اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

BERHATI-HATI IDENTITI PALSU INDIVIDU MENGHINA RAKYAT SARAWAK

Besar betul kuasa laman sosial sekarang ni sehingga mampu mengganggu gugat sesebuah negara. Keamanan yang dikecapi bila-bila masa boleh hilang dalam sekelip mata. Masing-masing menegakkan kebenaran sehinggakan bercakaran sesama sendiri dan lupa matlamat asal untuk memajukan negara.




Apa yang saya nak bincangkan di sini ialah mengenai laman-laman yang direka di laman sosial facebook untuk menghina orang lain khasnya rakyat Sarawak. Sebenarnya perkara ini sudah lama berlaku dan berlanjutan sehingga kini. Apa yang berlaku ada kaitan dengan isu semasa politik di negara kita.

Anda semua percaya ke laman yang menghina rakyat Sarawak mengaku mereka dari semenanjung Malaysia? Anda semua percaya ke laman yang menghina rakyat Sarawak mengaku mereka dari Sabah?. Rentetan dari kejadian sebelum ini membuktikan kebanyakkan laman yang dicipta direka oleh orang luar untuk memecah-belah keamanan yang dikecapi oleh Malaysia.

Contohnya kejadian Mahesa Hanoto. Mula-mula saya juga bengang dengan hinaan yang dibuat oleh individu tersebut yang juga mengaku dirinya berasal dari Semenanjung Malaysia. Saya dengan tidak terburu-buru mengambil bulat-bulat maklumat yang mengatakan dia adalah berasal dari Semenanjung Malaysia. Siasatan demi siasatan dibuat maka terbongkar juga siapa individu ini. Individu ini sebenarnya berasal dari Indonesia. Apakah tujuan dia melakukan perkara tersebut tidak terjawab sehingga sekarang. Tetapi yang pasti dia amat membenci Malaysia.

Ada dikalangan pengguna laman sosial Facebook mengambil bulat-bulat maklumat palsu menyatakan Mahesa Hanoto merupakan individu dari Semenanjung Malaysia sehinggakan ada dikalangan pengguna laman sosial terus menghina saudara sendiri di Semenanjung Malaysia. Jika ini berlaku maka tercapailah matlamat si penyangak Mahesa Hanoto.

Selain daripada itu, semasa peperangan info dan fitnahtullah di kala Sarawak sedang melalui saat-saat hari mengundian maka di saat itulah maklumat-maklumat yang mengelirukan muncul di laman Facebook. Apakah tujuan mereka melakukan perkara tersebut. Dikatakan Singapura berminat untuk mengambil Sarawak sebagai salah satu negaranya akibat daripada rakyat Sarawak merajuk dengan pengurusan dan pembangunan yang berlaku di Sarawak yang di uruskan oleh kerajaan Pusat.

Dikatakan pembangunan di Sarawak jauh lebih mundur berbanding Semenanjung Malaysia sedangkan sumbangan hasil bumi di Sarawak jauh lebih besar dari negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Perkara ini ada kaitan dengan laman-laman serta individu yang mengaku dirinya dari Semenanjung Malaysia dan menghina Rakyat Sarawak. Perkara ini dilakukan adalah untuk merenggangkan hubungan antara Semenanjung Malaysia dan Sarawak dan dengan cara ini penaklukkan Sarawak akan dapat dilakukan. Inilah teknik pecah dan perintah yang pernah berlaku di zaman pemerintahan british di Sarawak.

Sarawak dulu dan kini adalah berbeza selepas pilihanraya lepas. Apa yang saya perhatikan pembangunan di Sarawak semakin pesat. Mungkin Perdana Menteri kita sedar bahawa betapa pentingkan Sarawak yang wujud dalam Malaysia. Selain daripada itu, beliau juga sekarang ini lebih fokus kepada pembangunan di Sarawak.


