Terkejut berok kalau kita tengok seseorang yang kena panah kilat boleh bangkit semula dan berjalan. Kekuatan kilat itu sahaja boleh melumpuhkan manusia dalam sekelip mata. Namun begitu Roy Cleveland Sullivan yang berasal dari Verginia yang mungkin orang ramai tidak kenal merupakan manusia yang sering di sambar kilat. Dia dikatakan disambar kilat purata 5 tahun sekali. Nama tercatat dalam Guiness World of Record kerana kekerapannya di sambar petir.
Tidak mustahil sekiranya video yang ditayangkan merupakan situasi sebenar dan bukan cobaan. Namun maklum balas rakan-rakan menyatakan ianya hanyalah rekaan semata-mata. Saya sendiri sukar untuk mengesahkan video tersebut sama ada benar ataupun tipu-tipu. he he.. Kekuatan kilat yang direkodkan adalah sekitar 18,000 ° F ataupun 10,000 10.000 ° C. Sedangkan untuk melebur besi suhu yang diperlukan hanya 1,500 ke 1,100 ° C. Ini bermakna kekuatannya 10 kali ganda untuk melebur besi. Inikan pula manusia. Banyak lagi maklumat yang saya kongsikan di Juh Beloya. Klik ler dan like.. pasti anda akan menerima info-info dari page tersebut melekat di "wall" home anda. Itupun sekiranya anda ni jenis suka baca info dan suka menambah ilmu pengetahuan.
Kalau kita perhatikan dalam video tersebut, cuaca di sekitar tersebut dalam keadaan cuaca buruk dan individu lain kelihatan berlari dan menutup kepala dan ada juga yang memakai payung. Cahaya petir tu tak berapa terang ataupun petir tu sekelip mata menyebabkan cahayanya tak berapa terang. Anda tengok ler sendiri dan nilai lah sendiri.
Kalau kita perhatikan dalam video tersebut, cuaca di sekitar tersebut dalam keadaan cuaca buruk dan individu lain kelihatan berlari dan menutup kepala dan ada juga yang memakai payung. Cahaya petir tu tak berapa terang ataupun petir tu sekelip mata menyebabkan cahayanya tak berapa terang.
BalasPadam