اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

TIDAK SOLAT TAPI BERTUDUNG DAN SOLAT TAPI TIDAK BERTUDUNG

Tajuk yang saya tunjukkan di atas merupakan perkara yang spesifik dan saya bukan hanya nak cerita mengenai tidak solat tapi bertudugn dan solat tapi tidak bertudung. Banyak lagi perkara lain yang kita boleh lihat contohnya pakai kopiah tapi kuat menipu dan tak pakai kopiah tapi jujur dan telus. Selain itu ada yang lebih sensitif lagi. Pakai tudung labuh tetapi ada rantai yang tidak dibenarkan di dalam tengkuknya dan tak pakai tudung laboh tapi tasbih di ditangannya.



Perkara ini memberi impak tidak baik kepada islam. Apa yang kamu fahami pemakaian cara islam? Apa yang kamu fahami apa yang kita kejar sebenar dalam kehidupan. Kekeliruan menjadikan manusia mejadi lebih kompleks dan sukar untuk dimengerti.

Kebanyakkan orang memberi pandangan yang tidak baik kepada orang yang berpakaian alim tapi tidak amanah. Pada pendapat saya, pakaian bukanlah lambang dia islam atau pun dia tidak islam. Garis panduan islam bagi lelaki sudah pun ditetapkan hendaklah menutup aurat dari sedikit atas paras pusat dan sedikit bawah paras lutut. Manakala perempuan pula adalah dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Perempuan mempunyai cara yang lebih kompleks berbanding lelaki. 

Siapa pun anda dan di mana pun anda berada menghormati orang lain adalah perkara utama dalam hidup kita selagi ianya tidak memudaratkan kita dan orang lain. Nasihat dan teguran adalah perlu dengan cara dan teknik berkhikmah dan bukan cara menyindir dan menyakitkan hati orang lain.

Jika kita perhatikan tajuk di atas, saya memandang satu perkara yang pernah saya bincangkan dengan beberapa orang ilmuan islam. Riak adalah perkara yang selalu bertapak di hati apabila kita melakukan sesuatu yang baik di luar pengetahuan orang lain manakala tidak amanah atau tidak jujur bertapak di hati apabila kita menunjukkan kebaikkan kita di depan orang lain.

Berhati-hati dengan perkara yang saya tunjukkan. Pahala atau dosa orang bukan kita yang tentukan tetapi memberi nasihat dan teguran merupakan tanggungjawab kitak. Saling hormat menghormati adalah kunci kedamaian. Maaf lah yer jika artikel kali ini tidak begitu jelas dengan konsep yang saya nak sampaikan. Saya tak cukup tidur.. he he.. cari kongklusi dan renung-renungkan..

Reactions:

1 comments:

  1. Berhati-hati dengan perkara yang saya tunjukkan. Pahala atau dosa orang bukan kita yang tentukan tetapi memberi nasihat dan teguran merupakan tanggungjawab kitak. Saling hormat menghormati adalah kunci kedamaian. Maaf lah yer jika artikel kali ini tidak begitu jelas dengan konsep yang saya nak sampaikan. Saya tak cukup tidur.. he he.. cari kongklusi dan renung-renungkan..

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.