اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

AGM BIRO WANITA KUCHING AKU LELAKI JUGA MASUK CAMPUR

Hari ini hari isnin, banyak orang penin-penin. Hari ini hari selasa banyak orang makan laksa. Hari ini hari rabu banyak orang makan kerabu. Hari ini hari khamis banyak orang makan kissmiss. Hari ini hari jumaat banyak orang semayang jumaat. Hari ini hari sabtu banyak orang jadi hantu. Hari ini hari ahad banyak orang berehat.

Hari ini ahad 18 Jun 2011. Saya selalu sahaja terlibat dengan aktiviti yang tidak dijangka. Hari ini saya pergi ke biro wanita bersama rakan-rakan saya Azreen dan Asfriza. Tujuan saya pergi ke sana adalah untuk menghantar softcopy gambar aktiviti KRT pada minggu lepas selain mencari mangsa-mangsa untuk ujian CupCake saya.

Kedatangan saya bagaimanapun disambut dengan senyuman oleh setiausaha Persatuan Ibu Tunggal Sarawak (PITSA) Puan Jemilah dan Penolong Pengerusi Koperasi Mikro En Rashid dan isterinya. Sebelu berbual lebih lanjut kedatangan saya di lokasi saya seperti biasa bersuai kenal dengan gerai-gerai yang dibuka di sekitar Bangunan Biro Wanita Sarawak dan cuma kali ini saya tak banyak tanya pasal produk mereka sebab saya dah biasa tengok produk yang dipamerkan.

Sejuk hati tengok adik kakak senyum kat saya.Alhamdulillah moga mereka dilimpahi rezeki yang melimpah ruah. Saya kemudian berjumpa dengan urusetia-urusetia yang terlibat dalam AGM tersebut dan saya mengeluarkan produk CupCake untuk tujuan analisis dan ujian. Urusetia yang saya libatkan dalam ujian dan analisis pasaran saya adalah seperti gambar yang saya sertakan di bawah.

Makcik-makcik yang makan CupCake saya rata-rata menyatakan rasa kek yang mereka makan sedap dan ada pula yang nak lagi. Boleh ke macam tu? ha ha.. Saya cakap sorang satu he he.. Apa-apa pun maklum balas yang paling seronok saya dengar, diaorang nak tempah CupCake tu nanti. Selain itu, kritikkan juga tidak dapat di elakkan. Cara pembuatan salah satu jenis CupCake tu kena di ubah suai sikit dan makcik-makcik yang ada kat situ memberi sedikit nasihat kepada saya  bagaimana saya hendak memasarkan CupCake tu. 


Tak rugi saya kacau AGM Biro Wanita Sarawak hari ini. Banyak perkara yang saya dapat belajar dan banyak orang yang saya dapat jumpa. Bagi sesiapa yang ingin membuat tempahan CupCake yang akan saya pamerkan nanti di salah satu Blog saya dalam proses pembinaan. Sabar yer.. Bagi sesiapa yang dah merasa CupCake tu saya ucapkan tahniah dan ribuan terima kasih.




Reactions:

1 comments:

  1. Kedatangan saya bagaimanapun disambut dengan senyuman oleh setiausaha Persatuan Ibu Tunggal Sarawak (PITSA) Puan Jemilah dan Penolong Pengerusi Koperasi Mikro En Rashid dan isterinya. Sebelu berbual lebih lanjut kedatangan saya di lokasi saya seperti biasa bersuai kenal dengan gerai-gerai yang dibuka di sekitar Bangunan Biro Wanita Sarawak dan cuma kali ini saya tak banyak tanya pasal produk mereka sebab saya dah biasa tengok produk yang dipamerkan.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.