunakan dalam amalan sihir untuk dijadikan pelaris…sebab barang bernajis dan haram termasuk bangkai haiwan turut dijadikan antara bahan dalam upacara kurafat tersebut…hakikatnya perniagaan dan usaha itu menjadi laris bukan berpunca dari tuah burung cenderawasih tetapi akibat bantuan jin dan syaitan yang jelas bertentangan dengan syariat Islam


Reactions:

6 comments:

  1. “Sahibul hikayat diriwayatkan Kitab Tajul Muluk…mengisahkan seekor burung bergelar cenderawasih. Ada pun asal usulnya bermula dari kayangan. Amatlah jarang sekali orang memiliki cenderawasih kerana burung ini bukanlah berasal dari bumi. Dinyatakan lagi dalam beberapa kitab melayu lama sekiranya cenderawasih turun ke bumi nescaya berakhirlah hayatnya. Ia akan mati sekiranya menjejak kaki ke bumi.”

    BalasPadam
  2. tp zaman british dlu dah ade ke skill awet2 nie?nk tau je

    BalasPadam
  3. skil awet2 ni dari zaman firaun lg.. da beribu thun dah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. habis tu firaun org zaman tu awet guna apa pula? hahahaha...kau buat lawak ek?? hehe

      Padam
  4. Allah berkuasa keatas sekian alam . DIA yang menciptkan dan DIA juga yg mematikan . Sesuatu perkara yang terjadi mungkin ada sebabnya .Tidak mustahil perkara yang tidak masuk akal boleh berlaku . Burung itu makhluk ciptaan ALLAH . Kita pon tak tau perkara sebenar burung itu . Hanya berserah sahaja . Ini salah satu ujian ALLAH agar kita menyakini kekuasan ALLAH dan juga wajib kita ketahui kita jangan sesekali taksub dan syirik terhadap keistimewaan burung tersebut . Kita hanya ambil berkat dari burung tersebut yang kuat berzikir kepada ALLAH. Untuk pengetahun admin . Burung cederawasih yang ada di ZOO NEGARA BUATAN MANUSIA itu antara salah satu burung cenderawasih tetapi bukan burung cenderawasih yang dicari-cari . Makhluk ALLAH nie bukannya ada satu dan dalam seribu makhluk ALLAH mesti ada satu makhluk yang kuat amalannya terhadap pencipta sekalian alam . Wallahhualam . Sekadar pendapat dari saya insan yg lemah lagi hina .

    BalasPadam
  5. Saya setuju pendapat Tuan muda fitri hakim...hanya jauhari mengenal manikam..serupa tapi tak sama..berkilau bukan permata ..bercahaya bukan sinar..celik tidak terlihat...dan pelbagi ungkapan yang mistik dan misteri dalam dunia ini..bukan taksub tetapi imbangan antara hati dan minda...

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.