اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

SAMBUTAN GAWAI DENGAN CARA ISLAM

Malam tadi berborak dengan seorang kawan yang berbangsa Iban. Dia penganut agama Budha tetapi dia seorang yang suka belajar cara hidup Islam dan di hatinya ada niat hendak memeluk Islam. Banyak soalan yang dia ajukan kepada saya dan alhamdulillah saya dapat menjawab dengan tenang walaupun bab-bab agama ni bukanlah kebolehan saya. Mungkin saya boleh jawab kerana amalan seharian saya adalah dengan cara hidup Islam.. AMIN...



Soalan yang paling suka saya bincangkan ialah cara hidup orang Iban dan bagaimana hendak di satukan dengan cara hidup islam. Kemudian saya menjawab "Tinggalkan perkara yang memudaratkan dan Amalkan perkara yang membawa kebaikkan". Saya kemudian menyambung "Bangsa kamu sebagai bangsa Iban tidak akan berubah sampai bila-bila dan bukan bererti kamu memeluk islam bangsa kamu juga bertukar. Islam adalah untuk semua tidak mengira bangsa. Ada dikalangan orang islam tidak faham tentang perkara ini. Ramai yang cakap bahawa Iban masuk Islam maka dia akan jadi orang Melayu. Sebenarnya tidak ada istilah seperti itu.Bangsa kamu tetap Iban tetapi cara hidup kamu adalah cara hidup islam dan bukan cara hidup orang Melayu".

"Bagaimana pula dengan sambutan Gawai Dayak?" Soal kawan saya. Mula-mula tu berfikir panjang saya dibuatnya. Namun saya memberi beberapa soalan kepadanya berkaitan sambutan hari gawai. Secara keseluruhannya sambutan Gawai adalah tanda kesyukuran dan memanggil semangat padi. Upacara mering akan dilakukan bagi mendapat restu dari dewa-dewa padi.  saya kemudian menjawab "Dalam islam memang tak ada istilah sambutan Gawai. Tetapi sambutan Gawai ada persamaannya dengan majlis kesyukuran dan memohon hajat kepada tuhan untuk mendapat rahmat rezeki yang di amalkan dalam Islam. Walaupun awak memeluk Islam tetapi rasanya sambutan Gawai tidak ada masalah selagi ianya masih dalam garis panduan yang ditetapkan dalam Islam. Cuma caranya berubah dengan meminta dari yang satu dan tidak ada dua ataupun tiga. Itulah yang saya sebut sebagai MENYAMBUT GAWAI DENGAN CARA ISLAM. Majlis-majlis seperti kesyukuran yang dihidang dengan air tuak hendaklah ditukar menggunakan air tanpa alkohol, Majlis pemujaan Dewa bertukar menjadi Majlis bermunajat kepada Allah S.w.t. iaitu dengan membuat sembahyang hajat sama-sama."

"Apa pula pendapat Islam mengenai agama lain seperti penyembahan dewa kekayaan, dewa keharmonian dan pelbagai dewa yang di ukir dalam bentuk patung?" Soalan seterusnya di ajukan. Alahaiiiiiiii.... saya memang jawab juga soalan seperti itu namun awal-awal saya memohon maaf kepadanya sekiranya apa yang saya perkatakan nanti akan membuat dia berkecil hati dan saya mohon kepadanya supaya lebih berfikiran terbuka. Jawapan itu juga saya jawab dengan kemas. Saya memohon maaf kepada pembaca sebab tak menghuraikan jawapan ini di sini kerana ianya sensitif sangat-sangat dan takut-takut ada yang mengangap laman ini racist. Apa-apapun saya menghormati amalan dan agama kamu yang kamu amalkan sekarang. Agama ku dengan agamaku dan agamamu dengan agamamu.

"Apa pula pendapat kamu dengan cara hidup saya?" Soalannya lagi. Soalan ini sebenarnya lama dah saya jawab tetapi dengan kiasan. Mana tidaknya, saya selalu sahaja melihat rakan saya ni ke awan-awannan dan tidak tahu hala tuju. Selalu tidak tetap pendirian dan pelbagai lagi yang mendorong saya untuk memberi hint ataupun bayangan kepada dia bahawa dia perlukan satu garis panduan hidup ataupun guide line. Masalahnya dia ni asyik fikir guide line ni ialah guardian. Guardian yang dia faham ialah sesuatu makhluk yang menjaga dia ketika dia susah dan ditimpa masalah. Saya cakap yang menjaga kamu itu juga adalah makhluk tuhan macam kita juga. Dalam islam kita namakannya sebagai jin. Sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia. Jin dan syaitan mempunyai banyak tipu daya yang membawa kepada bencana kepada manusia.


Saya dengan rakan saya masih berbincang mengenai cara hidup dia. Cara hidup kamu banyak menghasilkan soalan dari jawapan. Selalunya soalan-soalan yang muncul itu akan membuatkan kamu hilang arah dan kamu kurang keyakinan diri. Dalam islam kamu akan temui jawapannya. Dia kemudian bersetuju dengan huraian saya. Sebenarnya panjang huraian saya dan saya akan huraikan pada artikel akan datang insyaallah.. 

Apapun kesilapan saya dalam artikel ini sila tegur dengan cara berhikmah dan bukan sumpah seranah. wasalam..

Reactions:

1 comments:

  1. Walaupun awak memeluk Islam tetapi rasanya sambutan Gawai tidak ada masalah selagi ianya masih dalam garis panduan yang ditetapkan dalam Islam. Cuma caranya berubah dengan meminta dari yang satu dan tidak ada dua ataupun tiga. Itulah yang saya sebut sebagai MENYAMBUT GAWAI DENGAN CARA ISLAM.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.