COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

KEPADA YANG SUDAH LUPA ERTI CINTA "WO AI NI"

Pernahkah anda mendengar perkataan ini? Naan unnai kathalikaraen, Saranghaeyo, Aishiteru, Je t'aime, Mahal kita, Ek is lief vir jou dan sebagainya? Semua perkataan ini bermaksud aku cinta padamu. Bilakah perkataan ini selalu di ucapkan dengan pengertian? Dikatakan ungkapan penuh pengertian ini selalunya berlaku di waktu mula-mula bibit cinta dan ada juga mengatakan dikala umur mencecah antara 20 hingga 25 tahun. Individu yang berumur dalam lingkungan itu dikatakan adalah umur saat-saat honeymoon. Pelbagai pendapat dan huraian mengenai ungkapan tersebut.



Apabila masuk ambang pernikahan yang berusia kira-kira 3 tahun maka ungkapan tersebut mula susut akibat daripada hubungan antara dua insan yang semakin selesa dan keintiman yang semakin hambar. Gerak gaya hingga tutur kata langsung tidak mengambarkan cinta. Mungkin benar apa dikatakan, ungkapan tersebut semakin kurang nilainya akibat daripada selesa dengan hubungan dan mungkin juga cinta semakin hambar.

Mengapa sukar untuk meluahkan rasa dan kata yang hanya mengambil masa lebih kurang 5 saat yang mampu memberi kesegaran dalam hubungan? Pelbagai sebab yang terlalu kompleks untuk di huraikan. Sekalipun dua insan saling sayang menyayangi tetapi ungkapan ini sukar untuk di ucapkan kerana faktor umur dan perasaan.

Kita seringkali ingin mengunkapkan ungkapan ini di saat kita ingin memiliki seseorang dan dikala kita akan kehilangan seseorang. Kehilangan orang yang tersayang akan lebih terasa jika ungkapan ini tidak diluahkan. Kita belum tahu esok hari adakah kita berjumpa atau masih bersama dengan orang yang kita sayangi. Apabila dia tiada lagi, ungkapan ini tidak akan dapat dirasai oleh si dia dan kita akan merasa sesal.

Ungkapan ini boleh menenangkan orang yang tersayang selain sebagai ubat penenang di kala menghadapi liku-liku kehidupan.

Berapakah nilai ungkapan ini adalah bergantung bagaimana perasaan kita ketika kita mengunkap ungkapan ini. Ianya terlalu kompleks dan hanya diri anda sendiri sahaja yang tahu berapakan nilainya. 

KETAM GERGASI MUTASI ATAU SEMULAJADI

WEYMOUTH - Seekor ketam labah-labah gergasi seberat 15 kilogram semakin membesar selepas ia ditangkap oleh seorang nelayan di Heda, Teluk Suraga, barat daya Tokyo, lapor sebuah akhbar semalam.

KETAM labah-labah yang dipamerkan di Akuarium Sea Life Weymouth, Dorset memiliki berat 15 kilogram.

Ketam labah-labah Jepun itu pada mulanya mahu dijual untuk dijadikan hidangan makanan.

Bagaimanapun, nelayan itu menghubungi seorang ahli biologi yang bekerja dengan Akuarium Sea Life Weymouth di Britain, Robin James.



James pernah melawat kampung nelayan itu beberapa minggu sebelum ketam tersebut ditangkap.

Ahli biologi tersebut kemudian mengatur rancangan untuk menyelamatkan ketam labah-labah itu daripada dibunuh untuk dijadikan makanan.

Kakitangan di akuarium itu percaya bahawa ketam tersebut adalah yang paling besar pernah dipelihara di dunia.

Ketam labah-labah yang berusia 40 tahun itu kini dipamerkan di akuarium tersebut di Weymouth, Dorset, Britain sebelum ia dipindahkan ke Munich, Jerman. - Agensi

TERMENUNG ANDA TENTUKAN NEGATIF ATAU POSITIF

Termenung selalunya dikaitkan dengan masalah kerana bila seseorang ditimpa masalah kebiasaannya akan mengakibatkan sindrom termenung akan muncul. Setiap orang pasti akan mengalami sindrom termenung dan sindrom ini selalunya di iringi dengan emejinasi.



