اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

VIRUS E-COLI SEDANG MENYERANG DUNIA

SAINTIS mendakwa bakteria merupakan salah satu hidupan tertua dan dipercayai wujud di dunia ini hampir 4,000 juta tahun lamanya. Dalam tempoh tersebut, hidupan ini menjalani kehidupan yang berbeza-beza dan cukup menarik.






Organisme mikroskopik ini merupakan hidupan satu sel yang sebahagian besarnya hidup di atas permukaan objek.

Dengan pelbagai bentuk dan saiznya yang berbeza-beza, mereka berkembang biak secara membelah dua dalam beberapa jam.

Sebagai komponen semula jadi yang terdapat di tasik, tanah, tubuh manusia dan haiwan hampir sebahagian besar bakteria tidak berbahaya kepada manusia.

Sebaliknya, organisme yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar ini mempunyai sumbangan dan peranan yang tidak kurang pentingnya kepada dunia dan manusia.

Mungkin tidak ramai yang menyedari bahawa interaksi bakteria dengan lain-lain hidupan mampu menghasilkan sesuatu yang bermanfaat.

Ini termasuklah dalam proses pembuatan tanah, makanan lembu, mengawal serangga, ubat-ubatan, bioplastik, tumbuh-tumbuhan, mengurangkan pencemaran seperti minyak, plastik dan sebagainya.

Sebagai contoh, sebahagian besar haiwan mamalia seperti lembu dan kambing bergantung kepada bakteria untuk membantu menghadamkan makanan mereka.

Dunia juga terhutang kepada bakteria kerana keupayaannya menghasilkan ubat-ubatan seperti antibiotik untuk merawat penyakit.

Seiring dengan wujudnya teknik mikrobiologi moden, bakteria bukansaja digunakan untuk menghasilkan ubat-ubatan yang diimport dari luar negara, bahkan plastik mesra alam.

Tetapi, tidak dinafikan ada kalanya interaksi bakteria ini jika tidak `kena pada tempatnya' boleh memudaratkan, sekali gus menyebabkan jangkitan penyakit.

Bakteria Escherichia coli atau singkatannya E. coli, juga di sebut sebagai E.kolai adalah sejenis basilus gram-negatif. Ia merupakan sebahagian flora normal usus pada haiwan dan manusia. Sebagai flora normal, E. coli membantu menghalang penempatan organisme patogen yang menyebabkan penyakit.

Selain itu, E. coli juga menghasilkan vitamin K dan B kompleks yang diperlukan tubuh. ``Bagaimanapun, sekiranya E. coli beralih daripada ekosistem asalnya, bakteria ini menjadi berbahaya. Ia dilaporkan, antara agen penyebab jangkitan saluran kencing (UTI), jangkitan kuman dalam darah atau septisemia, radang selaput otak pada bayi (neonatal meningitis), cirit-birit dan jangkitan luka selepas pembedahan terutama yang melibatkan pembedahan usus,'' kata Pakar Perunding Mikrobiologi dan Kawalan Infeksi, Jabatan Mikrobiologi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Profesor Madya Dr. Nordiah Awang Jalil.

Bakteria E. coli julung kalinya ditemui dalam usus manusia oleh seorang pakar bakteria Jerman, Theodor Escherich pada 1885.

Beliau berjaya membuktikan bahawa terdapat beberapa jenis bakteria yang bertanggungjawab menyebabkan cirit-birit pada kanak-kanak. Bakteria ini juga dipercayai menyebabkan radang pada perut dan usus atau juga dikenali sebagai gastroenteritis.

Ia merupakan kejayaan terbesar dalam kesihatan orang awam. Peringkat awal, bakteria ini lebih dikenali sebagai Bacterium coli.

Bagaimanapun, namanya diubah kepada Escherichia coli sebagai satu penghormatan kepada individu pertama yang menemuinya.

Menurut Nordiah, E. coli dibahagikan kepada pelbagai jenis atau serogroup berdasarkan antigen O, H dan K. Antara faktor yang menyebabkan bakteria E. coli ini menjadi ganas dan punca penyakit ialah kehadiran adhesin iaitu rerambut halus yang melekat pada mukosa. ``Pada masa yang sama, penghasilan toksin iaitu sejenis racun daripada bakteria ini boleh merosakkan tubuh,'' katanya.

Lebih 80 peratus agen penyebab UTI adalah E. coli. UTI lebih ketara di kalangan wanita kerana beberapa faktor seperti uretra wanita yang lebih pendek berbanding lelaki. Pada masa yang sama, kedudukan faraj dan dubur yang berhampiran.

Pesakit yang mengalami UTI kata Nordiah, biasanya mengeluh rasa pedih semasa membuang air kecil, kerap membuang air kecil atau tidak dapat menahan untuk membuang air kecil.


Bagaimana E. coli dikenal pasti?

E. coli boleh dibiakkan di dalam makmal pada piring agar-agar daripada spesimen klinikal seperti najis, air kencing, darah dan cecair serebrospina pesakit. Ia kemudian diproses dan dikultur.

