COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

DNA BABI + CILI = SOS

IPOH: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), bertindak menghantar notis pemberitahuan kepada Persatuan Hotel Malaysia dan syarikat makanan segera berhubung penemuan Asid Deoksiribonukleik (DNA) babi di dalam sos jenama HP Souce dan Tabasco, sejak bulan lalu.




Ketua Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff, yang dihubungi wartawan Harian Metro berkata, pihaknya sudah menghantar notis peringatan memaklumkan kepada pengamal industri makanan yang menggunakan sos jenama berkenaan baru-baru ini.

Bagaimanapun, katanya, aspek penguatkuasaan belum dijalankan berikutan pihaknya sedang melakukan beberapa siasatan terakhir sebelum menguatkuasakan larangan penggunaan dua jenis sos jenama terkenal itu.

“Kami belum memuktamadkan penguat kuasaan larangan itu, namun surat makluman mengenai penemuan DNA babi itu sudah diedar kepada pihak terbabit termasuk rangkaian hotel dan restoran makanan segera.

“Kami sedang menunggu arahan pihak atasan Jakim mengenai tindakan selanjutnya bakal diambil terutama dalam menguat kuasakan larangan itu,” katanya. Beliau berkata, pihaknya akan mengadakan sidang media khas sebaik segala siasatan berhubung larangan penggunaan sos jenama berkenaan selesai kelak.

Difahamkan, Jakim sudah mengambil sampel produk berkenaan untuk dihantar sebanyak dua kali ke Jabatan Kimia Malaysia sebelum ia disahkan terdapat DNA babi di dalamnya.

Persoalan timbul apabila pemilik jenama HP Sauce and Tabasco, HJ Heinz and Mclhenny Company, menyangkal dakwaan kedua-dua jenama itu tidak disahkan halal.

Dalam kenyataannya, syarikat itu berkata, kedua-dua jenama itu mematuhi sepenuhnya garis panduan kawal selia oleh badan pensijilan masing-masing.

HP Sauce disahkan halal oleh HAC (Halal Audit Company), iaitu pihak berkuasa pensijilan Islam di Belanda, di mana terletaknya kilang itu.

Manakala, Tabasco disahkan halal oleh INFANCA (Majlis Nutrisi dan Makanan Islam Amerika) yang juga pihak berkuasa Islam di Amerika Syarikat dan mendapat akreditasi Jakim bagi mengesahkan produk itu bagi pihaknya. - [HM]

KITA TIDUR KEKENYANGAN MEREKA TIDUR KELAPARAN

Inilah yang difikirkan apabila kita menghayati video yang dipaparkan di bawah ini.
Kita tidur kekenyangan dan mereka tidur kelaparan


Orang ramai atau syarikat yang ingin menderma boleh menghulurkan sumbangan masing-masing menerusi akaun Maybank 514105-320757 atau datang sendiri ke Bahagian Kewangan NSTP di 31, Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur atau menghantar cek atas nama Thе Nеw Straits Times Press (M) Bhd, dengan menulis Tabung Bencana NSTP-Media Prima di belakang cek.

KEHILANGAN DAN KEWUJUDAN KU SEMENTARA SERTA MUNASARAWAK

Bermula dari bulan Julai sehingga Ogos ini saya jarang online apatah lagi nak update blog. Alahai... Sibuk memanjang jer.. Sehinggakan beberapa perkara lain juga terabai. Bukan saya abaikan dengan sengaja tetapi saya lakukan atas sebab-sebab yang munasarawak.



Apa yang saya tulis dalam artikel kali ini adalah untuk pembaca memahami bahawa setiap yang berlaku ada sebab dan ceritanya. Di bawah ini adalah salah satu cerita yang di anggap salah tetapi beralaskan sebab yang munasarawak. Saya berharap perkongsian saya ini memberi menafaat kepada pembaca.

Ada juga yang melenting akibat ketiadaan saya dalam satu-satu organisasi. Saya sekali lagi memohon maaf. Saya perlu cari sumber untuk memberi suntikkan pada kemahuan. Kudrat saya pada masa lalu tidak sama dengan apa yang ada pada masa kini. Saya suka dan teruja apabila anak-anak muda yang saya didik bersama-sama dengan rakan seguru begitu tekun dan memberi komitmen yang tinggi untuk menuntut ilmu. Sedih rasa hati kerana tidak mampu meneruskan perjuangan yang baik dan mulia. Mungkin saya lebih diperlukan di sini.