Banyak perkara yang harus kita fikirkan sebelum kita melatah menghina semula individu atau penyangak dari luar yang terang-terang ingin memecah belahkan keamanan negara. Belum tentu penyangak-penyangak ini dari Semenanjung Malaysia ataupun Sabah.

Kita generasi muda harus lebih bijak dan profesional dalam menerima maklumat-maklumat yang tiada batasan yang terdiri daripada maklumat palsu dan benar. Perkara yang penting yang harus kita fikirkan ialah bagaimana hendak memajukan diri sendiri seterusnya kejiranan kita dan seluruh wilayah serta negara kita.


ANTARA MEREKA-MEREKA ADA YANG SANGGUP BERBUNUHAN DAN MENABUR FITNAH UNTUK MENDAPATKAN KUASA. JANGAN KITA DIJAJAH DENGAN CARA PECAH DAN PERINTAH.


TEKNIK MENOLAK CINTA SAHABAT BAIK

Pelik tapi benar! Anda bersahabat baik dengan seseorang tetapi secara tiba-tiba dia menyatakan rasa cintanya kepada anda. Sudah pasti anda akan berasa terkejut dan sukar untuk menerima hakikat tersebut. Malah lebih teruk, terdapat segelintir individu yang menjauhkan diri daripada individu tersebut sedangkan mereka berdua merupakan sahabat baik selama ini. Jika anda mengalami situasi yang sama, di sini diperturunkan tip untuk menolak cinta sahabat baik anda tetapi dalam masa yang sama perhubungan persahabatan yang terjalin tidak putus. 





  1. Berterus terang kepadanya bahawa kamu tidak sesuai untuk bercinta dengannya kerana kamu menganggap dia adalah sahabat karib dunia dan akhirat. Pasti dia akan memahaminya dan menghargai sikap berterus terang anda itu. Apatah lagi jika anda menunjukkan keseriusan. 
  2. Menyatakan kepadanya sekiranya kamu menjadi kekasihnya, kamu tidak mungkin boleh mengikut kehendak, arahan dan permintaannya sepertimana anda bersahabat dengannya. Ini kerana hubungan di antara kekasih dan seorang sahabat sangat berbeza ertinya.  
  3. Kamu dan dia tidak sesuai kerana masing-masing menunjukkan sikap 'ganas' apabila bersama. Sebagai kekasih sepatutnya perhubungan perlu disulam dengan rasa tanggungjawab dan tolak ansur. 
  4. Kamu tidak pernah terfikir untuk bercinta dengannya kerana ketika bersahabat pun anda tidak peduli dengan kehadirannya. 
  5. Menerangkan kepadanya bahawa masih ramai lagi gadis atau jejaka yang jauh lebih hebat di luar sana yang mempunyai ciri-ciri pasangan yang diidamkan olehnya. Tunjukkan kepadanya bahawa anda tidak mempunyai kualiti seorang kekasih yang baik. 
  6. Cuba mengelakkan diri kamu daripada bertembung dengannya di tempat kerja, sekolah atau di tempat yang anda dan rakan-rakan lain selalu berkumpul. Sikap sebegitu memberikan petanda kepadanya bahawa anda tidak selesa dengan situasi yang sedang anda alami. 
  7. Jelaskan padanya anda lebih sayangkan ikatan persahabatan anda daripada menjadi seorang kekasih yang perlu ada komitmen dan bersifat setia. Katakan juga anda masih terlalu muda untuk memikirkan tentang cinta. Oleh sebab itu anda lebih tertarik dengannya sebagai seorang sahabat. 
  8. Jelaskan padanya bahawa anda lebih mesra dan selesa sekiranya tetap terus berkawan kerana sudah mengetahui sikap masing-masing. Anda tidak selesa untuk berpura-pura serta belum bersedia untuk mengubah status sahabat menjadi kekasih. 
  9. Nyatakan bahawa anda sudah ada calon kekasih yang lain. Namun anda harus bersedia untuk kehilangan seoarang rakan kerana dia malu dengan penolakan terhadap dirinya. Kalau boleh lakukannya secara baik dan jika anda tidak berupaya untuk melakukannya, minta bantuan orang tengah yang rapat dengannya dan tahu tentang status perhubungan antara anda dan si dia. 
  10. Bertegas dengan pendirian anda yang memang tidak boleh menerimanya menjadi kekasih walau apapun yang terjadi. Ketegasan anda pasti akan memberikan impak padanya dan diharapkan dia akan memberikan respon seperti mana yang anda harapkan.

