اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

FB DAN KECANTIKKAN WANITA UNTUK SIAPA?

Ini adalah tajuk panas... Panas ke tidak terpulang kepada anda untuk menilainya. Jangan cepat melatah tetapi jadikan ini renungan seketika.  Pernah suatu ketika dulu di kala saya selalu sahaja menghadiri tazkirah di surau-surau. Guru selalu sahaja berleter tentang isteri yang suka berpakaian cantik kalau nak keluar rumah dan selekeh di dalam rumah. Apakah maknanya semua itu?

Saya membuat kesimpulan bahawa isteri seperti itu lebih gemar cantik di hadapan orang lain berbanding di hadapan suami. Apakah anda rasa perkara ini memberi impak yang baik dalam institusi keluarga?. Anda fikirkanlah mengenai perkara seperti ini.

Facebook pada masa sekarang sudah menjadi medium penting dalam kehidupan untuk berhubung dengan rakan dan taulan yang lama ataupun yang baru. Di facebook juga mereka berkongsi cerita dan kejadian yang berlaku melalui gambar dan status. Saya menyedari terdapat wanita yang sudah bersuami ataupun tidak, suka menayangkan diri mereka di dalam facebook dengan pelbagai gaya dan cara. Kecantikkan mereka adalah untuk dikongsi bersama. Adakah anda setuju? terpulang kepada anda untuk menilainya.




Dalam dunia mistik dan moden, kedua-duanya boleh menghasilkan keputusan yang buruk selain kebaikan kepada wanita yang suka meletakkan gambar mereka untuk tontonan orang ramai. Terlebih dahulu saya huraikan sedikit mengenai dunia mistik. Dunia mistik ataupun alam jin. Gambar di Facebook dapat di ambil dan di muat turun serta di cetak. Dari situ maka di pelaku akan menggunakan bomoh untuk membuat ona kepada pemilik gambar. Terpulang kepada anda untuk percaya atau tidak. Tetapi alam jin itu wujud.

Dalam dunia moden pula, gambar di dalam Facebook sering dilaporkan di ambil oleh pihak-pihak tertentu dan mereka mengedit gambar mereka dan menukar gambar tersebut menjadi sesuatu yang lucah. Perkara seperti ini  sudahpun terjadi dan tidak semua mengetahuinya. Dikatakan gambar wanita bertudung adalah sasaran mereka dan motif mereka belum dikenal pasti.

Apa yang saya kongsikan di sini adalah untuk kebaikkan kita bersama dan saya tidak sama sekali berniat atau bermaksud untuk merendah-rendahkan sesiapa. Renung-renungkan dan selamat beramal.

P/s : cukuplah guna satu gambar untuk menunjukkan identiti.

Reactions:

1 comments:

  1. Saya membuat kesimpulan bahawa isteri seperti itu lebih gemar cantik di hadapan orang lain berbanding di hadapan suami. Apakah anda rasa perkara ini memberi impak yang baik dalam institusi keluarga?. Anda fikirkanlah mengenai perkara seperti ini.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.