اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

PERHIMPUNAN BERSIH DI SARAWAK?

Percaya ke dengan tajuk yang dipaparkan di atas? Usahlah percaya kerana itu tidak benar. Setiap orang mempunyai pendapat dan idealoginya tersendiri. Tetapi setiap idealogi itu hendaklah tidak memudaratkan orang lain. 



Saya menentang sekeras-kerasnya PERHIMPUNAN BERSIH kerana pendapat saya ianya akan memudaratkan orang lain malah mengganggu-gugat ekonomi negara. Laungan yang dibuat oleh pengikut-pengikut PERHIMPUNAN BERSIH ini ialah mahu pilihanraya yang adil dan bersih. Laungan ini memberi persoalan kepada saya adakah kemenangan PKR tidak adil? dan catatan saya ini bukanlah saya membenci PKR tetapi perkara ini memberi persepsi pelik saya terhadap PKR.

Rasanya ini adalah kali pertama saya berhujah mengenai politik dalam beloya2u.com. Ini pun kerana saya risau dengan situasi keamanan negara sekarang. Rakyat Sarawak tidak akan pernah lupa dengan kejadian 13 MEI. PERHIMPUNAN BERSIH ini membayangkan saya mengenai kejadian 13 MEI. Ini menyebabkan saya menentang sama sekali PERHIMPUNAN BERSIH.

Saya tahu banyak website dan laman facebook di olah untuk menyalurkan maklumat mengenai kecacatan yang terdapat dalam kerajaan sekarang dan tidak kurangnya juga mengenai PKR. Apakah persamaan mereka dan apakah perbezaan mereka. Mungkin ada di kalangan anda hanya membaca isu dari sebelah pihak sahaja dan bagaimana jika anda membaca kedua-duanya sekali. Dari situ anda boleh lihat dan menilai apa yang tersirat dan tersurat. Bukan hanya mendengar dari sebelah pihak sahaja.

Laman yang anda harus like untuk mengetahui info melalui facebook ialah anti-PKR dan Pakatan Rakyat. Dua versi ini mempunyai hujah-hujahnya yang tersendiri. Sekalipun hujah itu keras ataupun terbukti tetapi bukan PERHIMPUNAN BERSIH adalah jawapan yang terbaik kerana PERHIMPUNAN BERSIH boleh menyebabkan masalah kepada orang lain malah pertumpahan darah.

Segelintir rakyat Malaysia menjadikan Mesir sebagai Ikon untuk menumbangkan kerajaan mereka. Gambaran kita mungkin Mesir sekarang sudah aman dan makmur selepas berlaku pembrontakkan seperti itu. Itu tidak benar sama sekali. Mesir kini dan dulu langsung tidak sama dan Mesir tidak boleh dijadikan Ikon untuk memakmurkan negara.

Walaupun parti PAS merupakan parti yang memperjuangkan islam. Apabila mereka menyokong perhimpunan ini maka ianya membangkitkan persepsi yang pelik dalam diri saya kerana tindakkan ini adalah tindakkan yang memudaratkan orang lain dan Islam tidak menganjur kita melakukan perkara tersebut.

Semasa pilihanraya lepas banyak isu perkauman di bangkitkan dan secara automatik saya menolak beberapa pemimpin yang melaungkan isu perkauman. Di Sarawak terdapat pelbagai kaum dan etnik. Kedatangan pemimpin yang melaungkan unsur pekauman sedikit sebanyak mengganggu-gugat keharmonian Sarawak. Saya lihat ada antara pemimpin ini mengamalkan sistem pemerintahan James Brooke iaitu kaedah "PECAH DAN PERINTAH". Tahukah anda bahawa kaedah inilah yang memberi sumbangan kepada kejadian 13 MEI.

Tahukah anda bagaimana dunia pemerintahan berKHALIFAH dalam dunia islam di hancurkan?. Semuanya bermula dari hasutan dan kaedah pecah dan perintah oleh segelintir orang tertentu untuk mengusai dunia Islam yang kita dapat lihat pada masa sekarang. Pemberontakkan berlaku akibat daripada hasutan tersebut. Kita dapat lihat sampai sekarang tanah arab berpecah-belah dan bergaduh serta menjadi lemah disebabkan kejadian pembunuhan KHALIFAH dalam dunia islam. Adakah anda ingin melihat tanah air anda juga menjadi sepeti itu?

Tidak dapat tidak anda juga harus menyelami dunia politik sekarang dan bukan hanya bertindak dengan membuta-tuli mengikuti perhimpunan seperti ini. Terdapat antara penyokong PKR menyatakan "sana sini saya dengar orang tidak suka pada parti yang memerintah negara sekarang tetapi mengapa parti BN masih menang". Persoalan itu memberi respon kepada saya.. Ini kerana golongan sebelum merdeka dan yang lahir sekitar 70a dan kebelakang adalah antara golongan yang merasa perubahan yang dibawa oleh pemerintah sekarang dan mereka lebih rela memangkah parti yang memerintah negara sekarang. Tidak pula dipersoalkan mengapa PKR boleh menang di satu-satu kawasan walaupun terdapat masalah dalam sistem pengundian.

Rakyat Sarawak kini banyak melaungkan mahu Phen Sri Taib Mahmud Berundur dan beliau sendiri telah menyuarakan hasratnya mahu berundur. Rakyat Sarawak masih menerima pemerintahan kerajaan sekarang jika isu-isu yang dibangkitkan selesai. Itupun mungkin hanya bertahan 5 hingga 10 tahun jika belia-belia yang ada sekarang tidak di asuh dengan baik mengenai cabaran global sekarang bersama kerajaan pemerintah.

Belia-belia sekarang adalah pengundi akan datang dan idealogi mereka tidak sama dengan individu yang lahir pada tahun 70an, 60an dan seterusnya.

Alahai.. saya lebih banyak mengupas mengenai politik pula. Mungkin kejadian 13 Mei akan berulang lagi jika PERHIMPUNAN BERSIH diteruskan. Kecaman dan ugutan terhadap kerajaan memerintah sekarang banyak tersebar melalui internet dan ini menunjukkan PERHIMPUNAN BERSIH ini adalah bukan secara aman.

Anda bagaimana? Menyokong atau tidak? dan sudahkah anda melihat hujah2 dari kedua belah pihak ataupun anda hanya melihat hujah sebelah pihak sahaja. cari di dalam  Facebook tajuk di bawah ini dan like serta lihat hujah-hujah yang di utarakan oleh mereka.

Anti-PKR
Penyokong Anti-PKR
Pakatan Rakyat
Kami rakyat sarawak mahu taib berundur

Semoga anda memahami apa yang saya hendak sampaikan. Jika salah sila tegur saya dengan berhikmah dan bukan sumpah seranah bagai orang yang tak bertemdun. Tengok video di bawah ini dan fahami apa yang nak disampaikan dalam liriknya oleh Maher Zain.



GATHERING BLOGGER SARAWAK II GEMPAK

Saya menghabiskan masa hampir 6 jam untuk menyiapkan video Gathering Blogger Sarawak II ini akibat script video saya kena kacau oleh anonymous. Tak tahu siapa kacau. Akhirnya saya berjaya siapkan video tersebut dengan keadaan mata saya serupa itu panda. Menakutkan bila saya truja nak siapkan video ini walaupun terpaksa tidak tidur.

Laporan pertemuan Blogger Sarawak kali ini amat mengujakan kerana jumlah individu yang datang agak ramai walaupun tidak seramai Jom Heboh. Aktiviti ini bagaimanapun dirancang kira-kira sebulan yang lalu. Kami berada di lokasi pertemuan pada pukul 2.45 petang. Ada antara blogger yang  ada blog tapi tak aktif dan ada juga dalam bentuk forum dan pelbagai lagi kaedah web alam maya yang mereka buat.

Kesempatan ini saya nak ucapkan tahniah kepada semua blogger yang hadir dalam aktiviti kali ini. Bagaimanapun aktiviti kali ini sebenarnya gabungan bersama kumpulan 360 Degree Friends. 

Kepada blogger-blogger yang kena kacau oleh saya, kesempatan ini saya memohon maaf yerr.. Saya gurau je ok.. Buat riuh rendah sikit keadaan. Nak tahu blogger mana yang terlibat dalam aktiviti kali ini sila rujuk video di bawah ini dan saya juga menyeru dan menjemput Blogger Sarawak yang lain supaya lebih berani tampil untuk mengikuti aktiviti Gathering ini. Banyak mafaat yang kita boleh buat dalam aktiviti ini. BERANI KER???? JANGAN CUBIT SIKIT SUARA SERUPA PONDE... he he.. jangan marah yer.

Mungkin antara blogger yang takut nak tunjuk muka kot? he he.. dan mungkin juga sibuk.. Kita tak kisah umur kamu berapa, dah kahwin ke, dah ada cucu ke.. yang penting kamu blogger.. Kita BLOGGER SARAWAK... Bangga lah ikit oi.. hi hi.. Aktiviti berikutnya nanti ikut yerrrrrr...


360 DEGREE FRIENDS EKSPEDISI MENDAKI GUNUNG SANTUBONG

Aktiviti ini dirancang pada18 Jun 2011 namun terpaksa di tangguhkan berikutan individu yang ditugaskan untuk menunjuk arah tidak dapat hadir kerana ada masalah yang tidak dapat di elakkan. Namun begitu penangguhan yang dibuat pada 25 Jun 2011 menjadikan aktiviti ini satu kenyataan.



Seawal 7 pagi kami telah berkumpul di hadapan SOS satok dan bergerak ke kaki Gunung Santubong dalam pukul 8 pagi. Perjalanan yang mengambil masa beberapa jam itu cukup mencabar membuatkan kaki saya sakit-sakit dan macam tak larat nak jalan.

Semasa perjalanan menuju ke destinasi, saya berbekalkan air Heksagon ataupun air tenaga tanpa gula serta pendant atau pun rantai yang diperbuat daripada abu gunung berapi dan bahan mineral lain membuatkan saya lebih bertenaga atau energetic semasa membuat pendakian.

