اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

DUNIAWI MEMBAWA KITA KE MANA?

Duniawi adalah perkataan yang menjurus kepada kehidupan semata-mata dan tiada hubungan langsung dengan kematian dan ketuhanan. Petrarch merupakan orang pertama yang memberi maksud duniawi kepada metafora ini melalui pembalikan penggunaannya. Perkataan duniawi ini muncul semasa "Zaman Kelam" di eropah di mana pelbagai kepercayaan muncul sebelum kepercayaan ketuhanan di kuatkan. Duniawi jika di bayangkan maka kita akan membayangkan harta benda, perempuan, pangkat, darjat, keseronokkan dan sebagainya yang boleh melalaikan kita dari aspek sifat kemanusiaan.





Lawan kepada duniawi adalah akhirat. Akhirat membawa maksud kepada alam selepas kehidupan iaitu alam kematian. Dua perkara ini berlawanan dan kita tidak dapat berada serentak di kedua tempat ini. Alam duniawi terlebih dahalu di beri oleh yang maha kuasa kepada manusia untuk mendapat faedahnya di alam akhirat.

Duniawi boleh kita bayangkan sebagi pentas dunia dimana pelbagai pelakon dan watak yang dilakonkan. Pelbagai halangan yang harus kita tempuhi untuk mengawal pelakon dan watak-watak yang kita jumpa. Pelbagai andaian yang kita buat mengenai duniawi. Duniawi pada pandangan islam adalah kehidupan yang sementara dan tempohnya amat pendek sekali berbanding kehidupan di alam akhirat.

Permainan duniawi boleh menyebabkan manusia leka dan terlupa akan asal usulnya. Selain itu, permainan duniawi juga boleh menyebabkan manusia hilang sifat kemanusiaan ataupun sifat fitrah manusia itu sendiri. Terlalu mengejar duniawi menyebabkan kita zalim kepada diri sendiri dan orang lain. Duniawi menghasilkan pelbagai watak manusia.  

Kita juga tidak dapat mengelak daripada naluri untuk merasai duniawi dan keinginan memiliki sesuatu dari pentas duniawi. Namun begitu, kita diberi satu garisan ataupun guide line yang perlu kita ikuti supaya apa yang kita kejar dari pentas duniawi tidak melawan norma fitrah manusia. Dengan panduan tersebut kita akan lebih gagah menghadapi pancaroba duniawi yang selalu merosakkan jiwa.

Beberapa orang yang saya pilih secara rawak menyatakan duniawi yang mereka bayangkan ialah seks, impian, pembuangan bayi, berkahwin lebih daripada empat, bekerja untuk mendapat gaji dan kepuasan duniawi.

Duniawi banyak berkisar mengenai kehidupan manusia sejagat yang mengelirukan. Peradapan yang tidak jelas. Semakin banyak yang kita ketahui maka semakin banyak persoalan yang muncul. Kini peradapan manusia dikatakan bermula dari satu bangsa yang amat cerdik dan mempunyai peralatan canggih yang berlawanan dengan apa yang kita belajar dan kita percaya semasa zaman persekolahan. Watak-watak dicipta untuk membentuk fikiran manusia dan pelbagai alat dan suasana  yang mempersona untuk mengaburkan mata di alam duniawi.

Apa yang penting di sini ialah siapa pun kita dan di mana sahaja kita berada. Kita sebenarnya berada di alam duniawi yang sementara dan kita adalah satu bangsa iaitu kita adalah anak Adam a.s. Kita dicipta dari satu tanah dan kita akan kembali semula di dalam tanah. Kita dicipta oleh tuhan yang satu dan tiada dua atau tiga. Di mana sahaja kita berkembang atau di suasana apa pun kita berlajar apa yang pasti duniawi adalah tempat persinggahan sahaja dan abadinya kita adalah di alam akhirat.

Apa yang saya huraikan di atas di harap dapat menjadi pedoman dan panduan kepada pembaca. Jika saya ada tersilap kata dan fakta. Sila tegur saya dengan cara berhikmah dan bukan mencarut. Cari kongklusi dan renung-renungkan.

Reactions:

1 comments:

  1. Duniawi adalah perkataan yang menjurus kepada kehidupan semata-mata dan tiada hubungan langsung dengan kematian dan ketuhanan. Petrarch merupakan orang pertama yang memberi maksud duniawi kepada metafora ini melalui pembalikan penggunaannya. Perkataan duniawi ini muncul semasa "Zaman Kelam" di eropah di mana pelbagai kepercayaan muncul sebelum kepercayaan ketuhanan di kuatkan.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.