اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

PULANG RUMAH SETELAH 40 HARI MENINGGAL DUNIA!!


Keluarga memeluk Mat Ikhsan yang sebelumnya sudah dianggap meninggal.

Mat Ikhsan (76), yang sebelumnya oleh keluarganya dianggap sudah meninggal dunia, tiba-tiba muncul kembali pada Rabu (20/4/2011) pagi.

Seperti Mimpi, kejadian tersebut membuat sekitar Boto Lengket, Kelurahan Bujel, Kecamatan Mojoroto, Kota Kediri, Jawa Timur tempatnya kelahirannya heboh. Padahal sebelum itu, pada  hari isnin (26/3/2011) lalu, keluarga beserta jiran tetangganya telah menguburkan jenazahnya di perkuburan Wonosari desa.

Mat Ikhsan sebelum ini dijumpai menggantungkan diri. Pada masa ini, keluarga sedang merancang untuk mengadakan majlis tahlil bagi mempringati 40 hari kematiannya. Namun amat mengejutkan orang yang disangka sudah di mamah bumi muncul semula.

Sukemi, Sepupu Mat Ikhsan menyatakan, kepulangan ahli keluarganya itu bermula dari kedatangan Kliwon, rakan Mat Ihsan, ke rumah dan mengabarkan bahawa dia baru sahaja bertemu dengan Mat Ikhsan.

Sukemi yang awalnya tidak percaya perkara ini berlaku walaupun Kliwon meyakinkannya dengan berbagai cara. “Saya sanggup mempertaruhkan motosikalnya jika salah,” ujar Sukemi yang ditemui di rumah Mat Ikhsan.

Kliwon bertemu dengan Mat Ikhsan ketika sama-sama melintas di Jalan Yos Sudarso wilayah Pocanan, Kecamatan Kota. Pada ketika itu, Kliwon yang juga tahu bahawa rakan sekerjanya semasa muda itu telah meninggal tidak percaya ketika melihat Ikhsan.

Akhirnya, Kliwon memutuskan untuk mengekori dan menemui temannya yang sedang jalan kaki itu. “Kliwon kemudian mengajaknya perti ke warung kopi yang tidak jauh dari tempat tinggalnya,” cerita Sukemi.

Keluarga yang datang ke warung di Pocanan juga yakin bahawa itu Mat Ikhsan, akhirnya dibawa pulang ke rumah. Jiran tetangganya yang mengetahui cerita itu berbondong-bondong datang untuk melihatnya.

Mukini (51), anak Mat Ihksan yang pulang lebih awal dari tempat kerja kerana mendapat khabar ini terus menangis dan memeluk serta menciumi tubuh ayahnya yang selama ini sudah dianggap meninggal.” Bapak…..,” ujarnya sambil menangis.

Sementara Mat Ikhsan mengatakan, selama ini dirinya sengaja pergi dari rumah karena merasa tidak kuat dengan beban hidup yang ia hadapi. “Saya bingung, anak-anak saya sakit,” ujarnya dengan suara sedih.

Lalu, siapa orang yang dikubur 40 hari lalu? teng teng teng......

sumber : eija

Reactions:

1 comments:

  1. Keluarga yang datang ke warung di Pocanan juga yakin bahawa itu Mat Ikhsan, akhirnya dibawa pulang ke rumah. Jiran tetangganya yang mengetahui cerita itu berbondong-bondong datang untuk melihatnya.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.