اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

PERHIMPUNAN BERSIH APA JUA ALASAN DITOLAK

Macam-macam alasan yang di war-warkan untuk melakukan aktiviti PERHIMPUNAN BERSIH. Saya sekali lagi menolak 100% perhimpunan bersih yang boleh mengundang masalah pelbagai sektor negara seperti ekonomi, keselamatan, kamakmuran, kepercayaan dan pelbagai lagi yang memungkinkan Malaysia menghadapi masalah pada masa-masa akan datang.



Tersebut lah kisah salah seorang penyokong gerakkan PERHIMPUNAN BERSIH menyenaraikan kecacatan dan ketidak telusan SPR dalam sistem pilihanraya yang mereka sediakan. Saya sendiri juga tidak bersetuju dengan apa yang berlaku dan dilakukan oleh SPR seperti yang ditunjukkan oleh Pro PB. Tapi pendapat saya bukan PERHIMPUNAN BERSIH adalah jawapannya. Saya sendiri sudah menyenaraikan mengapa saya menolak sama sekali PB ini.

Jika benar apa yang dinyatakan dalam blogger pro-PKR maka bertindaklah dengan sewajarnya. Bergeraklah melalui undang-undang yang sedia ada. Adakan kempen melalui media-media yang PKR pelopori tidak kira internet mahupun bahan cetakkan. Minta SPR membuat penjelasan mengenainya. Kuasa internet sekarang bukan seperti dulu dan PKR mampu lakukannya. Pada pendapat saya kemenangan PKR adalah disebabkan keberkesanan maklumat yang disalurkan oleh mereka. Gerakkan BP bukan jawapannya kerana ianya boleh menghancurkan negara. Saya sebagai rakyat juga mahu mendengar penjelasan tersebut. Takkan nak serang seseorang tanpa usul periksa dan penjelasan. Itu dinamakan tak profesional.

Dari masa ke semasa saya membandingkan apa yang berlaku dalam dunia politik dan kesannya ke atas rakyat serta negara. Mungkin saya bukanlah orang yang pakar mengenainya tapi kepentingan bersama harus dijaga.

Setiap yang berlaku ada penjelasannya PERHIMPUNAN BERSIH memberi impak negatif mengenai kepimpinan PKR. BN telah memegang tampuk pimpinan dari dulu hingga sekarang dan mereka menghadapi pelbagai rintangan dan dugaan untuk menyusun atur pembangunan yang anda lihat sekarang dan mereka juga akan meneruskan agenda yang dirancang. Tidak dapat tidak pasti ada juga calar dan kekurangan dalam sistem yang ada sekarang. Dalam setandan pisang yang baik pasti ada juga yang rosak. Kerajaan mengawal, menjaga dan mendidik rakyat dan bukannya anak yang disusu dalam buaian. Cabarannya pasti lebih besar.

PKR juga mempunyai kecacatannya dan kekurangannya tersendiri. Seperti yang saya sebut tadi dalam setandan pisang pasti ada yang rosak. PERHIMPUNAN BERSIH jika dilakukan pendapat saya benar-benar akan mencalar kewibawaan PKR dan Parti Pas khasnya. PERHIMPUNAN BERSIH boleh mencetus satu lagi sejarah hitam selepas 13 Mei.

Mari kita lihat fenomena di Sarawak. Melalui pancaindera saya bernafas, melihat, mendengar, berfikir dan kata-kata. Wakil rakyat yang dipilih benar-benar bekerja untuk rakyat setelah melalui detik-detik yang sukar pada pilihanraya lepas. Saya amat menghormati beberapa wakil rakyat yang saya lebelkan sebagai berjiwa rakyat. Tidak dapat tidak... ada juga wakil rakyat yang dilantik memikul tanggungjawab sambil lewa sahaja. Bagaimana saya boleh katakan demikian, ini kerana saya sendiri telah mendengar beberapa aduan mengenai wakil rakyat yang tidak prihatin dengan mereka walaupun saya ni bukanlah pusat aduan.

Apa yang saya sampaikan bukanlah berniat untuk mengutuk mana-mana pihak. Saya hanya menegur secara hormat dan tidak sesekali menyentuh abiliti sesiapa pun. Jika saya silap maka tegurlah dengan berkhidmah dan bukan dengan sumpah seranah seumpama manusia yang tidak bertemadun.

Saya Rakyat Sarawak

Reactions:

2 comments:

  1. Macam-macam alasan yang di war-warkan untuk melakukan aktiviti PERHIMPUNAN BERSIH. Saya sekali lagi menolak 100% perhimpunan bersih yang boleh mengundang masalah pelbagai sektor negara seperti ekonomi, keselamatan, kamakmuran, kepercayaan dan pelbagai lagi yang memungkinkan Malaysia menghadapi masalah pada masa-masa akan datang.

    BalasPadam
  2. Pemimpin yang akan disanjung akhir zaman adalah "Pemuda Bani Tamim".Beliau akan menjadi tempat rujukan dan tempat meluah rakyat jelata.Suatu hari beliau diangkat menjadi pemimpin,dan beliau mentadbir negaranya dengan adil dan saksama.Dibelakang beliau,ada pasukan tentera Fisabilillah yang dinamakan "Panji Hitam Dari Timur".Tenteranya itu tidaklah terkalahkan oleh mana2 pihak sekalipun.Mereka mendapat keberkatan dan perlindungan dari ALLAH S.W.T. Dari timur Panji Hitam dan Pemuda Bani Tamim berjalan menuju ke barat.Pada setiap Perjalanan, mereka memerangi kaum kufar dan mengalahkan mereka dgn kemenangan luar biasa.Bersama-samalah kita berdoa agar Kewujudan Pemuda Bani Tamim ini mendapat perkhabaran. AMIN.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.