Termenung pada pendapat saya adalah proses memahami peristiwa yang sudah berlaku dan akan berlaku. Pemahaman ini memerlukan emejinasi. Dengan emejinasi maka ianya akan menghasilkan satu keputusan ke atas emosi dan tindakkan.

Saya nak berkongsi pengalaman saya dengan anda semua. Semasa saya di sekolah menengah, cikgu dan rakan-rakan selalu tegur saya kerana kuat termenung. Semasa saya termenung sebenarnya saya memikirkan sesuatu dan cuba memahami sesuatu dengan kaedah emejinasi. Semuanya berkait rapat dengan pelajaran tentang kehidupan. Pelajaran kehidupan tidak di ajar di sekolah tetapi dipelajari dari perjalanan hidup seharian.

Cara berfikir juga penting untuk menghasilkan keputusan yang terbaik dari yang baik-baik. Pelbagai sudut perlu difikirkan dan keputusan haruslah tidak menyakiti mana-mana pihak ataupun minimakan resiko. Muhasarawak diri juga salah satu kaedah termenung iaitu dengan merenung apa yang kita telah buat semasa hayat kita seharian dan apakah keputusan kita untuk memperbaikinya.

Apakah persepsi anda mengenai termenung? Pada pendapat saya termenung salah satu anugerah kehidupan yang penting dalam kehidupan dan ianya juga salah satu santapan otak. Setakat ini sahaja huraian saya dan saya berharap artikel ini memberi menafaat. Renung-renungkan dan selamat beramal.

1 MALAYSIA DI SALAH ERTIKAN DAN KINI SAYA MENGERTI

As'salam dan Salam satu Malaysia kepada semua pembaca-pembaca beloya2u.com. Maaflah yer sekiranya ada pembaca-pembaca yang ternanti-nanti artikel dalam beloya2u ni tak muncul-muncul sejak kebelakangan ini. Rasanya, lebih kurang 2 minggu saya tidak menulis artikel dalam beloya2u ni. Kebelakangan ini saya sibuk dengan kerja-kerja mengawasi acara-acara yang dibuat oleh pelanggan saya dan saya seringkali berada di luar kawasan untuk mengawasi acara-acara bagi memastikan segalanya berjalan dengan lancar.



Berbalik kita kepada tajuk yang saya letakkan di atas sana dan terlebih dahulu saya nak berkongsi sedikit pengalaman saya mengenai pengertian Satu Malaysia yang dilaungkan oleh Perdana Menteri kita Najib Tun Razak. Kebanyakkan rakyat Malaysia tersalah erti mengenai satu Malaysia. Salah satunya ialah pengertian yang salah di kalangan rakyat adalah 1 Malaysia bermaksud kesamarataan. Sebenarnya 1 Malaysia bukanlah bermaksud kesamarataan tetapi semarak jiwa untuk membangunkan Malaysia.

Kita ambil contoh Kek 1 Malaysia. Kek ini perlu disiapkan dengan adunan dan bahan yang berbeza dengan kuantiti yang berbeza. Contohnya tepong perlu disediakan 700g, telur 300g, kacang 200g dan sebagainya. Dengan ramuan tersebut maka siaplah Kek satu Malaysia. Bagaimana pula jika kita sekatakan ramuan tersebut seperti tepong kita masukkan 700g, telur 700g, kacang 700g dan sebagainya? sudah tentu kek tersebut tidak menjadi. Itulah dikatakan 1 Malaysia. Setiap bahan mempunyai kekuatannya sendiri begitulah rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Setiap kaum mempunyai kekuatannya sendiri dan dengan kekuatan itu hendaklah di adunkan dengan bijak supaya dapat menghasilkan negara yang maju dan makmur.

Pengalaman saya sendiri berjumpa dengan beberapa orang rakan yang benci dengan konsep 1 Malaysia. Saya dapat simpulkan di sini bahawa mereka benci kerana mereka TAK FAHAM dan mungkin juga kerana mereka lebih seronok membuat fitnah dari membantu memakmurkan negara. 

Dalam sepuluh biji buah durian yang dibeli tak semuanya lunak dan enak. Saya pasti ada antaranya berulat dan tidak sedap dimakan. Begitulah juga apa yang ada dalam masyarakat Malaysia. Anda tentukan sendiri di mana anda berdiri.

