COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

CANTIKNYA PUTERI DIRAJA

Setiap puteri ada kisah hidupnya dan antara puteri yang begitu popular dan mereka adalah dari kalangan keluarga kerabat diraja. Mungkin wanita di luar sana memasang impian untuk menjadi puteri. Jangan fikir sangat mengenai perkara tersebut. Seperti yang disebut dalam cerita spiderman. "Sebesar mana istimewa anda semakin besarlah tanggunjawab anda". Kalau tak silap lah.. ha hadoi.. Di bawah ini merupakan antara puteri-puteri yang saya sempat temui selepas temuduga pak google.



Puteri Diana siapa tak kenal yang selalu membuat kontrovesi dalam dunia kerabat dirajanya. Banyak yang memuja kecantikkannya. Dikatakan kematian beliau penuh misteri. Dia juga dikatakan dibunuh oleh pihak tertentu kerana hasratnya mahu memeluk islam.




Puteri Lalla Salma ataupun puteri Moroko. Bukan puteri yang suka merokok. Puteri ini dikatakan tidak begitu mesra. Beliau juga menyediakan pengawal peribadi yang begitu ketat sehingga pihak media sukar untuk bertemu bual denganya. Dia begitu aktif dalam organisasi membantu mangsa pesakit kanser dan HIV.



Ini adalah Puteri Madeleine ataupun puteri dari kerabat diraja Sweden. Puteri ni orangnya sempoi. Dia tidak begitu menitik berat gaya kerabat diraja. Dia begitu aktif dengan Hak Asasi kanak-kanak atapun dalam bahasa kampung saya world childhood foundation (WCF).




Ini pula adalah Puteri Masako atau pun puteri dari Negara Matahari terbit. Puteri Masako sebelum itu merupakan orang kebanyakkan dan ditabalkan menjadi kerabat diraja setelah dia berkahwin dengan Putera Narhuito. Semasa remajanya dia begitu cerdik dan telah menuntut di beberapa buah universiti antara bangsa. Dia juga aktif bersukan.



Ini adalah Puteri Letizia dari Spain. Beliau mempunyai 73 pengawal yang diketuai oleh Janeral Jose Julio Rodriguez Fernandez. Beliau aktif dengan organisasi yang membantu mangsa penyakit kanser.



Ini pula ialah puteri Beatrice ataupun dari kerabat diraja british.  yang ini tak banyak komen saya sebab dia belum banyak cerita mengenainya.


Haaa.. Ini yang terakhir yang saya sempat skodeng. Ini adalah Putry De Canteq.. Identiti beliau langsung tidak dapat dikenal pasti. Dari kerabat diraja mana pun saya tidak pasti. Tapi dikatakan beliau selalu merange di Facebook.

Apa yang penting yang saya nak sampaikan di sini ialah semakin anda mempunyai banyak keistimewaan maka semakin itulah besar tanggungjawab anda seperti puteri-puteri yang saya tunjukkan di atas kecuali puteri yang terakhir sekali yang saya tunjukkan. Sekian. K.bye


Reactions:

1 comments:

  1. Setiap puteri ada kisah hidupnya dan antara puteri yang begitu popular dan mereka adalah dari kalangan keluarga kerabat diraja. Mungkin wanita di luar sana memasang impian untuk menjadi puteri. Jangan fikir sangat mengenai perkara tersebut. Seperti yang disebut dalam cerita spiderman. "Sebesar mana istimewa anda semakin besarlah tanggunjawab anda". Kalau tak silap lah.. ha hadoi.. Di bawah ini merupakan antara puteri-puteri yang saya sempat temui selepas temuduga pak google.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.