اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

BAGAIMANA CINTAI 2 INSAN DALAM SATU MASA

Siapa yang pernah menghadapi situasi mencintai 2 orang dalam satu masa? Ini masalah bagi wanita dan tak jadi masalah bagi lelaki. Bagi yang muslim la. he he.. Bujang 3 kalau dah kahwin bagi lelaki. Masih ada kekosongan 3 la maksudnya.. Pasti ada yang mengetap bibir bila isu poligami ini disentuh. Bukan isu itu yang saya nak kongsikan di sini.

Mencintai dua insan dalam satu masa adalah perkara yang tidak mustahil. Kadang-kadang perasaan itu menyebabkan seseorang keliru dengan diri sendiri. Keliru kerana terpaksa membuat pilihan. Persoalan yang timbul adalah... adakah aku cinta ataupun aku suka? Adakah aku cinta ataupun aku simpati? Adakah aku cinta ataupun aku senang bersama?.. Pelbagai soalan yang muncul tetapi tak ada jawapan yang dijumpai. Normal bah itu.. Apabila seseorang berada dalam kekusutan maka sukarlah untuk dia menemui jawapan.

Bagaimana hendak menghadapinya?

Jom kita mengenali cinta terlebih dahulu. Cinta sememangnya sukar untuk di simpulkan kerana ianya terlalu kompleks. Tetapi setiap orang tahu bahawa cinta memberi makna pengorbanan ataupun sanggup bekorban apa saja. Cinta membuat seseorang mamai dan sentiasa mengelamun untuk memilikinya dan bersamanya. Pada saya, cinta itu harus ada 3 perkara, iaitu KASIH untuk kita menyayanginya, BERHARAP untuk kita merancang masa depan bersamanya dan PERCAYA untuk kita lebih selesa bersamanya. Mungkin ada pelbagai pendapat lagi mengenai cinta. Ada juga yang berpendapat cinta itu mesti ada IKHLAS, JUJUR dan KASIH SAYANG. Saya tak pandai nak huraikan sebab saya bependapat jujur dengan ikhlas adalah satu perkara yang hampir sama berbanding dengan pandapat saya.

Mungkin huraian di atas dapat membantu anda mengenali cinta. Adakah anda masih keliru?.. Carilah simtom-simtom yang ada pada diri anda yang ada persamaannya perasaan anda dengan si dia. Mencintai 2 orang dalam satu masa? Terdapat pelbagai cara dan teknik untuk menyelesaikannya. antaranya.. Memilih satu daripadanya, Meninggalkan kedua-duanya, Mencuba mencintai dua daripadanya atau ambil sahaja kedua-duanya (lelaki jer yang boleh). Kebanyakkannya akan memilih untuk memiliki salah satu daripadanya.

Kekeliruan membuat kita sukar untuk memilih. jadi buat soalan di bawah ini dan jawab sendiri:

  1. Siapakah yang saya inginkan sebenarnya? (Ujian lebih mengelamun dengan siapa?
  2. Adakah dia mencintai saya? (ujian jeles untuk mengetahuinya)
  3. Adakah saya senang berbicara dengan dia? (ujian kematangan)
  4. Adakah dia mampu membimbing saya? (tengok keputusan ujian agamanya)
  5. Adakah dia lelaki sejati? (Lelaki sejati adalah lelaki yang diberi keburukkan dan membalas kebaikan)
  6. Adakah dia sanggup susah bersama saya? (Ujian pergi tracking)
  7. Adakah dia serius bersama saya? (Dia bawa anda jumpa keluarga ke tidak)
  8. Adakah simtom Kasih, mengharap dan percaya saya kepadanya ada? (lu fikirlah sendiri)
Buat dua nama yang anda cintai dan jawab soalan di atas. Yang mana rasanya lebih dekat dengan anda. Ujian di atas boleh digunakan oleh lelaki dan wanita. Bagi soalan yang menjurus kepada satu jantina sahaja. Skip lah yer..

Saya bukanlah orang yang bijak pandai dalam bercinta.. Tetapi boleh la kongsi-kongsi pengalaman dan info. Kalau yang betul-betul keliru. Bolehlah bertemu atau berbicara dengan rakan terdekal yang boleh dipercayai dan boleh memberi nasihat. Pastikan yang matang.

oklah.. renung-renungkan dan selamat beramal.





Reactions:

1 comments:

  1. Pada saya, cinta itu harus ada 3 perkara, iaitu KASIH untuk kita menyayanginya, BERHARAP untuk kita merancang masa depan bersamanya dan PERCAYA untuk kita lebih selesa bersamanya.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.