اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

TEGURAN TIDAK BERHIKMAH TEGURAN TIDAK BERTEMADUN

Pelbagai cabaran dan rintangan yang kita hadapi pada masa kini. Banyak udang banyak garam banyak orang banyak ragam. Ada yang profesional dan ada juga yang tidak profesional. Ada yang berani ada  yang pengecut. Ada yang seperti syaitan bisu ada juga seperti syaitan banyak mulut. Ada yang berkata benar ada yang pendusta.

Kita terpaksa berhati-hati dengan para pendusta dan batu api yang suka memporak perandakan keamanan yang kita kecapi. Setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza mengikut pengalaman yang di hadapi masing-masing dan setiap orang ada kelemahan masing-masing. Setiap yang tahu haruslah menegur kepada yang tidak tahu. Setiap yang melihat kesilapan orang lain haruslah menegur atas kesilapan yang dibuat oleh orang lain.

Tidak dapat tidak ada antara orang yang bijak pandai tapi bodoh dalam pergaulan. Ada yang tahu kesilapan orang lain tapi tidak bertemadun dalam membuat teguran. Apakah yang dimaksudkan dengan teguran berhikmah. Teguran berhikmah memberi kesan dalam ke atas seseorang individu yang ditegur dan akan memberi reaksi marah, sedih dan bengang. Teguran yang tidak berhikmah adalah teguran yang tidak bertemadun.

Teguran yang tidak bertemadun adalah seperti teguran yang menggunakan kata-kata yang lucah, kata-kata yang menyerang kredibiliti seseorang secara langsung, kata-kata kesat dan sebagainya. Teguran seharusnya menghasilkan perbincangan antara dua pihak bagi melihat pendapat dan ruang lingkup pandangan masing-masing bagi menambah pengalaman dan pengetahuan.
Teguran secara bersembunyi ataupun dengan erti kata lain menyembunyikan identiti sendiri merupakan teguran seorang pengecut. Pengecut yang takut untuk menerima tindak balas orang lain. Orang seperti ini bolehlah disamakan dengan syaitan yang bersembunyi tetapi membuat kucar-kacir dan syaitan yang muncul seperti ini bagi saya tidak layak sama sekali bersuara.

Apapun pendapat saya, Anda nilailah sendiri dan fikir-fikirkan lah. Adakah anda dalam kategori yang saya sebutkan di atas ataupun sebaliknya. renung-renungkan dan selamat beramal.

Reactions:

1 comments:

  1. Apakah yang dimaksudkan dengan teguran berhikmah. Teguran berhikmah memberi kesan dalam ke atas seseorang individu yang ditegur dan bukan memberi reaksi marah, sedih dan bengang. Teguran yang tidak berhikmah adalah teguran yang tidak bertemadun.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.