اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

KELMARIN, HARI INI DAN ESOK ADALAH PASTI KITA LALUI

Kelmarin, hari ini dan esok adalah anugerah tuhan yang tidak mungkin dapat dibayar dengan apa pun. Semua orang tahu bahawa kelmarin adalah sejarah, hari ini adalah perbuatan kelmarin dan apa yang kita rancangkan di masa hadapan. Esok merupakan perkara yang tidak pasti.



Apapun yang berlaku kelmarin merupakan apa yang kita ada pada hari ini. Kelmarin juga adalah sejarah yang tercatat dalam diari dan sejarah hidup kita. Kepedihan, kesedihan, kebahagiaan, kesengsaraan, kekecewaan, ketenangan kelmarin adalah suasana yang akan berlanjutan pada hari ini dan akan berubah ditelan masa. Apa yang berlaku kelmarin biarlah menjadi tauladan dan pelajaran kepada kita semua dan jangan jadikan ianya sebagai penghalang kepada cita-cita kita di masa hadapan. Mungkin ada dikalangan kita fobia dengan apa yang berlaku kelmarin. Itu merupakan perkara biasa dan fobia itu merupakan perisai kepada kita untuk menghadapi hari ini dan esok hari.

Apa yang kita miliki pada hari ini adalah apa yang telah kita lakukan kelmarin. Hari ini juga akan menjadi sejarah kita pada esok hari. Bersikap optimis dengan apa yang kita lakukan bagi menghasilkan sejarah yang akan menjadi pelajaran kepada kita pada esok hari. Kegagalan pada hari ini bukanlah kegagalan pada esok hari tetapi merupakan pelajaran untuk kita meneruskan hidup kita pada esok hari. Kebahagian yang kita perolehi hari ini bukanlah untuk dibanggakan tetapi untuk di syukuri supaya kita tahu esok yang tidak pasti dapat kita hadapi dengan tenang dan bijaksana. Kesedihan hari ini juga bukan untuk kita ratapi tetapi untuk kita lebih kuat menghadapi keadaan yang akan berlaku esok hari.

Esok hari adalah tidak pasti dan tiada siapa yang mengetahuinya. Mungkin apa yang kita rancang pada hari ini akan berlaku pada esok hari dan mungkin juga tidak. Hanya tuhan yang tahu apa yang akan berlaku esok hari. Mungkin esok kita akan hilang segalanya dan mungkin juga esok kita akan memperolehi perkara yang kita tidak jangkakan pada hari ini. Segalanya misteri dan tidak pasti. Tawakal kepada tuhan adalah kunci untuk kita menghadapi esok hari. Ilmu yang kita tuntut kelmarin dan hari ini adalah bekalan kita untuk esok hari. 

Setiap orang pasti ada kelmarin, hari ini dan esok hari kerana itu adalah patisyen kehidupan. Sekalipun kita sudah tidak berada di dunia ini, perkara yang kita lakukan kelmarin akan kita perolehi semasa kita di alam lain. Kehidupan ini bagai roda.. Kelmarin kita dibawah.. hari ini kita di atas.. dah esok kita tidak pasti kita dibawah ataupun di atas.

Reactions:

1 comments:

  1. Kelmarin, hari ini dan esok adalah anugerah tuhan yang tidak mungkin dapat dibayar dengan apa pun. Semua orang tahu bahawa kelmarin adalah sejarah, hari ini adalah perbuatan kelmarin dan apa yang kita rancangkan di masa hadapan. Esok merupakan perkara yang tidak pasti.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.