PERHIMPUNAN BERSIH 2.0 MEMBAZIR DUIT RAKYAT DAN SAPA CAKAP 10 JUTA?

Maklumat ini saya perolehi dari beberapa rakan yang terlibat dalam perhimpunan bersih. Walaupun saya tidak menyokong 100% perhimpunan bersih tetapi saya tidak membenci rakan-rakan yang terlibat dalam perhimpunan bersih kerana mereka dikatakan mendapat RM200.00 untuk mengikuti perhimpunan ini. Anggaran kos untuk membuat perhimpunan tersebut adalah RM10 Juta.

Dilaporkan hotel-hotel di sekitar Chow Kit dan sekitar bandar yang disenaraikan berlaku aktiviti ini penuh dengan kontraktor-kontraktor yang berjaya mendapat projek dalam perhimpunan bersih ini. Bagaimana pula dengan kos-kos yang berkaitan dengan pengankutan? kos baju? kos banner? kos makanan? dan pelbagai lagi kos yang terlibat. Kos yang disenaraikan adalah kos yang digunakan oleh pihak tertentu untuk menjayakan perhimpunan bersih.

Bagaimana pula dengan kos yang terpaksa ditanggung oleh kedai-kedai di sekitar perhimpunan bersih yang terpaksa di tutup? bagaimana pula kos keselamatan yang terpaksa di tanggung oleh kerajaan? bagaimana pula kos yang terpaksa di tanggong oleh hospital-hospital? bagaimana pula dengan kos yang terpaksa di tanggung akibat ketidak percayaan pelabur? bagaimana pula dengan kos-kos yang terpaksa di tanggung akibat daripada kemorosotan kedatangan pelancong di Malaysia? Bagaimana pula kos kerosakkan yang telah dibuat?


Apakah pihak pemimpin yang menganjur perhimpunan ini tidak berfikir mengenai perkara ini ataupun terpaksa mengadakan perhimpunan ini kerana ada agenda lain yang tersembunyi selain daripada 8 tuntutan yang disenaraikan. Untuk merialisasikan 8 tuntutan maka tergadai duit rakyat. Apakah cara rundingan sudah menemui jalan buntu?


Kebanyakkan video yang ditayangkan banyak menyalahkan pihak polis dan kerajaan kerana berkasar dengan rakyat yang mengikuti perhimpunan bersih. Apakah mereka tidak berfikir bagaimana orang lain ketakutan melihat gelagat mereka yang seakan hendak menyerang anggota polis, berteriak di sana sini dan sebagainya yang boleh mencetuskan ketakutan. Jika anda menjadi polis bagaimana? Siapa cari pasal dan siapa pula yang buat fitnah?

Sebab itulah saya menyatakan bahawa orang-orang yang menyokong perhimpunan bersih ini adalah antara orang-orang yang membaca hujah-hujah dari sebelah pihak sahaja ataupun dengan kata lain membaca dengan sebelah mata dan mata yang satu lagi dibuta dengan sogokkan hinaan, fitnah dan pelbagai perkara negatif yang merobek jiwa yang lemah.

Pemimpin yang disyaki mendalangi perhimpunan ini jelas dan terang seorang yang membawa kepada perpecahan kaum. Bagi yang melihat hujah-hujah yang dibuat semasa pilihanraya Sarawak antara pihak yang bertanding mungkin perasan bahawa baur-baur perkauman sangat-sangat di tekankan oleh beberapa pihak dengan cara terbuka. Saya amat membenci tektik ini.

Siapa pun kita, siapa pun mereka "perhimpunan bersih" ini adalah jalan yang kotor yang pernah saya dengar dalam hidup saya.

Sila tegur dengan berhikmah dan bukan dengan cara sumpah seranah kerana kita orang yang bertemadun. Jadi jadi kera yang hendak merebutkan pisang.. Renung-renungkan dan selamat beramal.