Seramai 18 orang mengikuti aktiviti tersebut, namun hanya 15 yang berjaya sampai ke destinasi dan 3 orang lagi putus asa kerana semput. 

Aktiviti ini bagaimanapun akan dirancang lagi pada masa-masa akan datang dan mungkin aktiviti ini di adakan sekali sebulan ataupun 6 kali setahun seperti mana idea yang diberi oleh peserta yang mengikut aktiviti ini. Kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti aktiviti riadah ini dan suka bertemu kawan-kawan baru boleh klik link 360 Degree Friends dan klik "join" atau "ikut" untuk mengikuti kumpulan ini menjalankan aktiviti seterusnya. Laman Juh beloya pula diwujudkan untuk membuat feed perkembangan aktiviti selain bertukar informasi keadaan sekeliling.

Kumpulan 360 Degree Friends diwujudkan adalah untuk menambah rakan-rakan baru selain merapatkan silaturahim dengan kawan-kawan yang sedia ada selain kami dapat bertukar info dan perkara-perkara yang boleh mendatangkan faedah bersama.

Sebelum ini 360 Degree Friends telah banyak membuat aktiviti seperti ini dan rekod terbaik peserta dari Facebook yang pernah dikumpulkan ialah seramai 25 orang di mana pertemuan ini dibuat di Taman Sahabat dan rekod-rekod lain yang membanggakan ialah pertemuan di Pasir Panjang di mana peserta yang datang dari pelbagai daerah dan juga pelbagai negeri. Salah satu darinya peserta yang datang dari negeri di bawah bayu iaitu Sabah. 

Pernah saya bertanya kepada peserta tersebut kenapa berminat mengikuti aktiviti kami. Beliau bagaimanapun mejawab kerana konsep aktiviti ini amat menarik selain mudah untuk di ikuti. Kita hanya perlu sedikit keberanian untuk bertegur sapa dengan peserta yang mengikuti aktiviti ini.

Di bawah ini merupakan video yang memaparkan aktiviti ekspedisi mendaki Gunung Santubong. Saya juga memohon maaf kerana bateri kamera habis semasa pendakian jadi banyaklah aktiviti di atas gunung tidak dapat direkod. Lupa nak cas... he he.. jom kita lihat video di bawah ini.





UGUT PELAJAR RM600 DI KUCHING

KUCHING: Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga dari Gita mendakwa dirinya diserang oleh sekumpulan pelajar perempuan lain yang cuba untuk memeras ugut wang daripadanya , kelmarin.



Insiden tersebut dipercayai berlaku sekitar jam 3.30 petang apabila mangsa bersama dua lagi rakannya ditahan oleh enam pelajar tingkatan enam di pintu pagar sekolah ketika hendak pulang ke rumah.

Kumpulan itu dipercayai meminta RM600 daripada mangsa sebagai ‘wang perlindungan,’ tetapi mula menyerang apabila mangsa memberitahu yang mereka tidak mempunyai wang.

Mangsa juga diberi amaran agar tidak memberitahu perkara tersebut kepada pihak polis jika tidak akan terus dipukul oleh mereka.

Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian muka dan badan memberitahu perkara tersebut kepada bapanya yang kemudian membawa mangsa ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum membuat laporan polis.



Pihak polis masih menjalankan siasatan ke atas kes tersebut.

Dalam satu kejadian berasingan, sembilan pekerja asing ditangkap semalam selepas dipercayai merusuh gara-gara didakwa memukul seorang pengawal keselamatan di sebuah tapak pembinaan.

Insiden tersebut dipercayai ber laku di sebuah tapak pembinaan di Kota Sentosa sekitar jam 7 malam kelmarin.

Menurut laporan polis yang dibuat mangsa, pihak polis tiba di tempat kejadian selepas menerima laporan mengenainya dan menangkap kesemua pekerja asing itu untuk siasatan lanjut.

BLY:
Macam-macam kejadian aneh yang berlaku di sekeliling kita. Pelbagai bentuk dan punca jenayah yang mungkin jarang kita dengar. Apa-apa pun macam tak logik jer budak minta wang perlindungan sehingga RM600.00. Perkara seperti ini agak mengelirukan. Pelbagai tafsiran boleh dibuat dalam kejadian seperti ini. Laporan ini datang dari mangsa yang kena ugut dan laporan dari pemangsa pula tiada di buat. Tahukah anda bahawa mangsa boleh menjadikan dirinya pemangsa kepada pemangsa yang menjadikannya mangsa. Agak mengelirukan ayat saya kan? Teknik ini selalu digunapakai di bawah sedar dan kebiasaannya perkataan yang digunakan untuk kejadian ini adalah "Manipulasi".

Sumber : US

KELAB GIGOLO SARAWAK

Hari ini agak busy sikit dengan kerja dan sempat jugak tengok something yang pelik-pelik di alam maya. Pelbagai isu yang aneh dan perkara yang remeh muncul di alam maya. Terpulang dengan kita untuk menilai satu-satu maklumat yang diterima dan bagaimana kita mengguna serta mengawalnya.



Setiap orang yang anda kenali di dalam internet mempunyai personalitinya yang tersendiri dan ada juga yang kita sedia kenal. Pernahkah anda bertanya berapa peratuskan senarai kawan yang anda benar-benar kenal dan kawan-kawan anda yang langsung tidak kenal?. Kawan-kawan yang anda tidak kenal langsung itu juga dikenali sebagai Anonymous. 

Apakah karekter mereka dalam senarai anda dan apakah capaian maklumat yang mampu mereka perolehi dari FB anda. Anda tidak tahu bukan?. Berhati-hati dengan perkara tersebut.

Dahulu pernah muncul beberapa status di dalam Facebook memberi kenyataan bahawa terdapat individu yang sengaja "ADD" kita untuk menggodam profile kita sekaligus mengambil alih laman kita. Perkara itu bagaimanapun tidak berlaku dan kebanyakkan perkara tersebut adalah rumor semata-mata.

Sekarang ini terdapat banyak laman-laman (page) yang muncul dalam facebook dengan pelbagai tajuk serta tujuannya dibuat. "ha ha ha ha ha ha ha ha ha" pun merupakan tajuk yang diminati orang pengguna Facebook disebabkan oleh penggunaanya dalam status.. 

Terdapat satu laman yang pelik tapi benar yang saya temui dalam FaceBook. Lucu dan hairan. Apa-apapun tajuk di atas ni dibuat disebabkan saya terjumpa laman ini. LAMAN KELAB GIGOLO SARAWAK.


MAJLIS MALAM SILATURAHIM SENI SILAT KALAM

Majlis malam Silaturahim Seni Silat Kalam Utama telah menjemput pelbagai bangsa, agama dan budaya bagi memeriahkan majlis tersebut dan tujuannya adalah untuk memberi maklumat kepada semua bangsa dan agama bahawa Seni Silat Kalam ini adalah untuk semua dan semua bangsa boleh mempelajarinya.

Semasa majlis ini saya boleh nampak Cina, India, Iban dan sebagainya menghadiri majlis ini dan majlis ini juga menjemput beberapa orang VVIP untuk merasmikan majlis ini. Selain itu, Timbalan Perdana Menteri juga sempat melihat ahli Silat Kalam Sarawak apabila bertemu dengan mereka di Cafe Pull Man.
Majlis ini di adakan di Pullman sebulan yang lalu dan ianya masih segar di ingatan saya kerana suasana pada malam tersebut penuh dengan semangat setiakawan. 

Apapun yang saya perkatakan, saya menjemput sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertai Akedemi Seni Silat Kalam boleh menghubungi saya melalui email neo.barcode@beloya2u.com atau telefon/sms saya di +60137778481.



TIDAK SOLAT TAPI BERTUDUNG DAN SOLAT TAPI TIDAK BERTUDUNG

Tajuk yang saya tunjukkan di atas merupakan perkara yang spesifik dan saya bukan hanya nak cerita mengenai tidak solat tapi bertudugn dan solat tapi tidak bertudung. Banyak lagi perkara lain yang kita boleh lihat contohnya pakai kopiah tapi kuat menipu dan tak pakai kopiah tapi jujur dan telus. Selain itu ada yang lebih sensitif lagi. Pakai tudung labuh tetapi ada rantai yang tidak dibenarkan di dalam tengkuknya dan tak pakai tudung laboh tapi tasbih di ditangannya.



Perkara ini memberi impak tidak baik kepada islam. Apa yang kamu fahami pemakaian cara islam? Apa yang kamu fahami apa yang kita kejar sebenar dalam kehidupan. Kekeliruan menjadikan manusia mejadi lebih kompleks dan sukar untuk dimengerti.

Kebanyakkan orang memberi pandangan yang tidak baik kepada orang yang berpakaian alim tapi tidak amanah. Pada pendapat saya, pakaian bukanlah lambang dia islam atau pun dia tidak islam. Garis panduan islam bagi lelaki sudah pun ditetapkan hendaklah menutup aurat dari sedikit atas paras pusat dan sedikit bawah paras lutut. Manakala perempuan pula adalah dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Perempuan mempunyai cara yang lebih kompleks berbanding lelaki. 

Siapa pun anda dan di mana pun anda berada menghormati orang lain adalah perkara utama dalam hidup kita selagi ianya tidak memudaratkan kita dan orang lain. Nasihat dan teguran adalah perlu dengan cara dan teknik berkhikmah dan bukan cara menyindir dan menyakitkan hati orang lain.

Jika kita perhatikan tajuk di atas, saya memandang satu perkara yang pernah saya bincangkan dengan beberapa orang ilmuan islam. Riak adalah perkara yang selalu bertapak di hati apabila kita melakukan sesuatu yang baik di luar pengetahuan orang lain manakala tidak amanah atau tidak jujur bertapak di hati apabila kita menunjukkan kebaikkan kita di depan orang lain.

