اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

FACEBOOK AKAN DI SERANG DAN DIGONDAM

Biar betol Facabook nak di gondam. Pagi tadi sahaja ramai yang buat aduan Facebook tak dapat dibuka. Mungkin diaorang nak tingkatkan pertahanan sebelum 5 November nanti. Individu yang menggelarkan mereka Anonymous ataupun tanpa nama telah membuat video dalam youtube dalam pelbagai bahasa iaitu dalam bahasa spanish, german dan english menyatakan hasrat mereka untuk menggodam Facebook.

Walaubagaimanapun, mereka memberi sebab mengapa mereka berbuat demikian kerana mereka tidak berpuashati dengan pihak pengurusan Facebook yang menjual data pribadi pengguna Facebook kepada pihak tertentu untuk tujuan yang tidak baik. Sekalipun kita menyembunyikan data kita dari orang lain menurut mereka itu hanyalah ilusi dan tidak benar. Sebaliknya data kita dapat dilihat oleh individu tertentu dengan membuat bayaran kepada pihak pengurusan Facebook.



Sejauh mana kebenaran mengenai perkara ini biar anda sendiri yang tentukan. Facebook juga menurut mereka memberi impak yang tidak baik kepada beberapa negara dan boleh membuat pepecahan kaum dan agama akibat daripada dasar facebook yang memberi kebebasan bersuara.

Mungkin ini ada kaitan dengan penghinaan dari individu tertentu yang menyerang serta menghina agama-agama dan beberapa negara yang juga boleh mencetuskan peperangan. Di bawah ini merupakan video yang diterbitkan oleh individu yang menggelarkan mereka anonymous dan akan menyerang Facebook pada 5 November 2011:





BERTUDUNG BELUM TENTU ISLAM

Panas sokmo tajuk di atas. Percaya atau tidak dan nak terima atau tidak, terpulang kepada anda kerana ini adalah realiti. Dahulu kita dimomokkan dengan wanita bertudung dan di dalam tudung ada rantai yang melambangkan agama lain. Tak payah saya nak nyatakan agama apa. Sebab perkara ni dah pun tersebar luas di internet. Jangan kata tudung, Kopiah pun ada jugak. Tak percaya ke?. Perkara ini terjadi di Indonesia di mana sekumpulan lelaki memakai kopiah kemudian cara sembahyang adalah dengan cara agama lain. Perkara ini amat mengelirukan.

Nak sambung cerita mengenai perempuan bertudung tatapi belum tentu islamnya. Tak baik kita bersangka buruk dengan orang lain tetapi kita juga tidak berhak menilai orang lain kerana sebaik2 penilai adalah Allah swt. Saya hanya memberi senario yang berlaku di sekeliling kita dan tidak bermaksud hendak mengaibkan sesiapa pun. Ini membolehkan pembaca lebih mengambil sikap berhati-hati ketika hendak membeli makanan walaupun pada zaman ini perkara ini di anggap remeh.

Kes yang pertama yang saya dengar adalah kes di kawan Demak kuching di mana perempuan bukan muslim mengenakan tudung dan menjual makanan. Mereka diserbu pihak PBT kerana menjual makanan di kawasan yang tidak sepatutnya. Dari situ maka terbongkarlah identiti mereka apabila pihak PBT meminta kad pengenalan mereka. Bagus jugakkan dalam KP ada tanda "I". Selain itu, soal siasat juga dibuat oleh pihak PBT menguatkan lagi bahawa wanita itu bukan muslim. Terus terang saya katakan ini adalah khabar yang diterima dari telinga saya dan kalaupun ianya khbar angin kita kena mengambil sikap berhati-hati.

di bawah ini video wanita bertudung yang dikatakan mencuri di ONE JAYA Shopping. Bertudung lagi tu, ala-ala Yuna. Tak nak saya tuduh siapa2.. sebab video ni tak berapa jelas dan saya pun tak ada bukti walaupun saya macam kenal jer budak tu.






FB DAN KECANTIKKAN WANITA UNTUK SIAPA?

Ini adalah tajuk panas... Panas ke tidak terpulang kepada anda untuk menilainya. Jangan cepat melatah tetapi jadikan ini renungan seketika.  Pernah suatu ketika dulu di kala saya selalu sahaja menghadiri tazkirah di surau-surau. Guru selalu sahaja berleter tentang isteri yang suka berpakaian cantik kalau nak keluar rumah dan selekeh di dalam rumah. Apakah maknanya semua itu?

