اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

TABUNG BEKALAN DARAH HUS KURANG DARAH JENIS A DAN B

KUCHING: Tabung Darah di Hospital Umum Sarawak (HUS) mengalami masalah kekurangan bekalan darah jenis A dan B.








Justeru, satu kempen derma darah akan diadakan pada minggu ini.

Pada Sabtu ini, dua kempen akan diadakan iaitu di Permata Exhibition Hall dari jam 10 pagi hingga 3 petang, anjuran Eagles Interactive Sdn Bhd.

Manakala satu lagi kempen akan bertempat di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di Jalan Puncak Borneo dari 9 pagi hingga 2 petang.

Pada hari Ahad pula dari 9 pagi hingga 3 petang, ia akan diadakan di H&L Supermarket, Tabuan Plaza yang merupakan anjuran Liansin Trading.

Satu lagi tempat yang akan mengadakan kempen derma darah itu bertempat di Maybank, Crown Towers dari 9.30 pagi hingga 2.30 petang yang merupakan anjuran Pertubuhan Pemuda Cina Kuching dan Samarahan.

Sehubungan itu, orang ramai diminta tampil untuk menjayakan kempen derma darah ini dalam membantu pesakit yang memerlukan darah tersebut.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi 082-276795 atau 082-276797.

BLY:
Kepada yang berniat nak derma darah. Tercari-cari lokasi nak menderma darah login FB dan like page Sarawak Blood Donation Drive Update ni. Melalui page ini kita boleh mengetahui lokasi derma darah yang di anjurkan oleh syarikat dan individu. Kepada yang ingin menganjur derma darah boleh email saya di neo.barcode@beloya2u.com. Ada siapa-siapa nak ikut saya hujung minggu ni di wisma seberkas ada aktiviti derma darah 19hb Jun 2011 hari ahad. Saya darah jenis B -MADAH

Sumber : US

Reactions:

1 comments:

  1. Kepada yang berniat nak derma darah. Tercari-cari lokasi nak menderma darah login FB dan like page Sarawak Blood Donation Drive Update ni. Melalui page ini kita boleh mengetahui lokasi derma darah yang di anjurkan oleh syarikat dan individu. Kepada yang ingin menganjur derma darah boleh email saya di neo.barcode@gmail.com. Ada siapa-siapa nak ikut saya hujung minggu ni di wisma seberkas ada aktiviti derma darah 19hb Jun 2011 hari ahad. Saya darah jenis B -MADAH

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.