Berhati-hati dengan perkara yang saya tunjukkan. Pahala atau dosa orang bukan kita yang tentukan tetapi memberi nasihat dan teguran merupakan tanggungjawab kitak. Saling hormat menghormati adalah kunci kedamaian. Maaf lah yer jika artikel kali ini tidak begitu jelas dengan konsep yang saya nak sampaikan. Saya tak cukup tidur.. he he.. cari kongklusi dan renung-renungkan..

OPERATIOAN MALAYSIA (OM) PENGGODAM DIKEHENDAKI POLIS

KUCHING: Siasatan terhadap ancaman kumpulan penggodam laman web tempatan kini berjalan dengan lancar dan hasil siasatan akan diketahui sedikit masa lagi.



Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Fadillah Yusof berkata siasatan itu telah dilakukan sejak tercetusnya ‘fenomena’ itu beberapa hari lalu.

Menurutnya, kerajaan tidak akan teragak-agak untuk menghukum mereka yang melakukan perbuatan (menggodam) laman web jika mereka disabitkan melakukan kesalahan itu.

“Kami sedang melakukan siasatan terhadap penggodam laman web terbabit dan jika mereka benar-benar bersalah melakukan perbuatan itu maka tindakan tetap akan diambil,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri majlis sambutan Hari Gawai, Hari Ibu dan Hari Bapa di sini semalam.

Sambutan itu dianjurkan oleh Persatuan Orang Cacat Bumiputera Sarawak (POCBUS) dan diraikan oleh lebih 100 ahlinya yang terdiri daripada orang-orang cacat penglihatan dan pendengaran.

Hadir sama Pemangku Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak Zainal Taram dan Presiden POCBUS Adzohari Jamel.

Fadillah menarik perhatian bahawa kerajaan tidak menghadapi masalah dengan ancaman kumpulan penggodam yang dikatakan menyerang sebanyak 198 laman web tempatan termasuk fortal rasmi kerajaan sejak seminggu lalu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya berkata sebagai sebuah negara demokrasi kita sememangnya mempunyai undang-undang untuk menghukum mereka yang melakukan perbuatan itu.

“Namun, kami memberi jaminan bahawa siasatan serangan oleh kumpulan penggodam yang bergelar ‘Anonymous’ itu akan diketahui dalam masa terdekat selepas pihak berwajib mengenal pasti mereka yang terlibat,” katanya.

Dalam pada itu, katanya serangan penggodam terbabit tidak merebak dengan meluas kerana hanya sebahagian sahaja laman web rasmi kerajaan mahupun swasta mengalami kerosakan.

“Kami juga percaya kerosakan laman web terbabit tidak melumpuhkan terhadap keseluruhan sistem laman web yang digodam,” katanya.

BLY:
Inilah yang dikatakan OM ataupun "Operation Malaysia" dimana mereka menggelarkan diri mereka sebagai Anonymous. Mengikut pemahaman saya penggodam terdiri dari 2 kumpulan iaitu "Black Head" dan "White Head". Black Head adalah penggodam yang menggodam laman yang baik manakala White Head pula dikatakan penggodam laman yang tidak baik selain daripada menjadi musuh kepada Black Head kerana  White Head akan coba menggodam komputer Black Head. Pelbagai nama samaran yang dibuat oleh penggodam. Namum begitu fenomena ini sedikit sebanyak membuka mata kita mengenai pertahanan negara berkaitan dengan kekuatan dunia Maya negara. Sama ada kuat atau tidak. OM ini berlaku kerana beberapa pihak tidak puas hati dengan kerajaan kerana telah menyekat beberapa laman download yang menjadi kegemaran mereka. Nak tahu lebih lanjut laporan kejadian ini sila lah klik page in dan LIKE (PAGE).

Sumber : US

PELAJAR SESAT 17 JAM KETIKA MENURUNI GUNUNG SANTUBONG

KUCHING: Pendakian pertama sekumpulan lapan pelajar universiti ke Gunung Santubong menjadi igauan ngeri apabila sesat selama 17 jam ketika dalam perjalanan menuruni gunung tersebut.




Kumpulan tersebut yang terdiri daripada lima perempuan dan tiga lelaki dan berusia dalam lingkungan 21 dan 23 tahun memulakan perjalanan mereka pada jam 9 pagi dan sepatut-nya balik ke hotel tempat mereka menginap pada hari yang sama.

Sebelum membuat pendakian, pelajar-pelajar tersebut telah memberitahu pihak pengurusan hotel dan pihak polis tentang rancangan mereka untuk mendaki gunung tersebut.

Apabila kumpulan tersebut gagal kembali ke hotel sehingga jam 9 malam, salah seorang kakitangan hotel yang risau kemudiannya meng-hubungi salah seorang daripada mereka dan mendapat tahu bahawa kumpulan tersebut sesat akibat ke-adaan yang terlalu gelap.

Kakitangan tersebut kemudiannya bertindak menghubungi pihak polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan pada kira-kira jam 11 malam, usaha pencarian dimulakan yang turut melibatkan orang kampung.

Kumpulan tersebut akhirnya di-temui dan dibawa menuruni gunung tersebut pada jam 2 pagi.

Ketika menceritakan apa yang berlaku, salah seorang pelajar lelaki berkata pendakian mereka meng-ambil masa yang lebih lama apabila pelajar-pelajar wanita merungut akibat kepenatan.

Menurutnya, ketika tiba di puncak dan selesai mengambil gambar, keadaan sudah hampir gelap dan keadaan menjadi semakin gelap apabila mereka bergerak menuruni gunung tersebut.

Sementara itu, salah seorang anggota penyelamat memuji tindakan pelajar-pelajar tersebut yang memberitahu pihak hotel dan pihak polis sebelum membuat pendakian.


BLY:
Baru je nak plan naik gunung Santubong. Macam-macam je halangan yang melanda. Hujung minggu ni dah jadi macam sesuatu yang tak pasti. Pergi ke tak pegi. Apa-apapun... Kejadian ini memberi iktibar bahawa jika hendak pergi di satu-satu tempat kenalah maklumkan kepada pihak yang berkenaan supaya kehilangan kita mudah dikesan.


Sumber : US

INILAH DIA MC BIDAN TERJUN BANGUNAN

Pengalaman mengejut dan mengujakan memang selalu berlaku di sekeliling kita dan bagaimana kita menghadapinya terpulang kepada keberanian kita serta idea yang terlintas di fikiran kita. Jika tidak ada idea maka kakulah kita berdepan dengan cabaran yang datang secara tiba-tiba.


Perumpamaannya seni mempertahankan diri yang kita belajar jika tidak di amalkan menyebabkan idea untuk bertempur dengan musuh akan susut. Terdapat dua kemungkinan keadaan akan berlaku sama ada musuh mengawal kita atau kita mengawal musuh. Di sini kunci utama adalah amalan kita seharian.

Apa kaitan celoteh saya dengan MC bidan terjun bangunan?. Adalah sikit kaitannya asalkan anda rajin nak kaitkannya. Sabtu lepas saya dijemput untuk menghadiri hari jadi anak abang syamsuri iaitu shakir yang berumur 7 tahun dan anak buahnya effa yang masuk 15 tahun. Niat datang tu nak tolong penuhkan tempat duduk jer tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Inilah yang saya maksudkan dengan apa yang saya ceritakan di atas. Amalan harian. He he.. Senyum tak perlu kata apa-apa. Saya disuruh secara spontan untuk menjadi MC dalam majlis hari jadi. Ramai juga orang yang datang dan saya gugup sedikit kerana tidak bersedia. Teringat kembali saya pada kejadian setahun lepas di mana saya disuruh menjadi MC di mana majlis akan berlansung dalam masa lebih kurang 10 minit lagi. Tidak cukup dengan itu, jumlah tetamu yang datang lebih 1000 orang kalau tak silap la dan lokasi adalah di Pull Man Hotel. Majlis yang berlansung adalah meraikan kejayaan beberapa orang pemimpin REDtone Mobile. Saya juga salah satu darinya dan saya satu-satunya bumiputra..

Itulah dikatakan gemuruh yang tidak dapat dilupakan namun keberanian dan berbekalkan idea yang ada saya selitkan kelebihan saya dalam berbahasa Mandarin. Senyum je CEO Redtone Mobile tengok saya. Pandailah sikit-sikit bahasa Mandarin.. Cukup-cukup makan.

Kita sambung balik kejadian saya menjadi MC bidan terjun bangunan nih. Saya bukan apa, pengalaman macam ni patut dikongsi kepada yang suka membaca sebabnya ini boleh membantu anda yang gugup menghadapi apa-apa kejadian seperti ini.

Dalam masa 5 minit saya merangka aturcara majlis yang sememangnya tidak ada langsung dirangka oleh penganjur majlis. Saya bergerak berjumpa beberapa orang penting dalam majlis tersebut untuk menyusun aturcara dan dibantu oleh saudara Afriza. Aturcara dah di aturkan cumanya macam mana nak mengawal keadaan. Secara spontan saya kacau budak-budak kasi diaorang gelak sikit. Wahhhhh.. saya tak sangka segalanya berjalan dengan lancar.
video

Apapun yang saya kongsikan di atas. Apa yang penting adalah keberanian dan idea yang bernas serta boleh diguna pakai. Bagaimana? Lihatlah amalan kita seharian.. Kuatkan jati diri anda. Wasalam...

AGM BIRO WANITA KUCHING AKU LELAKI JUGA MASUK CAMPUR

Hari ini hari isnin, banyak orang penin-penin. Hari ini hari selasa banyak orang makan laksa. Hari ini hari rabu banyak orang makan kerabu. Hari ini hari khamis banyak orang makan kissmiss. Hari ini hari jumaat banyak orang semayang jumaat. Hari ini hari sabtu banyak orang jadi hantu. Hari ini hari ahad banyak orang berehat.

