اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

SENYUMAN ADALAH PERISAI

Sejak dua menjak ni saya selalu menayangkan status menekankan mengenai senyuman kepada yang suka skodeng status saya. Kerajaan sebenarnya juga sedang melancarkan kempen senyum kepada rakyat Malaysia. ♪♫Senyum tak perlu kata apa-apa..♫☻♫ senyum tak perlu kata apa-apa..♫♫♪♫☺ la la la la..♪♫♫





Tak lupa juga kepada pembaca-pembaca beloya2u.com. Saya akan huraikan sedikit mengenai senyum ni. Senyum sebenarnya banyak memberi faedah kepada kita sendiri. Senyum juga merupakan salah satu pesanan rasullullah a.s kepada umatnya. Beliau berkata bahawa senyum merupakan sedekah. Mengapa pula demikian?. Senyuman dari kita sebenarnya mampu mengubah mood orang lain selain mampu memberi aura yang baik kepada kita.

Jangan pula anda senyum sinis ataupun senyum mengejek. Kang kena penampar FREE baru tau.. kah kah kah kah.. Senyuman di awal pagi amat penting kerana ia tanda kitak bersyukur kepada sang pencipta atas limpah kurnianya kita boleh bernafas semula, melihat alam semesta, mendengar, berfikir, berkata-kata dan merasai pancaindera berlima. Senyuman anda memberi aura ataupun mood yang baik kepada anda untuk memulakan sesuatu pada hari tersebut.

Jika anda berjumpa dengan seseorang hari ini, eloklah anda ukirkan senyuman kepadanya terlebih dahulu tidak kira dia kawan atau lawan. Percaya tak, senyuman boleh menggugat kekuatan lawan? tak percaya sudah!! he he.. Senyum anda juga memberi keselesaan kepada kawan. 

Apakah maknanya sekiranya anda tidak mamput tersenyum? antara punca anda tidak mampu tersenyum adalah kerana anda sedang bersedih, marah, bengang dan sebagainya. Jika anda tidak senyum maka orang sekeliling anda tahu akan situasi anda dan itu akan membongkar rahsia anda. :p..  jika anda senyum mungkin tidak siapa tahu keadaan anda dan ini barulah dikatakan antara orang-orang yang tabah menghadapi kehidupan yang semakin mencabar. 
Senyuman anda mampu mengatasi stress atau tekanan dalam kehidupan anda. Senyuman juga mampu memberi anda ruang untuk berfikir sekiranya anda menghadapi masalah. Senyuman melahirkan idea-idea yang baik kepada anda. Senyuman juga memjadikan anda antara orang-orang yang mudah di ingati orang lain. Senyuman juga mampu menambah kawan-kawan. Senyuman juga mampu memberi sinar harapan baru kepada orang lain. Senyuman mampu menampilkan diri anda menjadi awet muda. Senyuman juga mampu menewaskan musuh. Senyuman juga memberi saya inspirasi untuk membuat artikel dalam beloya2u.com ini. :p..  jom senyum.. renung-renungkan dan selamat beramal...

Reactions:

1 comments:

  1. Senyuman anda mampu mengatasi stress atau tekanan dalam kehidupan anda. Senyuman juga mampu memberi anda ruang untuk berfikir sekiranya anda menghadapi masalah. Senyuman melahirkan idea-idea yang baik kepada anda. Senyuman juga memjadikan anda antara orang-orang yang mudah di ingati orang lain.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

UNLIMITED BROADBAND

Unifi atau Streamyx? Anda pilih.

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.