اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

MELAYU ADA PIRAMID PURBA DI JEPUN!!

Pelbagai fakta dan auta mengenai sejarah banyak muncul di laman maya pada masa sekarang. Tiada siapa yang dapat pastikan. Fakta dan auta yang terdapat di laman-laman maya ini tidak akan di ajar di sekolah-sekolah. Saya tidak pasti mengapa dan kenapa. Tetapi yang saya dapat pastikan ialah buku-buku yang dibekalkan di sekolah-sekolah untuk tujuan pembelajaran terutamanya berkaitan dengan sejarah adalah buku-buku yang ditapis dan dikawal oleh orang bukan ahlinya.



Sejarah peradapan manusia kini mempunyai pelbagai kepercayaan dan andaian. Namun begitu saya sendiri lebih berpegang kepada apa yang ada dalam kitab suci al-quran. Contohnya zaman-zaman yang di di ajar kepada kita yang dipelopori ilmuan barat yang menyatakan zaman dahulu terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu zaman batu, logam, gangsa dan sebagainya. Pembahagian ini dibuat mengikut kebolehan dan teknologi manusia pada zaman tersebut. Sekarang kita mengenalpasti pembahagian zaman tidak dapat di lakukan dengan cara begitu, sebaliknya zaman harus di ukur dengan kelahiran nabi-nabi di muka bumi ini bermula dari nabi Adam a.s sehingga nabi Muhammad r.a.s. Ukuran zaman yang dibuat oleh barat di sangkal apabila penemuan bateri pada berjuta tahun dahulu serta artifak yang menunjukkan teknologi kapal terbang sudah terdapat zaman dahulu lagi. Kaum-kaum yang maju yang dibayangkan sudah pupus dan ianya telah tercatat dalam al-quran.

Penemuan terbaru yang saya baca pada hari ini ialah penemuan satu piramid ataupun menyerupai gujerat di jepun. Piramid tersebut dijumpai di sekitar laut Okinawa Jepun. Penemuan tersebut telah memberi pelbagai reaksi dari banyak pihak. Namun begitu, terdapat laman web yang melaporkan piramid tersebut adalah dimiliki oleh satu bangsa iaitu bangsa Melayu kerana terdapat perkataan atau bahasa yang sama digunakan dalam bahasa melayu. Contoh bahasa yang ditulis dalam piramid tersebut ialah Mata, Air dan Batu.

Penemuan ini sekaligus menukar beberapa penemuan sejarah lain ataupun fakta yang dikemukakan pihak lain. Perkara ini berlawanan dengan fakta Melayu berasal dari China dan apakah penemuan ini bakal menukar pendapat bahawa Melayu berasal dari Jepun. Disebabkan itulah maka saya mengatakan bahawa penemuan baru memberi banyak persoalan daripada jawapan.

Selain itu, dikatakan Melayu adalah salah satu daripada bangsa yang disenaraikan dalam bangsa yang terdapat dalam "the lost tribe" ataupun bangsa keturunan Nabi Yusuf a.s. Selain itu laman web tersebut melaporkan bahawa bangsa melayu campuran adalah bangsa yang terbijak dan cerdik pandai. Fakta tersebut disokong oleh sejarah-sejarah yang dicipta oleh bangsa-bangsa Melayu campuran.

Apapun fakta atau pendapat yang muncul apa yang pasti bangsa manusia adalah anak nabi adam. Sebab itulah lahirnya islam untuk menunjukkan sesuatu kepada umat manusia mengenai perkara ini. Manusia suka membeza-bezakan bangsa sedangkan di sisi yang esa sama sahaja dan perbezaannya hanyalah ketakwaan kita kepadanya.

Untuk mengikuti cerita selanjutnya anda boleh klik link dibawah ini :



Video yang memaparkan penemuan piramid

Reactions:

1 comments:

  1. Piramid tersebut dijumpai di sekitar laut Okinawa Jepun. Penemuan tersebut telah memberi pelbagai reaksi dari banyak pihak. Namun begitu, terdapat laman web yang melaporkan piramid tersebut adalah dimiliki oleh satu bangsa iaitu bangsa Melayu kerana terdapat perkataan atau bahasa yang sama digunakan dalam bahasa melayu. Contoh bahasa yang ditulis dalam piramid tersebut ialah Mata, Air dan Batu.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.