اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

PELAJAR SESAT 17 JAM KETIKA MENURUNI GUNUNG SANTUBONG

KUCHING: Pendakian pertama sekumpulan lapan pelajar universiti ke Gunung Santubong menjadi igauan ngeri apabila sesat selama 17 jam ketika dalam perjalanan menuruni gunung tersebut.




Kumpulan tersebut yang terdiri daripada lima perempuan dan tiga lelaki dan berusia dalam lingkungan 21 dan 23 tahun memulakan perjalanan mereka pada jam 9 pagi dan sepatut-nya balik ke hotel tempat mereka menginap pada hari yang sama.

Sebelum membuat pendakian, pelajar-pelajar tersebut telah memberitahu pihak pengurusan hotel dan pihak polis tentang rancangan mereka untuk mendaki gunung tersebut.

Apabila kumpulan tersebut gagal kembali ke hotel sehingga jam 9 malam, salah seorang kakitangan hotel yang risau kemudiannya meng-hubungi salah seorang daripada mereka dan mendapat tahu bahawa kumpulan tersebut sesat akibat ke-adaan yang terlalu gelap.

Kakitangan tersebut kemudiannya bertindak menghubungi pihak polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan pada kira-kira jam 11 malam, usaha pencarian dimulakan yang turut melibatkan orang kampung.

Kumpulan tersebut akhirnya di-temui dan dibawa menuruni gunung tersebut pada jam 2 pagi.

Ketika menceritakan apa yang berlaku, salah seorang pelajar lelaki berkata pendakian mereka meng-ambil masa yang lebih lama apabila pelajar-pelajar wanita merungut akibat kepenatan.

Menurutnya, ketika tiba di puncak dan selesai mengambil gambar, keadaan sudah hampir gelap dan keadaan menjadi semakin gelap apabila mereka bergerak menuruni gunung tersebut.

Sementara itu, salah seorang anggota penyelamat memuji tindakan pelajar-pelajar tersebut yang memberitahu pihak hotel dan pihak polis sebelum membuat pendakian.


BLY:
Baru je nak plan naik gunung Santubong. Macam-macam je halangan yang melanda. Hujung minggu ni dah jadi macam sesuatu yang tak pasti. Pergi ke tak pegi. Apa-apapun... Kejadian ini memberi iktibar bahawa jika hendak pergi di satu-satu tempat kenalah maklumkan kepada pihak yang berkenaan supaya kehilangan kita mudah dikesan.


Sumber : US

Reactions:

2 comments:

  1. Apabila kumpulan tersebut gagal kembali ke hotel sehingga jam 9 malam, salah seorang kakitangan hotel yang risau kemudiannya meng-hubungi salah seorang daripada mereka dan mendapat tahu bahawa kumpulan tersebut sesat akibat ke-adaan yang terlalu gelap. Kakitangan tersebut kemudiannya bertindak menghubungi pihak polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan pada kira-kira jam 11 malam, usaha pencarian dimulakan yang turut melibatkan orang kampung.

    BalasPadam
  2. tempat ini kalau malam mmg kurang elok..kiterg dulu pernah sesat tp actually tak sesat pun, kiterg lalu kawasan yg sama berulang2.. seram jugak..hoho

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.