Saya tidak akan dan tidak pernah lupa apa yang dijuangkan. Sesekali ada juga saya berfikir dan mencari jalan bagaimana hendak meneruskan perjuangan. Rasa kosong dan tumpul ilmu yang dituntut jika ianya tidak di asah dengan mengajar dan belajar.

Saya bukanlah orang yang kasar dan bukan bersifat terburu-buru. Tetapi saya juga manusia yang sentiasa melakukan kesilapan. Apa yang berlaku di sekeliling kita sebenarnya bahan kimia yang mengubah perlakuan kita setiap hari. Terutamanya berkaitan dengan makanan dan pengalaman. Kepercayaan bukan boleh dijual beli. Sekali kepercayaan saya di calarkan maka parutnya akan terus kekal selamanya. Bukan kehendak saya untuk bersikap seperti itu tetapi kerana kelemahan saya yang saya sendiri tidak suka merasainya. itulah dikatakan dendam.

Suatu ketika dahulu saya teruja dengan rakan-rakan yang amat sporting dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam laman sosial Facebook. Tetapi, kini ianya seakan menjadi kenangan untuk dibekalkan semasa hari tua. Rindu rasanya untuk bertemu dengan rakan-rakan yang sentiasa mengukirkan senyuman bila bersua muka dengan saya. Tetapi apakan daya keadaan saya berubah dan saya terpaksa menerima perubahan itu. Ini kerana saya mahu menjadi orang yang berguna di kala hari tua. Kebolehan saya bagaimanapun tidak akan saya siakan begitu sahaja. Saya akan menyokong dan mendukong mana-mana organisasi yang  menyediakan aktiviti yang baik untuk masyarakat seluruhnya.

Oleh itu, apabila anda melihat atau  merasai perubahan rakan anda maka janganlah terus melenting. setiap yang hidup akan mati dan setiap mayat ada ceritanya. Kita yang belum tentu mengetahuinya tidak layak untuk menghukum atau membuat penilaian... Wasalam.

MENGAPA ANGKA 666 DI KAITKAN DENGAN *^%*&^%$&

Dalam banyak-banyak kepercayaan angka 666 sering dijadikan simbol yang mengandungi makna yang sangat menakutkan dan sentiasa dikaitkan dengan dunia kegelapan. Hal ini terus belaku sehingga kini dari generasi ke generasi dan hampir dipercayai oleh disemua pelusuk dunia baik di barat atau pun timur baik di utara maupun di pelusuk bumi bagian selatan.



Kali ini kita akan menyelami makna angka 666 dengan merujuk kitab suci agung Al Quran; dengan cara melihat pada nombor ayat, nombor surat dan nombor juz yang mengandungi angka 666

Bila kita lihat dari ayat 1 hingga 666 Al quran, maka kita akan bertemu dengan surah An Nisaa ayat 173, “Adapun orang-orang yang beriman dan berbuat amal saleh, maka Allah akan menyempurnakan pahala mereka dan menambah untuk mereka sebahagian dari umat-Nya. Adapun orang-orang yang enggan dan menyombongkan diri, maka Allah akan menyiksa mereka dengan siksaan yang pedih, dan mereka tidak akan memperoleh bagi diri mereka perlindungan dan pertolongan selain dari pada Allah’’.

Angka 666 bila dipisah akan terdiri dari angka 6 dan 66. Surat ke 6 dalam Al Quraan adalah Al An’aam yang dalan terjemahan Al Quran yang diterbitkan jabatan agama bererti BINATANG TERNAK. Apakah dengan Allah telah menyindir mereka iaitu para pemuja syaitan dan sejenisnya ibarat binatang yang tidak mempunyai akal dan fikiran.. Cuba semak firman-Nya surat AL An’aam ayat ke 6, ‘’Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak kaum-kaum yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal ( kaum itu ) telah kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir dibawah mereka. Kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri. Dan Kami ciptakan sesudah mereka kaum yang lain’’. 

