اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

360 DEGREE FRIENDS EKSPEDISI MENDAKI GUNUNG SANTUBONG

Aktiviti ini dirancang pada18 Jun 2011 namun terpaksa di tangguhkan berikutan individu yang ditugaskan untuk menunjuk arah tidak dapat hadir kerana ada masalah yang tidak dapat di elakkan. Namun begitu penangguhan yang dibuat pada 25 Jun 2011 menjadikan aktiviti ini satu kenyataan.



Seawal 7 pagi kami telah berkumpul di hadapan SOS satok dan bergerak ke kaki Gunung Santubong dalam pukul 8 pagi. Perjalanan yang mengambil masa beberapa jam itu cukup mencabar membuatkan kaki saya sakit-sakit dan macam tak larat nak jalan.

Semasa perjalanan menuju ke destinasi, saya berbekalkan air Heksagon ataupun air tenaga tanpa gula serta pendant atau pun rantai yang diperbuat daripada abu gunung berapi dan bahan mineral lain membuatkan saya lebih bertenaga atau energetic semasa membuat pendakian.

Seramai 18 orang mengikuti aktiviti tersebut, namun hanya 15 yang berjaya sampai ke destinasi dan 3 orang lagi putus asa kerana semput. 

Aktiviti ini bagaimanapun akan dirancang lagi pada masa-masa akan datang dan mungkin aktiviti ini di adakan sekali sebulan ataupun 6 kali setahun seperti mana idea yang diberi oleh peserta yang mengikut aktiviti ini. Kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti aktiviti riadah ini dan suka bertemu kawan-kawan baru boleh klik link 360 Degree Friends dan klik "join" atau "ikut" untuk mengikuti kumpulan ini menjalankan aktiviti seterusnya. Laman Juh beloya pula diwujudkan untuk membuat feed perkembangan aktiviti selain bertukar informasi keadaan sekeliling.

Kumpulan 360 Degree Friends diwujudkan adalah untuk menambah rakan-rakan baru selain merapatkan silaturahim dengan kawan-kawan yang sedia ada selain kami dapat bertukar info dan perkara-perkara yang boleh mendatangkan faedah bersama.

Sebelum ini 360 Degree Friends telah banyak membuat aktiviti seperti ini dan rekod terbaik peserta dari Facebook yang pernah dikumpulkan ialah seramai 25 orang di mana pertemuan ini dibuat di Taman Sahabat dan rekod-rekod lain yang membanggakan ialah pertemuan di Pasir Panjang di mana peserta yang datang dari pelbagai daerah dan juga pelbagai negeri. Salah satu darinya peserta yang datang dari negeri di bawah bayu iaitu Sabah. 

Pernah saya bertanya kepada peserta tersebut kenapa berminat mengikuti aktiviti kami. Beliau bagaimanapun mejawab kerana konsep aktiviti ini amat menarik selain mudah untuk di ikuti. Kita hanya perlu sedikit keberanian untuk bertegur sapa dengan peserta yang mengikuti aktiviti ini.

Di bawah ini merupakan video yang memaparkan aktiviti ekspedisi mendaki Gunung Santubong. Saya juga memohon maaf kerana bateri kamera habis semasa pendakian jadi banyaklah aktiviti di atas gunung tidak dapat direkod. Lupa nak cas... he he.. jom kita lihat video di bawah ini.





Reactions:

1 comments:

  1. Aktiviti ini bagaimanapun akan dirancang lagi pada masa-masa akan datang dan mungkin aktiviti ini di adakan sekali sebulan ataupun 6 kali setahun seperti mana idea yang diberi oleh peserta yang mengikut aktiviti ini. Kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti aktiviti riadah ini dan suka bertemu kawan-kawan baru boleh klik link 360 Degree Friends dan klik "join" atau "ikut" untuk mengikuti kumpulan ini menjalankan aktiviti seterusnya.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.