COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

PERASAAN DI KALA FENOMENA BANJIR

Banjir sering dikaitkan dengan perkataan "Malapetaka". Banjir juga banyak memberi impak negatif kepada sistem ekonomi dan perhubungan. Seringkali juga banjir meragut banyak nyawa dan merosakkan harta benda. Kesimpulannya banjir memberi ekspresi sedih kepada semua orang apabila melihatnya.

Setiap kali berita banjir di paparkan di dada surat khabar ataupun di kaca televisyen malah internet, pasti ada yang akan menggelengkan kepala ataupun bersyukur kerana di tempat mereka tidak dilanda banjir.

Bagaimana pula perasaan mangsa-mangsa banjir. Saya sendiri pernah menghadapi banjir pada tahun-tahun lepas. Banjir besar yang pernah melanda di Kuching Sarawak. Pada masa itu, sistem hubungan dan jalan raya lumpuh. Tetapi syukur alhamdulillah kerana banjir tersebut tidak berlarutan sehingga seminggu.

Banyaklah tenaga sukarelawan dikerah untuk membantu mangsa-mangsa yang terperangkap dalam banjir. Pelbagai gelagat dan cerita yang kedengaran ketika membuat rondaan keselamatan semasa banjir. Saya sendiri juga tidak terlepas dari menjadi sukarelawan membuat rondaan keselamatan semasa banjir.

Melihat kepada riak wajah mangsa-mangsa banjir. Kelihatan mereka tersenyum sahaja dan tidak nampak kesusahan di hati. Saya bertanya kepada rakan-rakan di mana rumah mereka ditenggelami air. Rata-rata mereka senyum sambil menceritakan saat-saat mereka menghadapi banjir.

Apakah erti semua itu? Senyum sokmo jer diaorang. Pada masa yang sama saya berbincang dengan mereka apakah perasaan mereka ketika banjir. Mula-mula sahaja nampak risau dan selepas itu tersengeh-sengeh macam kambing mengawan. Sebenarnya tidak semua merasa sedih ketika banjir. Ada juga yang enjoy ataupun keriangan ketika banjir. Seolah-olah banjir adalah pesta air. Tidak kiralah yang tua ataupun yang muda.

Ada yang bangga ketika banjir kerana memiliki cerita yang hebat seperti berjumpa dengan sang buaya dan menyelamatkan binatang ternakkan seperti kambing, ayam dan sebagainya. Pelbagai kaedah yang kreatif muncul ketika itu untuk membuat sampan. Ada yang membuat rakit. Semuanya seakan bermain dengan air. Sukar untuk digambarkan perasaan tersebut. Saya juga sebenarnya suka bermain dengan air ketika banjir dan menjadi hero banjir.

Ini bermakna perasaan ketika banjir adalah berbeza bagi yang melihat dan mengalaminya. Mungkin juga banjir yang meragut nyawa dan banjir yang memusnahkan harta benda lebih menyedihkan. Mungkin tahap banjir bagi orang-orang yang riang melihat banjir tidak merasa impak yang banyak.

Apapun situasi atau perasaan ketika banjir. Ianya sebenarnya memberi pengalaman baru kepada mangsa dan pada masa itu hero-hero muda dan tua keluar untuk membantu. Bukan selalu dapat bantu orang ketika banjir.

Ini hanyalah pendapat saya dan terpulang kepada anda untuk menilainya...


Reactions:

1 comments:

  1. Melihat kepada riak wajah mangsa-mangsa banjir. Kelihatan mereka tersenyum sahaja dan tidak nampak kesusahan di hati. Saya bertanya kepada rakan-rakan di mana rumah mereka ditenggelami air. Rata-rata mereka senyum sambil menceritakan saat-saat mereka menghadapi banjir.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.