اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

KEHILANGAN DAN KEWUJUDAN KU SEMENTARA SERTA MUNASARAWAK

Bermula dari bulan Julai sehingga Ogos ini saya jarang online apatah lagi nak update blog. Alahai... Sibuk memanjang jer.. Sehinggakan beberapa perkara lain juga terabai. Bukan saya abaikan dengan sengaja tetapi saya lakukan atas sebab-sebab yang munasarawak.



Apa yang saya tulis dalam artikel kali ini adalah untuk pembaca memahami bahawa setiap yang berlaku ada sebab dan ceritanya. Di bawah ini adalah salah satu cerita yang di anggap salah tetapi beralaskan sebab yang munasarawak. Saya berharap perkongsian saya ini memberi menafaat kepada pembaca.

Ada juga yang melenting akibat ketiadaan saya dalam satu-satu organisasi. Saya sekali lagi memohon maaf. Saya perlu cari sumber untuk memberi suntikkan pada kemahuan. Kudrat saya pada masa lalu tidak sama dengan apa yang ada pada masa kini. Saya suka dan teruja apabila anak-anak muda yang saya didik bersama-sama dengan rakan seguru begitu tekun dan memberi komitmen yang tinggi untuk menuntut ilmu. Sedih rasa hati kerana tidak mampu meneruskan perjuangan yang baik dan mulia. Mungkin saya lebih diperlukan di sini.

Saya tidak akan dan tidak pernah lupa apa yang dijuangkan. Sesekali ada juga saya berfikir dan mencari jalan bagaimana hendak meneruskan perjuangan. Rasa kosong dan tumpul ilmu yang dituntut jika ianya tidak di asah dengan mengajar dan belajar.

Saya bukanlah orang yang kasar dan bukan bersifat terburu-buru. Tetapi saya juga manusia yang sentiasa melakukan kesilapan. Apa yang berlaku di sekeliling kita sebenarnya bahan kimia yang mengubah perlakuan kita setiap hari. Terutamanya berkaitan dengan makanan dan pengalaman. Kepercayaan bukan boleh dijual beli. Sekali kepercayaan saya di calarkan maka parutnya akan terus kekal selamanya. Bukan kehendak saya untuk bersikap seperti itu tetapi kerana kelemahan saya yang saya sendiri tidak suka merasainya. itulah dikatakan dendam.

Suatu ketika dahulu saya teruja dengan rakan-rakan yang amat sporting dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam laman sosial Facebook. Tetapi, kini ianya seakan menjadi kenangan untuk dibekalkan semasa hari tua. Rindu rasanya untuk bertemu dengan rakan-rakan yang sentiasa mengukirkan senyuman bila bersua muka dengan saya. Tetapi apakan daya keadaan saya berubah dan saya terpaksa menerima perubahan itu. Ini kerana saya mahu menjadi orang yang berguna di kala hari tua. Kebolehan saya bagaimanapun tidak akan saya siakan begitu sahaja. Saya akan menyokong dan mendukong mana-mana organisasi yang  menyediakan aktiviti yang baik untuk masyarakat seluruhnya.

Oleh itu, apabila anda melihat atau  merasai perubahan rakan anda maka janganlah terus melenting. setiap yang hidup akan mati dan setiap mayat ada ceritanya. Kita yang belum tentu mengetahuinya tidak layak untuk menghukum atau membuat penilaian... Wasalam.

Reactions:

1 comments:

  1. Apa yang saya tulis dalam artikel kali ini adalah untuk pembaca memahami bahawa setiap yang berlaku ada sebab dan ceritanya. Di bawah ini adalah salah satu cerita yang di anggap salah tetapi beralaskan sebab yang munasarawak. Saya berharap perkongsian saya ini memberi menafaat kepada pembaca.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.