Selepas satu atau dua hari koloni E. coli yang tumbuh pada piring akan dikenal pasti menggunakan ujian biokimia.

Biasanya proses ini mengambil masa dua hingga tiga hari. Jika E. coli ditemui dalam air, ini boleh menjadi petanda bahawa air itu tercemar dengan najis haiwan atau manusia. Ia boleh terjadi sama ada melalui kumbahan sisa najis, yang boleh mengakibatkan penyakit tularan najis ke mulut seperti Salmonelosis dan kolera.


E. coli penyebab gastroenteritis dan cirit-birit terdiri daripada beberapa jenis:
* Enterotoksigenik E. coli (ETEC) Biasanya cirit-birit ini dialami pengembara dan bayi di negara-negara kurang membangun. Ia berpunca daripada makanan atau minuman yang tercemar dengan najis. Antara gejala yang dialami ialah kekejangan perut, muntah dan cirit-birit.

* Enteropatogenik E. coli (EPEC)
Ia menyebabkan cirit-birit pada bayi. Antara gejala yang dialami ialah demam, mual dan muntah-muntah.

* Enteroinvasif E. coli (EIEC)
Jangkitan daripada makanan. Pesakit biasanya mengalami demam, kekejangan perut, cirit-birit yang ada kalanya bercampur darah.

* Enteroagregatif E. coli (EAEC) 
Ia mengakibatkan cirit-birit berair pada bayi yang berlanjutan sehingga pesakit mengalami dehidrasi.

* Enterohemoragik E. coli (EHEC)
Jenis ini berpunca daripada bakteria E. coli 0157:H7 yang mengakibatkan penyakit yang serius kepada manusia. Pesakit yang mengalami cirit-birit ini melarat hingga menyebabkan pendarahan usus.

Bakteria ini akan masuk ke dalam perut dan usus kecil. Ia kemudiannya melekat pada permukaan usus besar dan mengakibatkan radang pada dinding usus. Tindak balas ini disebabkan toksin yang dihasilkan oleh bakteria terbabit.

Ia berpunca daripada pengambilan produk tenusu seperti susu atau jus buah yang tidak dipastur, sayur-sayuran yang tidak dimasak seperti salad dan produk daging separuh masak.

Antara gejalanya ialah kekejangan perut dan cirit-birit berdarah. Keadaan ini boleh berlanjutan hingga pesakit mengalami komplikasi hemolytic uremic syndrome (HUS).

Ia menyebabkan komplikasi seperti kegagalan buah pinggang akut, sel platelet menjadi rendah dan kekurangan sel darah merah. Kira-kira tiga hingga lima peratus meninggal dunia akibat komplikasi ini.

E. coli O157:H7 buat pertama kalinya menyebabkan wabak penyakit cirit-birit berdarah berlaku pada 1982. Wabak itu dipercayai berpunca daripada burger yang tercemar. Selepas itu wabak E. coli O157:H7 juga telah dilaporkan terjadi di Amerika Syarikat, Jepun dan United Kingdom.


Rawatan

Rawatan untuk UTI, jangkitan kuman dalam darah atau septisemia, radang selaput otak pada bayi dan jangkitan pada luka pembedahan, pesakit perlu diberi ubat antibiotik tertentu.

Sebaliknya, pesakit yang mengalami cirit-birit perlu mendapat air dan garam gantian secukupnya sama ada melalui minuman atau intravena. Bagaimanapun, agen menghalang pergerakan usus seperti lomotil tidak disyorkan kerana ia mengakibatkan cirit-birit yang dialami menjadi semakin serius.


Pencegahan

Sehingga kini, belum ada vaksin digunakan secara rutin untuk mencegah jangkitan E. coli. Penggunaan antibiotik profilaksis juga tidak disyorkan kecuali kepada individu yang berisiko tinggi menghidap cirit-birit akibat mengembara.

Lebih penting amalan kebersihan diri dan menggunakan air bersih dapat membantu mengelakkan masalah ini. Selain itu:
  • Mengelakkan daripada menggunakan kateter membuang air kecil
  • Menyusu bayi dengan susu ibu
  • Pastikan daging yang dimakan masak sepenuhnya
  • Minum susu yang dipasteur
  • Kepada pengembara, pastikan mengamalkan makanan yang dimasak dan minum air yang dibotolkan atau dididihkan.


Sumber : Info Kesihatan

Reactions:

1 comments:

  1. Lebih penting amalan kebersihan diri dan menggunakan air bersih dapat membantu mengelakkan masalah ini. Selain itu:Mengelakkan daripada menggunakan kateter membuang air kecil Menyusu bayi dengan susu ibu Pastikan daging yang dimakan masak sepenuhnya
    Minum susu yang dipasteur Kepada pengembara, pastikan mengamalkan makanan yang dimasak dan minum air yang dibotolkan atau dididihkan.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.