Kebiasaannya kita mendengar Jangan sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Saya buat lain dari yang lain. Saya sendiri suka melihat sesuatu dari sudut yang jarang orang lihat. Mungkin keunikkan sesuatu lebih nampak bila kita melihat dari sudut yang berbeza.
Hujan adalah rahmat dari tuhan. Dikatakan di kala hujan turun maka waktu itulah sesuai kita bermunajat menadah tangan dan berdoa. Hujan turun maka rahmat tuhan juga turun. Tuhan memberi ketenangan kepada kita apabila kita berjaya mengharungi dugaan dan rintangan yang diberikan olehnya.
Jika kita melakukan sesuatu jangan terlalu memikirkan kebahagiaan yang mungkin kita kecapi pada masa-masa akan datang tetapi kita harus memikirkan sesuatu keburukkan yang akan berlaku supaya kita sentiasa bersedia.
Hujan atau panas kedua-duanya adalah rahmat dan kedua-duanya ada kebaikkan dan keburukkan. Terpulang kepada kita bagaimana kita memberi persepsi mengenainya. Bagi saya jika kedua-duanya tidak di imbangi atau berlebihan antara satu darinya akan mengakibatkan kemudaratan kepada manusia. Bencana yang boleh disumbangkan adalah banjir, kemarau, kematian dan sebagainya.
Ini bermakna kita tidak perlulah bersangka bahawa panas atau hujan adalah kebaikan atau keburukkan secara mutlak kepada kita tetapi kita haruslah sentiasa bersedia menerima rintangan dan pancaroba yang mungkin datang bila-bila masa. Jikapun panas dari pagi belum tentu panas itu memberi kebaikan kepada kita sepanjang hari ataupun hujan di pagi hari belum tentu memberi kebaikan kepada kita sepanjang hari.
Kita memerlukan panas dan hujan setiap hari. Apa yang saya bincangkan di sini ialah pepatah yang menyangka panas hingga ke petang adalah kebaikan merupakan kesulitan atau kesukaran yang tersebunyi di belakangnya dan hujan yang kita sangkakan sebagai masalah memungkinkan rahmat di tengah hari. Jika pepatah itu diterbalikkan maka sama juga keadaannya. Apa yang penting adalah kita jangan leka dan lalai dengan kesenangan dan ketenangan yang kita kecapi.
Kita memerlukan panas dan hujan setiap hari. Apa yang saya bincangkan di sini ialah pepatah yang menyangka panas hingga ke petang adalah kebaikan merupakan kesulitan atau kesukaran yang tersebunyi di belakangnya dan hujan yang kita sangkakan sebagai masalah memungkinkan rahmat di tengah hari. Jika pepatah itu diterbalikkan maka sama juga keadaannya.
BalasPadam