Hari ini ahad 18 Jun 2011. Saya selalu sahaja terlibat dengan aktiviti yang tidak dijangka. Hari ini saya pergi ke biro wanita bersama rakan-rakan saya Azreen dan Asfriza. Tujuan saya pergi ke sana adalah untuk menghantar softcopy gambar aktiviti KRT pada minggu lepas selain mencari mangsa-mangsa untuk ujian CupCake saya.

Kedatangan saya bagaimanapun disambut dengan senyuman oleh setiausaha Persatuan Ibu Tunggal Sarawak (PITSA) Puan Jemilah dan Penolong Pengerusi Koperasi Mikro En Rashid dan isterinya. Sebelu berbual lebih lanjut kedatangan saya di lokasi saya seperti biasa bersuai kenal dengan gerai-gerai yang dibuka di sekitar Bangunan Biro Wanita Sarawak dan cuma kali ini saya tak banyak tanya pasal produk mereka sebab saya dah biasa tengok produk yang dipamerkan.

Sejuk hati tengok adik kakak senyum kat saya.Alhamdulillah moga mereka dilimpahi rezeki yang melimpah ruah. Saya kemudian berjumpa dengan urusetia-urusetia yang terlibat dalam AGM tersebut dan saya mengeluarkan produk CupCake untuk tujuan analisis dan ujian. Urusetia yang saya libatkan dalam ujian dan analisis pasaran saya adalah seperti gambar yang saya sertakan di bawah.

Makcik-makcik yang makan CupCake saya rata-rata menyatakan rasa kek yang mereka makan sedap dan ada pula yang nak lagi. Boleh ke macam tu? ha ha.. Saya cakap sorang satu he he.. Apa-apa pun maklum balas yang paling seronok saya dengar, diaorang nak tempah CupCake tu nanti. Selain itu, kritikkan juga tidak dapat di elakkan. Cara pembuatan salah satu jenis CupCake tu kena di ubah suai sikit dan makcik-makcik yang ada kat situ memberi sedikit nasihat kepada saya  bagaimana saya hendak memasarkan CupCake tu. 


Tak rugi saya kacau AGM Biro Wanita Sarawak hari ini. Banyak perkara yang saya dapat belajar dan banyak orang yang saya dapat jumpa. Bagi sesiapa yang ingin membuat tempahan CupCake yang akan saya pamerkan nanti di salah satu Blog saya dalam proses pembinaan. Sabar yer.. Bagi sesiapa yang dah merasa CupCake tu saya ucapkan tahniah dan ribuan terima kasih.




ROBOT SEKS DICIPTA UNTUK PENGESEK

Sebuah syarikat Cina telah memperkenalkan robot seks yang didakwa boleh mengenali - malah boleh berbual dengan – pemiliknya.




Robot 5 kaki 5 inci itu mempunyai kulit dan otot realistik yang diperbuat daripada gel silikon pada tulang rangka logam perubatan maju.

Pengurus Love Sex Company Li Jian berkata, robot berharga £3,000 (RM14,941) adalah untuk eksekutif-eksekutif bergaji besar yang terlalu sibuk untuk bertemu dengan wanita sebenar.

Pelanggan-pelanggan boleh memilih muka dan bentuk badan robot mereka dimana ia boleh diprogramkan untuk mengenali muka pemiliknya dan berborak, dalam bahasa pilihan.

Ia juga boleh dikawal dari jarak jauh untuk menentukan kedudukan berlainan dan bahagian anggota badan juga boleh digerakkan, Li menambah.

Patung ini menarik perhatian orang ramai yang ingin tahu apabila ia diperkenalkan di Sex Culture Exhibition di Xi’an, ibu kota wilayah Shaanxi barat China.

Sumber : MNS

TABUNG BEKALAN DARAH HUS KURANG DARAH JENIS A DAN B

KUCHING: Tabung Darah di Hospital Umum Sarawak (HUS) mengalami masalah kekurangan bekalan darah jenis A dan B.








Justeru, satu kempen derma darah akan diadakan pada minggu ini.

Pada Sabtu ini, dua kempen akan diadakan iaitu di Permata Exhibition Hall dari jam 10 pagi hingga 3 petang, anjuran Eagles Interactive Sdn Bhd.

Manakala satu lagi kempen akan bertempat di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di Jalan Puncak Borneo dari 9 pagi hingga 2 petang.

Pada hari Ahad pula dari 9 pagi hingga 3 petang, ia akan diadakan di H&L Supermarket, Tabuan Plaza yang merupakan anjuran Liansin Trading.

Satu lagi tempat yang akan mengadakan kempen derma darah itu bertempat di Maybank, Crown Towers dari 9.30 pagi hingga 2.30 petang yang merupakan anjuran Pertubuhan Pemuda Cina Kuching dan Samarahan.

Sehubungan itu, orang ramai diminta tampil untuk menjayakan kempen derma darah ini dalam membantu pesakit yang memerlukan darah tersebut.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi 082-276795 atau 082-276797.

BLY:
Kepada yang berniat nak derma darah. Tercari-cari lokasi nak menderma darah login FB dan like page Sarawak Blood Donation Drive Update ni. Melalui page ini kita boleh mengetahui lokasi derma darah yang di anjurkan oleh syarikat dan individu. Kepada yang ingin menganjur derma darah boleh email saya di neo.barcode@beloya2u.com. Ada siapa-siapa nak ikut saya hujung minggu ni di wisma seberkas ada aktiviti derma darah 19hb Jun 2011 hari ahad. Saya darah jenis B -MADAH

Sumber : US

BOT PERSIARAN POPULAR DI KUCHING

KUCHING: Walaupun baru lebih kurang tiga bulan beroperasi, perkhidmatan bot pesiaran kelas ekonomi pertama di Sarawak kini mul memberi saingan kepada pengusaha perkhidmatan bot pesiaran yang telah dikenali ramai.




Perniagaan milik penuh Koperasi Lan Berambeh Sungai Bedilku Kuching Berhad dari sebuah kampung Melayu di bandar raya ini, kini bercadang menambah baik perkhidmatannya untuk menarik lebih ramai penumpang, termasuk dari luar negara.
Pengerusi koperasi itu Zamahari Saidi berkata antara ciri istimewa perkhidmatan bot pesiaran yang dilancarkan pada Mac itu ialah faktor harga dan keanjalannya.
“Kami hanya mengenakan bayaran serendah RM15 seorang dan sekiranya mereka ingin menyusuri sungai disertai hidangan minuman, maka bayarannya ialah RM35 seorang untuk perjalanan selama satu jam setengah,” katanya kepada Bernama di sini semalam.
Zamahari berkata perkhidmatan itu juga membenarkan penumpang memilih tempat untuk mereka menaiki bot berkenaan di mana-mana jua jeti yang terletak di laluannya.
Katanya jumlah penumpang yang menggunakan perkhidmatan itu meningkat daripada 330 pada Mac kepada 347 pada April dan 589 pada Mei.
Beliau berkata bot kayu sepanjang 21.3 meter dan 3.04 meter lebar berharga kira-kira RM120,000 dan menggunakan enjin Yanmar 24 kuasa kuda itu boleh membawa 40 penumpang dan lima anak kapal.
“Pada pertengahan bulan ini, kami akan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan ejen pelancongan di sini untuk mempromosikan perkhidmatan kami,” katanya.
Beliau berkata MoU itu merupakan langkah pertama pihaknya untuk mempromosikan kewujudannya dalam industri pelancongan dan membolehkan ejen pelancongan menyediakan pakej khas, termasuk perjalanan menyusuri sungai secara ekonomi.
“Kami juga merancang untuk menambah baik kemudahan sedia ada agar bot yang digunakan boleh dijadikan tempat untuk mengadakan mesyuarat, seminar dan tempat berkaraoke,” katanya.

BLY:
Peluang perniagaan berada di mana-mana asalkan kita benar-benar untuk memilikinya. Kenali perniagaan yang kita hendak ceburi. Pastikan cabaran dan rintangan yang mungkin kita hadapi dapat kita tempuhi dengan berbekalkan modal kesabaran ataupun modal insan. Sektor perlancongan di sarawak merupakan sektor yang benar-benar menjana ekonomi negeri Sarawak selain dapat menambah pendapatan rakyat sarawak. Pengalaman di sarawak dapat dijual dan anda tentukan bagaimana anda hendak memasarkannya.
Sumber : US

PERSEMBAHAN SENI SILAT KALAM SARAWAK IV

Persembahan Akedemi Seni Silat Kalam Sarawak bertempat di Kampung Matang Lot Batu 10 adalah salah satu acara yang mengujakan orang-orang kampung yang menunggu acara tersebut berlangsung. Cuaca bagaimanapun ketika itu hujan lebat dan padang basah.






Persembahan ini berlangsung kira-kira pada pukul 2 petang dan semua ahli senit silat kalam berkumpul di Surau Taman Palma Indah terlebih dahulu untuk sembahyang Zohor secara berjemaah. Ahli yang datang untuk menyokong dan membuat persembahan adalah Hasnol, Ajit, Faz, Wan Ashraf, Wan Man, Boboi, Mail Lambong, Kaliq, Akim, Khall, Alex (shawal), Mirul dan boy.

Kami kemudian bergerak ke gelanggang persembahan kira-kira pada pukul 1.30pm dan perjalanan kami di usuli dengan hujan lebat. Masing-masing kami diam dan berharap hujan akan berhenti. Sesampai kami di lokasi kami disambut dengan hujan dan itu tidak mematahkan semangat kami dengan berpegang pada satu prinsip "Hidup Bersama Mengembang dan Menyatu".

Persembahan kami pun dimulakan. Persembahan itu dilakukan di atas padang yang becak dan basah namun tidak mematahkan semangat ahli silat kalam untuk meneruskan persembahan. Sekalipun baju putih bersalut tanah tidak akan menghalang ahli silat kalam menunjukkan yang terbaik.

UCAPAN TAHNIAH DARI beloya2u.com KEPADA AHLI SILAT KALAM SARAWAK.