Dan ini seruan Allah dalam surah Al Anaam ayat yang ke 66, “Dan kaummu mendustakannya (azab) padahal azab itu benar adanya katakanlah : “Aku ini bukanlah orang yang diberi untuk mengurus urusanmu’’. Surat ke 66 dalam kitab suci Al Quraan adalah At Tahrim, yang terjemah Al Quraan terbitan jabatan agama bererti MENGHARAMKAN. Apakah dengan ini Allah telah menyidir mereka dengan mengharamkan segala bentuk dan prilaku para pemujaan syaitan dan sejenisnya untuk masuk kesyurga-Nya. Cuba lihat firman-Nya dalam surah At Tahrim ayat ke 6, ‘’Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mengdurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.

Angka 6 bila dikolerasikan pada nomor juz 6 maka kita akan bertemu dengan surah An Nisaa ayat 148 hingga 176 dan surah Al Maidah ayat 1 hingga ayat 82 sehingga kesemua ayat pada juz 6 adalah 111 ayat. Bila kita urut dari ayat 1 hingga ayat 111 maka ayat ke 6 pada juz 6 adalah surah An nisaa ayat 153, “Ahli kitab meminta kepadamu agar kamu menurunkan kepada mereka sebuah kitab dari langit. Maka sesungguhnya mereka telah meminta kepada Musa yang lebih besar dari itu. Mereka berkata: ‘’Perlihatkanlah Allah kepada kami dengan nyata”. Maka mereka disambar kilat kerana kezalimannya, dan mereka menyembah anak sapi, sesudah datang kepada mereka bukti-bukti yang nyata, lalu Kami maafkan (mereka) dari yang demikian. Dan telah Kami berikan kepada Musa keterangan yang nyata’’. Dan ini ayat ke 66 dalam juz 6 maka kita akan bertemu dengan surah Al Maidah ayat 37, ‘’Mereka ingin keluar dari neraka, padahal mereka sekali-kali tidak dapat keluar daripadanya, dan mereka beroleh azab yang kekal’’.

Maha Suci Allah yang tak akan pernah hilang Kesucian dan Keagungan-Nya walau seluruh isi jagat raya tak menyembah-Nya lagi.

Sumber : prediksi

JANGAN DI SANGKA HUJAN SAMPAI KE PETANG NANTI PANAS DI TENGAH HARI

Kebiasaannya kita mendengar Jangan sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Saya buat lain dari yang lain. Saya sendiri suka melihat sesuatu dari sudut yang jarang orang lihat. Mungkin keunikkan sesuatu lebih nampak bila kita melihat dari sudut yang berbeza.



Hujan adalah rahmat dari tuhan. Dikatakan di kala hujan turun maka waktu itulah sesuai kita bermunajat menadah tangan dan berdoa. Hujan turun maka rahmat tuhan juga turun. Tuhan memberi ketenangan kepada kita apabila kita berjaya mengharungi dugaan dan rintangan yang diberikan olehnya.

Jika kita melakukan sesuatu jangan terlalu memikirkan kebahagiaan yang mungkin kita kecapi pada masa-masa akan datang tetapi kita harus memikirkan sesuatu keburukkan yang akan berlaku supaya kita sentiasa bersedia.

Hujan atau panas kedua-duanya adalah rahmat dan kedua-duanya ada kebaikkan dan keburukkan. Terpulang kepada kita bagaimana kita memberi persepsi mengenainya. Bagi saya jika kedua-duanya tidak di imbangi atau berlebihan antara satu darinya akan mengakibatkan kemudaratan kepada manusia. Bencana yang boleh disumbangkan adalah banjir, kemarau, kematian dan sebagainya.

Ini bermakna kita tidak perlulah bersangka bahawa panas atau hujan adalah kebaikan atau keburukkan secara mutlak kepada kita tetapi kita haruslah sentiasa bersedia menerima rintangan dan pancaroba yang mungkin datang bila-bila masa. Jikapun panas dari pagi belum tentu panas itu memberi kebaikan kepada kita sepanjang hari ataupun hujan di pagi hari belum tentu memberi kebaikan kepada kita sepanjang hari.

Kita memerlukan panas dan hujan setiap hari. Apa yang saya bincangkan di sini ialah pepatah yang menyangka panas hingga ke petang adalah kebaikan merupakan kesulitan atau kesukaran yang tersebunyi di belakangnya dan hujan yang kita sangkakan sebagai masalah memungkinkan rahmat di tengah hari. Jika pepatah itu diterbalikkan maka sama juga keadaannya. Apa yang penting adalah kita jangan leka dan lalai dengan kesenangan dan ketenangan yang kita kecapi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.