credit : sutericinta

ALASAN DAN JAWAPAN BAGI YANG TAKNAK MENUTUP AURAT UNTUK PEREMPUAN

Jangan Baca Kalau Hati Tak Cukup Kental 

Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
 Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka. 

Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang. 
Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..." 

Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat. 
Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang. 

Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik. 
Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat? 

Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok 
Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak? 

Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami. 
Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau. 



Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa. 
Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga? 

Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain. 
Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau. 

Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan. 
Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya. 

Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis) 
Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah? 

Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru. 
Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti. 

Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la.. 
Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku. 

Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya. 
Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam. 

Credit : terblog.com

MYDIN AKAN MENDARAT DI KUCHING

Kita orang Sarawak tak kira kaya atau golongan sederhana kalau pergi ke Kuala Lumpur mesti singgah di Mydin. Memang macam itu lah kebiasaannya. Di situlah saya selalu berjumpa dengan rakan-rakan yang datang dari Sarawak. Asal pergi sana je, telinga saya bukak besar-besar nak dengan slang orang Sarawak. Lepas tu, bertegur-sapa kat situ.




Tak lama lagi tak payahlah orang Sarawak bersusah payah nak pergi Mydin Kuala Lumpur. Sebabnya Mydin tak lama lagi akan dibuka di Kuching Sarawak. Saya dapat berita ini sebab rakan-rakan saya terlibat dalam mensyuarat dalam proses membawa masuk Mydin ke Sarawak.

Bombay Masala semakin berlambak di Kuching Sarawak dan lepas ni Mydin pula yang akan menyusuli. Semakin ramai lah golongan Mamak masuk ke Sarawak. Kedai warga pakistan kat Kuching Sarawak ni jangan cakap lah, bagai cendawan tumbuh diaorang masuk ke sini. Fenomena biasa yang saya tengok kat sini ialah warga Pakistan ni datang kat Kuching Sarawak mula-mula akan membuka kedai makan. Selepas itu, dalam masa beberapa bulan kedai itu bertukar menjadi kedai permaidani. Memang begitulah panoramanya.

Dikatakan Mydin menjual barang-barang yang harganya jauh lebih murah dari kedai-kedai lain. Betul ke? Adakah kemasukkan Mydin ke Sarawak mampu mengekalkan harga murah mereka. Sekarang ni banyak Super Duper Market mula mendarat di Sarawak. Fenomena ini mula dirasai pada tahun 2010. Sekarang Giant dan buka di Tabuan, Kuching Sarawak. Tak lama lagi akan di buka di Batu 12 jalan Kuching Serian.

Penduduk Sarawak kini semakin hari semakin banyak dan mungkin itu mendorong kedai-kedai aneka jabatan ini mendarat di sini. Terdapat beberapa dua tiga tempat lagi Mall besar akan dibuka tidak lama lagi. Jangan tak tahu, kat Kuching nanti akan terdapat Kuching Central. Lebih kurang macam KL Central jugak beb. Kalau tak silap Kuching Central ni terletak di Batu 7 dan tidak jauh dari situ Giant Batu 12.

Adakah Kuching Sarawak akan bertukar wajah tidak lama lagi. Apa-apa pun. Saya nak luahkan satu perkara kat sini. Pertambahan penduduk di Kuching Sarawak ni bagai tak seimbang. Mana taknya, Pertambahan penduduk pribumi lebih sedikit berbanding pertambahan penduduk bukan pribumi. Bagaimana ini berlaku?