LAYAN MINI GATHERING CHATTER SARAWAK IV

Rakan-rakan dalam dunia maya yang bergelar Geng Chatter. Mereka banyak lepak kat Yahoo Messenger di Room Sarawak. Dunia yang penuh dengan mainan perasaan dan pelbagai agenda perbualan tidak kira yang baik atau pun tidak baik.

Beberapa minggu lepas Chatter Sarawak yang diketuai oleh Puan Rosma yang juga berasal dari Miri merancang untuk membuat Gathering besar-besaran di Kem permai dengan sokongan beberapa rakan chatter yang lain.Namun begitu pada saat-saat akhir rangcangan itu terpaksa ditunda berikutan ada keluarga sebelah Puan Rosma meninggal dunia (Pstttt... Suami rosma pun chatter juga, nama suaminya Wenx dan pertemuan pun di alam maya juga. Inilah dikatakan Cinta Chatter membawa ke Rumah Tangga). 

Jangan main-main dengan dunia Chatter yerrr.. Boleh membawa ke dunia sebenar tuu.. wiuwittttttttttttt... ha ha... Sebenarnya saya nak cerita pasal pertemuan seterusnya di rancang oleh Puan Sri Djah mengumpul semula chatter yang benar-benar nak buat perjumpaan. Rasa-rasanya Puan Sri Djah lah yang buat plan tu. Tak pasti la pulak.. ha ha.. Rancangan pertemuan ni kita buat dekat tempat bowling. Apa lagi.. Kita semua main bowling sambil berkenalan.

Bagaimana suasananya bolehlah usha2 video bawah ni yer.. sekian laporan dari saya.. Ibnu Khalldun:

JUALAN GAMBIR DI KUCHING MENINGKAT

KUCHING: Mungkin disebabkan populariti gambir asli Sarawak di kalangan pelancong terutamanya dari Semenanjung Malaysia menyebabkan semakin banyak gerai kecil menjual gambir wujud di sekitar Lebuh India dan Jalan Main Bazaar.




Tinjauan Utusan Borneo semalam mendapati terdapat kira-kira 10 gerai menjual gambir asli Sarawak beroperasi di kedua-dua lokasi tersebut yang juga merupakan tempat tarikan pelancong.
Kekayaan sumber semula jadi juga menjadikan Sarawak antara negeri yang terkenal di Malaysia  dengan produk gambir asli Sarawak yang seakan produk wajib dibeli oleh pelancong yang datang ke negeri ini.
Melihat kepada potensi pasaran produk (gambir asli Sarawak) itu, Hashim Merais, 43, iaitu anak jati negeri ini tidak mahu terlepas peluang untuk memperolehi pendapatan dengan menjadi ejen atau penjual gambir asli Sarawak.
Bermula pada 2008, kini Hashim yang hanya membuka gerainya di kaki lima bangunan kedai di hadapan Tebingan Kuching  sudah mampu memperolehi pendapatan sekitar RM1,000 sehingga RM2,000 sebulan.
gambir sarawak
Gambir yang sudah dibungkus dan sedia untuk dijual.
Menurut beliau, gambir asli merupakan antara ubat tradisional yang mujarab sehinggakan ia dikenali ramai termasuk pelancong dari luar negara dan sanggup membelinya dalam kuantiti yang banyak.
“Gambir asli sarawak sangat terkenal bukan sahaja dengan kelebihannya dalam menyembuhkan dan melegakan misalnya sakit gigi, terkena sengatan haiwan berbisa dan banyak lagi, malah ia juga sudah menjadi benda wajib dibeli ketika mengunjungi negeri ini.
“Justeru saya sebagai rakyat negeri ini tidak mahu melepaskan peluang untuk menjual produk ini dan saya bersyukur kerana sehingga hari ini saya mampu meraih pendapatan mencecah RM2,000 sebulan,” katanya ketika ditemui Utusan Borneo semalam.
Tambah beliau, gambir asli itu pada mulanya diperolehi dalam kuantiti yang banyak dari pedalaman Marudi yang kemudian dibungkus dalam bungkusan kecil dan dijual pada harga dari RM5 sehingga ratusan ringgit.
Sementara Masli, 36, juga penjual gambir asli memberitahu bahawa kebanyakan pelanggannya adalah pengunjung atau pelancong dari Semenanjung Malaysia.
“Kebanyakan pelancong dari Semenanjung Malaysia memang tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan gambir ini, malah ada juga yang sanggup membeli dalam bungkusan yang banyak dan rata-rata pelanggan saya mengakui kemujaraban ubat tradisional ini,” katanya.
Menurut Masli, pelanggan yang datang mengunjungi gerai beliau juga lebih ramai pada musim cuti sekolah.
“Keuntungan memang tidak lari daripada RM1,000 sebulan dan pada musim cuti sekolah, saya mampu mencapai keuntungan sehingga RM2,000 sebulan kerana pelanggan adalah lebih ramai pada masa ini,” katanya.
Beliau turut memberitahu bahawa bulan Januari sehingga Mac adalah tempoh yang kurang mendatangkan keuntungan.
Gambir dihasilkan daripada getah pokok gambir dan ia amat berguna pada waktu kecemasan.
Sarawak merupakan sebuah negeri yang kaya dengan sumber asli dan sedikit sebanyak memberi banyak faedah untuk dimanfaatkan oleh penduduk negeri ini.

Sumber : US

ARTIS CAKAP "LU KIRI KANAN PON BANYAK DOSA"

Sebelum ini saya ada bincangkan mengenai artis yang selalu cakap kosong dan longkang.. Tapi tak semua artis macam tu. Banyak artis baik-baik kat Malaysia ni. Yang kosong dan longkang tu hanya sebahagian sahaja. Sekarang ni tidak keterlaluan rasanya saya cakap ada di kalangan artis yang mencipta mazhab sendiri ataupun memutar belitkan fakta. Percakapan mereka lebih kepada kerana nafsu dan bukan kerana amalan sebenar. Segala sebab yang mereka letakkan untuk melakukan sesuatu pasti tidak lari dari perkataan "Jgn Hipokrit".



Ni kat bawah ni salah satu dari artis-artis tersebut. Siapakah artis yang mengeluarkan statement seperti ini. Saya langsung tidak bersetuju dengan apa yang di perkatakan oleh artis tersebut. Saya ni sebenarnya nak bidas balik apa yang di lemparkannya.



"ahh lagi satu wa mau kata, jgn la letak video ceramah2 konon lu org yg punya. mmg agama adalah agama. 


tapi wa rasa pahalu lu x de la kemana PON. nak tegur mcm la dari atas sana. Jgn hipokrite saja. Lu kiri kanan pon byk dosa. Tapi mau main politik saje. Ckp mcm manusia ke manusia la. Cermin diri dulu ya...1000 kali.

OK now baru boleh Asalamualaikum :)"


Statement pada rangkap yang pertama nampak sangatlah artis ni tak berfikiran terbuka dan tak suka ditego atau dengan kata lainnya dia ni adalah seorang yang keras kepala. Tak salah rasanya letak video ceramah. Apa salahnya dengar dan jawab dengan hormat. Tak payah nak mendambik dada sombong berbicara.

Statement yang rangkap yang kedua ni yang paling-paling saya tak suka sangat dan tersangatlah tak suka. Dia tak sedar dia tu artis dan banyak orang ambik dia sebagai ikon.  Dia ni macam tak layak nak ditegur oleh orang lain. Bercakap dengan sombong.  Bukankah saling mengingati dan tegur-menegur tu baik. Nak tegur tak payah tunggu dari orang atas ke bawah ke. Yang atas tu dimaksudkan dia adalah tuhan. Tuhan tak tegur kita tapi menghantar nabi, rasul, ulamak dan muslim/muslimah untuk menegur. Kata-kata yang macam ni macam tak ada akal.

"Jgn hipokrit saja, Lu kiri kanan pun banyak dosa". Statement ni agak keterlaluan bagi saya jika dibuat oleh seseorang yang bernama artis.  Apa yang saya faham, artis ni tak hipokrite ke ataupun dia ni mengambil alasan hipokrit untuk menyelamatkan diri. Tak ada istilah hipokrit dalam tegur menegur. Kau salah aku tegur, aku salah kau tegur. Kiri kanan banyak dosa itu antara dia dengan tuhan tapi tanggungjawab menegur tu tetap ada. Manusia mana yang maksum selain Nabi kita yang terakhir.  Setiap orang ada dosa bergantung kepada amalannya. Tapi takkan perkara tu nak jadi penghalang untuk kita menegur dan saling mengingati antara kita. Bukankah itu berfikiran kolot namanya. Menunding jari ke arah orang lain atas kesalahan sendiri.  Tak salah orang tegur kan. 

Alahai artis-artis. Berat tanggungjawab jadi artis ni. Kalau takut kena tegur bagi letak jawatan jadi artis. Ditegur sikit melatah. Ada artikel blogger lain menyatakan bahawa artis ni menyelar semua blogger kerana menegur video lucah dia. Kepada blogger.. jangan guna ayat sumpah seranah kepada artis yang sombong ni. Gunakan ayat-ayat berhikmah ye.

SAMBUTAN GAWAI DENGAN CARA ISLAM

Malam tadi berborak dengan seorang kawan yang berbangsa Iban. Dia penganut agama Budha tetapi dia seorang yang suka belajar cara hidup Islam dan di hatinya ada niat hendak memeluk Islam. Banyak soalan yang dia ajukan kepada saya dan alhamdulillah saya dapat menjawab dengan tenang walaupun bab-bab agama ni bukanlah kebolehan saya. Mungkin saya boleh jawab kerana amalan seharian saya adalah dengan cara hidup Islam.. AMIN...



