اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

PERIBADI WANITA YANG MENGIKIS KASIH SAYANG SEORANG LELAKI

Mungkin perkara ini nampak remeh bagi sesetengah orang. namun, tanpa sedar ia boleh menghakis perasaan sayang pasangan dan boleh mendatangkan benci jika tidak diambil perhatian.

15 peribadi perempuan yang menjadi punca pudar sayang lelaki terhadapnya :

1. Perempuan itu comot.
Orang lelaki cukup tidak senang apabila isteri atau pasangan dalam keadaan comot. kalau comot time buat keje sekejap tu okey la, boleh dimaafkan. tapi kalau dah sepanjang masa comot? err..



2. Perempuan yang cerewet.
Pandangan peribadi saya, tiada masalah jika seorang perempuan itu bersikap cerewet. namun, jika terlampau cerewet, itu boleh mengundang tension kepada si lelaki. buat itu tak kena, ini tak kena. adeh!

3. Cemburu yang melampau.
Cemburu sememangnya tanda sayang. namun apabila diekspresikan secara melampau, maka ia boleh mengundang rimas si lelaki. bayangkan kalau sampai tahap lelaki tak boleh menjeling ke arah lain, terus nak jeles. awas.. itu menimbulkan benci si lelaki.

 4. Perempuan yang cincai, cuai.
Cincai dan cuai terjadi apabila tidak memberi sepenuh perhatian dalam melakukan sesuatu. cuba dan berusahalah untuk jadi seorang yang kemas dalam melaksanakan tanggungjawab. buat kerja dengan kemas, kan lawa..

5. Perempuan bermulut celupar.
Tak menjaga bahasa yang keluar dari mulut sangat berbahaya. kalau mulut bau longkang, mungkin ada yang masih tahan, tapi kalau bahasa setaraf dengan longkang, silap-silap kerusi meja boleh terbang. ada je lelaki yang diam, tetapi dalam hati mungkin akan timbul benci. take note yang ini..

6. Cabul. melawan cakap suami.
Tak salah melawan kalau memang perkara betul. melawan tak pasal-pasal tu yang bahayanya. suami dah bagitau jangan beli karpet abang pakistan, nak jugak beli. padahal karpet tahun lepas berlambak dalam stor. selalu sangat buat, fed up lah si suami..

7. Mencabar pasangan.
Bukan bermaksud orang lelaki tidak boleh menerima cabaran, tapi kalau cik kak cabar yang bukan-bukan? mau rasa terhina si lelaki.

8. Perempuan yang cetek hati, pendek fikiran.
Orang yang cetek hati susah diajak berbincang dan tidak dapat memberi pandangan. dalam menyelesaikan masalah, cuba untuk bagi sedikit pandangan, idea dan buah fikiran. janganlah sepanjang masa jawapan 'entahlah' yang keluar. hehe..

9. Caci, mencela, mengutuk.
Perkara yang dinamakan mencaci, mencela, mengutuk ni, semua orang tak suka. kalau mengkritik, biarlah dengan berhemah. lagi lah kalau depan orang ramai, jangan caci maki. selalu jugak saya dengar cik kak mencela suami sendiri depan orang. ayat 'abang ni lambatlah..' itu pun mencaci tau. selalu buat, bahaya tu..
  
10. Canggah. membangkang tak sudah-sudah.
Bukanlah bermaksud si isteri langsung tak boleh nak berbahas. kalau dah si suami salah, bersabar dulu, carilah waktu tenang untuk canggah dengan cara yang berhikmah. jangan cik abang tengah panas terus nak bangkang.

11. Culas. perempuan yang malas melampau.
Bila sampai point ni, teringat drama Dalil Cinta lakonan Fahrin Ahmad yang mendapat isteri super malas. sikap malas melampau sampai diri sendiri tak terurus memang dahsyat lah. buang sifat malas untuk jadi lebih disayangi.

12. Curiga yang keterlaluan.
Apabila langsung tidak dipercayai, lelaki akan punya kemahuan untuk memberontak. berilah kepercayaan kepada lelaki tetapi jangan melampau. si lelaki pulak, jangan hancurkan kepercayaan yang diberi. sekali kepercayaannya hancur, susah untuk si dia yakin buat kali kedua.
  
13. Perempuan yang curang.
Ini memang benar-benar nyata. kalau lelaki itu menerima perempuan yang curang, maksudnya dia ada potensi untuk berlaku curang. please lah.. cuba sedaya upaya untuk setia. kalau tak serasi jugak, mohon dengan cara yang betul. jangan curang..

14. Canggih yang melampau.
Ini trend zaman sekarang, semua benda nak matching. apabila sudah sampai tahap melampau sehingga pasangan tak dapat nak mengadakan, ia boleh mengundang keretakan rumahtangga. bayangkan kereta kaler merah, garaj kete pun kena merah, sofa ruang tamu kena merah, kasut kena merah. saya pernah jumpa kes bercerai sebab suami tak dapat beli tv besar!!

15. Chance tak ade.
Kalau semua benda yang pasangan mintak tak boleh, jual mahal.. camane? nak suruh si suami ketuk lutut?
suami : pah, malam ni masak untuk abang ea.
isteri : malam ni tak boleh, kuku baru lepas kilat ni.  
suami : kalau macam tu.. malam ni kita tidur awal lah.
isteri : isk.. abang ni, pah nak tengok wrestling la malam ni.
suami : (uhhhh.. kecewa...)


Reactions:

1 comments:

  1. 8. Perempuan yang cetek hati, pendek fikiran.
    Orang yang cetek hati susah diajak berbincang dan tidak dapat memberi pandangan. dalam menyelesaikan masalah, cuba untuk bagi sedikit pandangan, idea dan buah fikiran. janganlah sepanjang masa jawapan 'entahlah' yang keluar. hehe..

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.