BAGAIKAN PESTA KEMALANGAN DI MUSIM PERAYAAN

Mood raya kian hari semakin kurangkan? Hari raya pertama paling seronok sebab saya dapat mengumpul budak-budak kecik kat kampung beraya di rumah. Saya dah ready dengan duit raya dan beberapa bahan lain untuk mereka. Bukan main seronok diaorang. Bila diaorang seronok saya lagilah rasa seronok. Tak tahulah mengapa saya suka di kerumuni budak-budak kecik. Hari tu, saya buat kuiz untuk diaorang. ha ha.. kalau siapa berjaya jawab maka dapat duit raya lebih.

Dalam kita bergembira di kala menghampiri bulan syawal dan banyak jugalah pada waktu itu orang yang berduka. Kedukaan kerana meninggalkan Ramadhan dan pelbagai lagi sebab dan asbab. 2 minggu sebelum menjelang Syawal sudah kedengaran lagu-lagu raya berkumandang di radio.





Pelbagai gelagat manusia yang saya perhatikan di pada hari-hari sebelum menjelang raya. Sebenarnya seminggu sebelum raya saya banyak membuat kerja amal menyukat jalan raya. Pergi ke sana ke sini... Hampir setiap tempat saya pergi.

Apa yang mendukacitakan ialah hari-hari sebelum perayaan, hampir setiap hari saya menyaksikan kemalangan. Dari kemalangan biasa sampailah kepada kemalangan ngeri. Ada yang meninggal dunia dan ada juga yang cacat seumur hidup malah menderita di kala menyambut syawal. Mengapa ini terjadi?? aiyo yo yo..

Kemalangan yang paling ngeri yang terjadi sebelum perayaan ialah kejadian Lori melanggar Motosikal di bulatan Matang berdekatan dengan pusat membeli belah E-mart Matang. Kejadian tersebut telah mengorbankan penunggan motosikal dan maut di tempat kejadian. Dikatakan isi perut penunggan motosikat tersebut terburai.

Kejadian lain yang saya saksikan ialah Sebuah kereta proton menjunam ke dalam gaung berhadapan dengan Pustaka Negeri Sarawak. Saya tak pasti apa yang berlaku dengan pemandu tersebut kerana pada ketika itu saya bergegas untuk menyelesaikan beberapa kes.

Pada waktu yang sama di kawasan yang berasingan. Satu kemalangan di laporkan di jalan Kuching Serian. Kabar ini saya terima dari kawan-kawan saya yang melalui jalan tersebut.

Selain itu, Kemalangan yang melibatkan motosikal dan kereta juga berlaku di Jalan Sultan Tengah berdekatan dengan Bangunan DBKU di sekitar Semariang. Apa yang saya dapat gambarkan di sini ialah, motosikal dalam keadaan remuk dan penunggangnya mungkin sudah dibawa ambulan. Kejadian lain yang saya temui ialah di Jalan Matang dan Jalan Stadium yang juga melibatkan Motosikal dan Kereta. Kedua-kedua kejadian yang saya dapat gambarkan ialah penunggan motosikal berlumuran darah dan motosikal dalam keadaan remuk.

Kemalangan yang paling kerap saya temui ialah kemalangan yang melibatkan kereta berlanggar dengan bontot kereta.

Akhir sekali ialah saya juga terlibat dalam kemalangan dan kereta saya remuk di hadapan dan lampu utamanya pecah akibat melanggar Nissan Sarena.


Pesanan saya, Berhati-hatilah di jalan raya di musim perayaan. Minimakan keluar rumah untuk membeli barang keperluan perayaan. Bersedia awal dan rancang perjalanan.



PEMBUNUHAN KEJAM DAN PANDANGAN ANDA DARI SUDUT MANA?



Video ini memberi saya rangsangan untuk mengupas apakah pendapat saya mengenai kejadian seperti ini dan impaknya kepada masyarakat seluruh dunia. Terlebih dahulu saya huraikan apa yang berlaku berdasarkan info yang saya cari.