Soalan yang paling suka saya bincangkan ialah cara hidup orang Iban dan bagaimana hendak di satukan dengan cara hidup islam. Kemudian saya menjawab "Tinggalkan perkara yang memudaratkan dan Amalkan perkara yang membawa kebaikkan". Saya kemudian menyambung "Bangsa kamu sebagai bangsa Iban tidak akan berubah sampai bila-bila dan bukan bererti kamu memeluk islam bangsa kamu juga bertukar. Islam adalah untuk semua tidak mengira bangsa. Ada dikalangan orang islam tidak faham tentang perkara ini. Ramai yang cakap bahawa Iban masuk Islam maka dia akan jadi orang Melayu. Sebenarnya tidak ada istilah seperti itu.Bangsa kamu tetap Iban tetapi cara hidup kamu adalah cara hidup islam dan bukan cara hidup orang Melayu".

"Bagaimana pula dengan sambutan Gawai Dayak?" Soal kawan saya. Mula-mula tu berfikir panjang saya dibuatnya. Namun saya memberi beberapa soalan kepadanya berkaitan sambutan hari gawai. Secara keseluruhannya sambutan Gawai adalah tanda kesyukuran dan memanggil semangat padi. Upacara mering akan dilakukan bagi mendapat restu dari dewa-dewa padi.  saya kemudian menjawab "Dalam islam memang tak ada istilah sambutan Gawai. Tetapi sambutan Gawai ada persamaannya dengan majlis kesyukuran dan memohon hajat kepada tuhan untuk mendapat rahmat rezeki yang di amalkan dalam Islam. Walaupun awak memeluk Islam tetapi rasanya sambutan Gawai tidak ada masalah selagi ianya masih dalam garis panduan yang ditetapkan dalam Islam. Cuma caranya berubah dengan meminta dari yang satu dan tidak ada dua ataupun tiga. Itulah yang saya sebut sebagai MENYAMBUT GAWAI DENGAN CARA ISLAM. Majlis-majlis seperti kesyukuran yang dihidang dengan air tuak hendaklah ditukar menggunakan air tanpa alkohol, Majlis pemujaan Dewa bertukar menjadi Majlis bermunajat kepada Allah S.w.t. iaitu dengan membuat sembahyang hajat sama-sama."

"Apa pula pendapat Islam mengenai agama lain seperti penyembahan dewa kekayaan, dewa keharmonian dan pelbagai dewa yang di ukir dalam bentuk patung?" Soalan seterusnya di ajukan. Alahaiiiiiiii.... saya memang jawab juga soalan seperti itu namun awal-awal saya memohon maaf kepadanya sekiranya apa yang saya perkatakan nanti akan membuat dia berkecil hati dan saya mohon kepadanya supaya lebih berfikiran terbuka. Jawapan itu juga saya jawab dengan kemas. Saya memohon maaf kepada pembaca sebab tak menghuraikan jawapan ini di sini kerana ianya sensitif sangat-sangat dan takut-takut ada yang mengangap laman ini racist. Apa-apapun saya menghormati amalan dan agama kamu yang kamu amalkan sekarang. Agama ku dengan agamaku dan agamamu dengan agamamu.

"Apa pula pendapat kamu dengan cara hidup saya?" Soalannya lagi. Soalan ini sebenarnya lama dah saya jawab tetapi dengan kiasan. Mana tidaknya, saya selalu sahaja melihat rakan saya ni ke awan-awannan dan tidak tahu hala tuju. Selalu tidak tetap pendirian dan pelbagai lagi yang mendorong saya untuk memberi hint ataupun bayangan kepada dia bahawa dia perlukan satu garis panduan hidup ataupun guide line. Masalahnya dia ni asyik fikir guide line ni ialah guardian. Guardian yang dia faham ialah sesuatu makhluk yang menjaga dia ketika dia susah dan ditimpa masalah. Saya cakap yang menjaga kamu itu juga adalah makhluk tuhan macam kita juga. Dalam islam kita namakannya sebagai jin. Sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia. Jin dan syaitan mempunyai banyak tipu daya yang membawa kepada bencana kepada manusia.


Saya dengan rakan saya masih berbincang mengenai cara hidup dia. Cara hidup kamu banyak menghasilkan soalan dari jawapan. Selalunya soalan-soalan yang muncul itu akan membuatkan kamu hilang arah dan kamu kurang keyakinan diri. Dalam islam kamu akan temui jawapannya. Dia kemudian bersetuju dengan huraian saya. Sebenarnya panjang huraian saya dan saya akan huraikan pada artikel akan datang insyaallah.. 

Apapun kesilapan saya dalam artikel ini sila tegur dengan cara berhikmah dan bukan sumpah seranah. wasalam..

AKU SELAMATKAN KETURUNAN KU DARI HIV

TOLONG SEBAR-SEBARKAN ENTRY INI JIKA ANDA BERSETUJU BAHAWA IANYA MUNGKIN BERKESAN MENENTANG SALAH FAHAM TENTANG HIV, AIDS, STIGMA, DISKRIMINASI, JUDGMENTAL DAN MALPRACTICE! IANYA BOLEH DICETAK DAN DILEKATKAN DI NOTICE BOARD PEJABAT, SEKOLAH, MASJID, SURAU, KOLEJ, IPTA/ IPTS DAN DI MANA SAHAJA YANG DIFIKIRKAN SESUAI. IANYA JUGA BOLEH DISEBARKAN MELALUI APA JUGA WEBSITES, E-MAIL, TWITTER, FACEBOOK DAN BLOG UNTUK TUJUAN PENDIDIKAN.


Pada suatu petang seorang datuk melayan cucu lelakinya yang bernama Iman, berumur 15 tahun memancing di sebuah boathouse di Tasik Kenyir. Keindahan pemandangan alam semulajadi ciptaan Allah memukau dan menenangkan jiwa sesiapa sahaja. Mereka sekeluarga bercuti sambil mengadakan sambutan hari keluarga di sana. Ahli keluarga yang lain pergi menjalani aktiviti jungle trekking di Pulau herba yang berdekatan. 

Datuk tersebut sebenarnya seorang pembawa HIV dan menikmati sisa-sisa hidupnya sebagai seorang pesara dan ahli jawatankuasa masjid. Hubungan datuk dengan cucunya itu sangat rapat kerana dialah satu-satunya cucu lelaki kepada lelaki tua tersebut. 


Iman: “Atuk, Iman nak tanya sikit boleh tak?”

Atuk: “Ada apa pulak kali ni Iman…?, tanyalah.”

Iman: “HIV tu apa Atuk?”

Atuk: “HIV tu akronim kepada virus yang melemahkan sistem pertahanan badan…”

Iman: “Ooo… AIDS pulak tuk?”

Atuk: “AIDS pun akronim kepada sekumpulan penyakit yang biasa menjangkiti pembawa HIV apabila sistem pertahanan badannya menjadi terlalu lemah atau tiada lagi. Macam negara kita juga, tak ada polis dan askar ramailah yang nak menceroboh”.

Iman: “Contoh?”

Atuk: “Kanser, boleh kena pada sesiapa pun tetapi kalau kena pada pembawa HIV yang lemah imunisasi badan, mereka panggil AIDS…”

Iman: “Maknanya HIV dan AIDS bukan penyakitlah?”

Atuk: “Bukan... Kenapa, apa sebenarnya Iman nak tanya ni?”

Iman: “Hehehe… atuk ada HIV kan?”

Atuk: “Iya…!”

Atuk buat-buat bodoh menunggu soalan seterusnya daripada Iman.

Iman: “Teruk ke tuk?”

Atuk: “Tak adalah biasa-biasa je, sama macam penyakit-penyakit kronik lain tapi orang luar ajelah selalu salah sangka. Selalunya mereka takut-takut untuk bergaul dengan atuk kalau tahu atuk ada HIV, kononnya mereka takut berjangkit…!”

Iman: “Kenapa tuk?” Iman kelihatan teruja.

Atuk: “Mereka tak betul-betul faham HIV dengan cara jangkitannya. Pastu selalu orang kaitkan HIV dengan gejala negatif seperti hubungan seks bebas dan dadah. Kononnya HIV ni penyakit orang-orang jahat. Itu tidak semestinya. Dulu-dulu doktor dan kakitangan hospital pun ramai yang anggap begitu.”

Iman: “Eh, memanglah. Iman belajar pun begitu tuk… Iman tanya cikgu kaunseling, cikgu kaunseling pun cakap begitu…. HIV kan berjangkit melalui seks bebas dan dadah.”

Atuk: “Bukan kerana perbuatannya tetapi kerana punca jangkitannya. Contoh, kalau seseorang buat hubungan seks dengan ramai pasangan tetapi semua pasangannya bebas HIV, dia pun tak kena HIV…”

Iman: “Dadah?” Tanya Iman seperti tidak puas hati.

Atuk: “ Samalah, suntik atau telanlah 50 ribu kilo dadah sehari dan selagi tak kongsi jarum suntikan dengan pembawa HIV, HIV takkan terjangkit. Tetapi dapatlah penyakit lain pula…” Atuk tergelak.

Iman nampaknya makin keliru berbanding dengan pengetahuan sedia adanya.

Iman: “Habis, bolehlah buat sesuka hati kita tuk? Tak kena HIV ya?”

Atuk: ”Isskh… lain macam bunyi soalan Iman ni… Maksud atuk, antara fakta dengan anggapan adalah berbeza. Antara dosa dan punca jangkitan tak sama…” “Walaupun sekali berkongsi jarum suntikan dengan pembawa HIV tidak mustahil seseorang boleh dijangkiti. Sebab tu Iman tak boleh cuba-cuba buat benda haram. Tak kiralah dengan perlindungan ataupun tidak kerana agama kita menghalangnya” “Mula-mula dulu atuk pun tak faham kenapa kempen cegah HIV agihkan jarum suntikan, bekalkan methadone dan kondom percuma. Macam menggalakkan pula. Bila fikir betul-betul baru atuk faham. Kalau tak buat gitu lagi teruk jangkitannya. Sekurang-kurangnya kita dah mendekati golongan berisiko untuk dibantu dan dirawat.”

Iman: “Tangkap dan hukum sahajalah semuanya tuk…!”

