اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

PENGORBANAN YANG PALING TENANG SELEPAS KEMATIAN

Pengorbanan mempunyai pengertian yang global dan bermacam pesepsi yang di buat mengikut akal dan perasaan manusia semata. Bekorban demi cinta? Cinta kepada haiwan, cinta kepada manusia, cinta kepada harta benda, cinta kepada pangkat, cinta kepada darjat atau cinta kepada alam? Cinta kepada semua perkara yang saya sebut itu sebenar tidak salah dan ianya adalah betul. TETAPI sebenarnya ianya tidak tepat.

Pengorbanan terhadap sesuatu yang dicinta memang menjadi lumrah manusia kerana ianya di dorong oleh hati yang beraja di jiwa. Cintalah kepada apa sahaja tetapi berlapik dengan syariat yang telah diberikan kepada kita iaitu Cintakan sesuatu kerana Allah. Pengorbanan kerana cintakan sesuatu kerana Allah akan memberi impak yang baik dan pengorbanan yang paling tenang selepas kematian.

Jika kita bekorban dengan cara lain selain apa yang saya sebut memungkinkan kita kecewa kerana apa yang kita cinta akan hilang, tidak kekal, menjadi fitnah, menjadi musuh kita kembali dan menjadi sesuatu yang memudaratkan. 

Berkorban cintakan sesuatu kerana Allah mendekatkan kita untuk mati syahid. Mungkin 20% sahaja pembaca yang membaca artikel ini pernah terlintas di kotak fikiran untuk mati syahid. Apabila kita bekorban dengan cara yang betul, pengorbanan kita adalah pengorbanan yang manis. Pengorbanan seperti itu orang lain tidak akan dapat merasakannya kecuali kita sendiri. Saya berkata demikian kerana orang miskin, tidak ada harta, orang yang disiksa ataupun orang yang tidak berupaya mempunyai hati yang lebih tenang berbanding orang yang memiliki segalanya. Mereka nampak saja susah sebenarnya hati mereka lebih tenang.

Saya bukanlah ilmuan yang boleh menghuraikan hadis-hadis dan al-quran. Saya hanya mempunyai ilham yang bagi saya baik yang boleh dikongsikan kepada pembaca dan sekiranya salah.. tegurlah saya dengan berhikmah.. saya sedia mendengarnya..


Reactions:

1 comments:

  1. Pengorbanan terhadap sesuatu yang dicinta memang menjadi lumrah manusia kerana ianya di dorong oleh hati yang beraja di jiwa. Cintalah kepada apa sahaja tetapi berlapik dengan syariat yang telah diberikan kepada kita iaitu Cintakan sesuatu kerana Allah. Pengorbanan kerana cintakan sesuatu kerana Allah akan memberi impak yang baik dan pengorbanan yang paling tenang selepas kematian.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.