DAH NAMPAK DAH NAK KESAN PERHIMPUNAN BERSIH ANJURAN AMBIGA BERKEPALAKAN ANUAR

Saya mohon maaf, kali ini artikel saya menggunakan bahasa ibunda saya iaitu bahasa sarawak. he he.. Kitak orang dah nangga info-info berkaitan dengan perhimpunan bersih tek? mun udah nangga bagus lah. Tangga kitak orang kesannya ke atas orang lain. Bagus ka sik bagus camya? Ya perjuangan Annuar untuk ambiga ataupun berjuangan Ambiga untuk Annuar.. Bukan untuk rakyat...  Mun untuk rakyat siknya molah gia. Ya rupa sidak PAS ya juak. Nang sik kedak parti PAS jak sidak dalam ya.. Betikam dengan botol dengan polis.. Bagus gia.. Siknya tauk nya dikudakan oleh Annuar ya.

Dari sia nampak dah aku muka annuar sebenar yang betopengkan muka keadilannya tek. Cara paling kotor yang pernah aku diat dalam sejarah cara seorang pemimpin molah tuntutan. Kitak orang sik dapat bukak mata agik ka apa yang annuar polah. Aku tauk... ada dikalangan kitak orang dah terpengaruh dengan satu perkara yang aku pasti "Jangan percayakan Media Arus Perdana". Bila jak word ya di kayang-kayang rah mata n telinga kitak orang alulah suara sebelah pihak ajak di dengar pasya suara dari sebelah pihak agik sik didengar. Jadinya kitak orang jadilah pejuang ANNUAR & bukan pejuang negara. Paham sik kitak orang apa maksud aku tok. Mun paham bagus lah.

Aku paling kecewa parti PAS sebab berstongkol dengan Ambiga. Mun datang jak pas kat Sarawak tok nang ditanyak ku bena-bena apa tujuan sidaknya molah gia. Apa perjuangan sidak sebenarnya. Nak berperang jak kerja. Kinek tok berperang dapatkan ilmu pengetahuan bukan main tikam-tikam botol rah jeraya, kiak kaong sik tentu pasal kedak orang sik berotak. Ya ku madah Parti PAS pun dah sik releven agik dah. Secara keseluruhannya PKR memang sik releven dah.

Aku nanggalah nak.. Perhimpunan bersih tok adalah perjuangan untuk Ambiga dengan Annuar & bukan untuk negara. Banyak cara lain yang lebih bagus gik dari cara perhimpunan bersih. Mun juak bersih perhimpunan ya... Coba kitak orang tangga dikpun kedak apa kedak keadaan masa perhimpunan ya. Bagus kah gia? Biasalah nak... Dalam dunia tok ada orang berotak n ada juak sik berotak. 

KAMI MAHU ANNUAR IBRAHIM BERUNDUR KERANA DIA ADALAH PENJAHANAM NEGARA



DULU PERHIMPUNAN PENYAPU SEKARANG PERHIMPUNAN BERSIH 2 X 5

Latar belakang

Isu perkauman dalam pilihan raya 1969
Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah dalam pilihanraya.



Pada pilihanraya umum 1969 Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.

Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah meraikan kemenangan mereka pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan isu perkauman. Malah terdapat segelintir pengikut perarakan (identiti mereka tidak dapat diketahui) telah mengeluarkan slogan-slogan sensitif berkenaan isu perkauman semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi kawasan Melayu, melontar penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian tersebut. Pihak pembangkang yang sebahagian besar darinya kaum Cina dari Democratic Action Party dan Gerakan yang menang, mendapatkan permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur. Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan Melayu Kampung Baru, menyorak penduduk di situ. Sesetengah penunjuk perasaan membawa penyapu, kemudiannya dikatakan sebagai simbol menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan mengenai tengelamnya kapal Perikatan — the coalition's logo.Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969 sebelum Parti Gerakan mengeluarkan kenyataan meminta maaf pada 13 May di atas kelakuan penyokong mereka. Menteri besar Selangor, Dato' Harun Idris telah mengumumkan bahawa perarakan balas meraikan kemenangan UMNO akan dijalankan pada pukul 7.30 malam, 13 Mei 1969.

Pembangkang meraikan kemenangan
Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.

Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.

Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan. Perarakan kematian Cina

Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jalanraya turut berlaku.

Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.

Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.

Rumah Menteri Besar Selangor
UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.

Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu arahan daripada Dato' Harun Idris untuk mengamuk. 

Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor. Terdapat cerita-cerita lain mengenai seorang wanita mengandung dibunuh dan kandungannya dikeluarkan dari perut dengan menggunakan besi penggantung daging babi.Sebelum menghembuskan nafas terakhir wanita tersebut sempat memasukkan semula janin yang terkeluar itu ke dalam perutnya.

4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.

Cerita-cerita seperti ini yang tidak diketahui sama ada benar atau tidak telah menyemarakkan lagi api permusuhan di antara Melayu dan Cina. Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.

Rejimen Renjer

Anggota FRU semasa rusuhan 13 Mei berlaku.
Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari orang-orang Melayu, Iban, Cina,India, Sikh, Gurkha dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin meluap-luap. Menurut laporan, ketua pasukan Rejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina.

Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.

Askar Melayu

Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Malah ada askar melayu yang menembak ke atas rumah kedai orang Cina kerana kononnya mereka telah membaling botol ke arah askar melayu tersebut. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman.

Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah di Sungai Klang berhampiran lorong Tiong Nam, Chow Kit. Konon ada rakaman televisyen oleh pemberita dari BBC dan Australia, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman ini.

Panggung Odeon

Pemuda-pemuda Cina telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut langsung tidak tahu membaca tulisan bahasa cina. Kesan daripada itu, pemuda-pemuda cina tersebut telah menyerbu masuk ke dalam panggung dan menyerang dan menyembelih penonton yang ada dan membakar pawagam tersebut. Hampir semua penonton di dalam panggung tersebut mati di dalam keadaan yang sangat mengerikan. Ini termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang. Manakala di pasar pula askar melayu telah menembak orang cina yang melanggar perintah berkurung dengan kereta perisai mereka. Di lebuh raya persekutuan pula, penduduk melayu Kampung Kerinchi telah membuang pasu di atas lebuhraya tersebut dan mengakibatkan kesesakan lalulintas dan kemalangan. Pemilik kereta berbangsa cina ditetak dan dibunuh. Seluruh keluarga peniaga cina yang menjual bunga berdekatan habis dibunuh. Di lapangan terbang Sungai Besi waktu itu yang merupakan lapangan terbang antarabangsa, askar melayu telah menembak orang Cina yang baru balik dari luar negeri dengan tanggapan bahawa mereka melanggar perintah berkurung.

Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Sementara Mohd Radzi mengalami pengalaman yang sama di Pawagam Federal, Jalan Chow kit, Kuala Lumpur ketika menonton filem The Came To Rob Las Vegas arahan antonio Isasi Isasmendi.

Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.

Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.

Ada 4 kiyai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal. Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang. Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu. Mungkin juga ramai yang pernah mendengar kisah parang terbang yang terbang di Kampung Cheras Baru dan penggal kepala orang Cina.

Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tiada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa kerana telah diberi amaran oleh PKM. Cuma ada sedikit kekecohan di Melaka. Di Betong ada tembakan dilepaskan oleh PKM dan mereka memberi amaran jika askar melayu menembak orang cina, mereka akan memberi senjata api kepada orang cina.

Ada yang menyifatkan pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan "politik" Datuk Harun dengan sokongan Tun Razak yang tidak berpuas hati dengan Tunku Abdul Rahman bukannya perkauman kerana pemimpin cina Parti Perikatan seperti, Tan Siew Sin, Ong Yoke Lin telah "lari" bersama dengan Tunku Abdul Rahman ke Cameron Highlands. Sebelum peristiwa itu masyarakat Melayu dan Cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan tidak belaku di negeri seperti Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya pada hari itu orang cina dan melayu akan berbunuhan sesama sendiri di negeri tersebut seperti di selatan thai.

Persepsi

Kalangan orang melayu mempunyai pandangan yang negatif terhadap kaum cina yang dilihat sebagai tidak mengenang budi dengan taraf kerakyatan yang diberikan pada mereka pasca kemerdekaan. Persepsi negatif masyarat Melayu terhadap kaum Cina juga berlaku kerana orang Cina merupakan majoriti menganggotai pasukan Bintang Tiga yang ingin menjadikan negara ini sebagai negara komunis berpaksikan negara komunis China.