Atuk tersenyum memandang Iman dan berkata: “Tangkap, hukum dan penjara memang mudah. Mungkin boleh menyekat seketika tetapi takkan mampu menghapuskannya. Contoh, dadah akan ada selagi berlakunya rasuah. Pelacuran, gay dan homoseksual wujud sepanjang sejarah kehidupan manusia sama ada secara terbuka atau tersembunyi termasuk di kalangan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Kita kena ubah keseluruhan sistem”


Iman:”Sistem?, tak fahamlah tuk..!”

Atuk: ”Macam ni, kemajuan sesebuah negara bukan diukur dengan fizikal sahaja. Mesti seimbangkan dengan pembangunan rohani tanpa mengira agama. Bersungguh-sungguh menghalang hedonism. Pendidikan dan usaha berterusan menggalakkan nilai-nilai positif secara serius”

Iman: ”Ooo… kalau buat begitu selesailah masalah atuk ya?”

Atuk: ”Masalah tetap ada tetapi dapat kita minimakan. Islam lebih menekankan aspek pencegahan daripada rawatan tetapi masalahnya kita terlalu cepat menghukum kerana miskin minda.”

Iman: ”Habis kenapa tak ubah tuk?”

Atuk: ”Nantilah atuk terangkan, ianya tak semudah tu. Sekarang ni kita jangan pergi terlalu jauh. Kita fikirkan apa yang kita boleh buat untuk bantu.”

Iman kelihatan berfikir untuk cuba memahami maklumat tersebut sebelum atuk menyambung kembali.

“Iman kan tahu, ada juga yang dijangkiti melalui ibu kepada anak, melalui pemindahan darah atau pun organ dan isteri-isteri yang tidak mengetahui suami mereka pembawa HIV. Mereka tidak bersalah, jadi tidak adil kita katakan HIV ni masalah orang-orang tertentu sahaja.”

Sinar mata Iman mula menunjukkan beliau semakin memahami kekeliruan tersebut.

Iman: “Betul tuk… kasihan merekakan. Lagipun atuk selalu pesan, sejahat manapun manusia, kalau dia dah sakit, kita wajib bimbing dan tolong dia tuk kan?” “Cikgu kata, virus HIV ni sebenarnya lemah tak seperti virus Influenza dan H1N1 yang boleh tersebar melalui udara. Pembawa HIV patut belajar daripada virus tu sendiri tuk, kan? Lemah tapi tabah, pelan-pelan ‘fotostat’ diri dia sendiri sampai jadi banyak dan susah nak dihapuskan.”

Atuk: “Pandai pun… macam tu lah cucu atuk! Bermakna ianya boleh dirawat. Tak guna menghukum dan mengutuk kerana pembawa HIV pun manusia yang punya hati dan perasaan seperti kita. Perkara yang lepas bukan boleh diubah. Yang penting kita kena belajar daripada kesilapan. Penyakit adalah ujian dan didikan Allah tanda sayang-Nya pada kita.”

Iman terdiam dan kelihatan masih berfikir.
“Ujian kepada pembawa HIV pun ujian kepada kita juga sebab Allah nak tengok kita ambil berat tak pada saudara seagama dan sesama manusia. Jangan ingat kita bebas daripada soalan Allah ini di akhirat nanti. Atuk menyambung lagi dan tiba-tiba Iman merapatkan diri dan memeluk atuknya.

Iman: “Iman sayang atuk, Iman nak minta maaf sebab sebenarnya selama ni Iman ada sedikit salah sangka terhadap atuk”.


Atuk tergelak besar mendengar luahan Iman.

Atuk: “Atuk faham, atuk dah biasa dengan keadaan macam tu,” jawab atuk tenang.

Suasana hening seketika sebelum Iman bertanya kembali.

Iman: “Boleh Iman tahu macamana atuk dapat HIV?”

Atuk: “Haaa… inilah sebenarnya Iman nak tanya daripada tadi kan?”

Iman: “Hehe… mana atuk tau, boleh ke tuk?”

Atuk dan Iman sama-sama ketawa.

Atuk: “Sebenarnya atuk pun tak tahu punca sebenar cuma berkemungkinan besar akibat pemindahan darah di hospital.”

Iman: “Ceritalah tuk…”

Atuk: “Masa tu umur atuk 43 tahun. Atuk ada diabetes. Pesakit diabetes ni imunisasi badan mereka memang lemah. Suatu hari bibir atuk tak berhenti berdarah, pergi ke klinik, dia orang suspek atuk denggi terus suruh pergi hospital dan terpaksa masuk wad.”

Iman: “Lepas tu tuk?” Iman kelihatan tak sabar-sabar.

Atuk: “Lepas tu dia orang tengok platelet darah atuk susah nak stabil, imunisasi pun rendah, dia orang masukkan atuk ke HDW (High Dependency Ward) selama 2 hari. Lepas tu ke wad biasa semula sebelum doktor bagi tahu kemungkinan atuk kena macam-macam penyakit kronik. Kebanyakan mereka doktor pelatih, dia orang diagnos atuk sambil-sambil rujuk buku.”


“Doktor senior dan pakar jarang-jarang jenguk. Habis lebam-lebam lengan atuk kena ambil darah. Dia orang belum mahir, cucuk sana, cucuk sini tak juga jumpa urat.” “Mula-mula doktor kata kemungkinan neutropenia, baru sahaja atuk cuba belajar terima kenyataan, dikatanya kanser pula, lepas tu multiple myeloma dan dan akhirnya suspek leukemia. Pening atuk dibuatnya.”

“Sebenarnya bibir berdarah tu memanglah sebab sel darah menjadi cair akibat denggi.”

Iman: “Eeee… dahsyatnya tuk, itulah yang orang kata malpractice tu tuk kan? Nama penyakit tu pelik-pelik, Iman tak faham tuk…” Iman berterus terang mengaku kalah.

Atuk: ”Atuk pun tak faham. Agaknya jenis-jenis penyakit berkaitan sel darah. Nanti Iman boleh search info di internet”.


Keadaan kecoh seketika apabila atuk berjaya menaikkan patin buah seberat 5 kilogram.

“Lagi tuk, ceritalah…“ Iman memujuk selepas melihat atuknya kembali menjatuhkan mata kail. 

Atuk: ”Mereka pun buat BMA (Bone Marrow Aspiration), tebuk tulang punggung atuk untuk ambil sample”.

Iman: ”Fuyyooo… ngeri tu tuk, sakit tak?”

Atuk: ”Mahu tak sakit, melolong atuk dibuatnya. Mereka kata cuma satu tebukan tetapi jadi tiga sekaligus. Janji doktor pakar dan cuma 15 minit tapi semua M.O muda-muda dan dekat sejam.” “Kalau tak salah atuk tiga orang doktor pelatih perempuan, seorang doktor muda perempuan banyak jerawat, dan seorang doktor muda lelaki Cina over confident. Atuk tengok muka doktor pelatih tu lagi takut daripada atuk…hahaha…!” “Dia orang gilir-gilir cuba tebuk tulang punggung atuk”, sambung atuk.

Iman: “Alamak, apa lagi tuk?”

Atuk: ”Masa tulah berkampit-kampit plaletet dan plasma dimasukkkan ke badan atuk. Nenek Iman kata, dia nampak darah bersepah di lantai. Di hujung prosedur tu semua doktor dan Pegawai Makmal Darah yang selia prosedur tu senyap.”

Iman:”Kenapa tuk? Kat OT ya?”

Atuk: ”Tak tahulah tapi bukan kat OT. Di bilik khas sebelah wad atuk tu aje. Habis semua pesakit lain dengar atuk meraung semasa tebukan kedua dan ketiga tu.”

Iman: “Kasihannya atuk… lepas tu?”

Iman seperti gagal mengawal naluri ingin tahunya.

Atuk:”Atuk dimasukkan ke wad semula selama 2 hari sebelum dipindahkan ke Isolation Room selama seminggu. Katanya bimbang ada jangkitan kuman sedangkan atuk rasa sihat je cuma sakit tempat tebuk tu.”

Iman: “Kenapa pula kena asing tuk?”

Atuk: “Entahlah sayang. Katanya bimbang berlaku jangkitan kuman tetapi yang atuk pelik doktor selepas tu macam takut-takut jumpa atuk kecuali seorang doktor pelatih perempuan India yang jaga atuk. Yang lain pandang dan bincang tentang atuk di sebalik cermin bilik aje.” “Yang atuk terasa hati sangat tu, dia orang mengelak-ngelak dan tak mahu berterus terang dengan atuk." "Kebersihan bilik tu pun teruk. Atuk berkali-kali mengadu kepada doktor ada banyak kapas dan tisu penuh darah dan nanah dalam satu tray di tandas tu, tak ada siapa pun peduli. Doktor kata itu tugas cleaner, cleaner kata itu tugas nurse, nurse kata itu tugas cleaner. Tension punya pasal atuk campak sendiri tray tersebut dalam tong sampah.” “Sepatutnya Isolation room, mesti bersihlah kan? Selain tu atuk ada nampak seorang nurse pancutkan sahaja darah lebihan dalam jarum suntikan ke tepi kepala katil atuk tempat atuk solat dan makan. Terpaksalah atuk terkedek-kedek cari cleaner minta tolong bersihkan”.

Iman: ”Oii… itu tak professional, tak betul tu tuk!!”

Atuk: ”Memang pun… tapi sikap begini ada kat mana-mana jabatan pun di Malaysia ni Iman. Di sebalik semua tu ada ramai doktor dan jururawat yang bagus-bagus tetapi sebab nila setitik rosak susu sebelanga. Iman belajar tinggi-tinggi, jadi khalifah, pimpin negara kita. Ubah kepada sistem yang sepatutnya.”

Iman: ”Insya-Allah tuk. Nanti keluar berita bertajuk, CUCU PEMBAWA HIV KINI PERDANA MENTERI… best tuk kan? Kenapa dia orang letak nila dalam susu tuk?” Iman betul-betul hairan.