Saya membuat kesimpulan bahawa isteri seperti itu lebih gemar cantik di hadapan orang lain berbanding di hadapan suami. Apakah anda rasa perkara ini memberi impak yang baik dalam institusi keluarga?. Anda fikirkanlah mengenai perkara seperti ini.

Facebook pada masa sekarang sudah menjadi medium penting dalam kehidupan untuk berhubung dengan rakan dan taulan yang lama ataupun yang baru. Di facebook juga mereka berkongsi cerita dan kejadian yang berlaku melalui gambar dan status. Saya menyedari terdapat wanita yang sudah bersuami ataupun tidak, suka menayangkan diri mereka di dalam facebook dengan pelbagai gaya dan cara. Kecantikkan mereka adalah untuk dikongsi bersama. Adakah anda setuju? terpulang kepada anda untuk menilainya.




Dalam dunia mistik dan moden, kedua-duanya boleh menghasilkan keputusan yang buruk selain kebaikan kepada wanita yang suka meletakkan gambar mereka untuk tontonan orang ramai. Terlebih dahulu saya huraikan sedikit mengenai dunia mistik. Dunia mistik ataupun alam jin. Gambar di Facebook dapat di ambil dan di muat turun serta di cetak. Dari situ maka di pelaku akan menggunakan bomoh untuk membuat ona kepada pemilik gambar. Terpulang kepada anda untuk percaya atau tidak. Tetapi alam jin itu wujud.

Dalam dunia moden pula, gambar di dalam Facebook sering dilaporkan di ambil oleh pihak-pihak tertentu dan mereka mengedit gambar mereka dan menukar gambar tersebut menjadi sesuatu yang lucah. Perkara seperti ini  sudahpun terjadi dan tidak semua mengetahuinya. Dikatakan gambar wanita bertudung adalah sasaran mereka dan motif mereka belum dikenal pasti.

Apa yang saya kongsikan di sini adalah untuk kebaikkan kita bersama dan saya tidak sama sekali berniat atau bermaksud untuk merendah-rendahkan sesiapa. Renung-renungkan dan selamat beramal.

P/s : cukuplah guna satu gambar untuk menunjukkan identiti.

KATA-KATA WANITA YANG DIBENCI LELAKI

Kongsi2 dengan anda semua apa yang tersirat di hati lelaki.. baca lah yerr insan bernama perempuan..




Eleh. Ex baby pun pernah buat macam ni la..."Lelaki tak suka dibandingkan tidak kira dengan siapa sahaja. 
Perempuan pun tak suka kan kalau lelaki bandingkan anda dengan bekas kekasih dia?


"Awak. Awak tengok Shahirah budak kelas Sains tu cantik tak?"Ini soalan yang lelaki tidak akan menang bila perempuan tanya. Kalau dia jawap "Ya", anda mungkin akan cemburu. 

Percayalah dia akan jawab "Tidak" walaupun perempuan itu sangat cantik. Dan anda pula akan menuduhnya menipu. Betul?


"Nevermind. I'm fine..."Muka anda masam mencuka. Bila lelaki bertanya kenapa, anda mengatakan anda okay. Percayalah, lelaki sangat tertekan mendengar ayat di atas. 

Ayat di atas hanya mengundang lebih banyak masalah. Pertama, anda terlepas peluang memberitahu dia masalah anda. Kedua, anda memperbanyakkan masalah yang sedia ada. 


"Awak pasti ke awak okay ni?" (Tetap tanya walaupun dia kata dia okay)Lelaki juga ada hari 'datang bulan' dia. Mereka boleh jadi 'tiada mood', letih, atau rasa tidak mahu bercakap. Come on, kami juga manusia biasa! Perempuan tolong jangan cuba membaca apa yang difikir lelaki bila terjadi macam ni. Bagi dia ruang dan jangan ganggu dia buat beberapa ketika. 

Kalau anda terus bertanya soalan begini, jangan terkejut kalau dia memberi jawapan, "Awak yang buat saya jadi tidak okay!"


"Sayang tak sukalah mak abang tu..."Jangan membenci sesuatu atau sesiapa yang dia suka. Betul, anda mungkin tak dapat jadi 'sekepala' dengan semua orang dalam hidup dia, tapi cuba beri sedikit ruang demi hubungan anda dengan manusia yang paling dia jaga dan sayang. 

Kalau anda cuba membandingkan anda dengan ibunya, hampir setiap masa anda akan kalah. Lelaki sayang ibunya lebih dari segala-galanya.


ps : Perempuan ada air mata sebagai senjata. Lelaki ada ego sebagai perisai ;)



kredit : apihelnino.blogspot.com

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.