Pada tahun 2007, satu buku — May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969 yang ditulis oleh akademik, bekas ahli Democratic Action Party, dan bekas ahli parlimen Kua Kia Soong — telah diterbit oleh Suaram. Berdasarkan dokumen yang baru 'declassified' di pejabat maklumat awam London, buku tersebut mengatakan bahawa rusuhan tersebut bukannya disebabkan parti pembangkang sepertimana cerita rasmi yang diberikan, tetapi rusuhan tersebut dimulakan oleh "ascendent state capitalist class" di UMNO sebagai 'coup d'etat' untuk menumbangkan Tunku Abdul Rahman.[4]

Angka korban

Polis dan tentera sedang mengawal Panggung Odeon yang menjadi sasaran rusuhan. Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah.

Statistik tidak rasmi jumlah kematian:
Melayu : 86 orang
Cina : 342 orang
Lain-lain : 3 orang

Statistik tersebut tidak begitu tepat kerana daripada kacamata orang ramai yang menjadi saksi, mereka melihat berderet-deret lori membawa mayat yang tidak sempurna ke balai polis Jalan Travers waktu itu.
Lokasi Tunku Abdul Rahman semasa peristiwa 13 Mei

Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana.

6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969.
Mageran

Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969. Dengan pengistiharan ini, Perlembagaan Persekutuan telah digantung. Negara diperintah secara terus oleh Yang DiPertuan Agong dibawah undang-undang tentera. Dalam pada itu, Majlis Gerakan Negara (Mageran) telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman telah menarik diri dari mengetuai majlis tersebut. Tempat beliau telah digantikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Berikutan itu, Parlimen juga digantung.

Sepanjang tempoh darurat, Mageran telah melakukan pelbagai tindakan untuk mencari punca dan penyelesaian agar tragedi tersebut tidak berulang. Antara tindakan yang diambil ialah membentuk satu Rukun Negara bagi meningkatkan kefahaman rakyat tentang perlembagaan negara. Turut dilakukan ialah melancarkan Dasar Ekonomi Baru untuk menghapuskan pengenalan kaum dengan satu aktiviti ekonomi dan membasmi kemiskinan tegar dan membentuk Barisan Nasional yang bersifat sebagai sebuah kerajaan perpaduan. Hampir kesemua parti yang bertanding pada 1969 telah menyertai BN kecuali DAP dan PAS.

BLY:
Perhimpunan atau perarakan dulu guna penyapu dan sekarang digantikan dengan BERSIH. Apa bezanya? Apa yang hendak dibersih sebenarnya? Kejadian seperti itu boleh berulang semula jika perhimpunan ini di adakan. Impak kali ini mungkin lebih kasar lagi dan sekalipun kerajaan digulingkan maka kecacatan yang berlaku dalam sistem kita sekarang akan mengundang kemarahan lebih banyak pihak. PERHIMPUNAN BERSIH bukan jalan yang terbaik!!!!!!

sumber : wikipedia

REMPEYEK

http://kthenterprise.blogspot.com

***Untuk tempahan dan maklumat lanjut silalah berhubung terus di talian 010- 522 7500 (nur)...

15 CARA MENGGUNAKAN KAD PERNIAGAAN

Dunia perniagaan ataupun usahawan mempunyai pelbagai trik dan kaedah untuk mempromosikan produk mahupun diri sendiri. Sebenarnya apabila kita mempromosikan diri sendiri secara langsung kita mempromosikan produk dan perkhidmatan kita. Dengan cara tersebut kita dapat menambah rangkaian perniagaan kita dan mencipta pelanggan baru.




Di bawah ini merupakan 15 cara bagaimana kad perniagaan dapat dimanipulasi sebagai alat promosi:


