اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

SUMPAH SERANAH DAN REPORT ABUSE MANA LEBIH BIJAK??!!

Sejak dua menjak tiga menjak banyak bebonar gambar dan page dalam Facebook yang memaparkan perkataan atau simbol yang menunjukkan kebencian kepada orang Sarawak, Malaysia dan Islam. Mungkin kebencian mereka tercetus kerana salah faham atau fahaman yang diberi kepada mereka. Saya merasa cukup kesian dengan insan seperti ini. Saya tidak marah sama sekali dan saya berharap orang-orang seperti ini diberi pembalasan yang setimpal dengan perbuatannya atau lebih baik lagi mereka diberi hidayah untuk melakukan kebaikan daripada menjadi punca kepada pepecahan.

Saya perhatikan ramai rakan-rakan facebook yang membenci kewujudan gambar-gambar yang melambangkan kebencian seperti gambar kaabah yang di edit dimasukkan gambar babi dan pelbagai aksi yang menjijikan. Laman atau page yang menunjukkan betapa bencinya indonesia kepada Malaysia sehingga mereka tidak pandai menyebut Malaysia kepada Malingsia. Sarawak juga menjadi sasaran mereka kerana ada diantara mereka ini tidak memahami sejarah ataupun kurang peka dengan sensitiviti kaum. Saya pernah mengeluarkan artikel mengenai kewujudan page kebencian terhadap Sarawak dan saya berharap pembaca membacanya dengan teliti serta jangan tertipu dengan helah pecah perintah.



Saya sebenarnya kecewa terdapat rakan-rakan yang menekan butang "like" dalam facebook dan "share" kepada orang ramai tanpa menunjukkan sebab yang munasarawak. Kalau pun anda nak "share" sila bawa rakan anda untuk membuat "report abuse" bagi memastikan gambar tersebut dipadam oleh pihak pengurusan Facebook. Kalau kita bersatu pasti perkara ini dapat dielakkan. Anda tidak perlu masuk ke page atau halaman atau gambar2 yang menjijikkan serta membuat komen balas. Itu adalah kerja yang sia-sia serta kurang bijak. Klik saja butang "report abuse". Itu lebih membantu. Jika anda klik "like" pada page itu akan membantu mereka menambah "fans" dalam page atau halaman tersebut.

Mungkin antara kita kurang bijak untuk memikirkannya. Saya tidaklah mengangap saya bijak kerana apa yang saya fikirkan logik dan betul saya akan tegur dengan berhikmah. Saya juga manusia seperti anda semua seringkali melakukan kesilapan tetapi mari kita semua perbetulkan kesilapan selagi masih ada kesempatan.

Kepada rakan-rakan yang membaca artikel ini diharapkan "share" kepada rakan yang lain supaya lebih bertindak bijak dalam menghadapi Dajal-dajal yang ada dalam Facebook. Jangan kita mudah terpengaruh pada kebodohan mereka. KITA HARUS "REPORT ABUSE" DAN  BUKAN SUMPAH SERANAH".

Mengikut pengalaman saya. Jika jumlah "report abuse" dibuat oleh 1000 orang maka page atau halaman atau gambar yang menjijikan itu akan di buang dari laman Facebook. Saya tanya kepada anda semua, berapa jumlah pengguna Facebook di Malaysia? Berapa jumlah pengguna Facebook di Sarawak? berapa jumlah pengguna Facebook yang beragama islam?.. Jika bersatu pasti kita boleh mengatasinya.

Saya ulangkan kembali. SUMPAH SERANAH TIDAK AKAN MEMBANTU. Sila "REPORT ABUSE". Gunakan butang yang disediakan oleh Facebook. Jangan mamai melayan perasaan sehingga malas membaca dan bertindak.

Sekarang apakah yang anda fikirkan? Masih mahu bersumpah seranah? atau pun buat "report abuse"? kalau anda cukup matang pasti anda tahu yang mana lebih bijak kan?

JANGAN LIKE, SHARE ATAU COMMENT LAKUKAN SATU PERKARA SAHAJA IAITU
"REPORT ABUSE"

Reactions:

1 comments:

  1. SILA KLIK DAN BACA SAMPAI HABIS.. Anda tidak perlu masuk ke page atau halaman atau gambar2 yang menjijikkan serta membuat komen balas. Itu adalah kerja yang sia-sia serta kurang bijak. Klik saja butang "report abuse". Itu lebih membantu. Jika anda klik "like" pada page itu akan membantu mereka menambah "fans" dalam page atau halaman tersebut.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.