اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ SOLAT TIANG AGAMA.. SELAMAT MEMBACA.. ANDA SENYUM KAMI BAHAGIA..

KEMPEN KATAKAN TIDAK PADA PEROKOK MEMANG MEMBERI KESAN

Kerajaan telah berusaha untuk memastikan rakyat Malaysia menjalankan cara hidup yang sihat dengan menaikkan harga rokok selain membuat kempen katakan taknak pada rokok. Pelbagai agensi yang terlibat dalam kempen ini dan pelbagai cara dan kaedah yang digunakan untuk mengekang perokok seperti membuat Zon Bebas dari perokok, memberi kaunseling serta menyediakan makanan tambahan bagi mengelak ketagihan perokok.



Media masa juga memainkan peranan penting dalam kempen ini. Perasan atau tidak perasan sekiranya anda merokok di tempat orang ramai pasti ada yang menjeling tanda protes dan ada juga yang berdengus dan terus berlalu dari situ. Mimik muka mereka menunjukkan betapa mereka tidak suka pada rokok. Ada juga dikalangan mereka menetapkan syarat-syarat pasangan mereka bukan seorang perokok. Alahai... sememangnya impak kempen ini memberi struktur baru dalam masyarakat.

Namun begitu kempen ini boleh dikatakan juga kurang berkesan kerana rokok seludup amat mudah didapati di pasaran. Mengaku atau tidak, semua orang mengetahuinya dan semua orang berdiam diri mengenainya. Saya juga seorang perokok, sebab itu saya tahu mengenainya. Bukan mudah nak mengekang penyeludupan rokok sekiranya sistem atau perlaksanaannya tidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan sistematik.

Mimik muka orang ramai yang tidak merokok ketika seorang perokok sedang merokok memberi kesan tidak selesa kepada seorang perokok. Dari situ melahirkan bibit atau niat seseorang untuk berhenti merokok. Tetapi tidak semua bersikap begitu, ada juga yang tidak punya perasaan malu apabila melihat mimik muka orang sekeliling yang tidak suka merokok. Tidak kisah dengan semua itu akibat daripada ketagihan merokok.

Saya sendiri suka memberi pelbagai alasan yang tidak munasabah untuk merokok. Contohnya merokok selepas makan. Saya selalu berkata tidak lengkap rasanya apabila selepas makan saya tidak merokok kerana pepejal, cecair dan gas harus di satukan. Apa yang dimaksudkan saya ialah Pepejal ialah makanan, Cecair adalah air dan gas pula adalah rokok. Alasan lain yang saya selalu berikan adalah saya membantu kerajaan dalam sektor pembangunan kerana cukai yang dikenakan ke atas produk rokok amat tinggi dan dari kutipan cukai tersebut maka saya dapat membantu kerajaan.

Pelbagai alasan yang dicipta. Ada yang mengatakan apabila sudah berumah tangga barulah berhenti merokok dan ada juga menyatakan dia akan merokok sampai mati. tak merokok pun mati jugak. Hi Hi.. Pelbagai karenah yang dapat kita perolehi dari tajuk perokok. Apa-apa pun ulasan saya. Saya ucapkan tahniah kepada kerajaan kerana berjaya mendidik rakyat dengan slogan "KATAKAN TAKNAK PADA ROKOK".

Reactions:

1 comments:

  1. Saya selalu berkata tidak lengkap rasanya apabila selepas makan saya tidak merokok kerana pepejal, cecair dan gas harus di satukan. Apa yang dimaksudkan saya ialah Pepejal ialah makanan, Cecair adalah air dan gas pula adalah rokok. Alasan lain yang saya selalu berikan adalah saya membantu kerajaan dalam sektor pembangunan kerana cukai yang dikenakan ke atas produk rokok amat tinggi dan dari kutipan cukai tersebut maka saya dapat membantu kerajaan.

    BalasPadam

COMMUNITY BIZ COMBO

Bantuan pengiklanan dan banyak lagi

COWAY THE WATER SPECIALIST

Call or whatsapp 0128477709

NAK PAKAI? NAK JUAL?

KLIK DAN TEMPAH

LEBIH 260 SIARAN

Semua movie terkini di panggung wayang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Assalamualaikum.. Adik saya Termizzi Bin Senak kembali ke warahmatullah lebih kurang 8.30pm 16 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.

Mak saudara rakan saya ujang (Firdaus) iaitu Cik Dayang Fatimah Binti Abang Drahman telah kembali ke warahmatullah hari ini 22 Februari 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah

Guru silat saya Dato Dahlan Ali telah kembali ke warahmatullah pada 19 Mac 2012. Mohon pembaca sedekah al-fatihah kepada arwah. al-fatihah.