  1. Membawa kad perniagaan bersama-sama anda sepanjang masa.
  2. Letakkan kad anda dalam perpustakaan.
  3. Mempamerkan kad perniagaan di semua papan tanda.
  4. Mengedarkan kad semsa menghadiri jamuan.
  5. Kepilkan kad anda bersama setiap surat yang dikirimkan.
  6. Kepilkan kad anda bersama setiap bil yang dibayar.
  7. Bertukar kad dengan kawan-kawan.
  8. Sertai pertubuhan, kelab, persatuan -pastikan kesemua ahli mendapat kad anda.
  9. Pamerkan kad anda pada papan kenyataan di pusat-pusat membeli-belah.
  10. Pastikan kesemua keluarga anda membawa kad untuk diedarkan ke mana saja mereka pergi.
  11. Apabila anda berjumpa dengan pelanggan yang ceria, berikan kad perniagaan anda dan suruh pelanggan anda memberikan kad anda kepada pelangan yang berpotensi.
  12. Gunakan kad anda sebagai tambahan kepada semua ruangan publisiti yang mempunyai klasifikasi kad perniagaan. Ia selalunya menguntungkan.
  13. Pastikan kad anda menarik dan mengandungi semua maklumat yang diperlukan.
  14. Kiranya anda terdiri daripada salah seorang ahli kelab kesihatan, tanya penyambut tetamu sekiranya anda boleh meletakkan kad anda di kaunter atau di papan buletin.
  15. Sentiasa tinggalkan kad anda apabila berjumpa doktor, makanik, salun dan sebagainya.


Saya harap apa yang saya sampaikan memberi menafaat kepada anda semua dan kongsi-kongsi lah dengan rakan-rakan anda. tak rugi pun kan? renung-renungkan dan selamat beramal.

PERHIMPUNAN BERSIH APA JUA ALASAN DITOLAK

Macam-macam alasan yang di war-warkan untuk melakukan aktiviti PERHIMPUNAN BERSIH. Saya sekali lagi menolak 100% perhimpunan bersih yang boleh mengundang masalah pelbagai sektor negara seperti ekonomi, keselamatan, kamakmuran, kepercayaan dan pelbagai lagi yang memungkinkan Malaysia menghadapi masalah pada masa-masa akan datang.



Tersebut lah kisah salah seorang penyokong gerakkan PERHIMPUNAN BERSIH menyenaraikan kecacatan dan ketidak telusan SPR dalam sistem pilihanraya yang mereka sediakan. Saya sendiri juga tidak bersetuju dengan apa yang berlaku dan dilakukan oleh SPR seperti yang ditunjukkan oleh Pro PB. Tapi pendapat saya bukan PERHIMPUNAN BERSIH adalah jawapannya. Saya sendiri sudah menyenaraikan mengapa saya menolak sama sekali PB ini.

Jika benar apa yang dinyatakan dalam blogger pro-PKR maka bertindaklah dengan sewajarnya. Bergeraklah melalui undang-undang yang sedia ada. Adakan kempen melalui media-media yang PKR pelopori tidak kira internet mahupun bahan cetakkan. Minta SPR membuat penjelasan mengenainya. Kuasa internet sekarang bukan seperti dulu dan PKR mampu lakukannya. Pada pendapat saya kemenangan PKR adalah disebabkan keberkesanan maklumat yang disalurkan oleh mereka. Gerakkan BP bukan jawapannya kerana ianya boleh menghancurkan negara. Saya sebagai rakyat juga mahu mendengar penjelasan tersebut. Takkan nak serang seseorang tanpa usul periksa dan penjelasan. Itu dinamakan tak profesional.

Dari masa ke semasa saya membandingkan apa yang berlaku dalam dunia politik dan kesannya ke atas rakyat serta negara. Mungkin saya bukanlah orang yang pakar mengenainya tapi kepentingan bersama harus dijaga.

Setiap yang berlaku ada penjelasannya PERHIMPUNAN BERSIH memberi impak negatif mengenai kepimpinan PKR. BN telah memegang tampuk pimpinan dari dulu hingga sekarang dan mereka menghadapi pelbagai rintangan dan dugaan untuk menyusun atur pembangunan yang anda lihat sekarang dan mereka juga akan meneruskan agenda yang dirancang. Tidak dapat tidak pasti ada juga calar dan kekurangan dalam sistem yang ada sekarang. Dalam setandan pisang yang baik pasti ada juga yang rosak. Kerajaan mengawal, menjaga dan mendidik rakyat dan bukannya anak yang disusu dalam buaian. Cabarannya pasti lebih besar.

PKR juga mempunyai kecacatannya dan kekurangannya tersendiri. Seperti yang saya sebut tadi dalam setandan pisang pasti ada yang rosak. PERHIMPUNAN BERSIH jika dilakukan pendapat saya benar-benar akan mencalar kewibawaan PKR dan Parti Pas khasnya. PERHIMPUNAN BERSIH boleh mencetus satu lagi sejarah hitam selepas 13 Mei.

