COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

BILAKAH MUSIM MENGAWAN

Ada ke istilah musim mengawan bagi manusia. Rata-rata yang saya baca, mengawan dikaitkan dengan binatang sahaja dan istilah tersebut tidak diguna pakai untuk manusia. Namun begitu, perkataan tersebut menjadi kebiasaan digunakan untuk manusia mungkin kerana kelucuannya digunakan untuk manusia.

Fenomena yang berlaku di Malaysia musim majlis pernikahan dilangsungkan kebiasaannya pada musim cuti sekolah dan musim cuti sekolah yang panjang kebiasaannya jatuh pada bulan disember setiap tahun. Pada bulan Disember pula adalah musim hujan dan dikatakan pada musim hujan merupakan masa yang sesuai untuk melakukan persetubuhan suami isteri kerana pada ketika itu superma amat aktif sekali.

Pada bulan Disember pasti ramai rakan-rakan yang menerima jemputan majlis perkahwinan. Fenomena ini memang normal kan. Disebabkan itulah maka dikatakan pada bulan Disember merupakan musim mengawan.

Apa yang anda bayangkan dengan perkataan mengawan? Mungkin ada antara anda yang membayangkan mengawan adalah proses persetubuhan antara lelaki dan wanita. Mungkin juga semua berfikiran begitu kerana terbiasa. Pemahaman tersebut memberi respon masyarakat menggunakan perkataan mengawan pada bulan Disember.

Istilah mengawan juga sering digunakan untuk remaja yang mencapai akil baligh. Dikatakan apabila remaja sudah masuk ke tingkatan 4 maka ketika itu adalah musim honeymoon ataupun musim mengawan yang di perkatakan oleh sesetengah pihak. Istilah tersebut digunakan kerana pada umur tersebut remaja yang kurang pengetahuan akan mencuba perkara baru dan kebanyakkannya mamai dibawa ongbak rindu. Ketika mereka melangkah tingkatan 5 tempoh mengawan dikatakan hilang serta merta kerana mereka fokus dengan ujian terpenting mereka iaitu SPM, dikononnya cerita.

Saya juga sering menggunakan istilah tersebut ke atas kucing saya yang tidak kira masa musim mengawannya. Asalkan kucing saya dah mencapai akil baligh pastinya kucing saya tidak senang duduk di rumah. Ada sahaja masanya menghilang entah ke mana. Apakah jadahnya kejadian ini terjadi? itulah kekesalan saya terhadap kucing jantan saya yang suka mengikut kucing betina balik rumah. Jadi.. jangan biarkan dunia anda menjadi seperti kucing jantan saya.

Video di bawah ini hanyalah lampiran artikel ini dan tidak ada kena mengena dengan tajuk di atas. Jangan pula anda tak tengok video ni yerrr. terbahak-bahak ketawa tengok ustaz azhar buat ceramah tapi pengisiannya ada. Hujung video jer ada problem sikit.. takpe ler.. 



Reactions:

1 comments:

  1. Jangan lupa ketawa terbahak-bahak tengok video.. Perempuan jangan terasa yerrr... Saya juga sering menggunakan istilah tersebut ke atas kucing saya yang tidak kira masa musim mengawannya. Asalkan kucing saya dah mencapai akil baligh pastinya kucing saya tidak senang duduk di rumah. Ada sahaja masanya menghilang entah ke mana.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.