Kejadian ini berlaku di Sialkot, Pakistan. Remaja dua beradik, Mughees (17 tahun) dan Muneeb (16 tahun) ini telah dibelasah sehingga mati, kemudian diheret ke tengah pekan untuk digantung atas tuduhan mencuri oleh sebilangan orang kampung. 

Apa yang menyedihkan, mereka dibunuh pada bulan puasa. Difahamkan, hebahan mengenai mereka mencuri adalah tidak benar, tetapi lebih kepada sikap cemburu dan busuk hati oleh orang-orang tertentu di kampung tersebut kerana pencapaian adik beradik ini yang cemerlang. Namun orang kampung telah membuat keputusan sendiri dengan menyeksa mereka sehingga mati.

Kebiasaannya orang yang mempunyai kurang ilmu pengetahuan akan bertindak sedemikian. Apakah ilmu yang di tuntut di perkampungan yang benama Sialkot hanya sekadar di buku sahaja dan tidak di amalkan ataupun mereka sebenarnya di kalangan orang yang tulik. Siapakah yang patut dipersalahkan dalam hal ini? adakah kerajaan yang memerintah? penduduk yang hanya mementingkan kekuasaan? Guru-guru yang mengajar? Ibu bapa yang mendidik?.

Sedikit sebanyak kejadian ini mencalit minyak hitam pada nama Islam di bumi Pakistan. Banyak juga yang mengherdik dan menghina Islam kerana kejadian ini. Tidak kurang juga ada yang menyatakan kekejaman ini lebih terserlah dalam agama lain contohnya di brazil dan sebagainya. Selain itu, ada juga terdapat individu yang tidak mempercayai tuhan mengherdik dan menghina orang-orang yang mengamalkan agama. Apapun pendapat mereka saya tidak juga berkata benar dan tidak juga berkata salah. Saya dengan agama saya dan kamu dengan agama kamu.

Pelbagai persepsi yang dibuat oleh individu yang menyaksikan video tersebut. Saya juga kesal dengan apa yang saya tonton. Tindak-tanduk penduduk kampung tersebut bagaikan tiada tamadun dan jauh sekali dengan sifat manusia berakal.

Pada waktu dan saat ini, kita sukar untuk mentafsirkan mengenai kebaikan dan keburukkan. Kadang-kadang kebaikkan kita sebenarnya merupakan keburukkan kita dan keburukkan itu adalah kebaikkan. Anda pula bagaimana?

1ST TIME DAPAT CEK DARI NUFFNANG

As'salam dan selamat....

Sejak dua menjak ni memang problem la saya nak update artikel dalam beloya2u.com nih. Memang lari terus masa yang sepatutnya saya luangkan untuk menambah baik artikel dalam nih. Rugi pulak rasanya. Mana tidaknya jumlah pembaca semakin hari semakin kurang dalam beloya2u.com. Tapi still boleh tahan yang masuk dalam beloya2u.com nih.

Saya nak memanjatkan rasa syukur saya kerana karya saya dihargai oleh pihak-pihak tertentu seperti nuffnang dan pihak pembaca yang menyumbang sedikit tunai secara langsung atau tidak langsung. 



Sebenarnya cek kat atas ni dah lama saya terima sebelum bulan puasa lagi... he he... sekali lagi saya nak berterima kasih kepada pembaca.

Sejak dua menjak ni saya memang suka buat artikel dari idea saya sendiri dengan melihat permintaan pembaca dan kehendak pembaca. Saya rakan rumuskan apa yang pembaca kehendaki. Memberi pendapat dan ideologi bebas memang sudah menjadi rempah ratus artikel saya. Cuma satu perkara yang saya suka nak tekankan dalam artikel saya iaitu sifat hormat dan berbudaya ilmu.

rasanya setakat ini sahaja yang dapat saya kongsikan. RM50 yang saya terima amat bermakna bagi saya... TQ...... I love You tooo...

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.