اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

JUALAN GAMBIR DI KUCHING MENINGKAT

KUCHING: Mungkin disebabkan populariti gambir asli Sarawak di kalangan pelancong terutamanya dari Semenanjung Malaysia menyebabkan semakin banyak gerai kecil menjual gambir wujud di sekitar Lebuh India dan Jalan Main Bazaar.




Tinjauan Utusan Borneo semalam mendapati terdapat kira-kira 10 gerai menjual gambir asli Sarawak beroperasi di kedua-dua lokasi tersebut yang juga merupakan tempat tarikan pelancong.
Kekayaan sumber semula jadi juga menjadikan Sarawak antara negeri yang terkenal di Malaysia  dengan produk gambir asli Sarawak yang seakan produk wajib dibeli oleh pelancong yang datang ke negeri ini.
Melihat kepada potensi pasaran produk (gambir asli Sarawak) itu, Hashim Merais, 43, iaitu anak jati negeri ini tidak mahu terlepas peluang untuk memperolehi pendapatan dengan menjadi ejen atau penjual gambir asli Sarawak.
Bermula pada 2008, kini Hashim yang hanya membuka gerainya di kaki lima bangunan kedai di hadapan Tebingan Kuching  sudah mampu memperolehi pendapatan sekitar RM1,000 sehingga RM2,000 sebulan.
gambir sarawak
Gambir yang sudah dibungkus dan sedia untuk dijual.
Menurut beliau, gambir asli merupakan antara ubat tradisional yang mujarab sehinggakan ia dikenali ramai termasuk pelancong dari luar negara dan sanggup membelinya dalam kuantiti yang banyak.
“Gambir asli sarawak sangat terkenal bukan sahaja dengan kelebihannya dalam menyembuhkan dan melegakan misalnya sakit gigi, terkena sengatan haiwan berbisa dan banyak lagi, malah ia juga sudah menjadi benda wajib dibeli ketika mengunjungi negeri ini.
“Justeru saya sebagai rakyat negeri ini tidak mahu melepaskan peluang untuk menjual produk ini dan saya bersyukur kerana sehingga hari ini saya mampu meraih pendapatan mencecah RM2,000 sebulan,” katanya ketika ditemui Utusan Borneo semalam.
Tambah beliau, gambir asli itu pada mulanya diperolehi dalam kuantiti yang banyak dari pedalaman Marudi yang kemudian dibungkus dalam bungkusan kecil dan dijual pada harga dari RM5 sehingga ratusan ringgit.
Sementara Masli, 36, juga penjual gambir asli memberitahu bahawa kebanyakan pelanggannya adalah pengunjung atau pelancong dari Semenanjung Malaysia.
“Kebanyakan pelancong dari Semenanjung Malaysia memang tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan gambir ini, malah ada juga yang sanggup membeli dalam bungkusan yang banyak dan rata-rata pelanggan saya mengakui kemujaraban ubat tradisional ini,” katanya.
Menurut Masli, pelanggan yang datang mengunjungi gerai beliau juga lebih ramai pada musim cuti sekolah.
“Keuntungan memang tidak lari daripada RM1,000 sebulan dan pada musim cuti sekolah, saya mampu mencapai keuntungan sehingga RM2,000 sebulan kerana pelanggan adalah lebih ramai pada masa ini,” katanya.
Beliau turut memberitahu bahawa bulan Januari sehingga Mac adalah tempoh yang kurang mendatangkan keuntungan.
Gambir dihasilkan daripada getah pokok gambir dan ia amat berguna pada waktu kecemasan.
Sarawak merupakan sebuah negeri yang kaya dengan sumber asli dan sedikit sebanyak memberi banyak faedah untuk dimanfaatkan oleh penduduk negeri ini.

Sumber : US

Reactions:

1 comments:

  1. KUCHING : “Kebanyakan pelancong dari Semenanjung Malaysia memang tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan gambir ini, malah ada juga yang sanggup membeli dalam bungkusan yang banyak dan rata-rata pelanggan saya mengakui kemujaraban ubat tradisional ini,” katanya.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.