Atuk: “Iskhh… kau ni sama macam nenek-nenek kaulah Iman, kadang-kadang lurus tak bertempat”. Atuk ketawa sambil memandang Iman.

“Maksudnya sebab kelemahan seorang dua habis rosak nama baik orang-orang lain!”

Iman: ”Ooo… sori!” Jawab Iman tersipu-sipu. “Lepas tu tuk?”

Atuk: “Setelah beberapa hari dia orang buat ujian HIV dan hepatitis kepada atuk. Alhamdulillah dua kali test HIV, dua kali negative. Ujian x-ray, buah pinggang, paru-paru, jantung dan semuanya masih bagus ketika itu kecuali diabetes atuk sajalah. Itu pun terkawal…”

Iman: ”Habis begitu sahaja ke tuk?”

Atuk: ”Taklah, kemudian mereka beri atuk cuti. Kena datang 3 minggu kemudian dan lebih kurang sebulan selepas tu kes atuk dirujuk ke Hospital Ampang. Semua yang uruskan kes atuk pun doktor pelatih." "Doktor pakar yang sepatutnya review penyakit atuk entah ke mana. Semasa nak review penyakit atuk tu lah, mereka kata beberapa perkara penting dalam Fail Rawatan atuk hilang. Bahkan sejak nak keluar hospital lagi doctor pelatih India tu pening cari Fail Rawatan atuk..”

Iman: “Habis macamana atuk dapat HIV?”

Atuk: "Sebab itulah atuk kata atuk tak tahu… sampai di Hospital Ampang, doktor sana minta fail rawatan atuk tetapi hospital yang atuk masuk sebelum tu tadi kata Fail Rawatan atuk ‘tak ada’. "Atuk nak claim insuran, hospital tu kata dia, Medical Report refer to Hospital Ampang. Atuk cuma nak claim masuk wad aje, itu hak atuk tapi banyak pula silap matanya." "Kat Ampang darah atuk diambil lagi sekali dan sebulan pula lepas tu atuk disahkan HIV positif dan ada hepatitis.”

Iman: "Atuk pun ada hepatitis?” Iman terkejut.

Atuk: "Mana ada, atuk tak puas hati. Atuk buat test semula kat Private Medical Centre, tak ada pun. Mana boleh diagnos pesakit suka-suka hati, main agak-agak gitu...”

Iman: "Mana boleh macam tu, tuk kan? Kena batang hidung sendiri baru mereka tahu langit tinggi ke rendah. Habis, result BMA atuk sebelum tu macamana?”

Atuk: "Kena batang hidung dia orang, dia orang relak je. Masa atuk masuk wad tu, ada seorang suami doktor sama taraf dengan atuk duduk wad VVIP sorang-sorang. Layanan memang tip top!” "Pasal sample tadi tu, Itulah yang atuk rasa cukup teraniaya, senang sahaja doktor cakap sample tak cukup, ianya tak perlu." "Tiga kali tebuk pun tak cukup lagi? Semudah itu dikatakan tak perlu?? Atuk ni ada rupa tikus makmal ke? Entahlah Iman. Kadang-kadang ada perkara apabila kita makin fikir kita jadi semakin tidak faham.”

Iman: "Ya Allah… kasihannya atuk tapi boleh ke kita dijangkiti secepat itu, bahaya pemindahan darah ni tuk kan?” ”Eh, bukan ke darah tu dah disaring dulu tuk?” Iman menyatakan rasa was-wasnya.

Atuk: ”Itulah, atuk pun tak tahu. Setahu atuk, antibodi terhadap virus boleh dikesan seawal 2 minggu. Purata 25 hari tapi yang konkrit selepas 3 bulan bergantung kepada imunisasi badan seseorang.” "Pemindahan darah memang bahaya terutama kepada pesakit yang mempunyai sistem imunisasi badan yang rendah seperti pesakit diabetes dan leukemia.”

Iman: "Jadi tak boleh buat pemindahan darah ke tuk? Bukan ke ianya membantu pesakit yang memerlukan?” Iman nampaknya keliru.

Atuk: "Betul… tapi pemindahan darah cuma dilakukan apabila betul-betul perlu sahaja kerana boleh menyebabkan berbagai-bagai kesan sampingan.” "Darah memang telah disaring tetapi human error dan machine error boleh berlaku di mana-mana terutama jika virus masih baru di dalam darah penderma. Ini dikatakan window period, di mana virus tersebut di peringkat pengeraman. Ketika itu virus belum dapat dikesan.”

Iman: ”Oh, begitu, bahaya rupa-rupanya. Macam belajar sains pulalah tuk. Kemudian tuk?”

Atuk: ”Itu sahajalah. Kalau bukan kat hospital, kat mana? Kenapa Fail Rawatan atuk yang sepenting itu hilang? Atuk nak kata apa lagi?” Atuk seolah-olah mengeluh sendiri.


Iman: ”Kenapa atuk tak saman?”

Atuk: ”Selalu orang tanya soalan tu sayang, dah penat atuk menjawabnya. Ikutkan hati, memanglah atuk pun marah tapi bila fikir betul-betul atuk tak mahu. Saman menyaman akan mengambil masa yang cukup panjang. Tuding menuding, polemik, tuduh menuduh, pusing sana, pusing sini sedangkan keputusan belum tentu menyebelahi kita. Ini mahkamah dunia. Atuk dah tua, atuk dah tengok macam-macam perkara pelik dalam dunia ni”.
“Bagi atuk, ada sesuatu yang lebih bernilai daripada wang ringgit untuk keluarga kita. Tak apalah, atuk rela menghadapinya asalkan Iman sayang atuk, boleh?” Atuk membalas pertanyaan dengan pertanyaan.

Iman: ”Boleh tuk, memang selama ini Iman sayang atuk tanpa syarat...” Iman kelihatan sebak.

“Terukke mula-mula terima kenyataan tu tuk?” Iman bertanya lagi.

Atuk: ”Tuhan sahajalah yang tahu Iman… nasib baiklah Allah, nenek-nenek Iman, ayah Iman dan pak saudara Iman sentiasa sokong atuk ketika itu. Atuk ada doktor yang bagus yang sentiasa bantu atuk dan ramai kawan-kawan yang bagi sokongan. Kalau tak, mahu agaknya atuk panjat pokok taugeh gantung diri dengan tali mee hoon…”

Atuk cuba melawak untuk menceriakan kembali keadaan. Iman dan atuk ketawa ketawa terbahak-bahak.

Iman: ”Atuk cakap betul-betul, atuk ada tak nakal-nakal belakang nenek?”

Kenakalan imaginasi remaja Iman membuatkannya bertanya begitu.

Atuk: ”Haha… kalau bertanya kepada nafsu, mestilah mahu. Semua orang mahu begitu Iman. Cuba bayangkan hari ni atuk tidur dengan Leha, besok dengan Joyah, lusa dengan Kumari, kemudian dengan Mary, kemudian dengan Swee Lan, kemudian dengan Margaret, macam-macam lagilah tapi atuk masih waras...” “Atuk berfikiran terbuka, akui banyak kelemahan diri tetapi terikat dengan satu sistem hidup yang dinamakan Islam. Ada dunia, ada akhirat. Di sana kehidupan sebenar kita. Kita bukan hidup sekadar seperti lembu, kerbau dan kambing. Itu pun makhluk tersebut ada manafaatnya kepada kita.” “Mengambil yang haram setelah memiliki yang halal seperti ghairah meratah najis busuk daripada memakan daging bersih. Atuk tak sebodoh dan sekejam itu pada nenek-nenek Iman.” Nada atuk sedikit tegas. “Lagipun, kalau atuk masuk hospital disebabkan HIV, tentu dua kali ujian awal HIV awal atuk adalah positif. Hampir mustahil nenek-nenek kamu bebas HIV,” kata atuk penuh rahsia sebagai seorang lelaki dewasa. “Itu pun Alhamdulillah atuk tahu awal dijangkiti, kalau tak kemungkinan nenek-nenek kamu pun menjadi mangsa, bayangkan.” Sambung atuk.

Iman: ”Iman tahu tuk, Iman usik-usik aje. Syukurlah nenek-nenek selamat”.

Atuk: ”Tak mengapa, atuk faham. Bukan nenek-nenek sahaja, kamu semua selamat atuk dah bersyukur sangat. Bayangkan dengan kecuaian manusia hampir pupus keluarga kita dibuatnya. Dah jelas semuanya kan?
“Yang penting, baik kita jadikan teladan dan yang buruk kita jadikan sempadan. Jangan cepat menghukum sesama manusia, kasihanilah pembawa-pembawa HIV yang tidak berdosa atau yang tersilap memilih jalan hidup”.

“Perjalanan kita berbagai cara dan ujian berbeza tetapi sama arah tujuan. Iman pernah dengar tak pembawa HIV bunuh diri atau mati di gereja akibat saudara seagama menghina dan membiarkan mereka? Dosa siapa tu? Dosa kita juga…. Selalunya akibat judgmental terhadap seorang pembawa HIV, kita menganiaya dan mengaibkan seluruh keluarga. Adilkah? Kita telah merasai kepedihannya.“

“Dahlah Iman, dah dekat maghrib ni. Jom kita bersedia pula untuk solat Maghrib dan Isya’ jamak berjemaah. Atuk kepingin Iman pula jadi imam ya. Lepas tu kita boleh makan-makan dan sambung cerita lain pula. Hah, itu pun mereka dah balik.” Kata atuk menunjukkan ahli keluarga yang lain sedang menuju ke boathouse dan menutup perbualan.

Iman: “Baik tuk, terima kasih percayakan Iman”.

Nyanyian cengkerik semakin galak kedengaran dan mentari senja semakin melabuhkan tirainya.

My best doctor. Dr. Iskandar Firzada bin Osman.

AHP: Waaaarghhh… sejak ada HIV ni baru aku tahu aku ada bakat tulis cerpen. Hahaha….

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.