اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

CINTA BUTA ABJAD DAN MEMBUTA TULI

Betulkah cinta itu buta? Sebenarnya cinta itu tidak buta.. cuma membuat kita kabur sahaja. Adakalanya cinta itu membuta tuli. Orang yang kita tidak sangka akan dicintai kita sepenuh hati. Ada jugak yang melenting baca artikel saya. Lupakah saya cinta kepada tuhan? Ya pembaca yang saya hormati.. tanpa kamu siapalah saya. Cinta kepada tuhan adalah cinta yang hakiki. Dia memberi dan tidak meminta.

Apa yang saya nak bincangkan di sini ialah cinta manusia dengan manusia. Dikatakan cinta yang jauh perbezaan umur dan rupa serta darjat merupakan cinta yang luar biasa. Ada yang menerima cinta seperti itu malah ada juga yang menghina. Kepada yang menghina.. anda sebenarnya tidak memahami erti cinta.

Cinta terlalu kompleks untuk di simpulkan. Sehinggakan kadang-kadang banyak orang bertanya dengan sendiri... Mengapa aku cintakan dia? Ada pula yang tidak menemui jawapannya. Mengapa aku harus mencintai dia sedangkan dia tidak mempunyai ciri-ciri yang aku sebut sebelum ini.

Jangan sombong dengan diri sendiri apabila bercakap mengenai cinta. Jangan sombong mengatakan aku mahu pasangan aku camni, camtu, yang seperti ini atau yang seperti itu. Kena yang sebaliknya baru padan muka baru nak tergadah. Sebab itulah orang selalu sebut, hidup mati jodoh pertemuan semua kehendak tuhan. Bukan kita yang tentukan.

Ada yang malu kerana mencintai seseorang yang lebih berumur dari dirinya. Tidak kiralah anda lelaki atau wanita. Usahlah malu, usia adalah nombor sahaja dan ukuran kepada kekuatan hormon di dalam badan sahaja. Berfikiran positif. Jika sudah saling bercinta usahlah berasa malu. Kisah Nabi junjungan kita dengan isteri pertamanya memberi contoh yang jelas sekali dan isterinya yang terakhir juga memberi contoh yang jelas. Tak perlu malu. Anda yang mempunyai perasaan cinta dan bukannya orang lain. Perlukah kita takut dengan pemikiran orang lain. Jika begitu, anda sebenarnya takut melakukan banyak perkara, takut untuk mencuba. Pendek kata.. Anda adalah pengecut kerana takut apa yang orang lain fikirkan. 

Bukan anda melakukan kesalahan. Jika anda melakukan kesalahan barulah anda layak untuk takut dan malu. Ini bermakna anda melakukan kesalahan jika anda takut dan malu. Anda bersalah ke? anda tanya diri anda sendiri.

Tak kenal maka tak cinta. Itulah ungkapan yang biasa anda dengar kan? betul ke unkapan itu?. Betullah tu... Tidak semua orang benar-benar mengenali pasangan anda sehingga timbulnya perasaan cinta anda terhadap pasangan anda. Tetapi kadang-kadang ada antara anda bertanya dengan diri sendiri mengapa anda mencintai pasangan anda. kadang-kadang anda kategorikan cinta anda adalah membuta tuli. Boleh ke camtu? Sebenarnya ada sesuatu yang membuat anda tertarik dan mencintai dia. Mungkin sukar untuk diluahkan dengan kata-kata.

Rupa paras, usia, darjat atau kedudukan bukanlah petunjuk anda untuk mencintai dan dicintai. Itu semua hanyalah abjad dan ukuran atau hasta dalam kehidupan. Jika tuhan mengkehendaki anda untuk mencintai dia. Maka jiwa kacaulah anda.

Sekian harap maklum... he he... 

Reactions:

1 comments:

  1. Rupa paras, usia, darjat atau kedudukan bukanlah petunjuk anda untuk mencintai dan dicintai. Itu semua hanyalah abjad dan ukuran atau hasta dalam kehidupan. Jika tuhan mengkehendaki anda untuk mencintai dia. Maka jiwa kacaulah anda.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.