Dalam bulan Disember setiap tahun merupakan bulan kebiasaannya hujan turun tanpa henti. Sebab itulah banyak lagu yang didendangkan di radio mengaitkan bulan disember dengan hujan. Contohnya lagu aizat yang bertajuk "I GO". Dalam lagu tu senikatanya "The long December rain is falling now'. Apabila hujan tidak berhenti maka timbul pula satu fenomena lagi iaitu fenomena banjir.
Mengapa banjir terjadi. Pada zaman dahulu kala, adakah bajir juga berlaku?. Ya, pada zaman dahulu kala banjir juga berlaku. Bahtera Nabi Noh a.s sudah menunjukkan bukti. Tak payah mengeluh dengan apa yang terjadi. Mengambil langkah bijak dan profesional adalah perlu dalam menghadapi banjir.
Masalah-masalah yang berlaku semasa banjir ialah:
- Lemas.
- Terdedah kepada pelbagai jenis kecederaan seperti terpijak benda tajam atau terjatuh ke dalam longkang.
- Terkena renjatan elektrik.
- Terdedah kepada jangkitan penyakit seperti taun, ciri-biri dan demam kepialu.
- Terdedah dengan binatang berbisa seperti ular, kala jengking dan sebagainya.
- Kehilangan harta benda seperti berlaku kerosakkan.
Senarai di atas merupakan masalah yang timbul ketika banjir. Apapun keadaan banjir, pastikan anda mengambil langkah berikut :
- Pastikan semua suis elektrik dan suis utama dimatikan.
- Sediakan barang keperluan asas yang paling penting.
- Simpan semua dokumen penting dan barang beharga di tempat selamat.
- Awasi kanak-kanak ataupun orang dewasa yang perangainya macam kanak-kanak dan jangan biarkan mereka bermain di kawasan banjir.
- Pastikan rumah berkunci dan barang disimpan di tempat tinggi jika dipindahkan.
- Bersiap sedia untuk berpindah dan segera berpindah sekiranya di arahkan oleh pihak berkuasa.
- Jangan keluar rumah mengharungi air banjir kerana bimbang dihanyutkan air deras.
- Jangan memandu mengharungi air banjir kerana dikhuatiri kenderaan dihanyutkan.
- Simpat air bersih di dalam botol untuk kegunaan memasak dan minuman.
- Simpan nombor penting (ahli keluarga, jiran, balai polis, bomba) untuk kegunaan ketika kecemasan
Kesihatan adalah perkara utama yang harus dijaga semasa musim banjir. Ketika ini penyakit menular menunjukkan diri. ha hadoi.. langkah-langkah berikut yang anda perlu ambil perhatian :
- Sentiasa minum air yang telah dimasak.
- Makan makanan yang dimasak sahaja. Elakkan memakan makanan mentah seperti sayur-sayuran yang belum di masak atau ulam-ulaman.
- Tudung semua makanan dan jangan makan makanan yang terdedah.
- Jaga kebersihan diri dan kawasan sekeliling.
- Basuh tangan sebelum makan dan selepas ke tandas.
- Guna tandas yang sempurna.
- Buang sampah ke tempat yang betul.
- Dapatkan suntikan vaksin mengikut nasihat doktor.
- Dapatkan rawatan segera sekiranya mengalami ciri-birit dan muntah-muntah.
- Baca "bismillah" sebelum makan ataupun semasa melakukan apa jua kerja.
Apa yang disenaraikan di atas adalah perkara-perkara yang anda perlu ambil perhatian. Tips di atas saya ambil dari keratan surat khabar lama. selain mengambil sedikit dari info-info yang saya temuduga dengan lebai google.
Apa yang saya kongsikan diharap dapat menjadi manafaat kepada pembaca setia beloya2u.com.
(ni ha kat bawah ni lagu aizat sebut disember dengan hujan) ha hadoi.. (=..=)
Dalam bulan Disember setiap tahun merupakan bulan kebiasaannya hujan turun tanpa henti. Sebab itulah banyak lagu yang didendangkan di radio mengaitkan bulan disember dengan hujan. Contohnya lagu aizat yang bertajuk "I GO". Dalam lagu tu senikatanya "The long December rain is falling now'. Apabila hujan tidak berhenti maka timbul pula satu fenomena lagi iaitu fenomena banjir.
BalasPadam