اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

KERUNSINGAN DAN CARA MENGATASINYA

Malam ini ingat nak tido awal. Sebab esok dah nak jumpa pelanggan nak setup akaun diaorang. Nak buat macam mana dah mata susah nak tido. Agak-agak lepas settle entry ni baru dapat tido kot. Kot!!.. he he..

Saya ni suka la mintak sesuatu dari rakan-rakan dalam senarai FB saya untuk saya huraikan dari pelajaran dan pengalaman yang terlintas di benak fikiran. Terima kasih kepada sesiapa yang memberi buah fikiran.





Direct to the point.. Kerunsingan dan cara mengatasinya. Sebenarnya tajuk ini hampir sama dengan artikel sebelum ini yang saya tulis. Tak jauh sangat bezanya. Tapi atas permintaan pembaca saya cuba huraikan yerr.. walaupun tak sehebat pakar motivasi yang anda kenali. Kerunsingan juga berlaku akibat daripada ketidak seimbangan bahan kimia dalam otak kitak. Serotonin dan norepinepheirin dalam membantu mengawal emosi kita.

Mari kita mengenali apa itu kerunsingan. Kerunsingan merupakan keadaan di mana seseorang keliru dengan keadaan ataupun dalam situasi memilih dan dalam keadaan yang hilang arah laluan. Kerunsingan ini boleh menjurus kepada stress atau kemurungan. Akibat daripada itu maka ianya boleh meninggalkan kesan yang negatif kepada seseorang. Namun begitu perkara ini adalah reaksi normal bagi setiap orang individu.

Jika anda dalam keadaan kerunsingan ini bermakna anda perlukan sesuatu untuk mengatasinya atau mengawalnya supaya tidak terlalu memudaratkan diri. Berfikiran positif merupakan salah satu daripada cara untuk mengatasi kerunsingan dalam diri. Buat keputusan yang terbaik dalam kehidupan ataupun buat yang terbaik setiap yang dilakukan. Jika kita diberi pilihan untuk dua perkara yang berbeza maka pilihlah yang terbaik.

Seseorang yang dalam kerunsingan memang sukar untuk membuat keputusan. Tidak kiralah siapa dia sama ada dia seorang kaunseling ataupun tidak. Memang fitrah manusia begitu, kita memerlukan antara satu sama lain. Oleh sebab itu, maka jika anda dalam keadaan runsing carilah teman untuk berbicara. Teman yang memang boleh dipercayai dan teman yang benar-benar hendak mambantu anda dan bukan mengambil kesempatan atas kerusingan anda. Dari situ maka teman anda dapat memberi buah fikiran yang baik kepada anda dalam mengatasi kerunsingan dalam diri anda. Sebab itulah sesetengah orang mengatakan bahawan komunikasi adalah kunci kejayaan.

Di dalam islam. Cara mengatasi kerunsingan itu adalah dengan cara meminta petunjuk dari yang esa. Caranya adalah dengan sembahyang istikharah. Selain kita hendaklah redha dengan apa yang berlaku di sekeliling kita. Menerima seadanya apa yang kita miliki dan melepaskan apa yang bukan hak kita. 

Saya terfikir tentang satu perkara. Kerusingan juga dapat di atasi dengan sifat kasih sayang ataupun sifat yang sentiasa mengsyukuri apa yang ada. Tidak kira seberat mana pun kerunsingan yang melanda, apabila sifat kasih sayang ada dalam diri maka dengan sendirinya ianya akan menghibur kita dan menyahkan ion negatif yang ada dalam diri kita.

Kerunsingan yang drastik boleh menyebabkan kerja ataupun pembelajaran kita tidak mejadi efisyen ataupun produktif. Anda harus mencari jalan untuk menyelesaikannya daripada membiarkannya. Jika buntu maka carilah orang yang selayaknya dapat memberi pendapat kepada anda. 

Kerunsingan ini merupakan salah satu dari kitaran dalam kehidupan kita dan setiap orang pasti akan mengalaminya. Bagi menghadapi kitaran ini anda haruslah memperkuatkan diri anda dengan ilmu duniawi dan akhirat. Dengan ilmu maka kita dijaga oleh nya sebaliknya harta kita pula yang menjaganya. Saya menekankan penimbaan ilmu pengatahuan adalah untuk mematangkan kita.

Kerunsingan merupakan pengalaman yang berharga buat kita apabila kita berjaya menghadapi nya. Jika ianya datang untuk kali kedua maka kita sudah tahu untuk mengatasinya. Proses ini disebut sabagai proses mematangkan kita. Cara ini merupakan teknik berfikiran positif dalam menghadapi saat-saat kesukaran.

Saya selalu berpesan kepada rakan-rakan saya jika mereka dalam keadaan kerunsingan maka berjumpalah dengan kawan-kawan dan bergaulah serta jangan sesekali menyendiri kerana ianya tidak akan dapat mengatasi masalah atau kerunsingan yang melanda di jiwa. Carilah rakan-rakan baru dan jelajahlah dunia yang terbentang luas dan di sana anda akan dapati bahawa masalah anda jauh lebih kecil berbanding tanggungjawab anda sebagai seorang individu.

Siapa pun kita dan apa jua yang kita buat hendaklah kita sentiasa syukur dan redha dengan apa yang berlaku kerana perkara ini mampu untuk mengatasi kerusingan. Berusaha untuk mendapatkan apa yang di ingin kan dengan bertawakal dan bukan dengan nafsu duniawi.

Apa yang saya kongsikan di sin diharap dapat membantu sedikit sebanyak kepada pembaca. Sekiranya saya ada tersilap kata atau tersasul bahasa diharap anda tegurlah saya dengan cara berhikmah. Cari kongklusi dan renung-renungkan. Sekian.









Reactions:

1 comments:

  1. Mari kita mengenali apa itu kerunsingan. Kerunsingan merupakan keadaan di mana seseorang keliru dengan keadaan ataupun dalam situasi memilih dan dalam keadaan yang hilang arah laluan. Kerunsingan ini boleh menjurus kepada stress atau kemurungan. Akibat daripada itu maka ianya boleh meninggalkan kesan yang negatif kepada seseorang. Namun begitu perkara ini adalah reaksi normal bagi setiap orang individu.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.