Mari kita lihat fenomena di Sarawak. Melalui pancaindera saya bernafas, melihat, mendengar, berfikir dan kata-kata. Wakil rakyat yang dipilih benar-benar bekerja untuk rakyat setelah melalui detik-detik yang sukar pada pilihanraya lepas. Saya amat menghormati beberapa wakil rakyat yang saya lebelkan sebagai berjiwa rakyat. Tidak dapat tidak... ada juga wakil rakyat yang dilantik memikul tanggungjawab sambil lewa sahaja. Bagaimana saya boleh katakan demikian, ini kerana saya sendiri telah mendengar beberapa aduan mengenai wakil rakyat yang tidak prihatin dengan mereka walaupun saya ni bukanlah pusat aduan.

Apa yang saya sampaikan bukanlah berniat untuk mengutuk mana-mana pihak. Saya hanya menegur secara hormat dan tidak sesekali menyentuh abiliti sesiapa pun. Jika saya silap maka tegurlah dengan berkhidmah dan bukan dengan sumpah seranah seumpama manusia yang tidak bertemadun.

Saya Rakyat Sarawak

CAKAP BESAR JIKA TERBABAS PASTI KENA LIBAS

Pernahkah anda berjumpa dengan individu yang suka cakap besar? Dalam sepuluh orang berapa orang yang cakap besar? Setiap orang mempunyai garis panduan mengenai seorang yang cakap besar dan anda pula bagaimana? Pada pendapat anda apakah perkara pertama yang anda fikir jika berjumpa dengan orang yang suka cakap besar?



Dalam sepuluh orang yang anda jumpa, berapa orang yang anda jumpa individu yang cakap besar? Apakah itu CAKAP BESAR? Cakap besar adalah simpulan bahasa yang bermaksud meninggi diri dan contoh ayat ialah "Si Anu suka bercakap tentang kekayaan dan kemasyurannya."

Nak lebih jelas lagi mengenai cakap besar? Kita ikuti perbualan di bawah ini:

A: Awak tahu tak bagaimana nak jawab soalan sejarah ni?
B: Jawapan macam tu pun kau tak dapat jawab ke?
A: Peperiksaan minggu depan la..
B: Minggu depan bukannya esok hari.
A: Yela.. kita kena buat persediaan awal.
B: Ala... Kacang jerr soalan tu. Aku kenal pembuat soalan tu.
A: Kau kenal dia tapi soalan tak kenal engkau wei.
B: Aku lain dari kau.. Kau tak payah risau la.

Selepas peperiksaan..

B: wei.. ko dapat markah berapa?
A: Alhamdulillah... Lulus cemerlang.. dan kau pulak dapat berapa?
B: Aku gagal la.. Itulah yang buat aku bengang nih!!
A: Apasal kau bengang wei?
B: Aku nilah yang paling rajin antara korang tolong cikgu Sejarah. Tapi ini yg ku dapat.
A: Takkan perkara tu kau nak campur.. Aku pun ada tolong jugak tak bising pun.
B: Takpa aku tak kisah.. peperiksaan sebenar aku jawab dengan pejam mata jerr.

Daripada dialog di atas kita faham bahawa si B suka meninggi diri dan asyik bercerita mengenai kebaikkan dirinya sahaja dan sombong dalam menerima pendapat kawannya. Bukankah mudah nak memahami apakah maksud cakap besar.

Di bawah ini adalah komen-komen rakan-rakan yang terpilih mengenai orang yang cakap besar.



Begitulah komen-komen rakan-rakan yang terpilih. Masing-masing mempunyai pendapat mengenai Cakap Besar. Tak kisahlah apa pendapat mereka yang penting kita jangan menjadi salah satu golongan yang cakap besar kerana orang yang cakap besar membuatkan orang lain berasa meluat atau INGARRR (kak lehot style).

Apa yang saya kongsikan di sini adalah untuk peringatan kepada diri saya dan pembaca yang budiman lagi kacak kiut miut dan lawa sokmo. Apa yang saya sampaikan jika salah di mata anda tegurlah saya dengan berkhidmah dan bukan dengan sumpah seranah yang tidak bertemadun. Renung-renungkan dan selamat beramal.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.